Melbourne : Day 1

August 28, 2010

Trip ke Melbourne aku buat last minute setelah decide untuk tak amik direct flight dari KL ke Auckland/Christchurch. Since aku dah penah sampai ke Perth dan Sydney sebelum ni so aku pikir mungkin singgah ke Melbourne idea yang baik untuk aku khatamkan peta Australia.


Flight Ticket

Last minute flight ticket Air Asia X dari KL - Melbourne (1-way) dalam RM560 termasuk tax, luggage 15kg dan in-flight meals. Tiket ni aku beli lebih kurang 1 minggu sebelum tarikh berangkat.


Melbourne Airport

Dari KL flight berlepas pada jam 1.20 pagi dan tiba di Tullamarine Airport, Melbourne (Tulla Airport) pada jam 11.10 pagi. Waktu di Melbourne (GMT +10) adalah 2 jam lebih awal dari waktu di Malaysia (GMT +8) dan penerbangan mengambil masa lebih kurang 8 jam. Oleh kerana aku travel dalam musim winter (bulan June), maka suhu pada waktu tu memang sejuk. Waktu kapal terbang nak mendarat pilot ada inform suhu diluar lebih kurang 6°C, masa nak keluar dari kapal sume passenger dah sibuk pakai baju paling tebal yang dorang ada waktu tu. Aku pikir ok kot bole tahan lagi ni, tapi rupanya memang tak boleh. Elok keluar je dari perut kapal aku dah rasa sejuk yang menusuk ke tulang. Kene stop jap ni pakai sweater, gile pakai baju cotton je nak survive dalam sejuk.

Alhamdulillah aku takde sebarang masalah waktu berurusan dengan kastam. Banyak cerita ngeri aku dengar based pada pengalaman kawan-kawan aku yang penah travel sorang diri ke sini. Ada sorang kawan aku tu muka dia dah kena mark dengan kastam Australia sebab until now bila dia masuk je Australia, mesti kene tahan ke tepi, passport dengan muka dia kena teropong. Gilo! Heh! >_<

Cuma 1 soalan je kastam tu tanya aku, ada kenal sape-sape ke kat sini? Aku cakap ada. Walhal, takde! Tapi awal-awal lagi aku dah standby address kawan aku sorang kat Sydney dengan address few Malaysian students yang aku amik dari kawan aku. Andai kata la sangkut kan. Huhu~

Selesai chop passport aku pun go through luggage checking sebab aku bawak makanan. Kastam tu cek sekejap je dan dia lepaskan coki-coki aku walaupun itu adalah cekelat. Mungkin muka aku ni baik dan kudus sebab tu dia tak kisah, ekekeke~ \^_^/




Airport Transfer

Keluar je dari Arrival Gate aku dah blur sebab tak tau nak tuju mana sebab aku tak habis study pasal Melbourne sebelum nak datang. Ada information counter sebelah kanan pintu keluar "Arrival". Kat sini ada freephone untuk booking hostel dan sebagainya. Aku calling 2-3 hostel dan kebanyakannya available, cuma dorang tak hold booking. So aku pun bertindak cepat keluar dan tunggu Skybus ke bandar.


 kaunter tiket Skybus (kiri), Skybus (kanan)


 Skybus return ticket, AUD26


Untuk ke tempat tunggu Skybus ni just follow signboard (sebelah kanan selepas keluar dari pintu "Arrival"). Dalam 50 meter saja dari situ dan located depan Domestic Terminal. Ada booth warna merah yang tulis "Skybus" dan tiket boleh beli dari sini. Harga return ticket dalam AUD26 dan servis interval antara 15-20 minit mengikut jadual. Bas dari sini akan terus ke Southern Cross Station dan dari situ ada servis hostel/hotel transfer menaiki minibus/van. Servis ini percuma, inclusive harga tiket Skybus. Tempoh perjalanan dari Tulla Airport ke Southern Cross Station lebih kurang 20 minit.


 kaunter tiket Skybus & minibus arrangement di Southern Cross Station


 minibus untuk hostel/hotel transfer


Setiba saja di Southern Cross Station tadi terus tuju ke kaunter tiket dan request transfer ke hostel/hotel menginap. Nanti dorang akan arrange minibus/van mana yang akan kita naik. Sentiasa alert bila dorang panggil sebab menunggu tak lama sangat pun.

