lagi pasal visa china

October 13, 2010


Kali ni aku nak perjelaskan lagi pasal Visa China sebab masih ramai lagi yang blur pasal ni. Sebenarnya aku dah penah taip pasal ni tapi aku tau korang malas nak korek arkib aku tu...huhuhu.. Untuk entry sebelum ni pasal Visa China sila klik SINI untuk cerita lengkap tentang bagaimana memohon dan jadual pembayaran.

Apakah dokumen yang perlu disediakan semasa memohon?
1. Pasepot
2. Gambar ukuran pasepot 1 keping

**i/c tak perlu, duit pun tak payah bawak waktu memohon. bila nak collect baru bawak.
**boleh hantar wakil untuk memohon/mengkolek untuk kita, tak perlu surat pun. waktu nak collect tu tak kisah nak suh wakil pun takpe sebab yang penting ialah bawak resit (jangan hilangkan, buang merata-rata pun jangan). tu dah cukup as bukti untuk collect pasepot.

contoh resit visa China

Ada yang tak jelas apa maksud ENTRY yang dimaksudkan untuk setiap kategori visa ni. Maksud entry tu ialah berapa kali kita keluar/masuk China. Ada yang masuk 1x, 2x, nak banyak kali pun boleh (yang ni dikira sebagai multiple entry)

Contoh 1
Doremon mahu melawat China, tapi pada masa yang sama dia mahu pegi ke Hong Kong. Doremon telah booking tiket pegi/balik melalui Shanghai. Maka visa jenis apakah yang Doremon harus apply?

Jawapan : Double entry
Sebab? : Doremon kene keluar dari China untuk masuk ke Hong Kong (1x) dan masuk balik ke China untuk balik semula ke Shanghai (1x) sebab flight dia balik ke Malaysia dari sini. So total Doremon kene menghadap imigresen China adalah sebanyak 2x.

Contoh 2
Giant adalah seorang peniaga yang mengamik barang-barang di Guangzhou, maka dalam setahun Giant kerap berulang-alik ke China untuk urusan bisnesnya. Kadang-kadang dalam setahun sampai 7-8 kali Giant kena pegi ke sini. Visa apakah yang sesuai diapply oleh Giant?

Jawapan : Multiple entry
Sebab? : Rugi kalau Giant amik single atau double entry sebab dia kerap masuk ke China. Ada 2 jenis visa multiple entry (1 dan 2 tahun). Takde beza dari segi bayaran. Kalau yang cerdik mesti amik 2 tahun sebab berbaloi.

Contoh 3
Nobita adalah seorang pengembara tegar yang merancang untuk mengongker China tapi pada masa yang sama dia tak boleh amik cuti panjang sebab takut kena buang keja. Jadi Nobita merancang untuk pergi ke China pada waktu cuti umum di Malaysia. Maka visa jenis apakah yang patut Nobita apply?

Jawapan : Multiple entry
Sebab? : Nobita dah merancang untuk menawan peta China jadi dia memerlukan cuti-cuti umum untuk membolehkan dia berjalan-jalan. Sebab Nobita yang ni cerdik maka dia apply multiple entry selama 2 tahun untuk membolehkan hajatnya tercapai.

Contoh 4
Shizuka telah menyertai rombongan Cik Kiah ke China. Ini adalah pertama kali Shizuka ke sini dan dia telah membeli tiket sehala yang turun di Shenzhen dan balik melalui Macau. Maka visa jenis apakah yang patut Shizuka mohon?

Jawapan : Single entry
Sebab? : Shizuka hanya masuk China 1x melalui Shenzhen dan balik melalui Macau (walaupun Macau dah kembali kepada China seperti Hong Kong, tapi hal berkaitan imigresen kerajaan China tak campur tangan dan rakyat Malaysia tak perlu memohon visa untuk kedua-dua negara ni)

Contoh 5
Semasa melawat China, Sinyu telah berkenalan dengan seorang amoi China. Jadi dia merancang untuk tinggal lebih lama sikit sebab dia nak dating tiap-tiap hari. Jadi berapa lamakah Sinyu boleh berada dalam China sedangkan dia hanya ada visa single entry?

Jawapan : 30 hari sahaja. Muktamad!
Sebab? : Setiap pemegang visa tak kira single, double atau multiple entry hanya boleh berada dalam negara tersebut maksimum selama 30 hari pada satu-satu masa. Ini bermakna jika ingin berada lebih lama dalam China, pemegang visa double dan multiple entry perlu keluar kemudian masuk semula (cross boarder) ke Macau, Hong Kong atau mana-mana saja negara yang terletak luar dari China untuk mendapatkan lagi 30 hari tambahan.

Aku harap contoh-contoh kat atas ni dapat menjelaskan kekusutan dan kekonfiusan pada sesiapa yang merancang untuk mendapatkan visa China ni. Kalau masih ada yang tak jelas silalah ajukan lagi soalan kat kaunter pertanyaan ye! v ^_^ v

2 comments:

Mimie.Candy Cane October 13, 2010 at 4:56 PM  

nnti bile2 aku nak gi china aku godek balik arkib ko eh fatt.



tapi teringgggiiiiiinnnnn banget nk gi china..

fatt October 13, 2010 at 5:08 PM  

boleh sajork mimie... :)

tp klu ko dah sampai mesti ko takmo dtg lgi mimie oitt...kenapa? pegi dulu baru ko tau kenapa..kih kih kih :P

Post a Comment

Terima kasih!!

  © Copyright Since 2010 | Backpacker Busuk

Back to TOP