kl - tawau - semporna

August 27, 2010


Trip kali ni aku join sepupu aku dengan geng dia, sekitar bulan April 2010. Waktu ni kami jalan agak lama, lebih kurang 9 hari. Dari KL - Tawau (Semporna) - Kota Kinabalu - KL.


Kenapa Semporna?

Jika ingin ke Sipadan/Mabul/Kapalai, anda perlu amik flight ke Tawau dan kemudian bas/teksi untuk terus ke Semporna. Semporna adalah stopover point untuk ke pulau-pulau tersebut. Takde direct flight ke pulau-pulau tersebut melainkan naik helikopter peribadi. Hehe~ ;p




Aku dapat best price untuk 3 tiket. Beli masa promo AA tahun lepas (2009). Harga tiket seperti berikut:

KL - Tawau RM28.50
Tawau - Kota Kinabalu RM31.50
Kota Kinabalu - KL RM33.50

Zaman aku beli tiket ni AA masih lagi kenakan caj RM5 (15kg) untuk domestic luggage, tapi sekarang luggage untuk domestic dah naik jadi RM20 (15kg)!! Boleh tahan jugak mencanak harga yang naik sekarang. Plak tu sekarang dah ada "convenience fee" pulok...haih!


Hari Pertama

Aku naik 1st flight pukul 7.20 am ke Tawau dengan AA. Travel hours lebih kurang 2 jam 40 minit. Dari KL ke Tawau bole naik sama ada AA atau MAS.

Airport Tawau memang kecik aje. Dari sini ada airport shuttle bus ke pekan Tawau. Bus operator tu namanya Kasah Transport Sdn Bhd. Tiket bas RM10, bole beli dekat kaunter bas kat luar, just opposite tangga nak ke Balai Berlepas. Condition bas adalah berekon. Tapi waktu aku naik tu ekon dia rosak.

Shuttle bus dari airport ke pekan Tawau berulang-alik lebih kurang 7 kali sehari dan jadual perjalanan adalah pada jam 7.15am, 9.15am, 10.50am, 12.15pm, 2.30pm, 3.50pm dan 6.50pm.

Kalau bas dari pekan Tawau ke airport pulak ada trip lebih kurang 4 kali sehari dari jam 6.30am, 8.30am, 10.30am, 1pm, 2.30pm dan 5pm.

**Kekerapan bas berulang-alik adalah tidak menentu dan waktu perjalanan diatas mungkin berubah dari masa ke semasa sewaktu artikel ini ditaip.


kaunter airport shuttle bus

airport shuttle bus

dalam bas


Perjalanan dari airport ke pekan Tawau amik masa lebih kurang +/-30 minit dan jarak dari airport ke pekan Tawau lebih kurang 28km. Sepanjang perjalanan tu nanti bole layan view estet-estet dan rumah-rumah kampung tepi jalan. View sama saja macam klu travel kat semenanjung bahagian pendalaman.

Bas ni akan berenti di Stesen Bas Tawau. Since destination aku ialah Semporna, so aku kene naik lagi 1 bas untuk pegi ke sini. Ada 2 jenis kompeni bas untuk ke Semporna. Aku naik bas kompeni Tongtalun. Harga cuma RM10. Aku diberitahu tiket bas ke Semporna flactuate, macam bursa saham. Paling maximum leh cecah RM15. Aku rasa tu mungkin harga waktu peak season orang ke Sipadan kot. Agaknye >_<


kaunter bas ekspress Tongtalun

time table bas Tongtalun

dalam bas


Perjalanan dari pekan Tawau ke Semporna amik masa lebih kurang 1 jam 30 minit. Condition bas berekon, memang selesa sebab ni bas ekspress. Sepanjang perjalanan takde view yang menarik sebab lalu kawasan  estet-estet, ladang-ladang dan hutan belantara. Tido mungkin perkara terbaik waktu ni.

tips!

Bagi yang travel secara berkumpulan/berjemaah, aku sarankan naik teksi dari airport Tawau terus ke Semporna. Tambang sebuah teksi yang dikenakan dalam RM90-RM95. Boleh share naik dalam 4 orang. Namun bagi yang travel solo mungkin option naik bas lebih menjimatkan, tapi makan masa agak panjang

Sampai aje kat pekan Semporna, aku check-in 1 malam kat Dragon Inn Floating Resort, Semporna. Dari tempat bas drop passengers ni nak menapak dengan beg yang berat tu aku tak daya, walaupun distance cuma 200-300 meter. Aku naik teksi sapu dari sini ke tempat menginap. Dia caj RM3 saje. Teksi biasa kat sini memang takde, sume main teksi sapu. Paling maximum dari tempat bas benti ke Dragon Inn ni dia akan amik RM5. Jadi, tawar menawar lah ye.

