Parti Krismas di rumah bos aku, Jackie

December 18, 2010


Rutin aku bermula seawal pukul 10pg waktu tempatan, jadi Cinderella... Harini job tak tough sangat, bleh arr siap cepat. Pas siap je aku lepak-lepak kat lounge dan berborak dengan sorang mamat Swiss., dah 2 hari aku sembang dengan dia tapi haram lupa nak tanya nama..hahaha. .Aku sempat tengok passport Swiss, memang lain dari kebiasaan, cantik sebab setiap page tu kalerful pastu ada gambar-gambar pemandangan dan bangunan yang cantik..dah macam buku mewarna dah...kretip!

Pastu Cik Laura, seorang makwe dari England dan Chris, pakwe dari Canada dah tanya aku pegi tak parti Krismas malam ni...err, parti Krismas? Aku siyes tak penah pegi party bagai ni. Partimah ke parti hari jadi ke penah le, tu pun tah berapa donkey years back. Aih, ikutkan hati memang aku nak mengelak berparti-parti ni sebab aku tau konpem ada acara tonggang menonggang akan ada, konpem!

Berbelah bahagi betul hati aku ni, aih...tapi kene pegi jugakla dah bos aku buat, kang tak pegi susah pulak. Nak pegi parti ni kene bawak Christmas gift, beli jelah ape benda pun janji dalam average $5 ke $10. Aku beli mug aje, senang. Nanti ada tukar-tukar gift, tah ape la nasib aku ye..ahahaha... Harap-harap dapat yang best la jugak kan...huhu~

Oklah, aku dah gelabah nak pegi partimah ni...baju ape nak pakai pun taktau. Rasanya aku akan pakai pakaian beragam aku jela, t-shirt, jeans dan sweater...Orang lain kompem la seksi meksi...gasak jela...suke hati aku, janji datang sudah..kang orang tengah minum-minum, aku escape...hahahaha~

p/s : iman aku kebal doh, ingat yang kat atas tu!

8 comments:

zany December 18, 2010 at 2:50 PM  

bestnya jalan ke CHC,
teringin nak ke sana.
dari queenstown tu ada tak pakej untuk ke MIlford Sound yang berbaloi2 harga? boleh share info?

Madam Sooyaree December 18, 2010 at 2:59 PM  

fatt, passport malaysia yang baru pun ada gambar2 dah, tapi bukan warna warni le :D

❀aRaBeLLa❀ December 18, 2010 at 5:15 PM  

ko gi sana atas visa melancong sambil bkerja tu ke?yg dia open utk commowel countries tu?

iina December 19, 2010 at 1:14 AM  

biasalah aku pun dah lali party x'mas nie.. takat minum wine.. champagne.,. beer.. dah muak tgk.. kdg2 siap offer hahaha.. p jugalah nak jaga hati kekwn.. pastu aku minum jus jek hahaha.. dah makan crisp lebih kurg.. blah jelah.. takpe ambik pengalaman.. borak2 sosial cam biasa.. kalau dh tgk mata diorg merah pastu ckp merapu.. elok ler balik jek hehehehe

rara December 19, 2010 at 2:38 AM  

kerja? u amik WHV ke babe?

nil December 19, 2010 at 10:57 AM  

lalu kat kaw org togang dh rs semacam. haha.

save yourself first. baru lega.

fatt December 21, 2010 at 12:11 PM  

zany,
ada byk pakej ke milford sound. boleh pilih sama ada nak drive sendiri ke sini atau naik coach bus..kalau amik pakej je less than $100 boleh dapat..kalau amik skali coach tak sampai $170..



narif,
haa...tu pun baru perasan..quite baru gakla..nice!



arabella,
both...visa aku nak mati dah..tgk menikmati saat2 terakhir sebelum jadi apa2..but im still working on somthing..bless me!



iina,
parti haritu ok...dorg ofer tp aku tolak baik ckp takleh minum..so minum jus n layan salad jelah...overall quite fun sbb ada main game and exchange gift



rara,
loong time dah la babe..come here!



nil,
mmg semacam..tp kat cni dorg takleh mabuk kat sume tmpt, ada liquor ban area..lg 1, kalau dorang buat hal kene la dgn polis..

Post a Comment

Terima kasih!!

  © Copyright Since 2010 | Backpacker Busuk

Back to TOP