beijing : day 1

May 19, 2010


Intro

Secara keseluruhan info untuk trip ni aku dapat dari buku Lonely Planet China, harga sebuah dalam  RM130.20 takde diskaun. Memang mahal tapi buku ni tebal dan info bukan setakat China, tapi pasal Hong Kong dan Macau pun ada. Pada aku bagus beli buku ni, tak rugi, boleh buat koleksi. Buku ni boleh didapati di major bookstores seperti MPH, Kinokuniya dan Popular.


11th edition, published May 2009

Visa

Info berkaitan visa ke China boleh jenguk ke link INI


Quick  Info

1. Currency adalah dalam Chinese RMB/Yuan
2. Contoh pengiraan mudah matawang, 100Yuan/RMB = RM50
3. Bulan 12-2 (musim sejuk), 3-5 (musim bunga), 6-8 (musim panas) dan 9-11 (musim luruh)
4. Takde paip air dalam cubicle tandas, ada sesetengah kes pintu pun takde. Standby botol air untuk bersuci.
5. Orang gemar meludah merata, malah kencing pun merata.
6. Beratur bukan budaya mereka. Potong queue tu hal biasa.
7. Majoriti tidak tahu berbahasa Inggeris. 
8. Waktu di China adalah sama dengan waktu di Malaysia, maka tak perlu ubah jam.
9. Sikap orangnya agak kasar, boleh dilihat melalui cara memulangkan baki wang atau memberi sesuatu, mereka lebih suka baling saja. Jangan amik hati.
10. Restoran halal boleh dikenali kerana menggunakan signboard berwarna hijau.


Hari Pertama

Flight dari KL ke Tianjin amik masa lebih kurang 6 jam dengan Air Asia. Selesai urusan kastam dan luggage collection, terus keluar ikut Arrival Gate dan akan nampak 1 booth jual tiket shuttle bas ke Stesen Keretapi Tianjin. Jadual trip dari airport ke stesen keretapi adalah dari pukul 6am dan selang 1/2 jam sampai flight yang terakhir. Harga untuk per head dalam 10 Yuan. Perjalanan amik masa 30-45 minit bergantung pada keadaan trafik.




Berenti aje bas kena menapak dalam 100 meter untuk ke bangunan stesen keretapi. Masuk saja dalam bangunan boleh terus ke kaunter tiket yang terletak di bahagian kiri pintu masuk. Ada 2 option untuk beli tiket, samada terus ke kaunter atau melalui mesin yang terletak di Tingkat 1 (naik eskalator). Aku cadangkan berurusan dengan mesin lebih bagus sebab orang China tak reti cakap Bahasa Inggeris. Urusan dengan mesin amatlah mudah, pilih untuk ke Beijing South, harga dalam 58Yuan. Untuk makluman, ruang menunggu untuk menaiki keretapi juga terletak di Tingkat 1. Keretapi ke Beijing South ada banyak, jangan risau, selang untuk setiap trip dalam 5-10 minit saja. First train dari Tianjin ke Beijing South 06:25, last train 22:45





Sementara menunggu keretapi tiba, bolehla lepak-lepak dekat tempat yang sesuai, ada tempat "Drinking Water" dan ada air panas kat sini. Kalau lapar boleh bancuh megi. Sepanjang pemerhatian aku semasa berada di sini ialah orang China suka betul makan megi. Mungkin sebab tu air panas ada dimana-mana.




Dalam pada melepak tu sentiasa la alert dengan waktu keretapi berlepas. Dekat sini keretapi dia tak penah lewat dan selalunya sharp, kalau lewat pun dalam 5 minit saja. Perhatikan announcement board kerana kat situ akan diberitahu platform mana untuk menunggu. Dalam tiket tak tulis, maka sentiasalah alert.




Keretapi dari Tianjin ke Beijing South bukan sebarang keretapi, tapi  bullet train, kelajuan maksimum aku penah tengok ialah 350km/j. Memang laju, tapi tak rasa pun gegar dalam gerabak. Trip amik masa dalam 30 minit saja untk tiba di Beijing. Memang laju. Bila la Malaysia nak ada 1, tak payah kalut naik bas segala. Lagi selamat.





