masuk toilet kunci la pintu!

November 17, 2010


Aku teringat pengalaman kali pertama naik flight dari KL ke Phuket, itulah first time aku merasa naik flight, agak ketinggalan zaman la jugak kan, hahaha... Detik paling mencemaskan bila flight take-off. Aku memang takut tempat tinggi so ni kira fear factor gakla. Waktu flight nak take-off tu aku rasa nak lompat keluar pun ada sebab cuak gila, tapi sekarang dah tak sebab dah kerap naik.

sila pasangkan sabuk pengaman begini untuk extra safety
*photo from google

Benda kedua aku cuak masa masuk air pocket sebab gegaran tersangat kuat macam kapal nak tercabut dua. Aku rasa bukan aku sorang je panik waktu tu, tapi 1 kapal panik sebab sume orang muka macam nak jumpa malaikat maut, siap pegang seat depan, tunduk la, peluk orang sebelah pun ada. Dalam hati aku dah siap-siap mengucap, dah terbayang kapal terbang bersepai pun ada. Waktu kapal selamat cecah runway sume orang menghela nafas panjang dan bertepuk tangan macam tengok bola masuk ke gawang gol. Hahaha..

Baru-baru ni jadi lagi 1 benda yang agak tragis. Kisahnya begini, waktu nak check-in tu biasala queue mesti panjang. Orang belakang aku ni couple, si lelaki ni asik mengutuk orang, asal nampak orang yang tak kena dekat mata je mesti dia mengumpat dekat partner dia, pehtu gelak kuat-kuat. Aku dengar pun meluat, rasa pathetic pun ada, yelah...you're trying hard to be funny by making fun of other people, that's suck la! 

Nak jadikan cerita, dia duduk tak jauh dari aku, selang 2-3 row di depan, kejap-kejap pegi toilet, aku rasa tiap half an hour dia gi toilet. Aku paling malas sebenarnya ke toilet sebab malas nak lintas orang. Tapi sebab dah bosan aku pun bangun la. As usual, sape-sape pun kalau nampak toilet sign "Vacant", of cos la korang akan bukak sebab dah vacant kan? So aku pun pusing tombol toilet and tadaaaa!!! Tau ape aku nampak? Aku nampak lelaki tu tengah berdiri sambil posing kencing. Whaaatt!! Aku jadi tergamam, tapi aku tak pulak tutup pintu tu balik. Dia pulak yang tergopoh-gopoh capai pintu dan tutup.

Aku pun cecepat lari ke belakang sebab aku takut dia perasan muka aku. Aku rasa sume yang duduk kat row dekat dengan toilet tu nampak dia tengah kencing, ala-ala free show dah sebab toilet tu kat bahagian tengah kapal, tu namanya rezeki okeh! Ala tapi lelaki nampak ape la pun, nampak ke? Tak kisahla kan.

So pas 20 minit menyembunyikan diri dalam toilet aku pun balik ke seat. Aku tengok dia tengah marah-marah pramugari. Sume pramugari yang lalu kat sebelah dia mesti kene panggil pastu kena marah. Macam-macam aku dengar dia sebut, macam "I'm paying for the seat!", "I want to see the captain!", "Is this how you treat the customer?", "I demand an explaination!"..Hahahaha...Tau ape aku pikir dalam kepala waktu tu? Aku pikir "Haa, tu la len kali jangan mengata orang, jap je tuhan tu balas, kasi aib terus. Walaupun tuhan ko sembah tu lain dengan tuhan yang aku sembah, tapi tuhan tetap adil okeh! Learn your lesson!". Turun je flight pastu aku tengok dia pakai spek mata hitam, bajet paparazi nak amik gambar la kan. Motiff?

Tapi lagi tragis kisah kawan aku yang nampak toilet "Vacant" dan bila pintu dibukak, tiba-tiba nampak sorang amoi tengah buat bisnes. Dia punya muka selenga je, tak marah la pulak dan langsung tak terkejut bila orang tengok dia kencing. In fact kawan aku yang tutup balik pintu tu..Hahaha.. Tapi ya rabbi, hutan belantara dia tebal macam hutan simpan..hahahaha..pitammm!

So moral of the story, check la pintu toilet berkali-kali sebelum buat bisnes, kalau tak korang akan malu sepanjang flight, takpun malu sepanjang hayat. Tapi kalau dah malu sangat boleh je lompat keluar ikut emergency exit di tengah-tengah ketinggian 40,000 kaki. Barula true sky diving!

7 comments:

❀aRaBeLLa❀ November 17, 2010 at 12:54 PM  

LOL...mamat tu baru pestime naik flight kot..

iina November 17, 2010 at 8:45 PM  

Hahahha... dlm flight 1 kes gak.. kes aku sebab aku jadi part time cleaner kat sini.. tgh aku duk sibuk cuci tandas lelaki walaupun aku dah letak sign.. sorg laki nie nak masuk toilet gak.. pastu.. ada ke dia xkunci pintu.. tutup pun sikit jek.. masa tuh aku rasa nak makin hamun jek hahahaha... tetiba aku lak rasa malu.. ingat balik.. patut aku curah jek ngan baldi mop aku hahaha..

Oh kess tak tutup pintu nie mmg byk dlm flight.. tapi yg selalunya kalau steward nmpk mmg dia sound hahaha

Syima Syaz November 17, 2010 at 10:55 PM  

ni bukan kisah dlm flight tp toilet kat giant

ade cha.ya.nun.alif buang air kecil kat lantai jamban pastu tak tutup pintu... bodoh tak?terus tak jadi nak membuang...pengotor!

fatt November 18, 2010 at 8:34 PM  

arabella,
agaknye..tp gaya takmo kalah..wlahal tah2 sendiri yg lupa kunci pintu toilet kot..hehehe


iina,
ni dah kira sexual harassment. patutnya tonyoh je mop kat muka dia sekali air mop hehehe...

tp aku syak lelaki dlm flight aku tu saja nak cover malu dia dgn marah2 stewardess..walhal diri sendiri yg salah..huhuhu


syima,
wooo buang atas lantai? pitammmm...

Ninie Hanis November 19, 2010 at 2:07 AM  

haaa...tu dalam flight takpe lagi sbb pintu flight kecik cam saiz pintu bilik air kita je kan.tapi ada 1 kes kat dalam train kat sini (masa tu aku nk gi London,minah yg dok membuang.pintu toilet dia bapak besau macam berbentuk separa bulat ko tau.kira 3 org boleh masuk serentak melalui pintu.pastu dia tak kunci,ada mamat buka,kebetulan train bergoyang2 pintu tu macam sliding je..hahahahahaa!memang wajib malu la..kuikuikui

fatt November 19, 2010 at 4:55 PM  

ninie,
adoi, besar gila pintu toilet smpai muat 3 org..iskk..tak terbayang aku! malu sepanjang hayat ni...aku dah mula fobia ni..kang kena diri sendiri weh..takut makk!! :P

Ely Hasrul September 11, 2011 at 2:58 PM  

haha kalu aku la sumpah amik gambo mamat tuh haha xpon jerit kuat 'gosh next time lock the door!' nk kasik dia lagik malu haha

Post a Comment

Terima kasih!!

  © Copyright Since 2010 | Backpacker Busuk

Back to TOP