Bali

October 17, 2010

Walaupun majoriti penduduk Bali beragama Hindu, makanan halal masih ada macam KFC, Pizza Hut, Mc'Donald, A&W, Es Teller dan Restoran Wong Solo (boleh jumpa tepi jalan ke airport). Sepinggan set ayam penyet termasuk nasi cuma Rp12,000. Murah!! Rasa sedap. Jus alpukat Rp9,000 segelas..memang layan~

Restoran Ayam Bakar Wong Soloset ayam penyet Wong Solo, Rp12,000

worth trying!

Transportation

Kalau pegi dalam group yang besar boleh cuba sewa Kijang (Avanza) termasuk supir, sehari dalam Rp350,000. Perkhidmatan adalah selama 12jam sehari. Tentang macam mana nak dapatkan supir ni aku tak boleh tolong sebab aku pun tak pakai supir. Tapi melalui observation aku, khidmat ni ada kat hotel yang menginap, takpun boleh usha pakej-pakej supir ni sepanjang area Kuta sebab ada banyak travel agency kat sini.

Untuk budget traveller yang sukakan adventure boleh sewa sepeda (motor). Harga pun berpatutan. Kalau pandai negotiate boleh dapat Rp60,000 sehari. Ni harga maksimum aku letak, kalau dapat lagi mahal tu maknanya dah above market price. Sape yang nak sewa sepeda tu ready passport dan lesen tapi tak payah surrender kat kedai yang sewa sepeda tu. Perkhidmatan sewa sepeda ni pun ada banyak dekat area Kuta, berhampiran Tune Hotel pun ada, kene rajin jalan-jalan tengok.

Apa-apa pun yang penting sila pastikan lesen motor dibawa ke mana saja, kalau polis tahan tak timbul masalah. Helmet pun mesti pakai selalu sebab malang tak berbau.

Tempat Menginap

click map to enlarge
*map dari google

Ada banyak tempat tinggal di area Kuta yang murah dan average rate untuk losmen (hostel) dalam Rp60,000-110,000 semalam. Cuma area Kuta ni terlalu pack dengan orang macam kat Pantai Dalam, tau tak Pantai Dalam tu katne? Tak tau sila tanya lebai google. Kalau orang yang sukakan privacy dorang akan pilih tempat luar dari Kuta macam contoh Legian, Seminyak dan macam-macam lagi. 

Aku pilih Tune Hotel Kuta sebagai tmpt menginap sepanjang trip sebab aku malas nak pikir tempat lain since semuanya dalam walking distance sebab tak jauh dari sini ada Matahari (supermarket), McD 24jam, Pizza Hut dan Hard Rock Cafe. Semua ni within walking distance aje. Opposite kawasan McD, Pizza Hut ni ada pantai, kat sini siang malam memang ramai muda mudi melepak, macam beach party pun ada. Tapi pasir dia warna cekelat macam kat Pantai PD, halus dan putih lagi pasir kat pulau-pulau di pantai Timur dan Sabah.

Cuma ada satu bende je yang aku tak gemar pasal Tune Hotel, saiz bilik dia macam kotak mancis, nak solat pun susah sebab ruang dia memang terhad. Tapi bila mengenangkan yang tak duduk dalam tu 24 jam so takpela. Sewa untuk 3 malam di Tune Hotel ni dalam Rp921,000. Fuh kalau ni jumlah dalam RM aku rasa dah mampu kot angkat sebijik Ferari. Hehehe...

Tempat Menarik Untuk Dilawati

sila click map untuk imej lagi besau
*map dari baliguide.com

Di Bali memang banyak tempat menarik untuk dilawati cuma sepanjang tempoh di sini aku sempat pegi Ulu Watu, Tanah Lot, Tegallalang dan Gunung Batur. Sepanjang laluan ke Tegallalang tu aku pass by banyak daerah seperti Denpasar, Batu Bulan, Ubud, Kintamani dan Tampaksiring. Di Bali ni kebanyakan kawasan adalah bergunung so view dia agak menarik dan suhu pun nyaman sikit compared dengan Kuta yang panas membahang.

Sepanjang trip ni aku gunakan khidmat google map untuk cari route ke tempat-tempat yang aku lawati.

