sape mau poskad obersi?

October 28, 2010


Pengumuman!!

Sesape yang nak poskad obersi dihantar ke alamat mereka sila bagi aku address
(kot-kot nak merasa poskad obersi dari backpacker busuk)
Keutamaan adalah pada mereka yang follow blog ni, harap maklum
Ni sebagai tanda penghargaan aku kepada semua yang baca blog aku yang tahape-hape ni..ailebiu olls.. 
Negara yang bakal dijenguk ialah Australia dan New Zealand 
email ke : backpackerbusuk@gmail.com

Sekian, terima kasih  v^___^v

Program ini sudah tamat. Harap maklum.



Read more...

Moving around NZ

October 23, 2010


Sebenarnya aku tak tahu nak tulis ape pasal NZ coz aku blur nak start dari mana. Pengalaman aku bercampur aduk dengan experience tahun 2009 dan 2010, ada certain aku ingat, certain aku kene struggle untuk ingat. Mostly homework aku buat based on Lonely Planet NZ dan pamplet kat i-Site. Forum pun aku tak dapat banyak info so kene cari sendiri maklumat. Since terasa kepayahan mengumpul maklumat tu so aku decide untuk abadikan disini. Harap semua bermanfaat dan jangan abuse pulak apa yang aku share ni. Tapi macam biasala tulisan aku ni meleret-leret...hehehe~

Hitchhike?

So kali ni aku nak cakap pasal moving around NZ. Ada banyak option sebenarnya nak explore NZ, boleh sewa keta, naik ketapi, naik bas, naik flight dan last sekali hitchhike (menapak tu mustahil sangat la kan?). Kalau rasa was-was takyahla hitchhike, tapi pada aku nak hitchhike kat sini selamat kot, sebab aku rasa orang sini tak gila macam kat tempat lain. Hitchhike ni sesuai untuk traveler yang nak berjimat or yang tengah kering. Modal nak hitchike ni kecik je, boleh ofer buah kiwi, epal, potatoes, kadang-kadang tu bagi snack dengan cokelat pun boleh. All depends pada jauh perjalanan tu dengan apa yang hitchhiker ni mampu, tapi sebenarnya ikut orang yang nak menumpangkan jugak, kalau kebetulan pegi tempat yang sama tak jadi hal. Kadang-kadang takyah bagi apa pun, tapi adat orang berbudi kita berbahasa. Betul? Aku tak penah hitchhike, tapi aku ada pengalaman menumpangkan couple yang nak hitchhike ke Mount Cook. Masa jumpa tu dorang tengah duk melangut kat simpang ke Mount Cook, dahla kereta jarang-jarang masuk sini. Tapi aku dah lupa dorang dari mana, tak silapnya dorang dari belah-belah Europe. Sorang tu reti cakap omputih, lagi sorang tu tak reti. Tanya-tanya rupanya dorang budak WHV, biasala bila abis season bebudak WHV akan travel.

Like Flying?

Dalam NZ ada banyak sangat airport since negara ni quite besar, kalau malas nak opt kaedah yang lelain tu dan poket lebat sesuai la naik flight. Method mudah nak usha tiket dan sambar yang murah boleh ke Webjet.

Domestic flight dalam New Zealand hanya Jetstar dan Air New Zealand.

International flight ke New Zealand dari KL ada banyak, depends nak landing di mana. Kalau di Auckland boleh naik Mas, Brunei Airlines dan Jetstar (transit di Singapore, service launch 2011) dan kalau nak landing di Christchurch, boleh naik Singapore Airlines (SIA) dan Jetstar (sama jugak, service launch 2011).

Bagi yang sukakan cabaran, budget dan nak kill 2 birds with 1 stone, boleh naik 2-3 flights untuk ke New Zealand. Boleh buat route KL-Perth-Christchurch, KL-Perth-Melbourne-Christchurch, KL-Perth-Auckland, KL-Melbourne-Auckland, KL-Melbourne-Christchurch dan macam-maca lagi route berlainan ikut suka hati. Dari KL ke Australia boleh naik AA, Jetstar atau Tiger Airways dan dari Australia boleh naik Jetstar, Pacific Blue, Air New Zealand atau Qantas untuk ke New Zealand.

Suka Naik Keretapi?

Kalau nak cuba travel camni pun menarik jugak sebenarnya, boleh opt for Rail New Zealand. Ada Scenic Railpass dari North ke South Island dan TranzAlpine.

