Australia Visa

August 27, 2010


Entry ni khas untuk memberi lebih pemahaman tentang ETA. Ada sikit info aku lupa nak masukkan sebelum ni so aku republish entry ni semula. ETA ialah Electronic Travel Authority atau electronic visa yang diperlukan untuk masuk ke Australia. Rakyat Malaysia perlu apply ETA untuk masuk ke Australia.


Maklumat yang perlu diketahui sebelum memohon ETA :

1. Pemegang passport yang tempoh sah lakunya kurang dari 6 bulan dilarang dari memasuki Australia. Maka sebaiknya renew passport sebelum memohon ETA.
2. ETA tak boleh dipindahmilik. Kalau passport lama dah expired tapi ETA still valid (masih dalam tempoh 12 bulan sah laku), maka kena re-apply ETA untuk passport baru.


Ciri-ciri ETA :

1. It's multiple entry, bermaksud boleh masuk ke Australia banyak kali as long as visa belum tamat tempoh.
2. Boleh stay dalam Australia maksimum 3 bulan untuk setiap entry.
3. Tempoh sah visa adalah selama 12 bulan dari tarikh ia dikeluarkan.
4. Tidak boleh bekerja.
5. Purpose of visit adalah untuk melancong atau melawat keluarga/kengkawan.


Cara memohon ETA :

1. Melalui website INI. Bayaran sebanyak AUD20 akan dikenakan menggunakan kredit kad.
2. Melalui travel agent. Hanya perlu bawa passport dan bayaran antara RM20-30 untuk dapatkan visa.
**Pengesahan ETA boleh disemak 12 jam selepas permohonan dibuat.

Contoh ETA :



Quick info on ETA :

Since ianya "electronic visa", maka tiada physical proof of approved ETA akan tertera pada passport. Semua data telah disimpan secara online. Kalau apply melalui agent, slip ETA macam contoh kat atas akan diberi untuk rujukan.

***Info tambahan boleh rujuk di sini
.

5 comments:

fusherna August 27, 2010 at 10:54 AM  

thanks for this fatt...kira murah lagi la buat kat travel agent eh..aku lom buat lagi utk fmly aku..depa nak pi sana Nov ni. TQ

f a t t August 27, 2010 at 1:31 PM  

ure most welcome. yup betul buat dgn agent lg murah dr website.price shud be ranging from that.kalau lebih tu means dia caj mahal.klu wat kat website convert to RM lagi mahal kan?bestnya family hg nk gi sydney..and nov shud be spring..lovely :)

wondering shadow September 22, 2010 at 3:29 PM  

salam.
thanks for this info.
kos nk buat passport plak brape?
n bleh ke kalau just buat visa je kt tavel agent tu? pegi aust plak sndri?

bln mei kt aust musim pe?

fatt September 22, 2010 at 5:21 PM  

wondering shadow,

salam..ada entry psl passport msia.cuba u tgk dkt label.
visa oz ni boleh buat kat mana2 travel agent..u just prepare doc yg dia nak..coz last time i pun pegi sendiri,visa buat dgn agent.

bulan mei musim autumn,june dah winter

Akmal November 7, 2013 at 3:31 PM  

Salam semua.
Sapa yg nak aply visa ETA Australia boleh melalui saya. Travel Agent berdaftar. Emailkan passport copy ke wiyatravel@gmail.com (passtikan jelas).
Detail lain yg diperlukan:-
1. No Tel
2. alamat lengkap
3. Email

Caj RM20 per passport.
Paling lambat 24 jam. (subject to approval) 1st time pergi cepat je approve.

Kongsi-kongsi la ye.

Thanks,
Akmal
012-5846242

Post a Comment

Terima kasih!!

  © Copyright Since 2010 | Backpacker Busuk

Back to TOP