Gunung Batur dan Tegallalang

Paling hazab masa ke Tegallalang dan Gunung Batur sebab lebih 2jam aku duduk atas sepeda, dengan panas dan debu, tak masuk lagi selit menyelit, pakej langsat dan macet yang dahsyat. Pendek kata hampir give up jugakla, tapi takkan nak patah balik, rugi..so teruskan jela.

Masa nak sampai ke Gunung Batur sepeda kene tahan polisi, nasib baik dia cuma cek lesen motor. Ada 1 kijang kene tahan lama, aku pun tak tahu kenapa, mintak duit kopi la agaknya. Sampai je simpang ke wisata ni kene bayar "tol" Rp3,000 seorang.


Ada jugak buffet kat situ tapi sebab perut ni dah terisi Ayam Bakar Wong Solo sebelum ke sini so aku tak layan buffet. Aku syak mesti mahal jugak..gila! Baik aku makan ayam penyet sampai 3-4 kali lagi berbaloi-baloi.

Elok aje habis minum hujan pun mula menitik, takkan nak tunggu pulak, aku pun bergegas balik. Tapi alhamdulillah dekat Tegallalang tak hujan. Masa on the way turun tu aku berenti jap kat tepi jalan sebab tengok banyak bas-bas wisata stop..ler..ini ke padi lereng bukit yang pemes tu? Mula-mula aku ingat tempat ni besar macam ladang teh..sekali tepi jalan jah!? Lawa lagi kot sawah padi kat Kedah tuuu...sumpah aku tak tipu. Sempat la aku petik 2-3 keping gambar tanda dah sampai. Elok je nak grak sekali kene panggil dek penjual yang ada kat situ suh singgah masuk kedai.


Kesimpulan dia JANGAN BELI PINGGAN SERAMIK KAT TEGALLALANG, KALAU NAK MURAH, BELI KAT TEPI JALAN AJE!! 

Ulu Watu

Karcis Wisata : Rp3,000
Karcis Kecak Dance : Rp70,000
Upah Tukang Halau Beruk : Rp20,000

Aku ke sini waktu petang sebab nak tengok Kecak Dance masa sunset. Nak masuk sini kene bayar 2x. (1) karcis  masuk, (2) karcis show kecak. Nak masuk pun ada syaratnya, kene lilit kain yang berkaler kaler-kaler kat pinggang. Kalau pakai seluar pendek yang nampak lutut plak kene pakai kain labuh skit tutup lutut. Kene pakai macam ni sebab tempat ni adalah sacred place Hindu.

Cuma satu je aku nak pesan, beruk-beruk kat sini sume memang pandai curik barang. Nanti awal-awal sebelum masuk kawasan Ulu Watu sila pastikan barang-barang yang senang dicapai dek beruk dah disembunyikan siap-siap, kalau tak nanti beruk amik penatla nak nego dengan beruk tu suh pulangkan. Nak pulangkan pun bukan boleh acah-acah gitu je, kene belikan dia makanan (beruk kat sini pun perangai hazab)



Karcis Wisata : Rp7,500
Karcis Sepeda : Rp2,000

Jalan ke sini sama laluan ke Tegallalang dan Gunung Batur dan tak jauh dari pekan Kuta. Setelah penat bertanya orang-orang tepi jalan akhirnya sampai jugak aku kat sini. Masa aku sampai sini pun dah memang sedap-sedap melayan sunset, so sempat petik gambar sunset.

Masa dalam perjalanan ke sini aku terserempak dengan sekeluarga mat saleh 4 beranak naik scooter. Comel je 2 orang anak dia duduk kat depan. Mak dia pulak sibuk baca peta kat belakang. Hehehe...

Kebetulan sampai je kat parking sepeda aku bertembung lagi dgn keluarga tu dan kebetulan kami sampai masa yang sama. Senyum je dorang, dalam hati aku terbit rasa kagum sebab memang 1 family ni true backpacker..cayalah!


Lain-lain wisata yang terdapat di Bali yang tak sempat aku cover ialah Ulun Danu Temple, Jimbaram, Lovina (dolphin sightseing) dan Bedugul.


.