Scenic Rail Pass :
- Option pass untuk 7 dan 14 hari, click SINI
- Untuk itinerary Scenic Rail Pass, sila click SINI

TranzAlpine :
- Dari Chch ke Greymouth atau Arthurs Pass melalui Pergunungan Alps, boleh baca SINI
- Option day excursion untuk Arthurs Pass dan Greymouth
- Special price masa winter


Prefer Driving?

Bagi yang nak relax dan rasa sewa kereta tu terbaik, boleh buat arrangement bila sampai di Auckland/Chch Airport, kat sana ada banyak booth sewa kereta. Jenama biasala kalau tak Hertz, Avis, Budget, Europecar dan sewaktu dengannya. Nak sewa campervan pun okay jugak, boleh save kat accommodation sebab leh tido dalam ni je.

Kereta Sewa :
1. Avis
2. Hertz
3. Budget

Campervan / Motorhome :
1. Maui
2. Britz
7. Jucy

Website untuk compare harga :

Ada banyak lagi kalau rajin google la okay! Untuk yang planning nak sewa campervan ni jangan lupa buat research mana-mana holiday park yang boleh dijadikan port untuk meletak campervan/motorhome pada waktu malam, takleh park sesuka hati ye. Kat holiday park ni ada facility seperti air & letrik. 

Holiday Park untuk campervan/motorhome :

kalu hari-hari tengok view gini kan sedap


Harga Minyak di NZ

Kat sini harga minyak berubah-ubah macam ramalan cuaca dan pasaran saham. Kalau dalam bandar lagi murah berbanding dengan outskirt, same goes bila driving di Australia (tempat lain aku tak tau sebab aku just ada pengalaman driving kat 2 negara ni aje). Pastu pesen beli minyak kat sini (NZ & OZ) ialah isik dulu, bayar kemudian. Aku rasa kalau method yang sama apply kat Malaysia alamatnya papa kedana la tokey-tokey stesen minyak..hahaha~ Pada aku orang-orang sini begitu menjaga trust, which is aku rasa memang susah la nak jumpa kat tanah tumpah darahku (jangan nak mengata aku piirah mabuk, korang sendiri tahu kan? kes haruan makan anak, toilet awam yang macam lohong sampah dan sebagainya. truth is pain aite?). Kadang-kadang aku terpikir gak, dorang agama lain tapi lagi bagus dari segi akhlak compared dengan kita. Actually mana-mana agama pun sebenarnya ajar benda yang sama, suruh sume orang jadi baik, cuma yang tak betul ialah penganutnya. Agreed kan? So insaf-insafkan lah diri. Banyak lagi benda yang kita rasa kita dah bagus tapi belum bagus sebenarnya.

Harga minyak di NZ click SINI
Nak calculate distance dan travel hours untuk satu-satu perjalanan boleh tengak SINI atau SINI


Nak Experience Naik Bas?

Jangan risau, pemandu bas kat sini sangatlah berhemah. Aku jarang sangat tengok paper kat sini kuar news pasal eksiden KECUALI waktu cuaca buruk masa winter dulu, tu pun sebab jalan icy. Kompeni-kompeni yang aku mention kat bawah ni quite reliable untuk opt travel cara berbas sekitar NZ.

- Naik yang ni syarat dia mesti vogeh ok! Mesti vogeh! Hahaha...(aku tipu!)
- Servicing North & South Island
- Tambang lebih murah dari Intercity dan Atomatic Travel
- Ada tambang NZD1, nasib baik kalu leh dapat
- Rangkaian destinasi meluas macam Intercity
- Ada travelpass untuk penjimatan

- Servicing North & South Island
- Tambang lebih mahal dari Naked Bus dan Atomic Travel
- Ada tambang NZD1 tapi biasala...limited
- Rangkaian destinasi meluas macam Naked Bus
- Ada travelpass untuk penjimatan, ie. North Island Travelpass dan South Island Travelpass

- Bas ni HANYA beroperasi di South Island
- Kawasan limited
- Timetable dan route boleh click SINI
- Ada travelpass jugak untuk penjimatan


Crossing From North Island to South Island (or vice versa)

Ada 2 syarikat kapal yang handle crossing dari Wellington (North Island) ke Picton (South Island) or vice versa which is Interislander dan Blue Bridge. Aku penah rasa naik Interislander dan kapal ni sangat besar sampai keretapi pun dia boleh sumbat masuk dalam.

kat deck kapal, nak feeling Titanic tak boleh sebab angin kuat gila

interior dalam kapal Interislander

Bagi yang sewa kereta, normally masa crossing ni kereta yang disewa kat North Island akan ditinggalkan kat parking bay dekat tempat naik kapal di Wellington (North Island) dan kereta lain pulak akan tunggu kat parking bay di Picton (South Island). 

