Pagi Yang Sejuk
Aku terjaga pukul 2.30 pagi sebab budak katil bawah aku balik. Pastu aku tak sedar sampaila pukul 5 pagi sebab dengar bunyi bising kat luar hostel. Nak bangun malas lagi sebab masih gelap. Sejuk dia jangan cerita la..memang sejuk! Aku pun lajak sampai pukul 8 pagi. Bangun je aku tengok sume orang masih tido, aku masuk toilet nak mandi tapi takde sorang pun kat shower. Nampaknya mungkin aku sorang je kot yang mandi. Shower dia ada partition yang membentuk cubicle yang agak besar. Tiap-tiap cubicle tu ada bench masing-masing. So memang selesa nak salin baju segala. Tapi yang tak syok tu bila otak aku pun terbayang scene citer hantu omputih macam Drakula ataupun Freddy Kruger nak buat serangan hendap. Tapi aku rasa hantu omputih mungkin senonoh sikitla rupa dari hantu kat Mesia, huhu~ Selesai mandi aku masuk tengok budak katil bawah aku dengan sorang budak England tu dah takde. Rupanya dorang breakfast dengan keadaan tak mandi dan err..mungkin tak gosok gigi. Aku sampai je bawah waffle/pankek dah habis. So aku pun toast roti, buat half boiled eggs dengan teh O.
Semalam sebelum balik bilik aku sempat singgah
Coles (Express) depan hostel. Coles ni kecik je tapi enuff la untuk beli segala grocery. Location bebetul opposite hostel. Aku perasan ada kedai fries nama
Lord of the Fries, bunyik macam Lord of the Rings pun ada tapi aku tak cuba pun sebab tak sure minyak apa dia pakai. Tapi series merata kiosk dia aku nampak, pastu fries dia besor gaban. *drooling~* ;P~
kitchen kat Flinders Station Backpackers, depan tu ruang makan
breakfast gaya orang malas
Pas bekpes aku pun masuk bilik, siap-siap nak check-out, cabut segala cadar dan kemas barang-barang aku. Aku sempat borak dengan budak bawah katil aku, dia dari Canada, tapi rupa Cina habis. Rupanya dia dari Hong Kong then migrate ke Canada. English dia memang takde pelat langsung. Dia cakap dia keja malam. Patutla aku tak nampak langsung muka dia sampaila tido. Sembang-sembang rupanya dia buat WHV (working holiday visa). Dia ada ajar aku camne nak pegi ke
St Kilda tanpa keluarkan walau se-sen. Of cos la cara menipu (tak bayar tambang tram), tapi aku tak berani kang kantoi mati kena denda lumayan jugak tu. Aku memang ada plan nak ke St Kilda harini sebab hari Ahad ada flea market. Massive punya. Hari lain takde. Tapi sebab langit kelabu asap aku kansel pegi sebab sure hujan pastu tak fun.
Notakaki :
Aku lupa nak mention beli Global Gossip Card untuk surf internet 1 hari for AUD9.99 masa duduk kat Flinders Station Backpackers tu. Ada jugak rate untuk hours tapi aku dah lupa berapa. Kalau nak surf internet just boleh kat communal area saja, dalam bilik takleh sebab takde signal.
Dari Flinders Ke Greenhouse
Sharp pukul 10 pagi aku pun check-out, amik balik deposit AUD20 then grak ke Greenhouse Backpacker yang jauh lebih kurang 150 meter dari hostel (jalan kaki lebih kurang 3-5 minit). Sampai je aku setelkan hal booking dan alhamdulillah aku bole check-in awal sebab normally check-in pukul 12 tengahari or orang sini sebut midday. Kat sini sewa untuk female dorm dalam AUD28/nite termasuk deposit AUD10. Aku dah book earlier online so aku just bawak booking slip yang print dari internet untuk pengesahan. Aku dapat dorm 6 katil dan kali ni tempat dia memang lagi spacious compared dengan Flinders. Security-wise memang sangat OK sebab sume tempat pakai access card hatta ke toilet sekalipun. Ada locker jugak sama macam kat Flinders cuma kena standby padlock sendiri. Beli yang kecik tu je dah ok. Aku punye feel kat sini paling selesa la compared dengan Flinders, ni honest opinion dari aku. Dahla ada free wifi. Tapi seingat aku tak dapat pun free towel tu kat both Greenhouse dengan Flinders. So better bawak towel sendiri.

