Prohibited foods to Australia

August 27, 2010


Budget traveler macam aku memang akan cuba sedaya upaya untuk cut cost especially bila masuk bab makan. Since currency exchange antara Malaysia dan Australia agak lumayan (secara kasar RM3 = AUD1), so aku akan cuba bawak sebanyak yang boleh untuk cover expenses kat part makan.

Tapi ada banyak restriction yang menyebabkan tak semua makanan boleh dibawa masuk sesuka hati. Contoh makanan terlarang seperti :

1. Serunding daging
2. Minuman/makanan berunsur coklat dan susu (contoh Milo 3 in 1)
3. Rempah ratus berunsurkan bunga cengkih
4. Roti
5. Makanan berunsurkan telur
6. Buah-buahan

Selain dari yang dilarang ni, boleh bawak :

1. Kiub ayam/ikan/tomyam (mostly brand Maggi sebab brand ni famous so memang lepas)
2. Ikan bilis (beli yang nicely packed macam dalam Tesko or Care4)
3. Nasi impit ready-mate
4. Sardin
5. Ready-mate Brahims except those yang ada bunga cengkih dalam ingredient
6. Tuna
7. Bihun, and few others yang takde unsur-unsur makanan terlarang

Pastikan ada penerangan tentang bahan-bahan/ingredient dalam bahasa Inggeris untuk memudahkan dan mengelakkan makanan dirampas.

Walau apapun yang dibawa, penting sekali DECLARE setiap barang tu supaya tak kena rampas. Waktu dalam kapal tobang nanti cik pramugari akan bagi arrival card, dalam tu ada ruang untuk declare apa yang dibawa. Kalau tak bawak apa it's ok boleh terus jalan kat green lane lepas selesai urusan kastam, tapi kalau bawak, dan kalau ragu-ragu status makanan tu masuk kategori apa, better declare sebab penalti agak tinggi jugak kalau kantoi. 

Untuk maklumat yang lebih tepat tentang barang-barang yang wajib kena declare, boleh jenguk website INI  untuk bacaan lanjut.

**Notakaki : Barang-barang yang listed diatas adalah based pada pengalaman aku sendiri. Mungkin lain orang lain kisahnya. Ada yang mungkin bernasib baik bawak barang terlarang tapi terlepas dan ada jugak yang kena rampas walaupun dah ikut arahan. Itu sume nasib...tapi kita cuba follow rules sebaik yang mungkin untuk elakkan masalah.

3 comments:

miya June 9, 2012 at 6:46 AM  

agak2 teh susu instant lepas tk?

fatt June 9, 2012 at 9:41 AM  

miya,
should be no problem. insya Allah lepas.

minn August 27, 2012 at 2:31 PM  

kalau bawak susu tepung untuk anak boleh tak?

Post a Comment

Terima kasih!!

  © Copyright Since 2010 | Backpacker Busuk

Back to TOP