Thats the wrap for transportation in NZ! Aku rasa aku dah cover semua, kalau ada yang termiss tu mintak maafla aku tak perfect. Dan sebagai panduan untuk tempat-tempat menarik yang boleh dilawati semasa berada di NZ boleh jenguk entry yang aku penah tulis sebelum INI dan jugak dari sumber lain di SINI.

Read more...

Airport transfer dan hostel di Christchurch

October 22, 2010


image from picsicio.us

Ni la rupa route yang aku plan nak buat. Since this time aku akan travel dengan bas so aku rasa nak singgah dulu beberapa tempat sebelum straight ke destinasi yang dituju. Dari Christchurch Airport aku nak ke town Chch dulu (CHCH ialah shortcut untuk Christchurch yang berjela), tido sana semalam dua sebelum teruskan perjalanan ke destinasi seterusnya.

Airport Chch ke town jarak lebih kurang 12km, dan amik masa lebih kurang 15-30 minit bergantung pada jenis transport yang dinaiki (bas/taxi/keta). Kat NZ ni jangan berangan la nak merempit macam kat Malaysia sebab sume setiap kawasan dah ada had laju yang ditetapkan. So boleh dikatakan agak accurate travel time kat sini.

Ada 4 option for airport transfer dari Chch Airport :

1. Redbus (bus City Flyer untuk airport transfer)
- Kalau nak rasa travel like local, jimat, boleh opt yang ni
- Tambang sehala NZD7.50, return NZD15
- Trip dari airport ke city setiap 15 mins, timetable bus click SINI
- Ada 2 bus with different routes :
(a) #29 via Fendalton (route map)
(b) #10 via Merivale (route map)

2. Supershuttle
- 24 hours service
- Agak mahal untuk poket aku sebab aku mengamalkan polisi bajet & travel like local
- Dari Chch Airport ke CBD je dah NZD17 sehala, mahal kan? Tapi bagusnya its door-to-door service

3. Five Dollar Bus
- Perkhidmatan dari Chch Airport ke CBD saje, takde door-to-door service
- Servis dari jam 8am - 5pm, lebih kurang 20mins untuk setiap trip
- Aku cuba korek info guna lebai google tapi takde website specific pasal ni, melalui info yang ditemui, katanya bas ni ada luar airport (belah domestik ke international ke aku tak tahu)
- Ada jugak info terkini cakap tambang dah naik sebab ada hidden charges NZD2 sejak kenaikan harga minyak mentah sedunia, so makna kata bukan lagi Five Dollar Bus. Nak lebih info click SINI

4. Naik taxi - yang ni okla klu travel ramai. Satu taxi dalam NZD30-50.

Di town Chch aku akan menginap di backpacker hostel, ada 2-3 tempat dalam fikiran sebab dorm rate dia murah. Dulu aku penah duduk kat Foley Towers masa 2009. Kali ni mungkin di Kiwi House sebab dorm rate dalam NZD14. Takpun ada 1 lagi di Colombo Street.

List hostel di NZ :
BBH
YHA NZ
Backpacker Board NZ
Hostel in Christchurch


Chch, Spring 2009


Chch, Winter 2010


Dalam next entry aku akan tulis jenis-jenis transport yang boleh di-opt untuk keliling NZ. Till then!

Read more...

Melbourne : Day 3 (Part 2)

October 18, 2010


Sambungan cerita basi dari Day 3 (Part 1)


Destinasi seterusnya ialah Melbourne Museum sebab nak tengok Titanic Artefact Exhibition. Dari restoran ke museum aku just jalan kaki, sebenarnya boleh naik free tram dari La Trobe Street (based on map, it's only 2 block up North from restaurant). Almost 1.7 km kalau menapak, memang penat sikit sebab jalan ke museum tu mendaki, tapi bila dah jumpa tempat ni hilang sume rasa penat.


dari restaurant ke museum


Melbourne Museum


Royal Exhibition Building


Besar gila museum ni sebab ada IMAX Theatre sekali. Opposite tu lak ada Royal Exhibition Building, bangunan dia sangat-sangatla massive, besar gila, tapi masa aku kat sini tengah ada maintenance so tak leh masuk, just bole usha dari luar pintu je. Dah habis tinjau keadaan kat luar aku pun masuk dalam bangunan muzium, fuh ramai gila orang queue beli tiket. Aku ingat just exhibiton kebiasaan macam beli tiket boleh masuk terus, rupanya tak. Bila aku check show paling hampir dah sold out. Next available show ada tapi kena tunggu lebih sejam. Aku malas nak pikir terus beli. Akhirnya, selamat terbang AUD24, mahal gile! Kena set dalam kepala ni RM24, bukan AUD24, kalau tak rasa menyesal T___T