Berikut adalah jadual untuk hostel/hotel transfer :

Isnin - Jumaat : 6 pagi hingga 9.30 malam
Sabtu, Ahad dan Cuti Umum : 7.30 pagi hingga 5.30 petang
**tiada perkhidmatan pada Hari Krismas

Untuk servis pick-up ke Tulla Airport, sila dail 9600 1711 (quote nama hostel/hotel dan no. bilik) dan sebaik-baiknya book sehari sebelum flight berlepas dari Melbourne.

Notakaki :
1. Kadang-kadang pick-up point berubah dan tak semestinya betul-betul depan pintu hostel/hotel.
2. Untuk full list hostel/hotel yang entitle for free minibus transfer sila rujuk website INI.


Melbourne CBD
(click to enlarge)


Flinders Station Hotel Backpacker

Sebenarnya aku tak prepare pun tempat tido untuk first night kat Melbourne. Kecuali untuk malam kedua dan ketiga aku dah secure tempat tido dekat Greenhouse Backpacker. Ikutkan memang aku nak secure keempat-empat malam tapi hostel tu cuma available malam kedua dan ketiga. Aku pun redah ke Flinders Station Hotel Backpackers sebab tadi kat airport aku ada call dia cakap available lagi. Masa turun je dari minibus tu driver tu cakap hostel kat corner jalan ni je tapi aku tak berapa faham accent Aussie dia yang pekat gile tu. Aku pun kompem la salah pastu, then ada friendly guy on the street bagi aku direction ke hostel. Memang entrance dia a bit confusing sebab terselit antara celah-celah kedai.


 Flinders Station Hotel Backpackers


Finally aku pun manage setel hal tempat tido untuk malam tu, dapatla masuk 4 bed female dorm, dalam AUD24 untuk 1 malam tak termasuk deposit access card AUD20. Check-out sharp at 10am, ada complimentary free bekpes (waffle) tiap-tiap pagi dengan free flow of drinks. Kalau nak tau camne rupa bilik ni, dia exactly sama macam dalam website cuma aku terlupa nak snap gambar.  Aku masuk bilik tapi kosong sume orang dah kuar, then aku simpan barang dalam locker dan mandi. Actually aku pun tak sure aku katil yang kosong sebab nampak macam sume tak kemas. Ah takpela baik aku kuar dulu nanti malam aku jumpe roomate aku pehtu tanya.

Kat sini dia pakai sistem access card untuk masuk ke bilik, toilet dan lif. So memang secure. Setel mandi manda aku pun kuar pegi Melbourne Visitor Centre yang terletak dekat Federation Square, tak jauh dari hostel ni, just about 200 meter jalan kaki. Tapi jalan kaki dalam sejuk jauh mana pun aku tak kisah sebab tak berpeluh. Lagi selesa ada la. Lepas mandi tadi aku terus pakai baju 3 lapis sebab memang sejuk sebab berangin.


Melbourne Visitor Centre

Dalam Melboune Visitor Centre ni macam-macam info pasal Melbourne ada, memang bagus. Ikutkan aku sume pamplet aku nak amik, tapi sebab pikir aku ni jauh lagi nak tuju pasni aku bawak mengucap. So aku just amik map tourist bus, map city circle free tramway, booklet "Hello Melbourne" winter 2010 edition, pastu map Melbourne 2-3 kerat. Cukup! Booklet Hello Melbourne ni memang penting sebab dia ada highlight segala event yang happening around Melbourne ikut musim. Macam waktu aku pegi tu ada pameran Titanic, pameran Tim Burton (yang buat cerita Edward Scissorhand, Batman, Alice in Wonderland) dengan show ABBA. Bulan Julai pulak ada banyak jugak yang menarik macam musical theatre Mary Poppins. Yabba!


