Perhentian Island

August 27, 2010


Perhentian memang pemes di kalangan foreigner berbanding Redang sebab ianya syurga backpackers..reason sebab accommodation murah
Redang mostly come in package (accom+snorkeling activity), perhentian ni kalau datang saja² nak lepak pun takde sape nak marah..konsep dia suka hati..




Pulau Perhentian
sila click map untuk imej lebih besau
*map dari my.outdoor.com



Perhentian terbahagi kepada 2 pulau, besar dan kecil..
Pulau Besar lebih upmarket..banyak resort dan chalet yang mahal²
Pulau Kecil pulak banyak cheap chalets dan yang area pulau kecil yang paling happening ada sekitar Long Beach..
kalau nak cuci mata tengok makwe² omputih berjemur tu datang la sini..hehe~

pada aku orang bujang sesuai la lepak Pulau Kecik..kalau yang dah berkeluarga tambah² lagi bawak anak² memang tak sesuai sangat..boleh culture shock nanti..huuu~

trip ni dah lama aku plan sebenarnya..dah 2-3 kali tukau tarikh sebab masing² takleh commit masa sebab keja..tapi akhirnya berjaya gak carik 1 tarikh yang sume orang free..
kali ni adalah diantara budak² forum seramai 7 orang dan kami pilih Long Beach, Pulau Kecik sebab nak tengok apa yang menarik kat sini..


Hari Pertama

destinasi : KL-Kuala Besut
jenis bas : Mutiara
tambang : RM40++ campur tax

bas bertolak dari Hentian Putra pukul 9 malam..perjalanan selama 7 jam memang memenatkan tapi sayangnye aku tak dapat tido..aku tengok orang lain sedap je tido dibuai mimpi..huargh!

**info : ada 2 bas yang direct terus dari Kolumpo ke Kuala Besut : Mutiara dan Mahligai


Hari Kedua

Sekitar Jeti Kuala Besut



stesen bas Kuala Besut



tiket boat ke pulau : RM70 (return)
marine conservation fee : RM5

kami sampai kat jeti Kuala Besut awal jugak sebab drebar bas ni merempit..sementara nak tunggu subuh kami melepak dekat stesen bas kat situ..ramai jugak rupanya orang nak masuk pulau harini..takla cuak sangat duduk bergelap kat stesen bas tu..
jap² datang la orang naik motor tanya kami dah ada tempat tinggal ke tak dekat pulau..aku cakap dah ada..amik dengan Badrul..

aku pun tak pasti camne aku dapat contact no Badrul..tapi kalau nak duduk Pulau Kecik ni dia boleh arrange...sebabnya Pulau Kecik ni dorang tak layan klu local nak lepak sini..dorang lebih prefer omputih kekdahnye..pastu Pulau Kecik ni mostly attend walk-in customer..booking sume tak layan..so kira aku dapat khidmat Badrul ni memang terbaik la..takyah nak pening² sebab dia leh uruskan sume

berbalik pada cerita, selesai subuh dekat masjid yang tak jauh dari stesen bas (lebih kurang dalam 50 meter kalau menapak), kami pun menunggu hari cerah sebab nak bekpes..
dalam kul 7 tu dah ada kedai makan bukak..kami pun pegi bekpes roti canai dengan teh tarik..fuh, memang layan~

Badrul roger aku cakap boat akan grak pukul 8.3oam..takpe..sempat lagi mengeteh sambil tunggu El datang..

siap je bekpes kami pun pegi ke jeti..boat sume dah ready tapi yang tak sampai² lagi orang yang paling dekat..mana je ni? boat nak jalan dah ni..aku dah hangin² menunggu..Badrul pun dah mula gertak² cakap boat nak jalan dah ni...tup² dari jauh nampak macam kelibat yang terhegeh² berlari ke jeti..tu dia..sampai pun..heh!

masuk je boat sume sembur² si El sebab terhegeh²...hahaha..padan muka!

perjalanan ke Pulau Perhentian dari jeti amik masa lebih kurang 30-45 mins bergantung pada keadaan laut..ombak haritu kuat..melambung² jugakla dalam boat tu..aku pun dah cuak² sebab tak penah lagi naik boat kecik camni..kalau terbalik tak ke mati katak ni weh..ajaran tok guru swimming aku bole hilang secara auto kalau panik macam ni..

sekadar frenly reminder untuk yang mabuk laut..sila prepare ubat tahan mabuk kalau naik boat ni sebab dia punye hentak dengan melambung tu kalau tak kene gaya leh muntah dibuatnya..ubat tu kene makan sebelum naik boat..

pastu aku pun tak berapa nak saran orang yang mengandung naik boat ni sebab keadaan dia menghentak² bila dipukul ombak tu mungkin akan memudaratkan kandungan..sila konsider tarikh lain kalau nak kepulauan jugak..

dan menurut pemerhatian aku jenis boat yang digunakan untuk ke pulau sume jenis boat kecik yang boleh muat dalam 15-20 orang..memang tak sama dengan boat yang ke Langkawi, Redang atau Tioman..


