Jakarta - Bandung - Jogja

August 27, 2010

Updated info berkaitan tiket keretapi (KA Persero) :

1. Untuk info dan jadual waktu kereta api, sila rujuk website INI

2. Buat masa sekarang, booking yang disediakan masih tertumpu pada region Indonesia kerana sistem pembayaran dan lain-lain sebab yang belum lagi boleh dibuat oleh pembeli luar dari Indonesia (sebab involve local bank di sana dan sebagainya). Boleh cek link INI untuk penerangan yang lebih jelas tentang booking.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------

ni citer trip tahun 2009..aku tapau 3 terus..tamak la katakan..hehe~
ini adalah kali ke-2 aku sampai ke Jakarta dan Bandung (sebelum ni penah pegi pada tahun 2008), tapi kali pertama ke Jogja

trans java ni bermula dari Jakarta kemudian melalui Bandung sebelum tamat di Jogja..
pegi/balik adalah dari Jakarta..
idea trans java ni timbul setelah aku open invitation trip dalam forum..
tempoh trip ni agak singkat iaitu 4H3M dan mode of transport yang digunakan ialah ketapi..
oleh kerana masa suntuk dan mostly kami akan travel dalam ketapi maka 2malam kami kene tido atas ketapi dan 1malam lagi di Jogja..

trip ni adalah antara budak² forum board travel - ceem, el , tulip dan aku


route trans java : jakarta-bandung-jogja
sila click map untuk imej lagi besau
*dari google map

Hari Pertama


Jakarta - Bandung

karcis X-Trans : Rp90,000

sebaik saja kaki aku jejak kat bumi Jakarta, destinasi pertama aku tuju ialah Bandung..dari airport aku naik bas X-Trans untuk ke Bandung..
dari Jakarta aku hanya bertiga dengan ceem & tulip..si el sudah sampai awal lagi kat Bandung dan tunggu kitaorg kat sana..

**selain X-Trans ada bas Primasa untuk ke Bandung


bas x-trans

trip ke Bandung amik masa hampir 3jam dan sepanjang perjalanan kami sume pengsan sebab kepenatan..

awal² lagi aku dah kabor kat el untuk beli siap² tiket ketapi ke Jogja malam tu..kalau tak jangan mimpila nak dapat tempat..kebetulan pulak hari Jumaat..memang ramai warga kota nak balik kampung..maunye plan kami rosak..

sampai je kat Bandung kami pegi makan kat Restoran Simpang Raya...sampai aje, dah pilih meja terus dia usung sume lauk pauk letak depan kami..mak ai..ni nak suh makan sume ke? jangan panik..ni memang pesen makan kat restoran padang..cuma amik lauk mana yang berkenan..yang tak usik tu dia tak kira..
lepas makan masing² muka pun dah mula nak senyum² lebor..tadi sume macam singa kelaparan..hehe~


banyaknye lauk

sebab banyak lagi masa sementara tunggu ketapi ke Jogja maka kami berempat pun pegi Kartika Sari (info: ni salah sebuah kedai kek yang pemes kat sini selain jenama Brownies Amanda)..aku beli sikit buat lepas gian..kemudian kitaorg ke Rumah Mode..baju² dalam ni memang harga nak tekan saja..terus aku kansel nak beli sehelai dua..rasanya lebih murah kalau beli kat FO di Jalan Dago

**info tambahan Bandung

wisata yang boleh dilawati disini:
1. tangkuban perahu
2. kawah putih
3. ladang strawberi

grosir/eceran (tempat beli belah):
1. pasar baru
2. factory outlet (branded items yang murah) sekitar Jalan Dago dan Jalan Setiabudi
3. paris van java
4. cihampelas walk
5. bandung supermall

Bandung-Jogjakarta

karcis ketapi Bandung-Jogja : Rp110,000
waktu bertolak : 22:00WIB
waktu tiba : 05:10WIB


karcis ketapi

dari Rumah Mode kami grak ke Stasiun Tugu sebab ketapi ke Jogja akan bertolak pukul 10:00WIB...sampai je stesen ketapi masing² muka dah sengih sebab nak pegi Jogja la katakan..