AUD24




Titanic : The Artefact Exhibition (includes Melbourne Museum)
Adult AUD24
Consession AUD18
Child 3 - 16 years AUD16


Exhibition ni berlangsung dari 14 Mei - 7 November 2010. Kalau sape yang kebetulan ke Melbourne waktu ni silalah pegi ke exhibition sebab this is one of the kind exhibition yang jarang nak jumpa. Furthermore aku dapat tau exhibition ni dipanjangkan lagi tempohnya sebab dapat sambutan yang sangat menggalakkan.

Oh ye, masa beli tiket Titanic ni baru aku perasan yang it's entitle for FREE entrance to museum. Sebab kalau just nak visit museum aje lain harganya.


Melbourne Museum
Adult AUD8
Concession & Child 3 - 16 years FREE


Since ada lebih kurang sejam lagi sebelum turn aku masuk, aku pun pusing-pusing dulu dalam museum. Tapi sebelum tu kena letak barang kat "cloak room", kat sini leh tinggal barang-barang yang tak penting sebelum masuk ke museum, service ni FREE. Pastu aku pegi seksyen di bahagian ground floor dulu, ada pameran segala tulang temulang dinosour, pastu haiwan-haiwan yang dah di awet, memang huge tempat ni dan layout dia agak menarik. Selesai seksyen tu aku naik lak eskalator ke tingkat atas, kat sini ada pameran science, sejarah Melbourne dan macam-macam. Aku sempat jengah ke bahagian science aje sebab time constrain.


macam-macam ada
(click to enlarge)


Tiba-tiba aku terjengah ke satu seksyen ni, kat luar lagi dah ada reminder takleh tangkap gambar kat bahagian ni, aku wonder jugak nape, tapi bila dah masuk, hadoiii...hazabedah..gambar orang vogeh siottt!! Dari budak sampaila ke tua bangka! Terus aku reverse balik tak jadi masuk sebab malu. Dah merah padam muka aku. Rupanya tu exhibition pasal pembiakan manusia. Siap ada bideo lagi. Disebabkan masa dah suntuk, esok aku nak ripit tempat ni, gagagaga~

nak tengok ke gambar tu??

"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
gigih korang skrol eh? hahahaha . . .

"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
tadaaa...aku tayang yang remaja belia je,
klu nak tengok yang tua bangka punya datangla sini! 
"
"
"
"
"
"
"
"
kiut kan aku tepek gambar bintang dan hati kat situ...hahaha~


Oh ye, kat dalam museum boleh amik gambar sesuka hati KECUALI kat pameran pembiakan.

Since tak jadi masuk so aku pun terus kuar dari situ dan amik eskalator ke bahagian bawah untuk ke pameran Titanic. Sebelum masuk kena queue dulu, lebih kurang 5 -10 minit barulah boleh masuk. Masa nak masuk tu aku diberi "tiket" yang tertera nama passenger yang aku represent dalam kapal Titanic tu. Atas "tiket" tu tertera nama penuh, umur, dari mana nak ke mana dan fakta penumpang. Kemudian kat pintu masuk ada servis pofesional photographer untuk shoot gambar kenangan...sekali aku tanya tau berapa? AUD20 lagi!! Kalau aku pegi dua tiga ke leh la share jugak, ni sorang-sorang pejadahnye. Pokai! T____T


gini la rupa entrance ke exhibition itu


boarding pass aku - dapat orang mati...erk!!


Sepanjang dalam tempat exhibiton ni tak boleh amik gambar langsung, tapi aku kan degil, senyap-senyap aku amik gambar. Ada la jugak 2-3 kutu yang amik gambar macam aku, tapi dorang kantoi kena sound, nasib baik aku licik, maka tak kantoi.

Amaran : Tengok aje tapi jangan komplen gambar huduh pelbagai sebab nama pun amik curik-curik..haruss la!! huhuhu~


replika kapal Titanic


click to enlarge
 clockwise (dari kiri) :(gambar 1 & 2) koleksi barang penumpang kapal yang dijumpai berupa pen, dompet dan syiling, (gambar 3) serpihan badan kapal Titanic yang masih wujud dari dasar laut & (gambar 4) whistle kapal Titanic


Sebenarnya rangka kapal Titanic dalam dasar laut dah hampir musnah disebabkan oleh aktiviti sejenis mikroorganisma yang memakan besi dalam laut. So para pengkaji kapal Titanic buat decision yang depa harus selamatkan sisa rangka kapal Titanic yang masih ada untuk tatapan generasi akan datang. Maka inilah antara serpihan yang berjaya diangkat ke darat. Phew!

