Great Ocean Road

September 03, 2010


Entry kali ni just fokus pada GOR atau Great Ocean Road. Although aku tak berkesempatan lagi sebab tak cukup masa waktu ke Melbourne haritu, but due to interest of people about this great road trip, aku rasa boleh jugak letak sekadar untuk share. However, info yang ada ni cuma based pada homework yang aku  buat dari internet dan Lonely Planet, not from my personal experience. But in future, aku harap boleh repeat balik Melbourne dah buat GOR. Insya Allah.


Welcome to Great Ocean Road!! 

entrance to Great Ocean Road 


Great Ocean Road route map


Route GOR ini bermula dari Torquay dan tamat di Allansford, Warrnambool dan jaraknya lebih kurang 243km. Tarikan utama GOR kebanyakkannya  terletak berhampiran Port Campbell seperti Twelve Apostles, London Bridge, The Arch dan The Grotto.


Twelve Apostles


London Bridge is . .


falling down!


 The Arch


The Grotto


Selain dari itu ada Split Lighthouse Point di Otway National Park. Berhampiran kawasan ini juga terletaknya perairan yang dikenali sebagai Shipwreck Coast dimana terdapat lebih 700 buah kapal telah karam di sepanjang perairan ini. Lagenda di Loch Ard Gorge, iaitu kisah sebuah kapal Loch Ard adalah antara tragedi kapal karam yang turut berlaku di sepanjang perairan ini suatu ketika dulu.


 Split Point Lighthouse or The White Queen


Loch Ard Gorge


Selain dari itu attraction yang ada ialah animal spotting seperti kangaroo di Anglesea, koala dan parrot di Kennet Township dan penguin di Port Campbell National Park dan Philip Island. GOR ini tidak lengkap jika tidak singgah di Apollo Bay dan Bells Beach. Terdapat banyak scenic lookout di sepanjang GOR dan jika memandu, mungkin boleh berhenti dekat setiap point tersebut.

Jika anda ke Melbourne secara solo dan tak sewa kereta tapi nak cuba troadtrip ke GOR, tak perlu risau sebab banyak pakej ditawarkan (day tour) dengan harga dan itinerary yang pelbagai, sesuai dengan bajet anda. Sila click pada tour agent dibawah untuk akses ke website.

AUD95 p.p

AUD95 p.p

AUD95 p.p

AUD110 p.p (promo, normal AUD151)

AUD120 p.p (selection of Classic or Sunset tours)

AUD120 p.p (price till 31 March 2011)

AUD125 p.p (till 31 March 2011)

AUD153 p.p

Jika anda memandu dan ingin buat GOR, seeloknya amik masa 2 hari untuk bebetul free and easy sambil explore semua tempat yang menarik at your own leisure. Ada banyak hostel di sepanjang GOR ini dan advance booking adalah perlu.


Disclaimer
Harap maklum bahawa semua imej adalah bukan dari hakmilik aku. Jika hakmilik aku memang aku dah taruk watermark. Semua imej adalah dari bahan google di internet, so the credit goes to the photographer. Tujuan artikel ini ditaip adalah untuk pengetahuan am dan sharing info sesama fellow travelers yang berminat dengan Great Ocean Road.

0 comments:

Post a Comment

Terima kasih!!

  © Copyright Since 2010 | Backpacker Busuk

Back to TOP