Melbourne : Day 2 (Part 2)

August 30, 2010


Melbourne City Tourist Shuttle

Setelah puas merayap kat QVM aku pun plan nak balik sebab hari dah pun petang. Rupanya hampir 3 jam jugakla aku pusing dalam tu. Kali ni aku cuba naik Melbourne City Tourist Shuttle pulak. Service ni adalah free untuk tourist. Sebenarnya route antara bas ni dengan tram tak jauh beza. Tapi yang pastinya QVM ada termasuk dalam laluan bas ni.


 
 map Melbourne City Tourist Shuttle
(click to enlarge)


Route Melbourne City Tourist Shuttle :

Stop 1 : Arts Precint
Stop 2 : Federation Square
Stop 3 : Sports Precint
Stop 4 : Chinatown Precint
Stop 5 : Melbourne Museum & Carlton Garden
Stop 6 : Lygon Street Precint
Stop 7 : University of Melbourne
Stop 8 : Queen Victoria Market (QVM)
Stop 9 : Waterfront City, Docklands
Stop 10 : Dokclands Stadium & Victoria Harbour
Stop 11 : William Street
Stop 12 : Southbank & Yarra River
Stop 13 : Shrine & Royal Botanic Garden

**Servis adalah dari jam 9.30 pagi hingga 4.30 petang pada setiap hari kecuali Hari Krismas. Kekerapan bas adalah setiap 30 minit.


Harbour Town Shopping Centre

Sepanjang dalam bas ni akan ada commentary berkaitan Melbourne dan tourist attraction yang berada di sepanjang laluan bas. Bila aku check peta tourist shuttle ni, route dia ada lalu kat Waterfront City. Kat sini ada shopping mall nama Harbour Town Shopping Centre. So aku pun turun dari bas dan tinjau mall ni sekejap. Shopping mall ni lebih kurang konsep macam The Curve Damansara sebab ia jenis open-air shopping mall. Memang menarik tambah lagi tengok sume kedai ada diskaun sampai ke 70%-80%. One thing yang aku perasan kat sini, barang-barang dia although branded takla mahal pun. Tapi barang yang sama ada jual kat Malaysia, harga dia memang gile-gile kena up. Although aku convert kepada RM pun masih still murah. Contoh macam barang Roxy, Quiksilver, barang sports, outdoor, banyakla. Pastu kalau nak cakap pasal fashion & design, kat sini lagi up to date dan stylish. Cuma aku je bukan jenis fashion addicted, so aku tak jadi fashion victim. Aku jenis pakai je apa ada, tak kisah. Janji selesa. Hehehe~


man-made snow


Tiba-tiba aku rasa ada benda putih melayang-layang terbang. Rupanya ada orang buat snow kat tengah-tengah ni. Man-made snow. Budak-budak kecik paling suka sampai tunggu snow tu "turun". Pastu kat sudut lain aku tengok ada seksyen playground man-made snow. Dalam tu ramai budak-budak sibuk buat snowman masing-masing. Comel sungguh tengok dorang khusyuk walaupun snow tu taklah banyak mana. Kalau nak tahu walaupun kat Australia tengah musim sejuk tapi snow bukannya ada. Kalau ada pun cuma kat gunung macam di Mount Buller, Melbourne. Itupun tempat ski. Tak macam kat New Zealand especially di South Island yang mana ada snow turun kat few tempat walaupun tak semua.


budak-budak kat snow playground


tanglung??


Dah habis meninjau kawasan aku pun tunggu semula kat stop city circle tram (free). Aku tengok map dan compare antara kedua-dua route tram dengan tourist shuttle, nampak macam lagi cepat sampai ke hostel kalau aku naik tram, so aku decide naik tram. Masa dalam tram tu mata aku dah berat betul. Letih jalan dari pagi sampai ke petang. Aku turun kat Federation Square dan jalan kaki balik ke hostel.