11 comments:

SyimaSyaz October 17, 2010 at 8:44 PM  

hmm......berkira-kira nak pegi honeymoon kat bali....
nanti kalau btl2 nak pegi,kena print la entry ni...hehe

Opie October 18, 2010 at 12:27 AM  

aku tak suke kecak dance tuh..tak hengen pon nk tgk...tp aku layan sunset je...hahaah

fatt October 18, 2010 at 12:37 AM  

syima,
print je syima..tp klu tak lengkap tanye ye..
bali mmg sesuai org org hanimun :)


opie,
bila hg pi bali?pi cni tp tak tgk kecak dance ke?ruginye..sbb ko dah sampai kan..uhuhu~
aku pun tak suka...sbb sebuk *kecak,keack,kecak,kecak* sampai nak naik pening pale aku...tp overall cerita dia menarik la jgk..

Madam Sooyaree October 18, 2010 at 3:02 AM  

fatt, dua kali ku ke bali, tak abis tawaf cam cerita fatt nih.

1st time duk layan abs surfer dude kat kuta, second time tu le pergi jauh sikit, water rafting :P

kena repeat paper nampak nye ni

haziqaanes October 18, 2010 at 5:00 AM  

oh bestnye. tapi teringin nk pergi bandung. fatt dah ad tulis pasal bndung ke? nnt kena korek ur archive ni hahah.

teruja gile bile awk kate nk rodtrip melben-gs next year. looking forward to that. xsabar nk jmpe. keep in touch heh! roger2 nnti ;)

Opie October 18, 2010 at 8:55 AM  

aku pi dah lame dah....few years back...aku tak suke la tgk tarian2 gitu..elok aku tgk laut dr tgk tarian tuh..hahaha

fatt October 18, 2010 at 1:31 PM  

narif,
2x u pegi??bali panas kan?nmpk u lebih into pd aktiviti lasak, ruginya i tak cuba dulu..nti cik aiyu dah besar sikit u dtg lagi..shud be fun :)


haziqaanes,
psl bandung i tak tulis lg, been there twice..sana sejuk & mmg sesuai utk shopping..pekata singgah cni before balik ke msia/oz? i will write soon for u about bali :)

aha,abt the roadtrip..insya allah pjg umor mmg nak buat..sambil2 tu nak kenal2 kengkawan blogger yg ada kat sana..mesti best! keep in touch :)


opie,
owh..lama dah tu ek..tp view laut dari atas bukit ni mmg cantik kan?cuma tak tahan dgn beruk2 liar tu la...nak je aku kasi penyepak sedas dua biar jatuh dalam laut...iskk..kejam tul aku :P

fatt October 18, 2010 at 1:34 PM  

haziqaanes,
eh silap..i will write about BANDUNG for u..insya allah :)

sai December 29, 2013 at 12:34 PM  

fatt..naik moto sampai tegallalang ke?jauh tu...tapi ok tak jalan nyer?sesat tak?plan nak naik moto gak ni nnt..nex 2weeks nk pegi ni...

Fatt January 7, 2014 at 1:20 PM  

Sai,
Yup..done twice. Mmg jauh tp nak bajet pnya pasal. Jalan ok cuma better pakai penutup hidung bcoz byk habuk. Takkan sesat klu bawak map. Tanya org2 tepi jln pun bole. Gdluck

Nrw Itha February 13, 2014 at 2:51 PM  

Bnyak Halal food di Kuta even traditional Balinese cuisine pun ade yg halal macam sate lilit dan ayam betutu . I ensure semua halal

Banyak hidden beach yg belum di kunjungi seperti Padang2 , Pandawa dll

Kalo nak backpack paling elok naek motor bike ...


Hostel yg murat kat Popies ada Artawan Jaya sorang kena Rp 70k include breakfast ... kalo berdua 100k . Tp sering penuh

Kalo mau nak jauh sikit tp masih area pantai di Legian jalan Padma ade hotel oka

Die orang punya rate 100k buat 2 orang but unfortunately without breakfst

salam dr Bali
@nrw_itha
Salam dr Bali

Post a Comment

Terima kasih!!

  © Copyright Since 2010 | Backpacker Busuk

Back to TOP