Melbourne Visitor Centre


 Hello Melbourne Winter 2010


Kat sini aku nampak ramai je orang Melayu, mostly students la ni. Aku pun tegur 1 group ni, tanya tempat makan. Budak tu cakap mostly nama-nama kedai yang aku dah noted halal dalam forum, cuma ada 1 ni yang aku terbabas dengar, Subway! Tapi jangan berangan lebih, tuna sandwich je boleh ok! Aku pun terus cross jalan dari Melbourne Visitor Centre tu ke Swanston St. Jumpa kedai Subway aku terus masuk order tuna sandwich. Kalau nak tau ni la first time aku cekik Subway, selama benda ni kat Mesia aku tak kesos pun. Sape gigih nak makan sandwich kat Mesia tuu?! Baik aku makan Chillis ke lagi sedap ;p~

Tapi bole tahan jugak rasa sandwich ni sebab roti dia sedap. Dahtu portion pun besor ikut perut omputih so aku memang tersangat full. Sandwich tuna tu harga dia AUD4++ tapi kalau amik combo sekali air jadi dalam AUD7.50.



Yarra River

Lepas makan aku pun jalan sampai kat Yarra River, nak amik gambar bangunan kat sini waktu malam. Since waktu ni musim sejuk so siang lebih pendek dan malam lebih panjang. Kalau pukul 5.30 petang tu dan gelap macam kul 7.30 malam. Sambung lagi..so tempat ni tak just opposite Flinders Station and nearby Melbourne Visitor Centre dan Federation Square. Feel kat sini exactly macam kat tepi sungai kat Singapore tu, aku dah tak ingat nama dia sebab penah pegi dengan Dee tahun 2008 dulu. Lama dah tu. Lupa! Kat situ kami shot gambar bangunan tinggi, memang best. Cantik gile. Cuma aku je takde kamera canggih... T____T


Yarra River


Kat kawasan Yarra River waktu malam agak sunyi, although ada orang tapi jauh-jauh. So aku pun amik gambar ala kadar terus balik bilik. Takut kene pau kang aku jugak yang susah. Sampai je bilik aku tengok 2 roomate aku dah balik. Dua orang budak tu dari England, kagum aku tengok omputih ni, muda-muda dah merata parents dorang bagi lepas. Envy sungguh aku. Aku perasan ada patch bendera Malaysia along with bendera Indonesia, Thailand dan segala kat beg dia. Sembang-sembang dia cakap ada turun KL haritu, pastu pegi Cameron Highland dengan Pulau Perhentian. Hehehe~ Malam tu aku tido kat belah atas, tapi tido tak berapa nyenyak sebab berubah tempat baring.

b e r s a m b u n g . . .

16 comments:

en_me September 26, 2010 at 8:01 PM  

vah vah .. roomate mek salleh tewww

Ely Hasrul August 23, 2011 at 6:37 PM  

satu jek xtahan psl melben nih. kan ke byk bangsa duk situ. dlm seminggu aku leh terserempak dgn org yg sma 3 kali! walhal kalu kt KL tu mmg tipis harapan haha.. patu pusing2 dh abis explore. time ke sana sulu dorg tgh spring break so ramai tourist dr perth, adelaide etc last2 aku plak yg dorg tnya.. tiap ari sure ade org tnya direction etc. yg lucu nye aku tau pulak tu nk kasik direction kahkahkhakhakah

fatt August 24, 2011 at 12:54 AM  

en_me,
biasa jek..dorg tido pun mengigau dgn berdengkur jgk..hihihi



ely hasrul,
kat Oz mmg ramai foreigners...klu ko gi sydney lagi tak tahan...aku nampak cha-ya-nun-alip punya la ramai, pak arab pun sama..smpai rasa dah tak syok..bkn apa, kdg2 aku nak gakla feel ala2 "lost in translation" kan...nmpknya nak feeling gitu kena pegi zimbabwe takpun ceruk2 yg takde org luar, just local...

