Melbourne : Day 3 (Part 1)

September 05, 2010


Part 1 , Day 3

Harini aku bangun awal. Tapi aku ingatkan aku paling awal rupanya tak. Masa tengah bersiap-siap lepas mandi aku sempat borak dengan 2 orang roomate aku. Both dari Sydney. Masih muda lagi sebab masih bersekolah. Dorang cakap sekarang kat sana tengah cuti sekolah, datang Melbourne just nak shopping. Tapi siyes aku tengok barang dorang banyak gila, macam nak lari dari rumah. Macam-macam dorang shopping. Kasut je dah 2-3 pasang, walhal kaki sepasang je. Ini pesen pun ada ke? Iskk... >__<

Dorang tanya aku dari mana, aku jawab Kolumpo. Nasib baik tau katne Kolumpo dengan Malaysia. Tak tau kang aku tepek peta dunia kat dahi dorang. Hahahaha~ Aku teringat kata seorang teman, bunyiknya begini . . .

God create the world, but everything else is "Made in China"

Walaupun takde kaitan antara China, Kolumpo dengan Malaysia, tapi setuju tak dengan fakta tu? ^_^


Street Art @ Union Lane

Pagi tu aku makan simple saja, roti dengan nutella. Harini aku nak tengok street art. Aku teringat ada tengok gambar graffiti dalam forum dulu. Info street art dalam Lonely Planet tak berapa nak lengkap so aku kena cari sendiri nampaknya. Kalau nak tahu, kat Melbourne ni ada ramai volunteer yang akan bantu tourist untuk dapatkan info tempat-tempat menarik untuk dilawati. Nak cam senang je, dorang pakai uniform warna merah  (lupa nak amik gambar). Based pada observation aku kebanyakannya golongan yang buat volunteer work ni adalah dari kategori makcik-makcik. Mungkin dorang nak isi masa lapang. Kat sini orang suka buat charity work, which is good. Aku salute orang camni, bagus! Okeh berbalik pada volunteer tadi, just approach and dorang akan bagitau direction dan info yang kita nak. Kat Bourke Street berhampiran shopping malls  macam David Jones, Myers, GPO ada information booth untuk tourist. So aku pun pegi sini sebab nak tanya pasal street art tadi. Makcik yang jaga booth tu bagi aku sehelai map yang lengkap bertanda semua street art yang ada kat sini. Paling hampir dengan information booth ni ialah Union Lane.




Union Lane


Kat Union Lane ni dah penuh dengan graffiti kat dinding. Sekali tengok macam lorong ghetto pun ada. Walaupun lorong-lorong kat sini macam ghetto, tapi memang bersih sebab takde unsur-unsur sampah. Kalau ada pun mungkin kes-kes terpencil. So aku pun masuk Union Lane tu, amik gambar. Kebetulan masa tu ada 2-3 orang artist tengah sibuk siapkan graffiti masing-masing. Memang cool gila, tak senang sebenarnya nak hasilkan graffiti yang cantik, kena ada bakat. Kalau dapat kat aku memang tak jadi apa sebab tangan aku  pengkor, lukis orang lidi boleh la.


 conteng lagi bang! jangan tak conteng!


panjat la lagi tinggi!


Aku tengok dia khusyuk spray dinding tu. Aku pun cari idea nak mulakan perbualan. Aku cakap, "Hey that's REALLY cool!". Dia pun balas, "Yeah thanks". Ok ada respon. Aku pun terus sembang-sembang kosong dengan dia. Bleh tahan hensem gak mamat ni, yang berdiri tepi tangga tu. Muka dia tak macam omputih sangat, macam mix sikit. Dia cakap dia bukan orang sini, dia dari negara apetah aku dah lupa. Ewah sedap benor ye ko, datang tempat orang pastu menyonteng ye! Iskk... O_o

Jom layan dulu gambar sepanjang Union Lane . . .







Rupanya street artist ni bukanlah semuanya local, mostly datang dari luar dan tinggalkan graffiti masing-masing kat Melbourne. Aku snap lagi gambar pastu grak. Aku try cari lagi 2-3 street art berdasarkan map dari information counter tu tapi hampa coz kebanyakan graffiti dah takde sebab dinding dah cat baru (aku misplace map tu, kalau jumpa nanti aku scan & tepek kat sini untuk reference).

Jika tinggal di Greenhouse Backpacker, ada FREE Walking Tour sekitar CDB (only on Monday). Antara tempat yang menjadi tumpuan adalah street art (hidden laneways), sejarah, senibina dan culture. Kalau berminat nak join free walking tour ni make sure hari kene tepat dan advance booking adalah perlu.


 location map kedudukan hostel, Union Lane, GPO dan Zam Zam Restaurant


GPO 

Since dah takde street art yang nearby Union Lane, aku pun ke GPO, ia terletak di Bourke Steet jugak. Icon GPO yang paling femes ialah purse coin yang gedabak tu. GPO ialah shopping mall untuk high end people. Kat depan GPO waktu tu ada demonstartion. Memula aku ingat nak amik gambar atas purse tu tapi segan kang sume orang tengok pulak, so aku kansel. Mungkin esok aku datang balik.


 lawa architecture bangunan GPO ni


piket sedang berlangsung..motif dia aku tak tau


 mesti banyak duit syiling dalam purse tu kan??


Zam Zam Ala Kazaamm!!

Aku merayap further dari GPO sampai kat Melbourne Central dan ternampak kedai HALAL. Yahuu!!! Boleh makan besau..perut pun memang dah mintak diisi ni. (lokasi aku dah mark dalam map diatas)


jom makan!


Zam Zam Restaurant & Cafe
Authentic Malaysian & South Indian Cuisine
364-372 Lonsdale Street
Melbourne
**affordable student rate prices, all halal

Opening Hours
Monday - Friday : 10.30am - 8.30pm
Saturday : 11.30am - 8pm
Sunday : CLOSED


Heheh...ayat affordable price tu aku highlight dari business card dorang. Pada aku harga memang reasonable sebab sepinggan nasi briyani + lauk 2 jenis + sayur + tairu, just about AUD9++ (sila jangan convert, kalau asik convert memang sume benda takleh makan). Kalau nak minum free mintak je air kosong. Harga yang sama aku bayar untuk kebab giant yang sebelah hostel dan mungkin lebih sikit dari combo Subway. So do the maths pastu masukkan elemen kenyang. Ikut "meter perut" aku, markah 9/10 aku bagi. Highly recommended!


menimbun!


ruang dalam restoran


Pas makan aku plan nak ke Melbourne Museum sebab nak tengok pameran Titanic. Dah alang-alang kebetulan ada exhibiton pasal ni so aku taknak lepaskan peluang. Walaupun aku bukanlah peminat fanatik movie Titanic ataupun Leonardo tapi aku nak lihat dari sudut sejarah sebab benda ni real, bukan cerita dongeng ada kapal besau tenggelam kat lautan Atlantik tu! DVD movie cite ni masuk kali ke-3 barula aku berjaya khatam, tu pun lepas bertahun cerita ni kuar kat wayang. Aku ingat lagi zaman tu sume benda nak Titanic, selipar, pensel, tote bag, segala benda nak di Titanic-kan. Kalau ada barang Titanic kiranya kipas-susah-mati abisla tu. Haru!!

Sneak preview untuk Part 2 . . .



b e r s a m b u n g . . .

0 comments:

Post a Comment

Terima kasih!!

  © Copyright Since 2010 | Backpacker Busuk

Back to TOP