katil aku sebelum dilanda tsunami
Free City Circle Tram
Selesai letak barang-barang dalam bilik aku pun keluar, first destination aku harini ialah
Queen Victoria Market (QVM). Since harini hari Ahad so QVM memang happening. Some more aku dah kansel nak ke
St Kilda. Dari hostel aku tunggu tram kat depan
Federation Square (stop no. 1) dan turun kat
La Trobe St (stop no.4). Nak kenal mana satu free tram ni warna dia
Maroon/Yellow. Selain dari warna ni sumenye kena bayar. Berapa tambang untuk paid tramway tu aku tak sure sebab depends pada tempat yang nak dituju. Untuk info public transportation di Melbourne iaitu
Metlink, sila visit website
INI.
ini kene bayau, tak free!
ini yang free (marron/yellow)
map free circle tramway (marron/yellow)
(click to enlarge)
Aku snap gambar map ni sebab senang nak hafal coz dah ada indicate nombor stop dari 1-10. Berikut ialah route free tramway based pada nombor stop dan yang dalam bracket tu ialah tourist attraction.
Stop 1 : Flinders Street (Federation Square)
Stop 2 : Flinders Street (Eureka Tower)
Stop 3 : Harbour Esplanade (Melbourne Docklands)
Stop 4 : La Trobe Street (Flagstaff Gardens & Queen Victoria Market)
Stop 5 : La Trobe Street (Melbourne Central)
Stop 6 : La Trobe Street (Old Melbourne Gaol)
Stop 7 : Spring Street (Parliament House)
Stop 8 : Spring Street (Gold Treasury Museum)
Stop 9 : Spring Street (Treasury Gardens)
Stop 10 : Flinders Street (Flinders Lane Galleries)
**Servis dari jam 10 pagi hingga 6 petang (Ahad - Rabu) dan 10 pagi - 9 malam (Khamis - Sabtu) kecuali Hari Krismas dan Good Friday. Kekerapan tram adalah setiap 12 minit.
Suasana dalam tram ni memang classic aku takleh nak citer camne best dia. Rasa macam kembali ke zaman dulu kala pun ada. Bila tram ni jalan, rasa gegar-gegar, tapi syok la. Teringat aku experience naik double decker bus macam tram ni dekat Hong Kong. Tapi yang tu kena bayar, yang ni free (maroon/yellow). Sepanjang tram ni berjalan akan ada kuar commentary untuk setiap tempat yang dia lalu. Memang informative. Bila dah sampai ke stop no.3, tram akan benti dan driver akan pindah tempat memandu dari hujung gerabak ke hujung gerabak lagi satu untuk tukar laluan. Untuk pengetahuan sume, tram ni laluan dia sume 1 hala, takleh u-turn. Hanya driver yang akan pindah tempat kalau nak tukar laluan.
Pernah dengar "hook turn"? Kat Melbourne ni memang terkenal dengan hook turn. Sistem hook turn ni agak mengelirukan, since laluan tram adalah dibahagian tengah jalanraya, dan tram takleh brek sesuka hati, maka sistem hook turn ni dibuat. Aku gigih tu siap lukis gambarajah ni nak bagi korang paham. Kalau tak paham lagi tak tau le..heheh~
Camni hook turn tu berfungsi. Bila lampu isyarat hijau (untuk keta jalan terus dan belok ke kanan), maka keta A kena jalan sikit ke depan untuk bagi laluan keta dibelakang dia yang nak belok ke kiri pegi. Keta A kena statik tunggu kat tengah-tengah jalan tu dan bagi laluan untuk tram dan keta B pegi dulu. Until jalan dah clear, meaning takde keta kat arah B ataupun tram, barulah keta A boleh belok ke kanan dengan selamatnya. Apapun kesimpulannya hook turn ni agak mengelirukan dan bagi sesapa yang merancang nak drive kat Melbourne especially dalam town, sila berhati-hati lebih sikit, kang eksiden susah.
Seingat aku selama aku duduk kat Melbourne haritu, satu sen pun aku tak kuar kat transport sebab mostly aku naik free tram dengan free tourist bus. Selain dari tu aku banyak jalan kaki. Bukan kedekut tapi aku cuba travel smart. Secara tak langsung bila aku jalan kaki, aku lebih familiar sume tempat yang aku pegi.