Mijoe January 1, 2012 at 8:40 PM  

salam fatt..

pasni den punye turn pulak meredah melbourne. excited + gabra gak ni..he he..

thnx for all the infos fatt! :)

fatt January 2, 2012 at 4:15 AM  

mijoe,
wsalam & welkam

melben sonang. kacang putih sbb tmpt dia tak besar mana pun. nti lenjan habis2 free tram & citybus ok! save duit. aku tak sempat ke GOR je lagi..coming soon la kot. enjoy melben! :)

Mijoe January 2, 2012 at 1:41 PM  

kalau kacang putih je ok la kot. lagipun Fatt mmg stay kat city centre, senang la nak menapak/men'TRAM'/menge'BUS' sana sini..he he. kitorang tpaksa sewa kete sebab masalah logistik dan planned nak ke GOR dan Phillip Island.

Bila baca pasal Hook Turn tuh, lagi la buat den mcm gabra sket..kena study betul2 pasal hook turn neh, kang tak pasal2 pi langgar tram pulak...Nauzubillah!

thanks again fatt! :p

fatt takde beli boomerang ek dulu as souvenir kat QVM?

fatt January 4, 2012 at 11:49 AM  

mijoe,
sori lambat skit balas komen ni.

yup, hook turn tu mmg agak ngeri la jgk..nanti hari pertama terus pakai keta ke apa? klu tak so sempat la u observe dulu. tapi memang agak keliru la jgk. sy tak penah bwk keta dlm melben, cuma penah kat perth. tapi otomatiknya bila bwk kat oversea sy akan rasa gugup. sy tak pasti org lain camne tapi tendency utk gugup tu tinggi wlpun kat mesia sy cekap tak penah eksiden. sbb kita tau org sini amat berdisiplin so kita rasa takut buat salah. tapi jgnla panik pas baca apa sy taip ni tau..hehehe...as long as u folo speed limit, observe sekeliling, kasi pedestrian melintas, insya Allah u'll pass

sy beli boomerang masa kat paddys market sydney. kat melben QVM tu sy cuma beli FM dgn Tshirt

Mijoe January 4, 2012 at 4:33 PM  

fatt..

kitorang sewa kete tuh most probably on the 2nd or 3rd day kot. my wife belum booking lagi, tgh pk berkali2 pasal nak drive ke GOR tuh, memandangkan kitorang ber2 je..he he. kalau ramai baru la best sket... risau gak sebab jln GOR tuh bengkang bengkok, bukit bukau tepi laut. According to my office mate yg belajar kat melben dulu, boleh pening kalau sape x biasa dgn jalan mcm tuh.. huh..cabaran betul neh..he he.

saye pun rasa apa yg fatt rasa kalau first time nak drive kat negara org. mmg takut2 dan kurang confident! :p

kalau jadi sewa kete, hopefully saye dpt la drive dengan selamat dan jayanye..dan seboleh2nye takmo jumpa langsung dgn hook turn tuh..ha ha..

fatt January 7, 2012 at 5:01 AM  

mijoe,
hehehe...tergelak sy kat sini, jgn takut...klu takut nanti lagi resah & terbuat salah. klu 2nd day tu sy rasa ok, at least u both bleh observe dulu camne hook turn tu works. btw ada jgk dgr org ckp camtu tapi sy rasa safe je drive kat sana sbb dorg dah set speed limit & driver2 kat sana sumenye sgt2lah berhemah

klu amik pakej ke dua2 tmpt ni pun mahal, so elok jgk klu drive. tp klu takmo penat, GOR tu buat 2 hari pun boleh. dulu i ada simpan website utk travel coupon in Oz tapi sume dlm laptop lama & the sad thing is laptop tu dah rosak...i try google balik tapi tak bleh recall lgsung nama website tu. adeh! =__="

