microfibre towel & organizer

December 09, 2010


Aku rasa blogger aku demam la sebab entry sebelum ni aku dah publish lebih 2 jam tapi baru jap tadi dia kuar...aku pun tak taula ape penyakit dia. Yang ni pun aku syak lagi 2-3 jam baru kuar kot...lantaklah..janji kuar.

Kali ni aku nak kongsi 1 info yang bermanfaat untuk kaki-kaki jalan yang cerewet dan tak berorganize macam aku. Jenis yang kalau boleh semua benda nak sumbat, selagi tak terkoyak beg tu selagi tu tahan menyumbat. Biar berat camne pun beg tu sanggup dipikul, gigih la katakan. Heh!

Kalau sebelum ni aku cincai je letak barang toiletries tapi sejak beli organizer ni aku terorganize la sikit. Aku tak suka bazir duit beli toiletries baru tiap kali travel sebab aku amalkan bawak siap-siap dari rumah. Benda ni bila ada jadi senang sebab turun je dari flight aku bleh mandi terus kat airport, takyah tunggu nak check-in sebab kadang-kadang check-in lepas pukul 2pm baru leh masuk, so baiklah segarkan diri dulu sebelum keluar dari airport.


6 benda ni wajib, berus gg aku sorok, mana bleh tunjuk. heh!


Organizer bagus sebabnya boleh groupkan semua benda yang sejenis dalam 1 tempat. Selain dari toiletries, aku jugak groupkan barang letrik macam international traveler adapter, charger hp, charger kamera dan cable laptop sekali dalam 1 beg kecil. Dan yang paling mustahak selain toiletries dan barangan letrik, jangan sesekali lupa sediakan first aid, benda ni penting kalau sakit waktu berjalan.  

Selain dari tu ada lagi benda lain yang penting, apa lagi kalau bukan tuala mandi. Bukan sume orang suka pakai tuala hotel sebab kekadang tu ada yang keras kejung macam kulit buaya. Lagi 1 aku takut dapat penyakit kulit sebab share tuala dengan ramai orang, kang tetiba kena kurap ke, cendawan (panau) ke, risau jugak, jadi benda ni takleh buat memain.

Normally tuala yang jual kat supermarket tu kebiasannya jenis yang tebal/bulky dan berat bila basah, betul tak? Dulu memang aku menyampah nak bawak tuala camni sebab dia makan space dalam beg, jadi bila aku jumpa sejenis tuala ajaib yang dipanggil sebagai microfibre towel, selera bertuala aku pun berpaling tadah. Aku pandang sepi je tuala biasa sebab yang ni jauh lebih efisyen dalam bab mengering dan menyimpan.


sekarang towel beg ni aku guna sebagai organizer barangan letrik


terbaik! pasti tak menyesal


Kebaikan tuala ni ialah ia mempunyai kadar penyerapan air yang tinggi, ringan, tak bulky, cepat kering dan bersifat anti-bakteria. Kalau boleh cuba la cari sehelai sebab aku yakin korang akan bagi markah penuh kat tuala ni, tak semestinya jenama yang aku ada ni, apa jenama pun boleh asalkan material dia microfibre. Kalau kat Malaysia aku tak sure katne boleh jumpa, mungkin kat kedai-kedai outdoor atau kedai tuala yang terpilih. Aku pun kebetulan jumpa tuala ni masa masuk kedai outdoor (Kathmandu) kat NZ dulu. Aku yakin tuala microfibre ni ada jual kat Malaysia cuma harga dia aku tak tahu berapa. Apapun, advise aku carilah sehelai sebab ia memang terbaik dari ladang dan pastinya korang akan berpaling tadah selepas mencuba tuala ni.

TIPS!

Sebelum start packing, sebaiknya sediakan checklist supaya takde barang yang tercicir, entry pasal tu ada kat sini dan jugak panduan adjust backpack dengan betul ada di sini.

7 comments:

iina December 9, 2010 at 2:03 AM  

Mmg bila berjalan toiletries nie penting.. kalau aku siap2 dah masuk dlm plastik putih lutsinar seng masa kat airport tinggal keluarkan jek letak dlm tray.. kdr sukatan tak lebih dr 100ml.. semua masuk dlm tuh.. satu lagik yg mesti kena bwk lotion & moisturiser sbb selalu kering terutama belah2 europe nie.. xpakai sakit tangan dan muka.. tuala microfiber nie bgus gak.. aku pun xpenah beli.. nnti aku cari maybe ada kat sini.. selalu aku bwk tuala kecik jek.. saiz handtowel tuh jek seng nk masuk beg..

Email aku ko ada ler.. masa ko email nak tanya pasal masjid kat CCH tuh ingat lagik dak?? ko add jek aku ye fb nnti ;)

h a n i e December 9, 2010 at 8:50 AM  

kahkahkah!! aku igt aku sorang jek pesen main sumbat tak tentu hala. lepas tu bising..cari barang tak jumpa..and beg rasa berat mcm bwk anak gajah seko.

tp skrg dh ter-organize sikit lah..kot :P

Traveller's Anatomy December 9, 2010 at 9:44 AM  

i mmg lame cari towel ni, tp so far mmg xpenah jumpe lg huhu...if ade jumpe, share2 k :)

ni i share ade review pasal towel lg (apekah towel review haha...)

http://www.aswetravel.com/travel-towel-reviews/

Eine Frau aus Botnang December 9, 2010 at 4:39 PM  

Salam Fatt, haha Backpacker ni memang tak busuk sebab suka mandi!! If I am 15 years old younger with $$, I would do the same. Keep it up girl!!

Ju Asu Ra December 9, 2010 at 8:11 PM  

wahahaha..aku sama spesis ngan kak cho err..hanie..main sumbat je dlm beg selagi xpenuh..huhu

Solihin Zubir December 9, 2010 at 9:31 PM  

eleh.. yelah tu berus gigi sorok..
ntah2 pakai jari je.. haha.. ;-p

gadisBunga December 10, 2010 at 12:31 PM  

salam..
nice tips. cuma saya lebih suke refill toiletries tu dalam botol2 kecil sebab nak kurangkan berat. kalau dapat shampu from top to toe lagi suke!

Post a Comment

Terima kasih!!

  © Copyright Since 2010 | Backpacker Busuk

Back to TOP