Lagi jom layan gambar dalam perut kapal...


suite tidur first class 


 ruang tidur kelas ketiga
(kat sini ada efek bunyi enjin kapal untuk menggambarkan situasi sebenar yang dirasai penumpang kelas ni)


 ruang makan sebenar untuk first class, yang meja putih tu ada display pinggan mangkuk yang penah digunakan oleh penumpang kapal Titanic


replika iceberg yang dibuat untuk visitor sentuh dan rasa betapa sejuknya iceberg ni (yang ni replika je, tak menggambarkan suhu sebenar pada malam kejadian kapal Titanic karam. Suhu sebenar adalah -2.2 celcius)


Ada banyak lagi display yang menarik yang ditontonkan kepada umum dalam pameran ni cuma aku tak dapat nak snap sebab kat mana-mana je ada pengawal exhibition ni duduk. Since aku pun mungkin pertama & terakhir kot berpeluang ke pameran sebegini so aku harakiri je snap-snap sume untuk share dengan sume orang. Baik dak aku?? ^__^

Apapun aku memang berpuas hati sebab dapat tengok satu exhibition artifak yang dibawa naik dari perut kapal Titanic. Mungkin sekali seumur hidup sebab aku pun tak tau exhibition gini sampai ke tak kat Malaysia.

Tapi yang paling susah nak tangkap gambar kat bawah ni la...adui...tersorok-sorok kamera aku, dahla gegar lak tu...aih! Leh cam tak tangga katne ni? Kalau tengok citer Titanic ada satu scene kat sini, waktu tu Kate Winslet nak turun tangga...tangga ni ditiru sebijik macam yang ada dalam kapal, dan nampak tak statue patung kuning kat tangga? Opposite patung tu (which is terlindung) ada patung sebenar dari perut kapal yang dibawa naik (dorang buh dalam lemari kaca so takleh sentuh). Kat sini pun kalau nak bergambar boleh, termasuk dengan pakej harga fotografi yang aku sebut masa awal tadi. Keseluruhan ruang ni memang dibuat semula menyerupai yang asal seperti corak pada lantai, candelier, kubah kat siling, ukiran dan sebagainya. Aku hanya mampu ternganga mulut saja, terpegun.


The Grand Staircase


Lama jugak aku dok dalam ni sebab nak pulun puas-puas kan, tapi memang puas hati sebenarnya sebab jarang peluang macam ni nak ada. Sebelum meninggalkan exhibition ni, aku beli la cenderamata berupa fridge magnet Titanic sebagai kenang-kenangan (gambar lain kali aku tepek). Since aku pun dah spend masa agak lama dalam ni, so bila aku kuar je hari dah gelap dan free tram pun dah takde, apa lagi aku kena la menapak balik ke hostel, hambik ko kurus la aku yang memang dah sedia ada kurus ni, aih!!

bersambung . . .(lagi??)

Read more...

Bali

October 17, 2010

Walaupun majoriti penduduk Bali beragama Hindu, makanan halal masih ada macam KFC, Pizza Hut, Mc'Donald, A&W, Es Teller dan Restoran Wong Solo (boleh jumpa tepi jalan ke airport). Sepinggan set ayam penyet termasuk nasi cuma Rp12,000. Murah!! Rasa sedap. Jus alpukat Rp9,000 segelas..memang layan~

Restoran Ayam Bakar Wong Soloset ayam penyet Wong Solo, Rp12,000

worth trying!

Transportation

Kalau pegi dalam group yang besar boleh cuba sewa Kijang (Avanza) termasuk supir, sehari dalam Rp350,000. Perkhidmatan adalah selama 12jam sehari. Tentang macam mana nak dapatkan supir ni aku tak boleh tolong sebab aku pun tak pakai supir. Tapi melalui observation aku, khidmat ni ada kat hotel yang menginap, takpun boleh usha pakej-pakej supir ni sepanjang area Kuta sebab ada banyak travel agency kat sini.