Mijoe January 11, 2012 at 12:55 PM  

thanks for ur effort fatt! nanti i kasi you london tube map utk fatt..mane la tau nanti fatt nak gi jadi babysitter Ninie..he he he.. :)

lepas study hook turn kat tiubawak tuh, mmg dah rasa lebih kondifen sket..he he! mcm cool pulak hook turn tuh... tapi still takmo jumpa masa saye drive...nak experience it during tram ride je...ngeh ngeh..

fatt January 12, 2012 at 1:23 AM  

mijoe,
den cuba cari balik website tu tp mmg takleh nak recall. anyway check this out!

http://www.experienceoz.com.au/melbourne

http://www.viator.com/Melbourne/d384-ttd

http://seemelbournepass.iventurecard.com/

http://www.hellomelbourne.com.au/DiscountVouchers.aspx


oh makasih la, susah2 je. den blum tau lagi bila nak visit dia. thn ni mcm berat skit sbb plan nak amik lesen diving segala..tp klu tahun depan insya Allah. haritu gi sana brp lama? agak2 bajet dlm berapa tmsuk tiket flight?

sy dah tgk utiub yg awk tepek dlm blog tu...nmpk cam ok la but in real life sy dah penah tgk..mmg debor la jgk sbb tram ni laju. dah confirm booking keta sume?

Mijoe January 13, 2012 at 5:40 PM  

mekaceh fatt for the sites! nanti den akan cekidaud!

huhu..bestnye diving! den..boronang pun tak lopeh..ha ha. tapi ada gak pasang angan2 nak diving..cane tuh fatt? :p AAx dah cut route to India & Europe la fatt :( spoil tul...diorang nak tumpukan kat OZ n asian destination jer.

hari tuh pergi 101010 dan balik on 221010. lebih kurang 13 hari la tu. saye bajet RM10k semua sekali (sebab naik MAS :( ). tapi bila balik tgk2 semua yg dibelanjakan dekat2 RM9k. Hmm, klu wife den tuh tak tau la bape dia habis..dia yg byk soping! :p sib baik saye x suke soping..keh keh keh..

free tram tuh laju ke fatt? :) cepat sket dampai ke destinasi he he. Kete wife dah booking dah. Skrg nak gi JPJ pulak nak buat license translation..mencabar ni nak drive GOR. Semoga semua berjalan lancar dan selamat..AMin.

Naddy Abdul March 30, 2012 at 5:05 PM  

baru lepas balik dari melbourne last week..duduk kat spencer street...n redah ke werribee sampai la ke port campbell.

fatt x g great ocean road ke?

rasanye pasni nak repeat lg sbb rasa rugi plak x masuk muzium dia n borong banyak souvenirs...hihihi

alQasam October 30, 2012 at 9:24 AM  

Salam bro

Terima kasih atas entri and tips

Saya ada terbaca di blog sdr rasanya tentang pembelian voucher online untuk ke tempat2 tertentu di melbourne sebelum pergi ke melbourne. Ada ke tapi try baca tak jumpa pula

Macamana penggunaan internet di melbourne ye?

Terima kasih in advance.

Fatt October 30, 2012 at 12:29 PM  

wsalam bro,

website yg kupon tu banyak..mcm milk-a-deal jgk..tapi utk pasaran melbourne. awk buleh gugel je mmg bnyk yg keluar..mcm2 nama tapi sy tak ingat.

internet tu rasanya bergantung sdr dok mana. selalunya hotel ada free wifi. tapi sy duduk kat hostel, jadi internetnya tak free..kena beli kad mcm internet prepaid. benda tu ada jual kat hostel...nti sampai sana tanya2lah org kat reception..dorg bleh advise. gdluck

Langit Tinggi April 28, 2014 at 4:47 PM  

assalamualaikum..boleh saya minta cadangan..pada pndgn awak tempat paling menarik utk dilawati dimana ya? adakah melbourne tmpat yg sesuai ?

Post a Comment

Terima kasih!!

  © Copyright Since 2010 | Backpacker Busuk

Back to TOP