Sekitar Perhentian Kecil



Long Beach dari jauh



sewa bilik family room : RM150/per nite

perjalanan yang menyeksakan tu akhirnya berbaloi-baloi bila dah nampak air yang cantik kebiruan..fuh..aku dah sampai rupanya..macam tak caye je ni..

boat yang bawak kami ni pun berenti kat tengah laut tak jauh dari pulau sebab dia tak boleh rapat lagi ke pulau..nanti enjin sangkut susah..kemudian datangla sampan kecik yang akan transfer kami ke darat..hati² semasa pindah dari boat besar ke sampan ni takut terjatuh dalam laut..huuu~

sekejap je naik sampan ni..tak sampai 1 minit pun akhirnya kami pun jejakla kaki ke pantai Long Beach..suasana sepi je..sume orang masih tido ni..walhal dah pukul 9.30am..

kami pun menapak ke Panorama..sampai je kat reception ni dorang masih belum bukak lagi..tapi ada la 2-3 orang yang duduk kat depan tu..kami cakap dah book bilik dengan Badrul tadi..dia cakap bilik tak ready lagi..cuma ada 1 je family room sekarang..erm, takpelah..duduk la kejap sementara nak siap lagi 1 bilik tu..

masuk je bilik rasa lega gila..dalam bilik ni ada 2 katil saiz queen..agak selesa la sebab ada ekon, beranda..bilik memang besar..kalau nak guling² dari pintu masuk sampai ke beranda memang boleh sangat..hehe~

tapi al-kisahnye kat pulau kecik ni letrik takde masa siang..adoi..tanpa buang masa kami salin baju dan turun ke pantai..watpe duk bilik tu..dahla panas, baik dok luar ada angin lagi layan~





water confidence depan Bubu Resort



kami pun berjalan sampai depan Bubu Long Beach Resort..nak buat sesi water confidence runcit
² dulu sebelum mulakan aktiviti snorkeling esoknya..

coral depan ni tak berapa cantik pun..kalau pegi jauh sikit sampai hujung jeti tu boleh la nampak ikan kaler² dan nemo anak beranak..

dah bosan kat situ kami pun jalan² la sambil usha² pakej snorkeling untuk esok..normally harga pakej kat sini antara RM35-40 termasuk equipment..


Sekitar Pulau Besar



jeti Pulau Besar



tiba² timbul idea nak snorkeling kat Pulau Besar..tanya punya tanya sekali jumpa 1 brader boat ni..nama dia Rizal..dia pun setuju nak bawak kami pegi Pulau Besar..katanya tambang pegi/balik dia caj RM30

dia pun hantar kami berenam ke Pulau Besar..sekejap aje transfer ke pulau ni sebab jarak dekat je..ada la dalam 5 minit..kami diturunkan dekat area Tuna Bay..depan ni cantik jugak..kami pun mula la cari port nak bentang tikar..dapat tempat baik punye dekat bawah pokok kelapa..

tanpa berlengah lagi aku, Ceem dan El pun berenang le ke tengah laut depan Tuna Bay tu sebab ada pelantar kat situ..coral dekat sini memang cantik..


tapi mak ai..panas siot atas pelantar ni..kami dah macam buat tarian ngajat dah ni sebab kene melompat² sebab kaki dah terbakar..kene curah² air atas pelantar ni barula sedap sikit duduk..kalau tak memang tak sanggup..

sambil² duduk atas pelantar ni kami pun baling la roti gardenia kat air...berdesup ikan datang makan..kalau tanya aku apa nama ikan tu satu pun aku tak kenal..aku cuma kenal nemo dengan jerung aje..hehe~ tapi kaler dia memang macam²..tapi ikan ni licik je..umpan la roti dalam tangan pun mesti tak dapat tangkap la..memang licik..