Untuk budget traveller yang sukakan adventure boleh sewa sepeda (motor). Harga pun berpatutan. Kalau pandai negotiate boleh dapat Rp60,000 sehari. Ni harga maksimum aku letak, kalau dapat lagi mahal tu maknanya dah above market price. Sape yang nak sewa sepeda tu ready passport dan lesen tapi tak payah surrender kat kedai yang sewa sepeda tu. Perkhidmatan sewa sepeda ni pun ada banyak dekat area Kuta, berhampiran Tune Hotel pun ada, kene rajin jalan-jalan tengok.

Apa-apa pun yang penting sila pastikan lesen motor dibawa ke mana saja, kalau polis tahan tak timbul masalah. Helmet pun mesti pakai selalu sebab malang tak berbau.

Tempat Menginap

click map to enlarge
*map dari google

Ada banyak tempat tinggal di area Kuta yang murah dan average rate untuk losmen (hostel) dalam Rp60,000-110,000 semalam. Cuma area Kuta ni terlalu pack dengan orang macam kat Pantai Dalam, tau tak Pantai Dalam tu katne? Tak tau sila tanya lebai google. Kalau orang yang sukakan privacy dorang akan pilih tempat luar dari Kuta macam contoh Legian, Seminyak dan macam-macam lagi. 

Aku pilih Tune Hotel Kuta sebagai tmpt menginap sepanjang trip sebab aku malas nak pikir tempat lain since semuanya dalam walking distance sebab tak jauh dari sini ada Matahari (supermarket), McD 24jam, Pizza Hut dan Hard Rock Cafe. Semua ni within walking distance aje. Opposite kawasan McD, Pizza Hut ni ada pantai, kat sini siang malam memang ramai muda mudi melepak, macam beach party pun ada. Tapi pasir dia warna cekelat macam kat Pantai PD, halus dan putih lagi pasir kat pulau-pulau di pantai Timur dan Sabah.

Cuma ada satu bende je yang aku tak gemar pasal Tune Hotel, saiz bilik dia macam kotak mancis, nak solat pun susah sebab ruang dia memang terhad. Tapi bila mengenangkan yang tak duduk dalam tu 24 jam so takpela. Sewa untuk 3 malam di Tune Hotel ni dalam Rp921,000. Fuh kalau ni jumlah dalam RM aku rasa dah mampu kot angkat sebijik Ferari. Hehehe...

Tempat Menarik Untuk Dilawati

sila click map untuk imej lagi besau
*map dari baliguide.com

Di Bali memang banyak tempat menarik untuk dilawati cuma sepanjang tempoh di sini aku sempat pegi Ulu Watu, Tanah Lot, Tegallalang dan Gunung Batur. Sepanjang laluan ke Tegallalang tu aku pass by banyak daerah seperti Denpasar, Batu Bulan, Ubud, Kintamani dan Tampaksiring. Di Bali ni kebanyakan kawasan adalah bergunung so view dia agak menarik dan suhu pun nyaman sikit compared dengan Kuta yang panas membahang.

Sepanjang trip ni aku gunakan khidmat google map untuk cari route ke tempat-tempat yang aku lawati.

Gunung Batur dan Tegallalang

Paling hazab masa ke Tegallalang dan Gunung Batur sebab lebih 2jam aku duduk atas sepeda, dengan panas dan debu, tak masuk lagi selit menyelit, pakej langsat dan macet yang dahsyat. Pendek kata hampir give up jugakla, tapi takkan nak patah balik, rugi..so teruskan jela.

Masa nak sampai ke Gunung Batur sepeda kene tahan polisi, nasib baik dia cuma cek lesen motor. Ada 1 kijang kene tahan lama, aku pun tak tahu kenapa, mintak duit kopi la agaknya. Sampai je simpang ke wisata ni kene bayar "tol" Rp3,000 seorang.


Ada jugak buffet kat situ tapi sebab perut ni dah terisi Ayam Bakar Wong Solo sebelum ke sini so aku tak layan buffet. Aku syak mesti mahal jugak..gila! Baik aku makan ayam penyet sampai 3-4 kali lagi berbaloi-baloi.

Elok aje habis minum hujan pun mula menitik, takkan nak tunggu pulak, aku pun bergegas balik. Tapi alhamdulillah dekat Tegallalang tak hujan. Masa on the way turun tu aku berenti jap kat tepi jalan sebab tengok banyak bas-bas wisata stop..ler..ini ke padi lereng bukit yang pemes tu? Mula-mula aku ingat tempat ni besar macam ladang teh..sekali tepi jalan jah!? Lawa lagi kot sawah padi kat Kedah tuuu...sumpah aku tak tipu. Sempat la aku petik 2-3 keping gambar tanda dah sampai. Elok je nak grak sekali kene panggil dek penjual yang ada kat situ suh singgah masuk kedai.