backpack kami



masuk je gerabak ketapi hati aku dah melompat² sebab nak jalan jauh..8jam ko!! kematu la bontot aku..dahla ketapi ni jenis takde ekon..cuma ada kipas siling aje..seat yang kami duduk boleh adjust nak sandar kat mana..so kami sume decide nak menghadap berempat..leh borak² sementara nak tido..

elok je ketapi tu jalan hati aku rasa girang gile la sebab nak ke Jogja ni..kat luar tu ramai lak melambai² kenalan dan sedara mara yang naik ketapi..aku pun rasa macam nak kuar kepala sambil melambai² kat luar tingkap..tapi apa kes? nak lambai kat sape? hehe~

bila ketapi makin jauh dah takde hiburan dah ni..mati katak aku..dengar mp3 jela..nak layan sembang pun segan sebab sume orang dah start tido..kang memekak ada yang kene turun tengah² hutan ni..jangan main² weh..orang kabo kat sini banyak mak lampir..kang kene kokak jadi mak lampir jugak camno? hehe~

satu scene yang aku rasa takde dalam ketapi melayu tapi ada kat sini ialah "penumpang hantu" atau dalam istilah lain penumpang takde tiket..kat sini ada..dorang akan duduk berumah kat celah² kerusi atau atas lantai..contoh seperti gambo di bawah..memang scene paling rare aku penah tengok sepanjang hidup aku..kat mesia takde


suasana dalam ketapi Bandung-Jogja


bila tengok macam ni aku rasa bertuah la sebab lahir kat mesia walaupun banyak politik..huhu~

berbalik kepada penumpang² hantu ni...cara untuk mereka kekal tak kene turun ialah menghulur sikit kat konduktor ketapi untuk kekal sampai ke destinasi masing² ..

aku tengok sume member dah sedap tido..camne arr dorang ni..kagum aku..heh! aku terkelip² ni sambil tengok jam dan mencatu bila arr nak sampai..kematu dah ni..huuu~


tak caye tengok ni..macam² pesen tido ada

suasana dalam ketapi memang bosan..nak pegi depan belakang pun macam tak kena saja sebab kat lantai penuh orang tido..

satu²nya hiburan aku waktu tu ialah bila ketapi berenti kat mana² stesen nanti ada la orang meniaga naik sambil meratib "mijone! mijone!"..segala macam ada dijual dari jenis air sejuk sampaila ke panas, makanan lagi la..dah macam berzikir je penjual tadi mengalunkan barang² jualan dorang..hehe~ memang betul² true punye experience aku rasa bila naik ketapi kat sini..


peniaga atas ketapi

Hari Kedua

Sekitar Jogja


tempat² menarik sekitar Jogja
sila click untuk imej lagi besau
*ikhsan pakcik google

waktu tiba : 04:13WIB
Betty Losmen : Rp120,000 semalam
sewa sepeda : Rp100,000 (2hari)

aku syak drebar ketapi tu rempit kot sebab ketapi sampai lebih awal dari waktu yang tertera atas tiket..sampai saja kat Jogja hari masih gelap..udara punye la sejuk sampai ke tulang hitam..diluar stesen ketapi ada banyak becak yang menunggu..kami pun mulakan ops cari tempat tido..ketuk sana sini..ada 1 tu mak ai..macam rumah hantu pun ada..takut aku..

last sekali kami pun sampai le kat Betty Losmen..ni memang true bargain yang berbaloi-baloi..kami dapat sebuah "penthouse" yang strategik sekali..lepas check-in kami berempat pun tumbang..sempat la lena sekejap hilangkan penat..


penthouse kami


ini sume kami yang punye

bila dah siang lepas siap mandi terus le pegi cari sepeda untuk disewa..tak jauh pun kedai tu..depan stesen ketapi aje..sewa untuk 2hari, 2 bijik sepeda..mula² tokey tu suruh tinggalkan passport..tapi jangan memain weh..kang dia buat² hilang menangis tak berlagu la jawabnya..lepas letak sikit duit USD sebagai cagaran, tokey tu pun sengih² macam kerang busuk..hampeh..hehe~