**Ada yang kasitau aku rupanya bole mintak tolong drebar bas tu drop depan Dragon Inn. Kalau aku tau takyah amik teksi sapu. Tapi aku tak pasti la betul ke tak. Cuba tanye drebar bas tu sendiri okeh!

Selain menginap di Dragon Inn, boleh juga menginap di Guesthouse Kg. Perigi (Double RM50-70), Scuba Junkie (Dorm RM20, Standard RM50, Triple RM60) dan Borneo Global Sipadan Backpackers (Dorm RM22, Triple RM90)


Dragon Inn Floating Resort

Aku amik 1 malam aje sebab esoknya nak grak ke Mabul dah. Rate 1 malam untuk bilik double dalam RM66. Condition bilik memang selesa, ada ekon, TV, water heater, complimentary breakfast for 2 dan pass masuk ke kawasan kolam ikan.

Maklumat lebih lanjut tentang Dragon Inn dan booking, sila klik SINI


depan Dragon Inn

Dragon Inn Floating Resort

pintu masuk ke Dragon Inn

laluan atas air untuk ke tempat menginap

row depan bilik aku

Camnilah rupa dalam bilik yang aku sewa. Selesa tak? Aku pun qada tido. Heheh~ ;p

rupa dalam bilik

dinding dari buluh, lantai dari papan
takde sikit pun unsur batu kecuali peralatan jamban

takyah eksplen sume orang tau ni ape. hahaha~


Bila jaga je dah pukul 4 petang so aku pun kuar pagi cari makanan. Oh ye, kalau bawak laptop tu bole tinggalkan kat reception. Aku tak berani letak dalam bilik takut hilang. Kat sini takde sebarang unsur wi-fi. So aku usung berukban aku sendiri. Walau camne pun, ada internet cafe kat dalam kawasan resort ni. Caj dia aku tak pasti.

Aku menapak aje dari tempat menginap ke area pekan Semporna. Tak jauh pun, lebih kurang 10 minit aje jalan kaki. Kat sini ada banyak anjing liar. Tapi aku ada ilmu takutkan anjing maka aku tak kena gigit. Aku tipu je. Heheh~

Pekan Semporna ni sangatlah kecik, macam pekan koboi. Kompem takkan sesat punye. Kat sini ada Giant, Guardian, KFC, pasar basah, pasar kering, hostel dan beberapa tour operators untuk ke Sipadan. Sini memang divers punye area la senang citer.

Kalau nak withdraw duit, ada mesin ATM Bank Rakyat kat sebelah Giant ni. Nak Maybank kene menapak jauh sikit dalam 10 minit dari Giant, location dia betul-betul seberang jalan depan masjid. Bank lain aku tak pasti sebab aku tak perasan pulak haritu.

Aku masuk kedai makan opposite Guardian, tak silap aku nama kedai tu Restoran Al-Medina. Menu aku petang tu ialah nasi putih dengan sup ayam aje sebab tekak aku tak selera langsung waktu tu. Ni pun makan sebab nak cukup syarat je. Kawan aku penah bagitau, katanya makanan kat Sabah ni memang jenis tak berperisa. Sekarang aku nak konfirmkan balik bahawa kata-kata dia tu benar belaka. Aku tak reti nak eksplen macam mana taste masakan tu tapi sume bagaikan kurang garam, kurang pedas dan kurang kick. Sebab tu aku siap-siap oder sup sebab nak kasik selera makan tu mari. Sume makanan tu termasuk sirap bandung kene dalam RM6. Macam harga kat Kolumpo kan? mahal!

Lepas makan aku pun pusing jap kat area pasar tu. Aku tengok budak-budak kecik jual ikan dengan sotong main pegang macam tu je. Kat sini memang port orang bawak naik hasil tangkapan laut. Harga memang murah. Pastu aku perasan banyak gile orang jual buah mangga. Aku pun beli selonggok mangga yang dah masak, 8 ketul dalam RM5 aje. Sangat murah.

Oh ye, kalau nak tengok Regatta Lepa, sila datang ke Semporna pada tarikh yang betul, event ni akan bermula pada 24hb April. Aku memang salah timing, cuma aku dapat tengok orang dah siap-siap pasang bendera macam nak pilihanraya. Regatta Lepa ialah event boat/sampan berhias dan event ni diadakan setiap minggu terakhir dalam bulan April. Next time sesapa nak tengok Regatta Lepa ni make sure cek bebetul tarikh. Jangan buat silap macam aku.


pintu gerbang ke Dragon Inn dan restoran aku dinner malam tu


Ok back to stori, lepas beli buah mangga aku pun balik bilik sebab kat sini pukul 6.30  petang tu dah gelap macam kul 7.30 malam. Malam tu aku makan dekat Anjung Paghalian, tak jauh pun dari tempat menginap, dalam 5 minit saja jalan kaki. Restoran ni terletak kat sebelah pintu gerbang kat tepi jalan menghala ke Dragon Inn. Menu malam tu nasi putih dengan udang butter. Per dish dalam RM6 tak termasuk air.