Perut aku memang dari tadi dah lapar gile. Masa aku tengah berkira-kira nak pegi ke Subway aku ternampak sorang budak Pakistan kat tepi jalan dan aku konfiden nak tanya dia makanan halal sebab tengok dia pakai hijab. Aku tanya dia Krispy Kreme tu halal ke? Dia cakap leh makan, halal. Tapi sebelum aku patah balik ke Krispy Kreme tu aku terpandang kedai Melbourne Halal Kebabs. Tah camne aku boleh ternampak walhal siang tadi lalu tepi hostel langsung tak nampak. Aku pun kansel Krispy Kreme dan cuba makan kat sini. Boleh tahan jugak harga kebab ni, dalam AUD9 termasuk minuman. Tapi portion dia memang besar, aku terpaksa tapau balik sebab tak habis. 


besar kann??


kedai ni bebetul sebelah Greenhouse Hostel


Melbourne Central

Lepas makan, energy pun dah mari, aku tak jadi naik bilik, instead, aku jalan kat Swanston Street dan masuk dalam Melbourne Central, mall ni pun sama macam Harbour Town sebab dia jenis open air. Kat ruang legar dalam mall ni ada jam besar yang ada muzik pastu ada patung menari keliling jam tu. Kat sini punyala ramai orang, especially Asian yang mata sepet. Orang Asia ni memang kaki lepak eh?  Dah macam Bangla dengan Indon melepak kat Jalan Silang (Pudu). Heheh~ Kat depan jam besar ni ada stall jual jajan. Memang nampak menarik, tapi aku kansel beli sebab ramai gila orang. Berbalik pada topik tadi, memang kat Melbourne ramai gila orang Asia. Ceruk mana mesti jumpa. So takyah risaula sebab omputih kat sini dah cemuih tengok orang Asia. No wonder la Aussie tak berapa suka orang Asia.


musical clock


Sambung lagi cerita aku...aku pun turun tingkat paling bawah, kat sini ada Big W dengan Woolworths (Woolies). Both mall ni macam Tesko dan Care4, macam-macam ada jual. Aku cuma beli jajan nak kunyah waktu bosan. Aku sebenarnya pun rimas tempat crowded ni, not my cup of tea. So aku pun balik ke bilik.  Dari sini aku just jalan kaki sebab takde free tram sampai ke Flinders Lane (lokasi hostel Greenhouse). Kalau balik dari sini (Melbourne Central) aku tak kisah jalan kaki walaupun jauh sebab turun bukit. So tak terasa sangat penatnya tu.


Big W


Woolies


AUD9.82?!!


Swanston Street

Sepanjang jalan dari Melbourne Central turun ke bawah boleh nampak Es Teller 77 dan Nelayan. Lokasi Es Teller ni just opposite State Library dan Nelayan tak berapa jauh dari Mekdonal. Both sederet dengan Melbourne Central. Aku jugak nampak kereta kuda kat tepi jalan. Aku tak sure sewa benda ni berapa, mungkin ada yang nak cuba? Macam-macam boleh terjumpa masa jalan kat Swanston Street ni sebab jalan ni yang meriah tak kira waktu siang malam. Ada buskers, street art chalk painting dan macam-macam lagi. Kalau jalan sorang-sorang waktu malam pun takla takut sangat.


Es Teller 77


Nelayan


cinderella ride


chalk painting di kaki lima (sambil lukis sambil makan eskrem)


Sampai je bilik aku pun mandi manda, pastu turun kat communal area jap sebab nak pakai wifi. Aku tak sedar aku lepak situ berapa lama sampai crowd dah susut tinggal berapa kerat je. Aku pun balik bilik nak tido tapi sume roomate aku dah lama hanyut. Nampaknya tak sempat aku nak berkenal-kenalan harini. 


 camni la rupa communal area kat Greenhouse Backpacker, sangat besar. 
tapi mostly sume orang buat hal sendiri

b e r s a m b u n g . . .

5 comments:

h a n i e August 30, 2010 at 11:04 AM  

aihhh..jelesnye aku dgn hang nih! hahaha..okeh..info menarik..buleh jd guide utk g sana *which is tak tau lah bila* hahahahaa

f a t t August 30, 2010 at 11:42 PM  

ehe..mana ada la..*tersipu-sipu*..aku ikat perut nk dtg cni tau..
takpe,nti lelama ko rajin jenguk cni ba-ra-kap-alip-ta..ha..mn tau esok menang lucky draw leh coti-coti ;)

Leez August 31, 2010 at 6:35 AM  

hai...
ingat tak.. hari tu i ada tanya pasa your blog....frm cari.com

good info..

tak sabar nak baca entry pasal GOR plak.
Kat sana boleh booking tour to GOR kan. Boleh rekemen tak kat mana nak cari?

f a t t September 1, 2010 at 12:37 AM  

hi leez,
ingt2.. :)

fyi,i tak buat GOR haritu, tp i akan buh info psl GOR nti..
cuba u tnye haz dlu sbb dia ckp amik pakej utk GOR.

Post a Comment

Terima kasih!!

  © Copyright Since 2010 | Backpacker Busuk

Back to TOP