Im, Ayie dan Diana tak join la pulak kami kat tengah laut tu..dorang tengah tunggu Mus sampai..ni pun lagi sorang..umah dekat je pun tapi datang paling lambat..

sambil mengumpat
² kat Mus kami pun makan jajan sambil bagi ikan makan..memang best duduk atas ni walaupun panas terik..ada couple mat saleh datang join kami kat pelantar ni..tapi jap je dia lepak sebab tak tahan panas..hehe~

tak lama pastu nampak Diana dengan Im dok gamit kami suh balik ke darat..oh, Mus dah sampai rupanya..hampeh..kami dah mengumpat tadi cakap dia takkan datang..sekali datang..huhu~



tengah pikir nak makan kat mana masa ni



sampai je ke darat kami pun wat sesi suai kenal..pehtu jomla makan tengahari..perut dah lapar sangat dah ni! setelah berbincang kami pun pegi kat Abdul Chalet..kat situ ada kedai makan..



menunggu nasi goreng seribu tahun



dah setup meja sume kami pun oder la..tapi mak ai..lama gila tunggu makanan siap..rasa kalau aku pegi mandi lagi seround dua pun konpem tak siap lagi ni..

siap makan kami pun grak ke Teluk Keke..kat sini la spot jerung kalau nak tau..Teluk Keke ni jugak tempat campsite..haritu asalnya nak bercamping sini tapi sebab takde sape yang adventure maka tak jadi camping..maka kami duduk je kat Panorama tu..

snorkeling kat sini ok jugak..ada banyak gamat..nemo sekeluarga pun leh jumpa..tapi snorkeling dalam kawasan yang ada tanda jela..jangan nak memandai² nak pegi luar dari kawasan yang dia tanda sebab dah masuk laut lepas dan jugak kawasan jerung..huhu~




depan Teluk Keke



dah puas snorkel Rizal pun datang nak bawak kami sume balik ke Pulau Kecik..
sempat la kami tanye dia kot
² dia boleh bawak kami sume snorkeling esok..sekali dia cakap takde masalah...esok pukul 9am dia suh kami tunggu depan pantai Long Beach..yea!! tak sabo siot..


Aktiviti Malam



picnic tengah gelap



gotong royong siapkan dinner



spagetti barracuda in the making



malam tu pas selesai bersihkan diri kami pun masing² usung segala perkakas memasak dan tikar ke pantai..
setelah jumpa port yang sesuai kami pun bentang tikar dan mula memasak..menu malam tu spaghetti barracuda..
memang tak dibuat orang pun memasak macam ni tapi kami saje² buat lain sikit dari yang biasa..hehe~
punyela lama nak siap sebab periuk 1, tungku pun 1..cuma tukang masak je ada 2 orang..gawat dia bukan main lagi..dah macam orang tengah gotong royong memasak untuk kenduri aje..

last sekali siap jugak spaghetti tu..kami pun makan macam tak ingat dunia..lapar gila ni..
siap je makan kami pun baring atas tikar sambil tengok bintang..ada la nampak banyak taik bintang malam tu..orang kabor kalau nampak shooting star ni buatla wish..sambil² tengok taik bintang kami pun borak²..last² sekor pun tak berbunyik..dah pengsan rupanya..

sedar² je dorang dah panggil balik bilik..aku tengok kat depan Panorama dah mula gawat..bar pun dah setup..muzik pun dah on..dah macam mini disko dah ni..oh, patutla orang kabor sini happening..baru aku tahu..

sampai je bilik masing² amik port untuk tido..dari jauh terdengar sayup² bunyik muzik dari bar tu..sebab badan pun dah penat dan esok Rizal nak bawak snorkeling kami pun tido jela..


Hari Ketiga

Beramah Mesra Dengan Hidupan Laut

snorkeling trip : RM35 (sekali equipment)
lokasi : 5 spots (lighthouse, coral bay, turtle point, shark point dan marine park)

lepas subuh kami pun pegi bekpes..mak ai..sombong gila makwe yang jaga kedai ni..kalau omputeh datang oder bukan main lagi senyum macam nak retak je muka..tah² cakap english pun mengeja..kami bagi makwe tu nama "akak muke ketat" sebab dia tak mesra alam langsung..

dah la mahal makan kat kedai ni..tapi lapar punye pasal aku pejam jela mata..baik aku makan roti sapu kaya kat bilik lagi layan..

pas bekpes kami pun duduk la depan pantai tunggu Rizal..dan seperti yang dijanjikan Rizal pun datang dengan boat yang akan bawak kami pegi snorkeling..