Setibanya di Beijing, keluar dari keretapi cepat-cepat sebab nanti diaorg akan start mengemas. Waktu tu bole la tengok pekerja-pekerja ni wipe keretapi, patutla aku tengok berkilat saja gerabak dia, rupanya sebab kene cuci selalu.

Stesen Keretapi Beijing ni bersambung dengan metro (subway), semua dalam satu bumbung, memang mudah. Di Beijing ada 9 line metro, memang agak mencabar berbanding dengan KL yang ada 2 line saja. Mula-mula tengok map metro ni memang boleh sesak nafas, tapi dah lama-lama nanti paham sendiri. Tambang metro untuk ke mana-mana destinasi HANYA 2 Yuan sahaja. Memang murah. Tak kira jauh atau dekat.




Aku pilih untuk menginap di Beijing Far East International Youth Hostel yang terletak di kawasan lama Beijing. Aku pilih duduk kat sini sebab nak dekat dengan Niu Jee Street (di sini terletaknya Niu Jie Mosque). Ikhlas aku cakap hostel ni jauh jugak dari stesen metro, kene menapak dalam 1km jugakla pastu dia terletak dekat kawasan perumahan. Kalau nak lebih mudah dan tak menyusahkan, dudukla yang dekat sikit dari metro station macam di Beijing City Central Youth Hostel, just opposite dengan Beijing Railway Station. Untuk ke Beijing Far East International Youth Hostel ni kene turun dekat stesen Hepingman.




Sampai aje kat stesen Hepingmen, amik exit yang ke Nan Xin Hua Jie (nama jalan) dan jalan terus dalam 1km hingga nampak signboard "youth hostel" disebelah kiri. Punca aku tak tukar tempat menginap sebab letih nak angkut-angkut barang. Sewa 1 malam untuk double bed dalam 180 Yuan, deposit kunci 50Yuan. Sebenarnya nama je "Youth Hostel", tapi rupa dia tak ubah macam hotel, sungguh! Dalam bilik lengkap dengan TV, water heater, kerusi meja dan electric kettle.



Beijing Far East International Youth Hostel 
No. 90, Tie Shu Xie Jie Xuan Wu
District Beijing
website : www.fareastyh.com


Selesai check-in, rehat-rehat kejap, pastu keluar naik cab ke Niu Jie Street nak cari makanan halal. Tambang teksi dari jalan besar depan hotel ke sini dalam 10 Yuan. Sampai aje aku nampak "Niu Jie Muslim Supermarket". Masuk sekejap dalam tu beli sikit makanan untuk breakfast esok. Aku beli roti sebungkus, harganya dalam 4.50 Yuan.Tapi roti dia tak lembut macam Gardenia.




Since hari pun dah gelap aku tak perasan pulak restoran halal kat sini, yang aku perasan masa naik teksi tadi cuma dekat junction besar nak belok ke Niu Jie Street ni. Akhirnya makan malam di sini. Hampeh sorang pun tak tahu cakap Bahasa Inggeris. Aku cakap Bahasa Melayu ke Bahasa Inggeris ke dia tetap reply bahasa dia. Kemudian dia panggil Manager dia, ni okla sikit, reti sikit-sikit Bahasa Inggeris. Dah mintak menu in Bahasa Inggeris tu aku tunjuk la few makanan yang nak dicuba, tapi sume takde, adoi! Last sekali makan nasi goreng perisa telur hancur saja, 12 Yuan. Portion makanan dia memang besar, tak mampu aku perabiskan. Lainla ada ikan masin ke layan le jugak. Bukan main lagi aku order "Natural Coconut Drink" harga 6 Yuan, alih-alih yang sampai hambik, air santan tu ha. Tapi rasa dia manis sebab ada taruk gula. Nak menangis dalam hati je waktu aku telan air ni. Terasa seperti minum santan kotak pun ada. Sangat horror ok!




Aku dah tak larat nak perabih makanan. Dekat sini takde istilah tapau, kalau nak tapau kang dia tunjuk bungkus dalam beg plastik. Maka kalau nak tapau bawakla tapawey dari umah. Senang. Biarla pesen makcik-makcik pun, janji bila memerlukan ia ada. Sebab tak larat nak perabiskan makanan, maka keputusan balik ke bilik aje. Rehat pulak, esok nak jalan jauh lagi. Naik teksi dari depan restoran ke hotel dalam 10 Yuan. 

b e r s a m b u n g . . . .