Candi Prambanan

karcis Prambanan : Rp15,000
karcis sepeda : Rp2,000

masih pada hari kedua..
aktiviti hari ini ialah lawatan sambil belajar ke Candi Prambanan..jauh jugak merempit ke sini..hampir sejam jugakla..tugas aku kali ni ialah sebagai navigator..map adalah tajaan pakcik google dan opis aku sebagai penaja printing..hehe~


aksi rempit sejati


minah rempit


sesat kali pertama


jangan memandai nak duduk lebih dari garisan putih!

mula² nak keluar dari pekan Jogja macam meraba² jugakla sampai kena tanya orang..walaupun peta ni pakcik google cakap dah betul, tapi bila on the road jadik lain sikit..tapi sebab aku ni pandai baca peta akhirnya jumpa jugakla jalan yang benar untuk ke Prambanan..

dari jauh nampak signboard Prambanan aku dah tak boleh tahan nak sengih² macam kerang busuk..setelah masuk dalam kawasan wisata kami parking dulu sepeda kami..sebelum acara menawan Prambanan dimulakan, acara mengisi perut jalan dulu..kami makan dulu kat warung dalam kawasan wisata..

aku makan lauk pecel lele (ikan keli) dengan gudeg (nangka)..layan betul..nasib takde sambal belacan aje..pastu minum teh botol..memang terbaik feel dia..kali ni makan kena Rp13,000


lauk gudeg dan pecel lele

perut pun dah kenyang kami masuk ke wisata Prambanan..tu dia..panas dia lain macam betul..kat sini ada orang jual payung..sape² rasa muka nak cair tu baikla beli..


prambanan dilanggar kapal terbang


gambar kenangan berempat


bertiga pulak

aku perasan banyak jugakla candi² yang runtuh masa gempa bumi baru² ni..tapi bagusnya dorang re-construct balik candi² yang runtuh tu kasi elok..

dah puas pusing kami pun rilek² jap kat tepi jalan sebab si tulip hilang tah pi mana..sekali aku pun cakap.."lapor betul ni weh..dah pukul berapa ni..jom kita pi makan!"..si ceem dan el dah pelik² tengok aku..sekali aku kene sound "oi lu bukan dah makan ke tadi?"..barula aku ingat rupanya aku dah makan tadi sebelum masuk sini..hampeh! itu jam aku kene gelak..malu tul..

pas sume ahli kumpulan cukup kami pun jalan la balik ke parking sepeda..tapi penat punye pasal kami berenti jap melepak kat 1 pondok ni..mula² nak amik angin..last² sume pengsan..haha~

sedar² je rupanya dah sejam tido kat situ..punye la penat badan ni dari semalam tak habis lagi..huhu~

Jalan Malioboro

parkir Keraton: Rp2,000
parkir sepeda @ Jalan Malioboro : Rp2,000


becak di Jalan Malioboro


rare abis brader brader ni dressing

setelah bertolak dari Prambanan kami pun balik semula ke Jogja, lokasi seterusnya ke pejabat pos di Jalan Malioboro..masing² sibuk nak hantar poskad untuk diri sendiri sebagai kenang²an..hehe~

setel sume tu kami pun ke Keraton (istana), sekali dah tutup untuk lawatan..tapi menurut firasat aku macam takde ape yang menarik pun kat sini..takpela klu miss..tapi masa tu kawasan Keraton masih dibuka sebab ada pameran ape tah dan aku pun masuk la kejap tinjau² dalam tu..

lepas tu kami tinggal sepeda kat kawasan Keraton dan jalan kaki ke kedai dagadu (tshirt)..masa ni ada sorang lelaki ikut..memang mencurigakan betul..aku dah cuak² ni kang kalau dia buat apa² kat kami tak haru dibuatnya..

masa kami masuk dagadu ni dia pun tunggu kat luar..mak ai..dah seram dah ni..aku pun buat² beli sehelai t-shirt, last² memang terbeli sungguh..hampeh..terbang Rp50,000 aku..

kami pun jenuh la dok pikir camne nak meloloskan diri dari mamat ni..tah camne berjaya jugakla..bila kami dah jauh baru dia perasan..dia pun ikut lagi..cilakak..kami pun menambah kelajuan berjalan ke gear 5..sampai je parking sepeda kelam kabut la start sepeda..

masa nak kuar dari kawasan parking tu bertembung pulak dengan dia..apa lagi..bye² jelah..hehe~