Queen Victoria Market / QVM
Okeh berbalik pada cerita aku nak ke QVM tadi, untuk ke sini aku kena turun kat stop no. 4 (La Trobe Street), kemudian jalan kaki sepanjang William Street lebih kurang 200-300 meter mendaki bukit. Sampai je sini rasa lelah mendaki bukit pun hilang sebab tengok tempat ni memang happening, macam pasar malam la senang citer, tapi version pagi.
Opening hours QVM :
Selasa & Khamis : 6 pagi - 2 petang
Jumaat : 6 pagi - 5 petang
Sabtu : 6 pagi - 3 petang
Ahad : 9 pagi - 4 petang
Isnin & Rabu : TUTUP
QVM ni macam E-Shed Market kat Perth, paling happening hari Ahad. Macam-macam ada dari baju bajan, kasut-kasutan, buah-buahan, souvenir, pet shop, fridge magnet, baju princess pun ada jangan tak tau!!
Untuk info lebih detail tentang QVM, sila jenguk website
INI
dari pasar basah, ke . . .
buah-buahan. kemudian ke . . .
baju bajan, pastu ke . . .
painting, dan . . .
sarkis??!! >_<
Hahaha...jangan tak caye kat sini ada sarkis. Hari aku pegi tu ada macam show tangga bertali ni. Sape-sape nak cuba boleh takde masalah. Kalau berjaya rasanya ada ganjaran tapi aku tak surela apa. Aku tengok orang-orang kat sini sporting gila nak cuba, berebut-rebut lak tu tunggu giliran. Walhal susah tu weh nak panjat sebab benda tu tak statik, goyang sana sini. Memang kelakar, macam-macam pesen tergolek ada. Aku gelak jela, tapi gelak kaver-kaver. Kang aku gelak kuat-kuat aku yang kene panggil cuba pulak, haru!!
Aku cuma beli fridge magnet AUD10 for 5 pieces, T-shirt 2 helai AUD5/each, beanie AUD6, fresh strawberry AUD3 dan pistachio nougat AUD2.50. Gambar fridge magnet aku takde lak sekarang ni, tapi selain magnet Perth, Sydney dan Melbourne, aku tibai jugak beli magnet Brisbane dengan Gold Coast walaupun aku lum sampai lagi kat sini, hehehe~ T-shirt pun ada banyak jenis kategori kualiti, tapi as low as AUD5 dah boleh dapat sehelai. Paling mahal AUD10.
Kebanyakan penjual kat sini adalah orang Asia, mostly Chinese dan ada jugak aku jumpa 2-3 kerat orang Indonesia. Sama macam E-Shed Market yang kedai Aussie ape tah tu owner dia orang Indonesia. Kat sini boleh jumpa ramai jugak orang Melayu, tapi banyak yang sombong. Pelik tul le aku, takde maknanya datang sini kalau gomen sponsor belajar, nan hado nak belagak tak tentu pasal okeh! Kadang-kadang tu nak tegur punya la eksen, tapi aku tak kisah sangatla, aku senyum je sebab mood aku baik haritu. Tapi apa salahnye senyum atau say "Hi". Aku tengok orang Indonesia yang jual baju tu lagi mesra sembang itu ini dengan aku. Hehehehe~ v ^_^ v
lazatttt~ ;P~
Aku spend masa agak lama kat QVM sebab aku pusing dari 1 row kedai ke kedai yang lain., dari seksyen pakaian sampaila ke seksyen barang basah. Pendek kata aku dah macam menteri melawat kawasan haritu. Tapi memang boleh ralit bila ada kat dalam ni sebab takkan sedar masa berlalu dengan pantas. Tetiba aku terbau sesuatu yang lazat. Donut!! Aku tengok dari jauh punyala panjang orang queue nak beli donut ni, sah mesti sedap ni sebab aku tengok dia buat kat situ then terus goreng. Hajat di hati memang nak join beratur jugak tapi jadi tak koser bila tengok queuenya panjang macam nak beli tiket konsert Maikel Jeksen. Sudahnya aku telan air liur dan amik berkat bau aje, jadi la! O_o
b e r s a m b u n g . . .
Read more...