Airport transfer dan hostel di Christchurch

October 22, 2010


image from picsicio.us

Ni la rupa route yang aku plan nak buat. Since this time aku akan travel dengan bas so aku rasa nak singgah dulu beberapa tempat sebelum straight ke destinasi yang dituju. Dari Christchurch Airport aku nak ke town Chch dulu (CHCH ialah shortcut untuk Christchurch yang berjela), tido sana semalam dua sebelum teruskan perjalanan ke destinasi seterusnya.

Airport Chch ke town jarak lebih kurang 12km, dan amik masa lebih kurang 15-30 minit bergantung pada jenis transport yang dinaiki (bas/taxi/keta). Kat NZ ni jangan berangan la nak merempit macam kat Malaysia sebab sume setiap kawasan dah ada had laju yang ditetapkan. So boleh dikatakan agak accurate travel time kat sini.

Ada 4 option for airport transfer dari Chch Airport :

1. Redbus (bus City Flyer untuk airport transfer)
- Kalau nak rasa travel like local, jimat, boleh opt yang ni
- Tambang sehala NZD7.50, return NZD15
- Trip dari airport ke city setiap 15 mins, timetable bus click SINI
- Ada 2 bus with different routes :
(a) #29 via Fendalton (route map)
(b) #10 via Merivale (route map)

2. Supershuttle
- 24 hours service
- Agak mahal untuk poket aku sebab aku mengamalkan polisi bajet & travel like local
- Dari Chch Airport ke CBD je dah NZD17 sehala, mahal kan? Tapi bagusnya its door-to-door service

3. Five Dollar Bus
- Perkhidmatan dari Chch Airport ke CBD saje, takde door-to-door service
- Servis dari jam 8am - 5pm, lebih kurang 20mins untuk setiap trip
- Aku cuba korek info guna lebai google tapi takde website specific pasal ni, melalui info yang ditemui, katanya bas ni ada luar airport (belah domestik ke international ke aku tak tahu)
- Ada jugak info terkini cakap tambang dah naik sebab ada hidden charges NZD2 sejak kenaikan harga minyak mentah sedunia, so makna kata bukan lagi Five Dollar Bus. Nak lebih info click SINI

4. Naik taxi - yang ni okla klu travel ramai. Satu taxi dalam NZD30-50.

Di town Chch aku akan menginap di backpacker hostel, ada 2-3 tempat dalam fikiran sebab dorm rate dia murah. Dulu aku penah duduk kat Foley Towers masa 2009. Kali ni mungkin di Kiwi House sebab dorm rate dalam NZD14. Takpun ada 1 lagi di Colombo Street.

List hostel di NZ :
BBH
YHA NZ
Backpacker Board NZ
Hostel in Christchurch


Chch, Spring 2009


Chch, Winter 2010


Dalam next entry aku akan tulis jenis-jenis transport yang boleh di-opt untuk keliling NZ. Till then!

2 comments:

iina October 22, 2010 at 6:16 PM  

Kim salam ngan CHCH ye.. my good fren duk sana.. wish i leh ikut u.. dia hampir setiap tahun bebel kat i suh p sana.. mana dapat.. traveling dr sini ambik masa more than 24jam.. mau bengkok badan i hahaha.. tak termasuk ongkosnya lagik.. lebih kurg jek cam i balik mesia.. so lebih baik i balik mesia jek.. enjoy yur time.. maybe oneday i smpi sana gak ;)

fatt October 23, 2010 at 2:52 AM  

hehe...tul jgk,klu lebih dari 24jam travel mana larat. dari kl ke auckland pun dah almost 11hours..sgt letih..brp kali bgun tido tah barula sampai..hihi..

i think europe lagi best dari nz..cuma currency dia mahal skit..takde rezeki lg nk pegi, tak taula bila..kene menabung ni..

thanx 4 wish..i blum lg beli tiket, i opt for cheaper way..dats y byk transit, mgkin stay skjp kat satu2 tmpt tu 2-3 hari baru sambung..klu tak lunyai bdn..tgh cari kot2 sape dok kat perth ni..i nak tumpang..ekeke.. :P

one day make sure u gi sini ek iina..nz is such a beautiful country :)

Post a Comment

Terima kasih!!

  © Copyright Since 2010 | Backpacker Busuk

Back to TOP