Pantai Parangtritis

karcis sepeda : Rp7,000
karcis Parangtritis : Rp3,000
parkir : Rp1,000

sebab masa banyak lagi sebelum senja kami pun dapat ilham nak bersunset kat Pantai Parangtritis...jauh jugak dari pekan Jogja..harap² sempatla sampai sebelum sunset..

macam biasala pakej langsat ada..sambil² tu tanya local² mana jalan ke situ..jalan nak ke sana macam jalan masuk kampung sikit..memang orang kata redha habis²an la..sesat tu biasala sebab kami hanya refer google map..


sesat lagi

nak masuk ke kawasan Parangtritis ni kene bayar tol..parking pun kene bayau..adoyai~

sampai je kat pantai aku pun tengok..mak ai..besar gila ombak..sembang² dengan budak jaga parking dia cakap pantai ni tiap² bulan telan orang..bulan lepas saja dah 5 nyawa melayang..peh! terus jadi seram nak pegi dekat²

dekat sini ada orang meniaga minuman, layang², serivs naik kuda pun ada..tapi aku tak terlibat dalam satu pun yang aku sebut tadi..cuma datang amik gambau sunset aje..


dah maghrib ni melompat lagi



kami duduk sampai langit yang merah dah jadi gelap..orang pun dah mula balik..aku ingatkan habis takat tu je..rupanya orang meniaga jagung pulak start bisnes kat pantai tu..apa lagi..kami pun menjagung le!


mari menjagung!

masa menjagung tu ada la datang budak² kecik main gitar dan menyanyi..orang sini panggil ngamen, bahasa inggerisnya - busker ..tip kat sini, suruh nyanyi dulu puas² baru bagi duit..kalau bagi duit dulu alamat tak nyanyi le..hehe~ licik tak?

selesai menjagung kami pun balik le ke Jogja..sampai je bilik terus mandi..pas siap sume kami pun pegi Jalan Malioboro untuk makan malam di lesehan..


lesehan di jalan malioboro





selesai saja bab makan kami pun masuk ke Matahari (matahari ialah rangkaian supermarket di indonesia)..aku masuk 1 kedai muzik ni dan beli 1 cd band j-pop indon..layan~

pastu kami pusing² dulu kat Jalan Malioboro..kat sini banyak orang meniaga souvenir..segala jenis mak nenek souvenir ada dijual kat sini..

dah puas berjalan kami pun balik ke bilik sebab kepenatan..sebelum tido tu aku dah kabor sape jaga awal esok tolong bangunkan sume sebab kita nak bersunrise di Borobudur..zzzz!

Hari Ketiga

Candi Borobudur

parkir sepeda : Rp2,000
karcis Borobudur : Rp15,000
pas kamera : Rp1,000

penat je aku kabor sebelum tido tapi sorang pun tak bangun..last² hajat nak bersunrise di Borobudur tak kesampaian sebab kami tido mati..sedar je dah cerah..
apa lagi kelam kabut le dengan tak mandi pagi terus merempit ke sana..dahla jauh..cilakak..sejam ada la jugak..nasib baik hari masih awal pagi so jalan masih lengang..


jalan ke Borobudur yang lengang di waktu pagi

sampai je Borobudur aku tengok manusia tak ramai lagi..fuh nasib baik..dahla dapat tiket harga local..memang terbaik..dah berdesup dua tiga langkah melepasi pintu masuk tetiba ceem bunyik "weh aku rasa kunci moto aku tertinggal kat moto la!"..pang! rasa nak terbalik pun ada..takkan nak pusing balik..kang kantoi la kami bukan local..setelah berbincang kami redha jelah..kalau hilang bukan rezeki namanya..leh ek camtu? haha~

Candi Borobudur


kami tak mandi pagi tapi kami gosok gigi

suasana pagi di Borobudur memang pelik sangat..dengan pak aji berkain pelikat baru balik subuh la..yang perempuan pun sama..aku rasa macam nak pegi haji dah ni..memang rare dah ni..
scene memanjat tangga banyak² tu buat aku jadi down..dengan perut kosong..cilakak..kuih bakpia yang aku tapau konon² nak bekpes kat atas ni tak lepas pulak..dengki betul orang kat pintu masuk tadi..huhu~

kami pun berposing sakan tak masuk lagi seksyen melompat² tak tentu hala atas candi tu..dalam pada seronok tu tiba² terdengar announcement "yang baju kuning tu sila turun dari candi"..aku pun dah gelabah² takut orang tu sound kami..tapi fuh nasib baik bukan kami sebab takde pun antara kami yang pakai baju kuning..kih3..