Malam tu aku tido awal sebab esok pepagi lagi dalam kul 7.30 pagi aku dah kene pegi kat Billabong* untuk grak ke Mabul.

*one of tour operator untuk ke Mabul dan Sipadan

b e r s a m b u n g . . .

13 comments:

h a n i e April 29, 2010 at 9:11 AM  

wehh..tenks for da info..
mmg dh lame pasang hajat nk g sipadan..
hehehe

f a t t April 29, 2010 at 12:25 PM  

welcome...
more to come pasni.aku nk kasi detailed guide ke tmpt ni.memula usha permit dulu beb,pehtu baru book tiket.klu permit tak dpt tak guna jgk ada tiket.siyes

Ms AiReEn MoHd April 29, 2010 at 3:13 PM  

sgt bagus info serta gamborajah yg menarik....berbyk terima kasih kawan....

f a t t April 29, 2010 at 5:03 PM  

eryn,
nanti ko pegila dgn boy hanimun kat mabul.oit pehal blog ko senyap je skrg?

uMi aishah April 29, 2010 at 7:55 PM  

nokk,ittew hari bilang mau carik keje kat sana trus. ape cer nokk? hihi

f a t t April 29, 2010 at 8:09 PM  

takleh la nok.cni makanan tak sedap.mati kering iols nanti.makanan tu faktor utama.ekekekeke~

Ms AiReEn MoHd April 29, 2010 at 10:02 PM  

aku tgh sakit kepala ngan company aku arr....byk sgt mulut puaka nak jatuhkan aku...ampeh tull...penin pale aku...sama ada nak letak ker or depa fired aku jer senang....malas aku nak pk weh...kang tak koje nak hanimun ke bende....jln kaki ke pualu tu....kuwusss aku kang!!!

Ninie Hanis May 1, 2010 at 2:59 AM  

tiah,thanx for the info.aku pun berhajat nk g sana,tp kurang jelas dgn isu permit seperti yg mu kecek tu..nanti explain yek,tenkiu.

SisHoney April 27, 2011 at 4:05 PM  

walaupun belum ingin pergi.tapi sy suka membaca dan tulisan anda sgt best.simple.kemas dan penuh info.congrats!

Jay January 27, 2012 at 4:51 AM  

hi!
i just found your blog, very interesting.
your info about Perhentian, semporna-mabul is very nicely done.
Well i enjoyed reading it coz i've been there, but i love the fact that i could add up to my knowledge. Esp about the shuttle to Tawau town and Semporna (coz i thought the only way to Semporna is by the RM90-95 shuttle..duh..)

eh sori lah ni blog malay tapi terkomen in english pula. eksaited sgt.

Cheers and cant wait to read more stuff from you.

Jay January 27, 2012 at 5:05 AM  

Hi again..

maybe u can add in your post, sekarang dah ada 5 bus operator to Kuala Besut:
1. Mutiara
2. Mahligai
3. Perdana
4. Rengit
5. not sure, Sani or Trans kadang2 nampak menurunkan penumpang juga di jetty terminal.

Anyways sekarang bas paling bes is either Perdana / Rengit. Mainly becoz bas mereka baru dan sgt selesa.

Bas rengit gerak paling lambat skali..dlm 10 ke 10.30 camtu..10.30 kut..tapi bas selalunye sampai lambat dlm kol 11. but dont take the chance lah..no worries they still arrive around 6am at the jetty.

Tapi standard lah RnR mereka...aku sanggup tahan je sampai jetty.

Jay January 27, 2012 at 5:10 AM  

food dekat sabah ni not bad jugak sebenarnye.

I had a delicious first meal in Semporna dekat satu restoran melayu sebelah Scuba Junkie

and also 1 seafood restaurant that i cant remember the name right now, located not far from Seafest Hotel. well straight down after Seafest Hotel to be exact..they have airconditioned eating area as well, but very reasonably priced food.


And food dekat Arung Hayat, Mabul is awesome too. well i went last year in May..if i were to stay in Mabul again, arung hayat is where i'm going coz of the food!

Mady Ach January 28, 2013 at 11:22 AM  

untuk update..
skrg airport tawau dah berpindah....
tawau bukan pekan.. tapi bandar 2009 mmg tawau dah jadi bandar..
kalau makanan mmg kat semporna xcukup rasa.. tapi klu kat tawau.. mmg one of the best food in malaysia... seafood pun sgt2 murah kat tawau...
klu nak makan sedap pegi kat tawau.. kalau nak pulau pegi kat samporna.. nak pergi jungle trecking pegi kat lahad datu (lembah danum).

Post a Comment

Terima kasih!!

  © Copyright Since 2010 | Backpacker Busuk

Back to TOP