Kesimpulan dia JANGAN BELI PINGGAN SERAMIK KAT TEGALLALANG, KALAU NAK MURAH, BELI KAT TEPI JALAN AJE!! 

Ulu Watu

Karcis Wisata : Rp3,000
Karcis Kecak Dance : Rp70,000
Upah Tukang Halau Beruk : Rp20,000

Aku ke sini waktu petang sebab nak tengok Kecak Dance masa sunset. Nak masuk sini kene bayar 2x. (1) karcis  masuk, (2) karcis show kecak. Nak masuk pun ada syaratnya, kene lilit kain yang berkaler kaler-kaler kat pinggang. Kalau pakai seluar pendek yang nampak lutut plak kene pakai kain labuh skit tutup lutut. Kene pakai macam ni sebab tempat ni adalah sacred place Hindu.

Cuma satu je aku nak pesan, beruk-beruk kat sini sume memang pandai curik barang. Nanti awal-awal sebelum masuk kawasan Ulu Watu sila pastikan barang-barang yang senang dicapai dek beruk dah disembunyikan siap-siap, kalau tak nanti beruk amik penatla nak nego dengan beruk tu suh pulangkan. Nak pulangkan pun bukan boleh acah-acah gitu je, kene belikan dia makanan (beruk kat sini pun perangai hazab)



Karcis Wisata : Rp7,500
Karcis Sepeda : Rp2,000

Jalan ke sini sama laluan ke Tegallalang dan Gunung Batur dan tak jauh dari pekan Kuta. Setelah penat bertanya orang-orang tepi jalan akhirnya sampai jugak aku kat sini. Masa aku sampai sini pun dah memang sedap-sedap melayan sunset, so sempat petik gambar sunset.

Masa dalam perjalanan ke sini aku terserempak dengan sekeluarga mat saleh 4 beranak naik scooter. Comel je 2 orang anak dia duduk kat depan. Mak dia pulak sibuk baca peta kat belakang. Hehehe...

Kebetulan sampai je kat parking sepeda aku bertembung lagi dgn keluarga tu dan kebetulan kami sampai masa yang sama. Senyum je dorang, dalam hati aku terbit rasa kagum sebab memang 1 family ni true backpacker..cayalah!


Lain-lain wisata yang terdapat di Bali yang tak sempat aku cover ialah Ulun Danu Temple, Jimbaram, Lovina (dolphin sightseing) dan Bedugul.


.

Read more...

lagi pasal visa china

October 13, 2010


Kali ni aku nak perjelaskan lagi pasal Visa China sebab masih ramai lagi yang blur pasal ni. Sebenarnya aku dah penah taip pasal ni tapi aku tau korang malas nak korek arkib aku tu...huhuhu.. Untuk entry sebelum ni pasal Visa China sila klik SINI untuk cerita lengkap tentang bagaimana memohon dan jadual pembayaran.

Apakah dokumen yang perlu disediakan semasa memohon?
1. Pasepot
2. Gambar ukuran pasepot 1 keping

**i/c tak perlu, duit pun tak payah bawak waktu memohon. bila nak collect baru bawak.
**boleh hantar wakil untuk memohon/mengkolek untuk kita, tak perlu surat pun. waktu nak collect tu tak kisah nak suh wakil pun takpe sebab yang penting ialah bawak resit (jangan hilangkan, buang merata-rata pun jangan). tu dah cukup as bukti untuk collect pasepot.

contoh resit visa China

Ada yang tak jelas apa maksud ENTRY yang dimaksudkan untuk setiap kategori visa ni. Maksud entry tu ialah berapa kali kita keluar/masuk China. Ada yang masuk 1x, 2x, nak banyak kali pun boleh (yang ni dikira sebagai multiple entry)

Contoh 1
Doremon mahu melawat China, tapi pada masa yang sama dia mahu pegi ke Hong Kong. Doremon telah booking tiket pegi/balik melalui Shanghai. Maka visa jenis apakah yang Doremon harus apply?

Jawapan : Double entry
Sebab? : Doremon kene keluar dari China untuk masuk ke Hong Kong (1x) dan masuk balik ke China untuk balik semula ke Shanghai (1x) sebab flight dia balik ke Malaysia dari sini. So total Doremon kene menghadap imigresen China adalah sebanyak 2x.