sorang nak gi haji, sorang lagi fail!


tahniah! anda kini seorang hajjah


kaki cekam

Gunung Kaliurang

karcis Kaliurang : Rp3,000
parkir sepeda : Rp500

langkah kami tak berhenti setakat itu..masa on the way balik kami singgah ke Gunung Kaliurang..alang² sebab satu laluan yang sama..
sampai je kami makan tengahari dulu..perut dah mintak disuap dah ni..aku oder satay kelinci (info : kelinci = arnab) ..inila pes taim aku makan..kat mesia ada tapi tak penah pun cuba..hehe~


oda saja!


kelinci bro!

setel seksyen makan² kami pun masuk la ke wisata Gunung Kaliurang ni..kami cuba mendaki runcit² sampai ke menara pemerhati..

sepanjang jalan ke menara ni punya la ramai couple dating..mak ai..aku dah cuak²..ni manusia ke hantu..yelah..dalam hutan kan..ada saja kat celah² pokok la..celah bedah la..tak masuk lagi orang² yang meniaga mijone..boleh bikin aku terkejut saja masa mendaki tu..hehe~


pemandangan dari menara pemerhati

setel je yang ni kami pun balik semula ke Jogja..sampai je bilik masing² take turn mandi..siap sume terus ke stesen ketapi nak cari tiket balik terus ke Jakarta untuk malam tu tapi malang betul tiket direct habis..kene amik yang ke Bandung jugak..

Taman Sari

karcis Taman Sari : Rp3,000
parkir sepeda : Rp2,000
upah tukang cerita : Rp20,000

selesai beli tiket ketapi kami pun cadang nak ke Taman Sari..sewaktu on the way di Jalan Malioboro selepas traffic light kami pun ditahan dek polisi..waktu ni muke masing² dah pucat..kalau toreh dengan pisau pun takde darah rasanya..
sekali dia cakap kami langgar lalu lintas..katanya jalan ni tak boleh terus..kene belok kanan..aik..semalam masa pegi pejabat pos elok je boleh lepas..pesal harini takleh pulak..malas nak bertekak dia pun suruh le bayau saman..rupanya bukan saman..tapi duit poket..melayang Rp60,000 untuk 2 bijik sepeda..bila mintak surat saman tu untuk simpan buat kenang² an dia cakap takleh..sah le tu duit masuk poket..hampeh punye polis!


pondok polis itu


el tengah nego harga dengan pak polisi

setel je saman kami pun terus ke Taman Sari..menurut sejarah, zaman dulu kala dulu ni tempat raja mandi dengan gundik² dia..
raja akan naik menara pemerhati untuk usha gundik² ni mandi..nanti dia akan baling bunga kat dalam kolam tu dan pilih gundik mana yang berkenan untuk teman dia mandi kat kolam spesel punye..fuh..best tul jadi raja ek...heee~

itu cerita version aku..version tukang cerita yang kami upah lagi detail la..aku dah lupa sebab dah setahun aku pegi Jogja..heh! erm..upah tukang cerita tu bergantung la pada berapa sumbangan yang korang nak bagi..


masa kami pegi ni air kolam dikeringkan sebab ada renovation


kat celah tingkap ni la raja akan usha gundik mandi sambil baling bunge

selesai lawatan ala kadar ke Taman Sari kami pun balik untuk mandi manda dan bersiap² sebab malam ni nak pulang ke Bandung pulak..
dan malam tu kami layan lesehan untuk kali terakhir..sambil² makan ada ngamen datang menyanyi..tah berapa banyak lagu si ceem mintak orang tu nyanyi..last sekali yang paling terkesan bila dia nyanyi lagi exist-masih terserlah ayumu..peh..aku tersengih² dah macam kerang busuk..hehe~


layan ngamen

setel je seksyen makan kami pun balik dengan kadar segera sebab nak pulangkan sepeda sebab nak naik ketapi balik ke Bandung dah ni..
setel check-out dan pulangkan sepeda kami pun ke stesen ketapi..tak lama lepas tu ketapi pun sampai..

