panduan mencari arah kiblat untuk musafir

August 26, 2010


Entry ni sebagai panduan sesama muslim yang travel keluar dari Malaysia, harap info ini bermanfaat untuk kita semua.


Menentukan Arah Kiblat

Ada banyak cara sebenarnya untuk menentukan arah kiblat, tapi aku cuma nak highlight beberapa cara yang selalu digunakan:


source: panduanpercuma.info/agama


1. Matahari
a. cari kawasan lapang yang ada cahaya matahari
b. letak 1 kayu atau apa² objek yang lurus dengan tegak
c. lihat bayang yang terhasil
d. arah kiblat ditentukan dengan melihat arah bayang dari hujung ke pangkal objek yang ditegakkan itu

***menentukan arah kiblat mengikut arah matahari terbenam adalah tidak tepat dan salah di sisi Islam kerana hanya ada 2 hari dalam setahun arah kiblat boleh berpandukan kepada matahari terbenam iaitu pada 28 Mei dan 16 Julai kerana pada waktu itu kedudukan matahari akan terletak di tengah² Kaabah
(source: http://berita-harian-online.com/tentukan-kiblat-ikut-arah-matahari-terbenam-tak-tepat/)


2. Buruj Bintang
untuk ni aku tak berapa reti nak explain, tapi untuk penerangan yang lebih terperinci sila click sini


3. Internet
a. http://www.qiblalocator.com/
b. http://www.iwkz.de/layanan/kiblat/






4. Kompas Kiblat
ini adalah yang paling senang antara 3 kat atas tu...selalu aku bawak mana² saja aku travel, sangat berguna...kompas ni aku beli kat Jalan TAR, harga dalan RM10 aje...nak aplikasi pun mudah, cuma pusing kompas ikut index number mengikut lokasi yang disenaraikan dalam buku kecik tu


Waktu Solat Seluruh Dunia

dalam website ni ada tersenarai waktu² solat seluruh dunia untuk rujukan semasa...sila click sini untuk lebih info...boleh print untuk simpanan

**kredit to http://panduanpercuma.info/category/agama/ atas info² yang berguna

8 comments:

Ninie Hanis March 23, 2010 at 2:17 AM  

untuk semua di atas,method no.4 adalah plg praktikal dan itulah yg kitorg kt sini guna. :)

p/s waktu solat kt sini zaid akan ambik timetable yg surau fotokopi every month.saje nk share life aku kek sini yo..huhu..

f a t t March 23, 2010 at 3:05 AM  

ahaks..betul3..aku pun guna no.4, hehe..paling praktikal :)

rindu arr lama tak jumpe ko nini :(

Ninie Hanis March 24, 2010 at 1:19 AM  

tu ar psl..ko dtg sini nnti bley ar jumpe ko.jejak kasehan le kite ye..ate... :)

YanTie AhMad November 7, 2011 at 1:25 AM  

HAA...memang tercari2 pasal info arah kiblat ni..mintak share yek..:)

along February 17, 2012 at 7:46 PM  

assalamualaikum.........
yg number 4 tu nak guna macamana?

Fatt February 23, 2012 at 2:18 PM  

along,
yang no.4 tu kalau aku beli kompas kiblat nanti dia akan bagi 1 buku panduan kecik yg bagi kod2 darjah utk setiap negara. so awk just adjust kompas ikut kod yg berkenaan. senang je

gadisBunga™ February 5, 2013 at 8:58 AM  

salam. aku tengah gugel arah kiblat hongkong. tuptup end up kat blog ko. hahaha!

Mursyid March 23, 2015 at 8:37 PM  

Paling koman punya cara, boleh perhatikan kedudukan piring ASTRO. Ke arah mana mangkuk piring ASTRO itu menghala, arah itu lah kiblat.

Post a Comment

Terima kasih!!

  © Copyright Since 2010 | Backpacker Busuk

Back to TOP