Moving around NZ

October 23, 2010


Sebenarnya aku tak tahu nak tulis ape pasal NZ coz aku blur nak start dari mana. Pengalaman aku bercampur aduk dengan experience tahun 2009 dan 2010, ada certain aku ingat, certain aku kene struggle untuk ingat. Mostly homework aku buat based on Lonely Planet NZ dan pamplet kat i-Site. Forum pun aku tak dapat banyak info so kene cari sendiri maklumat. Since terasa kepayahan mengumpul maklumat tu so aku decide untuk abadikan disini. Harap semua bermanfaat dan jangan abuse pulak apa yang aku share ni. Tapi macam biasala tulisan aku ni meleret-leret...hehehe~

Hitchhike?

So kali ni aku nak cakap pasal moving around NZ. Ada banyak option sebenarnya nak explore NZ, boleh sewa keta, naik ketapi, naik bas, naik flight dan last sekali hitchhike (menapak tu mustahil sangat la kan?). Kalau rasa was-was takyahla hitchhike, tapi pada aku nak hitchhike kat sini selamat kot, sebab aku rasa orang sini tak gila macam kat tempat lain. Hitchhike ni sesuai untuk traveler yang nak berjimat or yang tengah kering. Modal nak hitchike ni kecik je, boleh ofer buah kiwi, epal, potatoes, kadang-kadang tu bagi snack dengan cokelat pun boleh. All depends pada jauh perjalanan tu dengan apa yang hitchhiker ni mampu, tapi sebenarnya ikut orang yang nak menumpangkan jugak, kalau kebetulan pegi tempat yang sama tak jadi hal. Kadang-kadang takyah bagi apa pun, tapi adat orang berbudi kita berbahasa. Betul? Aku tak penah hitchhike, tapi aku ada pengalaman menumpangkan couple yang nak hitchhike ke Mount Cook. Masa jumpa tu dorang tengah duk melangut kat simpang ke Mount Cook, dahla kereta jarang-jarang masuk sini. Tapi aku dah lupa dorang dari mana, tak silapnya dorang dari belah-belah Europe. Sorang tu reti cakap omputih, lagi sorang tu tak reti. Tanya-tanya rupanya dorang budak WHV, biasala bila abis season bebudak WHV akan travel.

Like Flying?

Dalam NZ ada banyak sangat airport since negara ni quite besar, kalau malas nak opt kaedah yang lelain tu dan poket lebat sesuai la naik flight. Method mudah nak usha tiket dan sambar yang murah boleh ke Webjet.

Domestic flight dalam New Zealand hanya Jetstar dan Air New Zealand.

International flight ke New Zealand dari KL ada banyak, depends nak landing di mana. Kalau di Auckland boleh naik Mas, Brunei Airlines dan Jetstar (transit di Singapore, service launch 2011) dan kalau nak landing di Christchurch, boleh naik Singapore Airlines (SIA) dan Jetstar (sama jugak, service launch 2011).

Bagi yang sukakan cabaran, budget dan nak kill 2 birds with 1 stone, boleh naik 2-3 flights untuk ke New Zealand. Boleh buat route KL-Perth-Christchurch, KL-Perth-Melbourne-Christchurch, KL-Perth-Auckland, KL-Melbourne-Auckland, KL-Melbourne-Christchurch dan macam-maca lagi route berlainan ikut suka hati. Dari KL ke Australia boleh naik AA, Jetstar atau Tiger Airways dan dari Australia boleh naik Jetstar, Pacific Blue, Air New Zealand atau Qantas untuk ke New Zealand.

Suka Naik Keretapi?

Kalau nak cuba travel camni pun menarik jugak sebenarnya, boleh opt for Rail New Zealand. Ada Scenic Railpass dari North ke South Island dan TranzAlpine.

Scenic Rail Pass :
- Option pass untuk 7 dan 14 hari, click SINI
- Untuk itinerary Scenic Rail Pass, sila click SINI

TranzAlpine :
- Dari Chch ke Greymouth atau Arthurs Pass melalui Pergunungan Alps, boleh baca SINI
- Option day excursion untuk Arthurs Pass dan Greymouth
- Special price masa winter


Prefer Driving?

Bagi yang nak relax dan rasa sewa kereta tu terbaik, boleh buat arrangement bila sampai di Auckland/Chch Airport, kat sana ada banyak booth sewa kereta. Jenama biasala kalau tak Hertz, Avis, Budget, Europecar dan sewaktu dengannya. Nak sewa campervan pun okay jugak, boleh save kat accommodation sebab leh tido dalam ni je.

Kereta Sewa :
1. Avis
2. Hertz
3. Budget

Campervan / Motorhome :
1. Maui
2. Britz
7. Jucy

Website untuk compare harga :

Ada banyak lagi kalau rajin google la okay! Untuk yang planning nak sewa campervan ni jangan lupa buat research mana-mana holiday park yang boleh dijadikan port untuk meletak campervan/motorhome pada waktu malam, takleh park sesuka hati ye. Kat holiday park ni ada facility seperti air & letrik. 

