Tido di airport?

June 09, 2010

Sila rujuk website berikut untuk panduan jika perlu tido di airport kalau kena amik flight di awal pagi, flight tiba lewat, delay dan sebagainya.

The Guide to Sleeping in Airports ada list airport yang worst dan OK untuk tido serta review setiap airport berdasarkan pengalaman traveller itu sendiri.

How to Sleep at an Airport untuk tips dan panduan kepada traveller yang terpaksa tido di airport.

Pengalaman aku? Baru 3 kali kot. Dekat LCCT, KLIA dan Auckland International Airport. Kat LCCT memang tak selesa sebab terang benderang, pastu takde port yang sesuai untuk menebeng. Aku terpaksa tido situ sebab nak kejar flight awal pagi. Di Auckland International Airport pulak agak selesa sebab aku dapat kongker 1 kerusi panjang dekat wing atas tak jauh dari viewing point, terpaksa tido situ sebab flight aku yang last sekali tiba, takde shuttle bus dah nak ke town. Kat KLIA pun selesa, tido tak jauh dari restoran KFC, kat kerusi yang panjang tu, tu pun sebab flight aku tiba lewat. 


Sebenarnya taklah teruk sangat kalau kena tido di airport, cuma kena alert dengan barang-barang yang valuable, itu saja. Aku tido-tido ayam je kalau di airport, tak penahnya tido lena. Sebab aku risau kot-kot kena pau. Apa-apa pun tawakkal sajork. Sekian.
a

3 comments:

YanTie AhMad November 6, 2011 at 10:49 PM  

hehe..tido kat epot, so far aku cuma pernah kat LCCT and KLIA..both sbb early fligth , and aku pun sampai dr JB /penang (time tu student)lewat malam...so senang nya tido jek kat epot dr terkejar2 and menyusah kan org mintak tlg hantar..time aku tgh tido kat LCCT lbh kurang kul 2 pg, ttba semua org lari bertempiran, aku pun pelik la...rupanya ada fogging..hampeh, mamai2 lari sambil tarik beg!..
tido epot tak se trill tido kat stesen bas..hehe, esp Pudu and stesen bas penang..aku prefer tido tempat cerah and ada org, sbb takut kena pau..tido pun sentiasa peluk bag, takut kena kebas..
bgs ko bg share link2 ni..at least leh la amik tips..:)

fatt November 8, 2011 at 5:28 AM  

waktu entry ni ditulis aku masih belum ada pglmn tido kat random places kecuali airport. tp skrg rasanya dah mcm2 tmpt aku rasa dan yg paling rare ialah kat subway...hahaha. tido dlm stesen ketapi pun aku dah penah cuma dlm stesen bas je belum.

mmg betul tido kat airport safe sbb ramai org, polis pun ada so takla takut mana pun...lagipun aku rasa tido dlm epot mmg selesa...cuma kalau kena time musim sejuk, mmg gila sbb sejuk ekon+sejuk winter...takleh nak citer tp rasanya pastu aku rasa lucky duduk kat mesia...seksa jgk kalau musim sejuk sbnrnya. patutla omputih tak brp suka..

Naizaitul Husna December 19, 2012 at 11:20 PM  

penah tido kat airport sekali masa transit kat doha..tapi dpt cari port best...dlm surau...surau tu mcm baru buat..sbb takde org pon yg msk..tapi sejuknya...mak aihh..ekon plak xbleh nk control...ade je remote tp pelik xbleh nak control...sudahnye..tido dlm keadaan terketar2..sbb mata ngantuk sgt dah...hehe..

Post a Comment

Terima kasih!!

  © Copyright Since 2010 | Backpacker Busuk

Back to TOP