aku dah senyum² kambing dah masa naik boat ni..yelah, hati dah berbunga² nak snorkeling ni..mestila senyum ceria aje..kang tak senyum ikan pun lari..haha~



dekat lighthouse



jom tiruk!


mula² dia bawak pegi lighthouse..tu dia sume kucar kacir bila Rizal suh terjun dalam laut..gile siot..tengah² laut ni..aku tak konfiden terus pakai safety jacket..bila terjun tu fuh..lawa betul coral kat dalam ni..segala jenis ikan bermacam² kaler ada..memang cantik sangat..dah puas bertiruk kat sini Rizal bawak kami pegi shark point kat Teluk Keke tu..

fuh kat sini arus dia punya la deras..aku carik² jugak jerung tapi tak jumpa..si Diana dengan Ceem jumpa..best betul..memang bukan luck aku kot nak jumpa jerung kali ni..tapi jangan takut, jerung ni tak attack orang..in fact jerung² ni pemalu..kalau nampak manusia dia akan lari..nasib baik ni jerung kat Mesia..kalau jerung kat Great Barrier Reef tu dah hilang dah kot tangan dengan kaki ni..

seterusnya kami pegi Marine Park..kat sini ramai gila orang berenang..aku cuba avoid crowd tu sebab ikan kompen dah larikan diri..berkesan jugakla trick aku..memang betul ikan duduk kat tempat lain..kat sini pun memang cantik coral dan ada banyak gila ikan



selepas lunch kat Kampung Nelayan



dengan Rizal, drebar boat kami



pastu kami pun ke Coral Bay sebelum ke Kampung Nelayan untuk makan tengahari...
selesai je seksyen makan² kami pun pegi ke Turtle Conservation Centre..kat sini la tempat dorang buat pemeliharaan penyu dan jaga telur² penyu yang bakal menetas...kat sini jugak ada 1 sungai yang sejuk gila air dia, rasanya payau..aku tak sure sama ada ni Air Berani yang digembar gemburkan ke idak..yang pastinya sungai ni penuh dengan anak udang..bila rendam kaki dalam ni anak² udang tu akan datang gigit² kaki..memang geli..kami bagi nama tempat tu sebagai "Spa Udang"..hehe..





orang tengok penyu dia pi melompat..haih!



lepas tu Rizal pun bawak kami ke Turtle Point..kat sini memang nasib menyebelahi kami sebab berpeluang jumpa seekor penyu, besar giler..tapi kesian kat penyu ni sebab cengkerang dia terkopak..Rizal cakap mungkin cengkerang penyu tu terkena sauh..sedihnya aku..waa~

masa ni penyu tengah cari makanan kat dasar laut..memang best tengok penyu ni..pastu sebab kami sume follow dia, dia pun lari..tapi pengalaman jumpe penyu kat dasar laut memang takkan aku lupakan la..masih fresh lagi dalam fikiran aku rupa dan saiz penyu tu..

petang tu pas selesai aktiviti snorkeling aku, Diana, Ceem, Im dan El tak naik ke bilik terus..kami melepak bawah payung dekat pantai sambil mengusha omputih berjemur..



berguling depan Long Beach


masa guling² tu kami disapa oleh sorang brader bot ni..katanya kalau nak ikut ke D'Coconut Chalet jom le..kami pun apa lagi..sebab dah bosan layankan aje

sampai kat sini macam bosan gila..coral dia tak cantik..banyak coral mati kat bawah ni..
bagus jugak rasa ikut brader ni..kalau tak ikut aku rasa tak tau kot camne rupa D'Coconut Chalet ni..


Aktiviti Malam Terakhir

malam tu kami takde aktiviti memasak seperti malam sebelumnya..kitaorg gi makan kat kedai sebelah dengan kedai akak muke ketat..aku oder tah pebenda aku lupa sebab nama makanan kat sini pelik² sikit..menu shark pun ada..erk!

tengah² makan tu tiba² hujan pun turun dengan lebat..selesai makan kami pun balik ke bilik sebab esoknya dah plan nak pegi ke kincir angin atas bukit..


