Sambungan cerita
Semporna . . .
Dari Semporna Ke Mabul
Matahari naik seawal jam 6 pagi kat sini. Setelah selesai subuh dan bersiap aku pun pegi bekpes kul 6.30 pagi. Kat sini dia serve lite breakfast iaitu roti bakar sapu kaya, goreng pisang dan teh. Ada goreng pisang pagi-pagi tuuu, aku ingat minum petang je menu goreng pisang ni. By the way, kat sini takde roti Gardenia. Kalau nak merasa Gardenia bawak dari Semenanjung siap-siap.
pukul 6.30 pagi tapi dah cerah
gambar goreng pisang takde sebab dah selamat dalam perut
Selesai breakfast terus check-out sebab dah janji dengan dive operator kul 8 pagi. Kami amik pakej dengan
Billabong untuk
3H2M dan pakej ni dah booking awal 4-5 bulan sebelum trip. Harga pakej
RM240 (RM170 untuk 1st night, subsequent night RM70) termasuk makan dan boat transfer. Pakej yang aku amik ni tak termasuk aktiviti snorkeling. Itu kemudian aku cerita kat entry lain. Untuk makluman pakej ni tak termasuk permit ke Sipadan sebab date yang kami pegi ni kebetulan memang dah full sebab divers dah sapu bersih. Aku dapat berita waktu tu musim
hammer shark. Patutla. Dalam hati memang kecewa sebenarnya tapi aku redha jelah, sebab setel last minute memang susah. Tapi aku layankan aje trip ni sebab dah ada tiket.
Antara dive operator untuk ke Mabul/Sipadan/Kapalai :
a.
Billabong
b.
Uncle Chang
c.
Scuba Jeff
d.
Scuba Junkie
Permit ke Sipadan ialah RM40 (divers, non-divers, visitor dan kanak-kanak). Ia dikawal dan dikeluarkan oleh
Sabah Park Authority. Jumlah permit yang dikeluarkan sehari adalah
120 permit sahaja. Kalau bercadang untuk ke sini boleh amik pakej inclusive Sipadan melalui dive operator atau travel agent yang menguruskan pakej tersebut. Ada jugak orang amik
day trip saja ke Sipadan, tak menginap di Mabul. Harga pakej termasuk
permit, makan dan
boat transfer.
Pakej yang offer day trip/snorkeling ke Sipadan :
Divers Borneo - RM480
Scuba Junkie - RM450
Scuba Jeff - RM450
Perjalanan menaiki speed boat dari Semporna ke Mabul lebih kurang
1 jam 10 minit bergantung pada keadaan laut. Jenis boat yang kami naik ni memang basic, ada bumbung je. Jangan expect boat dia besar macam nak ke Perhentian. Boat ni bleh muat tak sampai 10 orang.
aku naik boat yang bumbung biru tu
Masa nak sampai di Mabul kami terserempak dengan sampan suku
Bajau Laut yang kehabisan minyak. Punya la ramai dalam sampan tu, aku rasa lebih dari 10 orang. Tekong boat aku benti dan bagi dorang sikit minyak. Lepas tu kami pun teruskan perjalanan ke tempat menginap iaitu di
Billabong. Harini cuaca memang baik, sangat-sangat terik. Sampai je kami pun disambut oleh 2 orang DM (dive master). Kebetulan kami sampai awal (dalam 10.30 pagi) dan masih belum ada bilik yang available waktu tu sebab divers yang nak check-out pagi tu masih lagi di laut.
berani naik pesen gini tengah laut?
Since nak menunggu tu lama, paling koman pukul 2 petang baru dorang balik, so DM tu ajak kami join dorang pegi diving. Tapi kami tak diving la, kami snorkeling. Bagai orang mengantuk disorong bantal so ape salahnya. Lokasi divers terjun harini kat
Kapalai dan
Lobster Wall. Sebelum divers sume turun, DM ada bagi taklimat dan pembahagian group. Kami yang tak terlibat ni pun join jugakla dengar. Memang menarik sebab pengenalan untuk jenis-jenis ikan dorang buat dalam bentuk bahasa isyarat. Selesai taklimat para divers pun terjun. Pastu turn kami la pulak. Air kat sini memang sangat jernih. Kalau duduk dari atas bot dah boleh nampak apa kat bawah, kalau terjun lagi la syok. Masa aku pergi ni musim obor-obor (bulan April), benda ni kalau terkena hatta sikit je pun, dia punya sakit macam kena kerusi letrik. Memang sakit. Aku fobia gila nak terjun pastu sebab dah kena. Obor-obor ni lutsinar, memang susah nak identify lagi-lagi bila dalam air. Cuma yang dapat aku pastikan dia ada macam bintik-bintik merah.
divers tengah setting equipment
it's kapalai & these water bungalows can burn a hole in your pocket!
ok gak spot snorkeling kat sini
Lebih kurang sejam divers pun naik ke permukaan dan kitaorang pun kena naik semula ke boat. Memang tak puas sebab sekejap sangat dapat main dalam air. Tapi takpe, DM tu cakap esok boleh join dorang lagi. Yahuu!!
Sampai kat Billabong, kami pun makan sebab dah pukul 2 petang. Macam aku penah cakap sebelum ni, pesen lauk kat sini memang tak sesuai dengan tekak aku sebab langsung takde unsur cabai. Tapi dalam pada tak kena dengan tekak pun aku bedal 2x. Lapar kot, tadi kan dah habis energy sebab berkuak-kuak dalam air. Heh!
Pastu kami dah bole check-in bilik sebab dah ada yang kosong. Tapi bukan kat Billabong, kat
Arung Sayat sebab bilik dah penuh. Sedap je dorang humban kami kat sini, iskkk... Arung Sayat ni terletak sebelah dengan Billabong. Aku malas nak question banyak so ikut jela. Kang kene suh tido dalam laut mau ke?? Bila dah masuk, tengok bilik, aku rasa puas hati jugak sebenarnya. Ada katil bujang 2 ketul, kipas dan 1 power point, toilet sharing kat luar. Overall memang basic. Tapi apa pun aku prefer duduk sini sebab kat Billabong takde katil, tido kat lantai..tak syiokk! Huhuhu...
Arung Sayat
interior dalam bilik
hallway dan tempat makan, tapi kami tak makan sini
Dah mandi kami pun jalan kaki pusing sekitar Mabul. Pulau ni kecik je, pusing 1 hari dah boleh cover semua ceruk. Penduduk atas pulau ni adalah dari suku
Bajau Laut atau dalam bahasa omputih dipanggil
Sea Gypsy. Kehidupan dorang sederhana dan daif. Kat sini ramai betul budak-budak. Dorang suka berlengging dari berbaju. Kalau bawak keluar kamera dorang eksited posing dan suruh amik gambar. Kehidupan orang sini rata-ratanya tertumpu pada kegiatan laut. Kat sini gak ada sekolah sekular dan agama, alhamdulillah sekurang-kurangnya kanak-kanak kat sini boleh belajar sempurna macam kanak-kanak lain walaupun jauh dari kehidupan moden.
Hampir pukul 5 petang kami pun balik semula ke tempat menginap dan bersiap untuk makan malam. Malam tu masing-masing aktiviti bebas. Kami join geng baru (budak divers), sembang-sembang atas titi sambil tengok bulan. Malam tu aku tido pengsan sebab kepenatan berkuak dalam laut siang tadi.
bersambung....
.