Pengalaman kali pertama ke parti Krismas

December 21, 2010


Ini cerita 2 hari lepas!

Belum habis lagi debor kat parti Krismas kat rumah makcik Jackie. Mau tak debor, pertama kali aku disua air kaler kuning dalam gelas panjang. Aku explain yang aku tak minum benda tu sebab faktor agama and dorang paham. Nasib baik takde soalan berangkai pastu, kalau tak pening aku nak jawab.

Makan malam tu quite meriah sebab ada barbeque chicken wing, hotdog dengan burger tapi aku hanya mampu telan air liur je. Aku tibai salad dan kentang bakar, nasib baik ada sorang veggie, so kami 1 geng. Pencuci mulut pulak makan salad buah dengan kek, memang sedap.


kek telur kembang...aku reka je nama dia


Selesai aktiviti makan ada game tukar-tukar Christmas gift. Setiap sorang kene bawak 1 gift yang mana nilainya dalam $5 ke $10. Semua gift dikumpul dalam 1 karung dan lepas tu memasing kena cabut nombor dan pilih 1 gift dalam karung tadi mengikut giliran (nombor 1 cabut dulu sampaila nombor last).

Bila semua orang dah cabut maka tibalah acara membuka gift memasing. Aku dapat water globe Queenstown dan rubik, ada yang dapat topi koboi, mug, coklat, kad poker dan memacam lagi. 

Sekarang barula masuk the real game, waktu ni sesiapa pun boleh mintak apa saja gift yang dia suka dari orang lain dan orang tu tak boleh cakap "No", kena bagi jugak walau tak rela. So aku pun request kad poker sebab kad ni lain sikit, ada gambar-gambar old castles di Estonia (salah sorang roomate aku dari Estonia dan dia purposely bawak kad poker ni untuk Christmas gift). Aku rasa menyesal tak bawak kain batik sehelai, kalau tak sure dorang berebut-rebut nak kain batik tu...bwahahaha~

Once dah pilih gift yang berkenan, boleh cakap "I'm done head to toe!". So aku cecepat sebut ayat tersebut untuk rescue gift tu. Walaupun gift yang aku dapat tu simple tapi aku suka sebab benda tu dari Estonia dan agak unik.  

Selesai acara tukar gift, dorang main sejenis game dipanggil Roulette. Jangan tanya aku lelebih pasal game ni sebab baru semalam aku kenal benda ni.Cara main dia mudah, ada sekeping kertas dengan nombor pastu memasing kene pilih 1 nombor kemudian guli akan di spin dan nombor yang "naik" akan kena minum..huhu~ Aku memang debor tak tentu arah dah sebab takut nombor aku naik, tiap kali spin je aku berdoa janganla kena! janganla kena!

Nak hujung-hujung tu baru kena, tapi dorang skip sebab aku tak minum. Aku tengok siapa yang kena tu memasing muka naik biru sebab dorang cakap air dalam shot glass tu gila tak sedap..huuu~ fadan muke kome!


french - estonian - germany


canadian - estonian


Akhirnya torturing hour berakhir pada jam 10.30pm bila memasing dah separuh mabuk kecuali aku sebab aku minum air kosong dengan jus aje. Aku ingat dorang dah insaf dan nak balik tido tapi nampaknya memasing still gigih lagi nak ke bar. So we split kat depan bar dan aku pun balik.

Dan pagi tu memasing mengeluh pening pale sebab mabuk lagi. Aku dengar dorang bercerita memasing dah lost tak ingat apa jadi kat bar malam tadi. Hahaha...rasakan..aku dak kabor minum jus gak sedap kome taknak dengar!

Itu je serba sedikit cerita pasal experience aku bergaul dengan dorang ni. Pada aku takde masalah apa pun sebab dorang memasing respek each other walaupun kami berlainan agama. Pada aku, sume ni atas diri sendiri, tak semestinya bila diajak minum kita kene join sekaki untuk masuk dalam group dorang. Mana yang baik kita amik, yang tak baik tu jadikan sempadan.

Ada 2 jenis traveller dalam dunia ni. (1) jenis yang bergaul dengan local people dan semua orang. Jenis ni selalunya seorang yang mesra dan humble walaupun dah travel keliling dunia. Orang macam ni cool sebab dorang faham dan respek budaya sesuatu tempat dan agama orang lain.

(2) jenis yang just travel for the sake of "Been there, done that". Orang jenis ni agak eksyen walaupun berselisih bahu dengan bangsa sendiri kat bumi asing dan normally mereka lebih selesa bergaul sesama sendiri sebab suka duduk dalam comfort zone. Orang macam ni tak layak pun dipanggil traveller, malah lebih layak dipanggil tourist. Mereka memang tak tak belajar apa-apa tentang sesuatu tempat tu kecuali ada gambar yang beribu-ribu keping.

Korang masuk kategori mana?

7 comments:

iina December 21, 2010 at 8:56 PM  

Bestlah.. nasib diorg tak mabuk masa party tuh tapi mabuk kat bar.. pengalaman aku dulu siap main games nintendo wii.. games menyanyi tak silap aku.. tah lagu apa tah.. aku kena paksa nyanyi hehehee belasah jelah.. tp mmg best siap kena pakai kertas bentuk mahkota tuh hahaha..

Tahun nie geng2 tempat keje aku akan buat x'mas party cam biasa.. tapi nasib awal pagi lepas keje./. so takde arak.. tapi teh atau kopi dengan bacon roll.. aku rasa cam nak puasa jek ari tuh hehehe.. ;)

Syima Syaz December 21, 2010 at 10:42 PM  

huh....tak berani ok...mau jantung jatuh masa jerit....terkencing dlm suar..uuuhhh tidak!

Traveller's Anatomy December 21, 2010 at 11:18 PM  

me like local people...SUKE! tu yg slalu buat terkenang2 nak dtg balik tempat tu walau org lain kate pegi xbest pon. power of hospitality :)

fatt December 22, 2010 at 11:50 AM  

iina,
sengsara kan nak mengelak party gini..tp skrg klu dorg nak gi bar ke dorg mmg tak ajak aku sbb aku tak minum..bagus~



syima,
baik buat syima..sekali seumur hidup je beb...pastu leh tunjuk kat anak cucu nanti...siyes!



byya,
agree on that! tp kat queenstown ni byk org luar..tp org luar pun ok..coz omputih ni dah biasa soft spoken so terasa welcome la..klu kiwi ppl agak kasar skit..esp pompuan..

~uG0giRL~ January 1, 2012 at 2:17 PM  

errr...kek tu nama pavlova ya cik fatt.

fatt January 2, 2012 at 4:17 AM  

ugogirl,
aku baru tau nama kek tu pas balik mesia...kekdahnya aku ni buta kek le main suap jek. tp dorg ada explain content kek tu, cuma aku ingt dia pakai telur..tapi rasa dia pelik la..mcm marshmallow

Irfa February 21, 2012 at 3:23 PM  

awak sgt pandai bercerita :)
suka penulisan yg mudah difahami dan sedikit lawak

Post a Comment

Terima kasih!!

  © Copyright Since 2010 | Backpacker Busuk

Back to TOP