Holiday Park untuk campervan/motorhome :

kalu hari-hari tengok view gini kan sedap


Harga Minyak di NZ

Kat sini harga minyak berubah-ubah macam ramalan cuaca dan pasaran saham. Kalau dalam bandar lagi murah berbanding dengan outskirt, same goes bila driving di Australia (tempat lain aku tak tau sebab aku just ada pengalaman driving kat 2 negara ni aje). Pastu pesen beli minyak kat sini (NZ & OZ) ialah isik dulu, bayar kemudian. Aku rasa kalau method yang sama apply kat Malaysia alamatnya papa kedana la tokey-tokey stesen minyak..hahaha~ Pada aku orang-orang sini begitu menjaga trust, which is aku rasa memang susah la nak jumpa kat tanah tumpah darahku (jangan nak mengata aku piirah mabuk, korang sendiri tahu kan? kes haruan makan anak, toilet awam yang macam lohong sampah dan sebagainya. truth is pain aite?). Kadang-kadang aku terpikir gak, dorang agama lain tapi lagi bagus dari segi akhlak compared dengan kita. Actually mana-mana agama pun sebenarnya ajar benda yang sama, suruh sume orang jadi baik, cuma yang tak betul ialah penganutnya. Agreed kan? So insaf-insafkan lah diri. Banyak lagi benda yang kita rasa kita dah bagus tapi belum bagus sebenarnya.

Harga minyak di NZ click SINI
Nak calculate distance dan travel hours untuk satu-satu perjalanan boleh tengak SINI atau SINI


Nak Experience Naik Bas?

Jangan risau, pemandu bas kat sini sangatlah berhemah. Aku jarang sangat tengok paper kat sini kuar news pasal eksiden KECUALI waktu cuaca buruk masa winter dulu, tu pun sebab jalan icy. Kompeni-kompeni yang aku mention kat bawah ni quite reliable untuk opt travel cara berbas sekitar NZ.

- Naik yang ni syarat dia mesti vogeh ok! Mesti vogeh! Hahaha...(aku tipu!)
- Servicing North & South Island
- Tambang lebih murah dari Intercity dan Atomatic Travel
- Ada tambang NZD1, nasib baik kalu leh dapat
- Rangkaian destinasi meluas macam Intercity
- Ada travelpass untuk penjimatan

- Servicing North & South Island
- Tambang lebih mahal dari Naked Bus dan Atomic Travel
- Ada tambang NZD1 tapi biasala...limited
- Rangkaian destinasi meluas macam Naked Bus
- Ada travelpass untuk penjimatan, ie. North Island Travelpass dan South Island Travelpass

- Bas ni HANYA beroperasi di South Island
- Kawasan limited
- Timetable dan route boleh click SINI
- Ada travelpass jugak untuk penjimatan


Crossing From North Island to South Island (or vice versa)

Ada 2 syarikat kapal yang handle crossing dari Wellington (North Island) ke Picton (South Island) or vice versa which is Interislander dan Blue Bridge. Aku penah rasa naik Interislander dan kapal ni sangat besar sampai keretapi pun dia boleh sumbat masuk dalam.

kat deck kapal, nak feeling Titanic tak boleh sebab angin kuat gila

interior dalam kapal Interislander

Bagi yang sewa kereta, normally masa crossing ni kereta yang disewa kat North Island akan ditinggalkan kat parking bay dekat tempat naik kapal di Wellington (North Island) dan kereta lain pulak akan tunggu kat parking bay di Picton (South Island). 

Thats the wrap for transportation in NZ! Aku rasa aku dah cover semua, kalau ada yang termiss tu mintak maafla aku tak perfect. Dan sebagai panduan untuk tempat-tempat menarik yang boleh dilawati semasa berada di NZ boleh jenguk entry yang aku penah tulis sebelum INI dan jugak dari sumber lain di SINI.

5 comments:

Lady of Leisure October 23, 2010 at 9:49 PM  

cantiknya tak pernah sampai nz lagi..
sekali pandang ala2 swiss.. tak berkelip mata...

fatt October 24, 2010 at 3:28 AM  

yup,mmg cantik..travel la ke sini next time :)

but i bet swiss lagi cantik kan? :)

Syarliz M. Saaid October 25, 2010 at 1:33 AM  

wow...cantik gambar.
mmg mcm swiss....lebih kurang jer.

fatt October 26, 2010 at 2:01 AM  

leez,
mcm swiss ke? dah 2 org ckp ni :)

~uG0giRL~ September 28, 2011 at 9:29 PM  

cik fatt, sye baru nak study cerita NZ ko utk bekalan sye bulan may taun depan. hehhe. nak tumpang tnya bleh? ni mmg soalan amatur org baru nak belajar pegi jalan2. harap2 ko x mara...ko kalo sewa keta dah sedia ngn GPS sekali kan? penah bawak GPS dari mesia? mana tau ko kan selalu budget..kalo ko penah bawak camne ko install MAP utk new zeland tuh?

Post a Comment

Terima kasih!!

  © Copyright Since 2010 | Backpacker Busuk

Back to TOP