Soal jawab travel

October 12, 2010


Since aku masih blur lagi nak taip amende, maka aku jawab jela ye soalan yang ditanya oleh readers berkaitan travel dan sebagainya :

1. Cari hostel kat New Zealand?
Sangat mudah dan sangat banyak. Kalau nak jimat sikit amik BBH sebab YHA a bit pricey. Bila tiba di airport Auckland pegi kat i-Site (sebelah kanan Arrival gate), kat situ ada macam-macam information pasal NZ termasuklah hostel, keta sewa dan sewaktu dengannya. Pastikan amik buku BBH ni, couple of maps dan apa-apa yang patut. Kat sini gak ada freephone untuk kontek keta sewa, hostel dan lain-lain berkaitan booking.

Click BBH or YHA

i-site @ Auckland airport

p/s : by the way ada shower (free) sebelah i-site kat airport Auckland, just opposite toilets, so bole la refresh balik badan selepas 11 jam flight.

2. Apa perbezaaan antara BBH dengan YHA?
BBH murah sikit berbanding YHA. Apa-apa pun both ni boleh dapat diskaun kalau apply membership. Boleh apply bila tiba kat hostel nanti, takde hal punye. Fee aku tak ingat, tapi sume info ada dalam website yang aku dah link tu. Personally aku pick BBH sebab murah, pastu mostly BBH adalah rumah yang diconvert jadi hostel, so suasana rumah tu terasa lebih lagi la. Kalau YHA memang nampak hostel sangat, but depends la taste orang camne, aku jenis tak kisah..heheh!

 kat BBH Maple Lodge @ Welllington, tuan umah ada kucing gemuk, comel >__<
yang ni bukan tuan umah, ni member Jepun

BBH Holly's Backpacker @ Wanaka, yang merah tu kuda aku

3. Aku student kat NZ ke?
Jawapannye tidak. Aku pegi sini jalan-jalan aje dan kengkonon keje walhal banyak melepak perabih beras. Dah 2x aku datang sini, tahun 2009 dan 2010. Aku dah pusing North dan South, but mostly aku banyak spend masa kat South. Rasanya tahun ni mungkin last sebab dah banyak masa aku spend kat sini dan of cos banyak sangat kenangan yang bagi kesan dalam hidup aku (emosi sekejap). Bak kata orang, tempat jatuh lagi dikenang...tsk..tsk..tsk.. T____T  . Ape-ape pun aku suka NZ. 

4. Camne nak carik cheap airfare dalam OZ?
Senang je...pegi kat WEBJET sebab dalam website ni boleh search date yang offer best rate. Aku just jadikan webjet tempat aku usha tiket paling murah yang available, pastu nak purchase aku tak book dari sini sebab ada skit service charge, so aku just book direct dari website airline tersebut. By the way, thru webjet, korang boleh usha bukan setakat tiket sekitar OZ, tapi jugak dari OZ ke NZ dan sekitar NZ. So, travel smart!

Virgin Air - naik ni sampai bebila akan kekal virgin

5. Bila aku nak taip pasal Macau? dan Macau tu best dak?
Aku nak upah tukang taip sebab aku malas nak menaip sekarang, hehehe. Aku tau aku memang jarang tulis pasal travelogue sebabnya aku ada banyak vitamin M. Tapi aku akan cuba taip pas aku siapkan apa-apa yang patut. Tapi kalau ada soalan ke just tanya la kat warung kopi tu, nanti aku akan jawab lagi macam pesen gini. Bleh?

Frankly, aku tak berapa suka Macau. Macau ni umpama Asia's Las Vegas sebab banyak gile casino. Aku just pegi sini 1 hari 1 malam waktu travel cross China dulu. Dahla kena food poisoning masa tu, so mood agak swing sikit, nak pulak makanan halal memang tak jumpe, maka aku jadi tarzan sebab makan buah je. Waktu tu tak fikir pulak nak berfillet-o-fish kat mekdi. Masa kat sini aku cuma singgah Senado Square dengan St. Paul ruins sebab tu jela pun yang nearby hotel yang aku duduk. Cik Opie, aku menjawab soalan hang tak?? Hihihi..tak tak..nanti aku taip bebetul punye untuk hang...oke?

Senado Square

 Senado Square lagik

Kat sini bangunan dia banyak pengaruh dari Portugis dan kalau nak ke St. Paul ruins just follow jalan ni sampai hujung, ikut signboard pastu mesti jumpa la. Signboard kat sini dalam Bahasa Inggeris, so takde masalah. Sepanjang laluan ke St. Paul nanti ada banyak kedai shopping belah kiri dan kanan, orang memang sangat ramai dan ada banyak kedai jual daging cik bab salai. Mekdi pun ada kat sini.

macam tangga Batu Caves, sangat elok untuk eksesais di waktu pagi

Aku rasa macam kat bandau Melaka pun ada, sebab pengaruh binaan dia memang sama (dah yang menjajah pun sama mesti la sama kan). Kalau nak tahu ni la St. Paul ruins yang digembar gemburkan tu. Cuma bahagian depan ni je yang selamat, yang lain dah rosak sebab terbakar dan amende tah aku dah lupa sejarah dia...google la ek..hihi. Waktu siang boleh masuk ke dalam kawasan melepasi pintu St. Paul tu, bawah tu ada macam mini muzium, waktu malam pintu ditutup, tapi orang still ramai jugak melepak sini, cuba la datang waktu malam..memang cantik.

dulu bekas gereja

ruins ni memang cantik tapi mulut jangan melopong lama sangat, nanti masuk lalat

ada drakula terkurung di balik pintu besi ni sebab tu dia tak bukak untuk public waktu malam

Waktu malam tempat ni ramai jugak orang pegi, tapi tak pack macam waktu siang. Suasana agak cantik sebab ruins ni kena simbah dengan lampu spotlight, jadi putih pulak. Dari sini boleh nampak bandar Macau, nampak segala bangunan casino yang merelit-relit dengan lampu lip lap.

* * * * * * *

Tu jela kot rasanya soalan-soalan yang aku jumpa, kalau terlepas pandang tu harap ampun mungkin aku tak perasan. Apa-apa pun, terima kasih atas respon dan buat readers yang singgah dan tinggalkan memo kat warung kopi dan komen, terima kasih jugak.

5 comments:

Opie October 12, 2010 at 12:48 AM  

sesungguhnye panjang sungguh jawapan tuk soklan macau itu...kitorang masih tak bersedia dgn segala info ttg macau & HK...takpe la..lambat lagik

fatt October 13, 2010 at 4:01 PM  

pendek je Opie..melalut je lebih sbb tu jd panjang..takpe nanti ko tanye je aku tukang jawab

Irfa February 21, 2012 at 3:31 PM  

oooo i see :)igt student kat sana,
maaf baru je kenal blog ni

Hulubalang June 12, 2012 at 9:17 AM  

nak tanya...BBH card tu 1 card per person ke? kalau gi 2 org guna sama card utk 2 bilik boleh ke?

fatt June 12, 2012 at 9:40 AM  

hulubalang,
yup, unfortunately utk sorg aje. kalau book bilik means utk 1 bilik je. tapi cubalah try mana tau kalau dia kasi kelonggaran sebab yang book untuk kedua2 bilik tu the same cardholder.

Post a Comment

Terima kasih!!

  © Copyright Since 2010 | Backpacker Busuk

Back to TOP