Hari Keempat

Jogja-Bandung

karcis ketapi Jogja-Bandung: Rp110,000
waktu bertolak : 21:40WIB
waktu tiba : 06:15WIB

masuk je dalam gerabak dan dapat tempat duduk kami tak amik masa yang lama untuk tumbang sebab masing² kepenatan sebab kehabisan tenaga..


pesen tido akak sebelah kanan ni memang menakutkan


kami sume selamat sampai di Bandung dan kali ni drebar ketapi tak merempit..sampai je kami pun terus tunggu depan kaunter tiket ketapi sebab nak dapatkan tiket pulang ke Jakarta..mesti balik jugak tak kira macam mana sebab flight ke mesia malam ni..


jalan pun huyung hayang dah ni

memang luck sentiasa dipihak kami sebab dapat jugak tiket tu..sementara menunggu ketapi grak dari Bandung kami pun bersarapan dulu kat luar stesen..aku pes taim makan mende ni tapi layan jugakla..sedap jugak..orang tu sebut "nasi kuning"..tapi lauk dia meriah bukan main


nasik kuning campur bihun goreng

selesai makan kami pun masuk semula ke dalam kawasan stesen ketapi sebab ketapi akan sampai bila² masa je ni..

Bandung - Jakarta

karcis ketapi Bandung-Jakarta : Rp55,000
waktu bertolak : 07:35WIB
waktu tiba : 10:26WIB

peh..lega tul naik ketapi yang ni sebab kerusi dia leh ejas² ikut sedap..pastu dengan ekon lagi..memang mood tido tu mari secara turbo la..

Sekitar Jakarta

kamar mandi : Rp2,000
kantor bagasi : Rp1,000 (1 jam)
bajaj : Rp20,000 (1-way)
t-shirt HRC : Rp185,000
bas Damri : Rp20,000

sedar je dah sampai Jakarta..fuh..lega satu macam dah sampai sebab tak risau sangat sekarang..oleh kerana kami sume ni tak mandi lagi..terus pegi cari tempat nak mandi dan salin baju..

selesai mandi sume kami pun cari la tempat letak beg sebab nak merayap dulu sebab masa masih banyak lagi..so kami pun simpan dulu beg...

setel seksyen simpan beg kami pun berkira² nak ke Plaza Indonesia sebab ceem nak ke HRC..nak beli baju HRC le tu buat souvenir diri sendiri..hehe~

mula² nak naik taxi tapi takde satu pun teksi nak hala kat sana..kalau nak ke sana pun memang harga nak tekan saja sebab katanya waktu ni tengah macet.peh..camne ni?? kami pun dah kucar kacir pikir..tiba² nampak bajaj..jom try! pakcik tu cakap dia sanggup antar..fuh lega!


bajaj

aku dah pikir muat ke nak sumbat kami sume dalam bajaj yang kecik ni..pakcik tu steady je cakap boleh..kami pun masuk la berhimpit..aku, ceem dengan tulip setel la sebab muat 3 orang kat belakang..ni si el ni pehal sampai kene share dengan pakcik ni? muahahaha~




dah macam kelas memandu dah ni


rare weh stereng bajaj ni

kami dah ketawa² cuak sepanjang perjalanan sebab bajaj kami senget sebelah..bila pakcik ni amik lap belah kiri je si el dah pucat² sebab senget dia makin tak munasabah...tak dapat aku bayang la kalau bajaj kami terbalik..haru!

sampai je Plaza Indonesia kami gegas cari HRC..jumpa jugak akhirnya..aku dengan ceem beli t-shirt sehelai..

setel tu kami pun balik semula ke stesen ketapi dengan bajaj..sampai aje kami singgah jap Tugu Monas sebab sebelah je dengan stesen ketapi ni..amik gambo dari jauh aje sebab cuaca tak elok pun..jerebu..



tugu monas

lepas collect bag kami pun naik bas Damri dalam kawasan stesen ketapi untuk ke airport..