Hari Keempat

Misi Kincir Angin

selesai subuh aku pun announce sape nak join ke kincir angin sila tunggu kat pantai..
hari masih gelap..sejuknye memang takleh nak citer..kalau nak tengok sunrise bole duduk kat Long Beach ni..sedang aku elok snap² gambo tiba² ada macam sesuatu bergerak² kat pasir..mula² aku ingatkan penyu...sekali rupanya couple omputih tengah wat projek subuh hari kat pantai..adoi..sorila..aku tak niat nak potong stim korang..ampun!



paranawei di subuh hari


bila sume dah berkumpul kami pun pose melompat² kat pantai sebelum naik ke kincir angin..macam² gaya ada..memang tak senonoh..kalau orang nampak memang buat malu aje..hehe~

mula² memang kami kebuntuan arah nak ke kincir, tapi setelah bertanya staff di Bubu Resort, mereka cakap ikut arah paip air nanti sampai le ke kincir angin..kami pun mula mendaki...adoi, aku dah semput..macam mencanak je laluan dia..memang penat..setelah dalam 30 mins mendaki akhirnya kami pun berjaya la sampai ke puncak bukit..



sempat jugak bersunrise



memang puas bila dah sampai ke sini..ada pondok melepak pulak..macam tahu² aje kami nak melepak..dari pondok tu ada tangga yang turun ke bawah sampai ke gigi air..tangga dia..fuh..tidak syak lagi macam tangga batu caves..hehe~


sanggup?



takat ni saja aku larat



on the way turun



dah sejam melepak, penat pun dah hilang kami pun turun la ke bawah nak balik ke bilik..sebelum balik kami benti sarapan dulu kat kedai akak muka ketat..selesai bekpes kami pun balik bilik dan mandi² sebab nak check-out pukul 10am

oleh kerana lama lagi nak balik, kami pun duduk dulu bawah payung besar kat pantai lepas selesai check-out..tapi panas dia bukan kepalang lagi sebab takde tempat berteduh kecuali bawah payung tu..

tengah sedap² melepak tiba² ada omputih ajak main volley ball..aku tak join..duduk bawah payung lagi sedap..budak² ni pegi join..ada yang pegi mandi..ada yang berkayak..



volley ball game dengan mat saleh


si Diana dgn El pegi berkayak jauh jugak sebab El cakap nak pegi kat sebuah catamaran yang parking kat tengah laut..aku ingatkan dia main² cakap nak naik catamaran tu rupanya dia buat sungguh..nasib la omputih tu jenis cool giler tak kisah pun..dia invite El naik atas catamaran dia..peh!



catamaran



  el tersengih² bersama owner catamaran


sume orang pun occupied masa masing² dengan aktiviti sendiri so aku pun terjun dalam laut..fuh..baru lega sikit pas kena air..kalau tidak bahang dia macam nak pitam dibuatnye..

pas siap mandi air bersih sume Badrul pun sampai..dia nak bawak kami pegi darat lagi awal...pucuk dicita ulam mendatang sungguh..memang dah tak sanggup nak menunggu lagi dah sebenarnya ni..kami pun pegila ke boat Badrul..sekali tunggu lama la pulak dia ni..apa lagi kami pun bergaya jap atas boat dia..




masing² berangan jadi pemandu boat


sampai je Jeti Besut kami pun duduk melepak dekat kedai minum..makan dulu sambil borak² kosong...pastu bermula la majlis bersurai..El dengan Mus balik dulu sebab umah dorang kat sini aje..tinggal la kami berlima kat sini..

aku dengan Im kebosanan so kami pun jalan² sekitar kawasan jeti..ada kawasan rekreasi kat sini iaitu Dataran Kuala Besut..kawasan ni menghadap ke laut so agak cantik waktu petang..dari sini boleh tengok boat masuk/keluar dari Jeti Besut..



Dataran Kuala Besut



aku syak orang yang tolong amik gambar ni saja nak sabotaj



balik tu kami amik bas Mahligai pula..tambang bas RM40...bas bertolak pukul 9 malam dari stesen bas Kuala Besut..macam biasa perjalanan akan amik masa lebih kurang 7 jam untuk sampai ke Kolumpo..

balik je dari Perhentian masing
² muka hitam berkilat..aku punye belang kat kaki tu sampai harini belum hilang lagi..dah cacat dah ni..bila masuk je opis sume orang tegur aku legam..haha~

alkisahnye pakai sunblock ke idak memang tak berkesan kalau dah cuaca panas terik memancar..

pada aku acara merepat Perhentian ni memang bole dijadikan acara tahunan sebab it's THE BEST BACKPACKER ISLAND!