Read more...

Checklist item sebelum travel

May 18, 2010


Entry ni berkaitan dengan barang-barang yang perlu disiap sedia sebelum memulakan sesebuah trip. Macam bunyik nak kasi resepi memasak pun ada ni, hehe~

Barang-barang mandatori :

1. Passport **bila travel luar Malaysia 
2. Flight itinerary (to and fro) **safety precaution in case required upon check-in 
3. Photostat copy passport, i/c dan lesen (kaler kalau boleh) **in case the original copy is lost 
4. Gambar saiz passport 2-3 keping **in case perlu
5. Notebook **mencatit perbelanjaan keluar dan itinerary 
6. Hotel booking conformation **safety precaution too in case required by immigration
7. Travel guide book **if needed 
8. Universal adaptor **useful when traveling overseas 
9. Soket extra **useful if need to charge few things at 1 time 
10. Pen **to fill the arrival card and forms 
11. Camera with extra SD card dan chargernya sekali
12. Charger henpon 
13. Kompas kiblat
14. Bam angin dikala kepeningan
15. Lock/mangga **if using locker especially at hostel, and to lock the luggage 
16. First aid kit (panadol, plaster, ubat cirit, ubat loya, pil "chi ki teck aun", garam hidrasi, bandage, minyak panas, antiseptik dan pin)
17. Calculator **memudahkan bila nak negotiate harga (esp. klu travel kat tempat yang orangya tak reti cakap english

Barang-barang additional :

1. Pendrive **backup bila SD card penuh 
2. Sunblock **vacation time summer atau ke laut 
3. Lip balm **bila ke tempat sejuk atau ke laut 
4. Selipar **handy when shoes are horrible 
5. Hand sanitizer **bila takde air nak cuci tangan 
6. Inhaler **in case having cold and flu 
7. Torchlite **menyuluh dikala kegelapan (camping especially)
8. Sudu, garfu, pisau dan tapawey **you don't know when you need it! 
9. Megi & alternatif jajan **bila tempat susah cari makanan halal
10. Instant drinks 3-1 **bagus bole jimat
11. Payung **sangat berguna lagi-lagi kalau travel musim hujan 
12. Baju sejuk/light sweater
13. Tissues

Item tambahan :
Senarai nombor fon yang penting dalam e-mail di "draft mail" **kritikal kalau hilang hp
**nombor embassy selalunya akan otomatik henpon akan hantar once tiba di oversea. tak payah kalut geledah sana sini

Setakat ni itulah yang aku ingat bawak tiap kali aku travel. Nampak macam banyak items tapi sume ni ada gunanya. Ada setengah orang suka beli bila nak pakai sesuatu barang contohnya payung. Pada aku kalau dah ada bawak jela dari rumah. Jimat pun iye. Barang-barang lain macam pakaian sume aku takyah le mention sebab sume orang mesti la bawak kan? Cuma contoh kalau aku travel 1 minggu aku cuma bawak 2 seluar saje, pastu rotate, either jeans or light cotton pants. Pakai cotton pants lagi selesa jalan compared dengan jeans. Lagi-lagi kalau travel kat sekitar negara Asia yang panas. 

Apa-apa pun pokoknya buatla list betul-betul. Mana items yang kurang penting tu takyahla bawak. Kalau niat pegi sesuatu tempat tu nak shopping contohnya Bandung, bawak minimal clothes sebab nanti nak borong sakan tak cukup space.



Pesen melipat baju pun ada taktiknya. Selalu aku buat gulung saja macam kuih ketayap. Cara ni boleh menjimatkan ruang.














Nak susun barang pun ada caranya. Gambarajah sebelah menunjukkan cara yang betul untuk menyusun barang dalam haversack. Tujuannya supaya bila menggalas nanti beban tersebar dengan rata ke seluruh badan.

Read more...

  © Copyright Since 2010 | Backpacker Busuk

Back to TOP