perjalanan dari stesen ketapi ke airport tak berapa jauh sangat..dalam sejam jugakla sebab campur dengan macet sume..sampai je kami pun pegi makan sekejap dekat restoran dekat kawasan airport..

sementara menunggu flight tu kami merapik² la tulis poskad utk kali terakhir..


poskad yang tak sampai²

al-kisahnye poskad yang kami tulis untuk kali terakhir tu sampai la ni tak sampai²..aku pun musykil apehal la tak sampai..walhal elok je kami buh dalam peti pos kat balai berlepas tu..ciss! yang aku sedih tu poskad yang aku pos kat diri sendiri tu cantik..huuu~

seperti biasa peringatan untuk kali ni : sila sediakan airport tax sebanyak Rp150,000 masa check-in berlepas nanti..

itu saja cerita untuk trip aku kali ni..kesimpulan yang aku boleh buat ialah trip ni memang best sebab penuh dengan adventure dan pengalaman menarik..

pastu yang paling best aku rasa sebab sume karcis masuk ke wisata² sume kami dapat harga local..kalau harga tourist memang jangan mimpi le murah macam tu..hehe~

tahap merepeat trip yang sama : takde kot..bungkus!
.

11 comments:

uMi aishah April 4, 2010 at 7:24 PM  

caya la sis. leh bikin otak iols fresh balik pastu tergelak sensorg weh! seksyen x mandi pagi,tp gosok gigi la...adoii mcm2.
terbaekkk~

f a t t April 5, 2010 at 3:51 AM  

ceem,
hihi..memang kita gosok gg je pun waktu tu. tp itu trip yang terbaik kan? sume spontan. hehe~ ;p

ayin,  October 20, 2010 at 8:23 PM  

Hi Fatt, nak tanya :-

Yg naik bajaj tu kat stesen ketapi ker? brp minit nak sampai ke hrc & ms tu kul brp? jem tak?

fatt October 22, 2010 at 6:14 PM  

Hi Ayin,

yup, bajaj tu amik dari stesen ketapi sbb teksi taknak ke sana coz macet..i dah lupa brp lama tp tak sampai 30 minit la sbb dia leh cilok-cilok.

klu ke Plaza Indonesia mmg jem..lelagi ptg2..sblm naik bajaj tu u nego la dulu harga. nak balik di Plaza ni pun sama la..naik bajaj.

Zilla February 16, 2011 at 12:26 PM  

usha2..

aku dah start blh bayangkan macam mana keadaan kita nanti..gilakkklah suasana ketapi derang..mencabar sungguh ne fatt hehehee

Anonymous,  April 2, 2011 at 1:52 AM  

hai fat..nk tya...dh smpi jogja tu, uols mmg ketuk pintu org ke utk cr tmpt stay? sbb km nk g jogja gak, tp smpi skrg google x dapat tmpt utk stay. tp prefer cam uols la. baget n murah2...

fatt April 2, 2011 at 9:56 AM  

anon 1.52am,
last time utk trip ni ada org approach kitaorg kat stesen ketapi sbb ms kitaorg smpai tu dah lewat mlm. then kitaorg tgk dari 1 ke 1 tmpt; sume dkt2 stsn ketapi la.

baru2 ni gi jogja lagi tp tinggal di delta homestay. i amik basic room dlm Rp110k..for me murah dah utk 2 org coz ada bfast and tmpt dia mcm resort. cheap price for great bargain.

Opie. May 22, 2013 at 5:55 PM  

tuan tanah, nak tanye ni, xtrans / bas primasa tu memang sentiasa ade ke dlm kawasan epot jakarta tu? (nak ke bandung)

rp90,000 tu harga perhead ye? harga ni supir tu letak kan @ awak dah nego?

Opie.

fatin othman September 1, 2013 at 1:34 AM  

Sis..klu dr kl turun yogja..mcm mne nk ke stesen keteapi nk ke bandung?

ciklilyn February 19, 2014 at 2:25 PM  

Bestnyeeee bole dapat harga local. Ape tipsnya ? haha. speaking indon kah ?

ciklilyn February 19, 2014 at 2:32 PM  

camne bole dpt harga tiket local? haha. nak tips sikit. Speaking indon kah ?

Post a Comment

Terima kasih!!

  © Copyright Since 2010 | Backpacker Busuk

Back to TOP