Info Tambahan:

1. pulau tutup dari hujung bulan Oktober hingga awal Februari sebab musim tengkujuh

2. peak season adalah pada bulan April hingga September

3. low season dalam bulan Februari, Mac dan Oktober

4. normal snorkeling spot adalah 5..kalau nak tambah Air Berani boleh diskas dengan boat operator

5. makanan kat pulau memang mahal..kadang
² double dari harga kat darat..kalau nak jimat bawakla roti dan jajan sendiri..sebagai contoh ais krim kon tu satu je dah RM7..kalau mineral water dah RM5, sepinggan nasik putih dengan sup RM7

6. waktu siang takde letrik kat Pulau Kecik..kalau Pulau Besar aku tak sure sebab ada setengah
² chalet yang ada

7. bas
² lain dari Kolumpo selain Mahligai dan Mutiara akan benti dekat Jerteh..so kalau naik bas lain selain dari yang ni kena naik teksi untuk sampai ke Kuala Besut

8. bagi yang bawak kereta sendiri jangan risau..dekat sini ada banyak servis parking berpagar..normal rate untuk sebuah keta dalam RM7 sehari..ada yang berbumbung dan tak berbumbung

9. bagi yang driving, ada 2 jenis route boleh pilih sama ada nak lalu ikut Gua Musang atau Kuala Terengganu :

a. via Gua Musang
Karak Highway > exit Bentong > Kuala Lipis > Merapoh > Gua Musang > Kuala Krai > Machang > Jerteh > Kuala Besut

b. via Kuala Terengganu
Karak Highway > Lebuhraya Pantai Timur (LPT) > exit Gambang > Cherating > Kemaman > Kerteh > Dungun > Kuala Terengganu > exit Kota Bharu > Jerteh > Kuala Besut

.

8 comments:

gee,  March 31, 2010 at 9:36 AM  

chik, ko xamik gambo ikan ke? huhuhu

f a t t April 1, 2010 at 12:38 PM  

kamera masuk ayor le gee..
takpe..aku dah simpan sume "gambar" tu dlm kepala.. ;p

Ninie Hanis August 28, 2010 at 4:11 PM  

aku taktau la pulau mana aku nk pegi balik nanti.perhentian tutup,mabul tak sempat dah nak apply permit.Tioman la kot.sebab aku pun teringin nak gi tioman.

Weh nasi seribu tahun tu padanlah tunggu lama.Berpadanan dengan namanya.Hahaha..

Best trip ko nih.Aku suka sebab semua dapat dgn harga yg berbaloi.

MasZuber November 13, 2011 at 8:47 AM  

wei, aku baru singgah sini setelah bertahun entry perhentian ko nie.

tgk gambo korang lompat kat lighthouse tue memang mengingatkan aku pasal perhentian. seyes, coral kat lighthouse tue yang paling cantik kalo nak compare yang dekat lang tengah n redang. tp kat situ jea la yang cantik..byk coral depan resort cam gitu2 jea..

ok,ini membuatkan aku nak repeat perhentian!

~feez~ August 8, 2012 at 5:01 PM  

salam...boleyh bg contact badrul tu x???
agak2 price skung 2012 skung berbeza x dengn harga yg korang g dulu???boleyh bg information siket x aktivity2 best2 kat sana dengn klu nk camp site tuh mcm mana...btwen,nice info..:)

fatt August 16, 2012 at 3:25 AM  

feez,
sori lambat reply komennya. sy dah lama hilang no badrul. tapi kalau awak walk in pun bole..sbb kat jeti tu mmg byk kedai yg menguruskan psl pakej & penginapan di perhentian. rasa sy harga tak byk ubah...sini tak mcm redang yg harga mencanak2...paling2 tinggi pun 300 utk pakej lengkap.

psl campsite sori sy tkde info. its a campsite...beza kan dgn chalet? sy rasa awk buatlah research dulu sblm tanya..at least cari dulu informasi.

har'fitz February 21, 2015 at 4:19 PM  

Assalamualaikum.. mohon tumpang bertanya.. kalo dr kg nelayan ke long beach tiada jln darat ke?

handrick magreen March 17, 2015 at 2:20 PM  

interesting blog,.. mmg baca satu2 sbb macam awesome jer.. ada plan nak pgi sana backpack bulan 3 ni, so one question, ader ker chalet,inn, dorm untuk backpacker yg sorang2. so ader cadangan tak? tq.

Post a Comment

Terima kasih!!

  © Copyright Since 2010 | Backpacker Busuk

Back to TOP