Passport Antarabangsa Malaysia

August 27, 2010


Berikut adalah panduan untuk rakyat Malaysia yang ingin memohon passport dan diharapkan info ini boleh dijadikan panduan bersama. Untuk pemohon bukan rakyat Malaysia dan sebagainya sila rujuk SINI untuk info yang lebih tepat.


Permohonan Baru

Bagi yang baru pertama kali memohon, berikut adalah item yang perlu dibawa semasa ke Pejabat Pendaftaran Negara :
2 keping gambar terkini berukuran passport
1 salinan I/C
1 salinan sijil lahir
**sila bawa bersama original copy I/C dan sijil lahir untuk tujuan pengesahan

Untuk memperbaharui/renew passport, berikut adalah item yang perlu dibawa :

passport lama
2 keping gambar terkini berukuran passport
1 salinan I/C
1 salinan sijil lahir
**sila bawa bersama original copy I/C dan sijil lahir untuk tujuan pengesahan

Jumlah bayaran yang dikenakan bergantung pada jenis passport yang dipohon :

RM100 = 2 tahun (32 muka surat)
RM300 = 5 tahun (32 muka surat)
RM600 = 5 tahun (64 muka surat)

Kini passport antarabangsa Malaysia tidak lagi mengambil masa yang lama untuk siap, paling cepat ialah 2 jam dan mungkin sehari.

0 comments:

Post a Comment

Terima kasih!!

  © Copyright Since 2010 | Backpacker Busuk

Back to TOP