Contoh 2
Giant adalah seorang peniaga yang mengamik barang-barang di Guangzhou, maka dalam setahun Giant kerap berulang-alik ke China untuk urusan bisnesnya. Kadang-kadang dalam setahun sampai 7-8 kali Giant kena pegi ke sini. Visa apakah yang sesuai diapply oleh Giant?

Jawapan : Multiple entry
Sebab? : Rugi kalau Giant amik single atau double entry sebab dia kerap masuk ke China. Ada 2 jenis visa multiple entry (1 dan 2 tahun). Takde beza dari segi bayaran. Kalau yang cerdik mesti amik 2 tahun sebab berbaloi.

Contoh 3
Nobita adalah seorang pengembara tegar yang merancang untuk mengongker China tapi pada masa yang sama dia tak boleh amik cuti panjang sebab takut kena buang keja. Jadi Nobita merancang untuk pergi ke China pada waktu cuti umum di Malaysia. Maka visa jenis apakah yang patut Nobita apply?

Jawapan : Multiple entry
Sebab? : Nobita dah merancang untuk menawan peta China jadi dia memerlukan cuti-cuti umum untuk membolehkan dia berjalan-jalan. Sebab Nobita yang ni cerdik maka dia apply multiple entry selama 2 tahun untuk membolehkan hajatnya tercapai.

Contoh 4
Shizuka telah menyertai rombongan Cik Kiah ke China. Ini adalah pertama kali Shizuka ke sini dan dia telah membeli tiket sehala yang turun di Shenzhen dan balik melalui Macau. Maka visa jenis apakah yang patut Shizuka mohon?

Jawapan : Single entry
Sebab? : Shizuka hanya masuk China 1x melalui Shenzhen dan balik melalui Macau (walaupun Macau dah kembali kepada China seperti Hong Kong, tapi hal berkaitan imigresen kerajaan China tak campur tangan dan rakyat Malaysia tak perlu memohon visa untuk kedua-dua negara ni)

Contoh 5
Semasa melawat China, Sinyu telah berkenalan dengan seorang amoi China. Jadi dia merancang untuk tinggal lebih lama sikit sebab dia nak dating tiap-tiap hari. Jadi berapa lamakah Sinyu boleh berada dalam China sedangkan dia hanya ada visa single entry?

Jawapan : 30 hari sahaja. Muktamad!
Sebab? : Setiap pemegang visa tak kira single, double atau multiple entry hanya boleh berada dalam negara tersebut maksimum selama 30 hari pada satu-satu masa. Ini bermakna jika ingin berada lebih lama dalam China, pemegang visa double dan multiple entry perlu keluar kemudian masuk semula (cross boarder) ke Macau, Hong Kong atau mana-mana saja negara yang terletak luar dari China untuk mendapatkan lagi 30 hari tambahan.

Aku harap contoh-contoh kat atas ni dapat menjelaskan kekusutan dan kekonfiusan pada sesiapa yang merancang untuk mendapatkan visa China ni. Kalau masih ada yang tak jelas silalah ajukan lagi soalan kat kaunter pertanyaan ye! v ^_^ v

Read more...

Soal jawab travel

October 12, 2010


Since aku masih blur lagi nak taip amende, maka aku jawab jela ye soalan yang ditanya oleh readers berkaitan travel dan sebagainya :

1. Cari hostel kat New Zealand?
Sangat mudah dan sangat banyak. Kalau nak jimat sikit amik BBH sebab YHA a bit pricey. Bila tiba di airport Auckland pegi kat i-Site (sebelah kanan Arrival gate), kat situ ada macam-macam information pasal NZ termasuklah hostel, keta sewa dan sewaktu dengannya. Pastikan amik buku BBH ni, couple of maps dan apa-apa yang patut. Kat sini gak ada freephone untuk kontek keta sewa, hostel dan lain-lain berkaitan booking.

Click BBH or YHA

i-site @ Auckland airport

p/s : by the way ada shower (free) sebelah i-site kat airport Auckland, just opposite toilets, so bole la refresh balik badan selepas 11 jam flight.

2. Apa perbezaaan antara BBH dengan YHA?
BBH murah sikit berbanding YHA. Apa-apa pun both ni boleh dapat diskaun kalau apply membership. Boleh apply bila tiba kat hostel nanti, takde hal punye. Fee aku tak ingat, tapi sume info ada dalam website yang aku dah link tu. Personally aku pick BBH sebab murah, pastu mostly BBH adalah rumah yang diconvert jadi hostel, so suasana rumah tu terasa lebih lagi la. Kalau YHA memang nampak hostel sangat, but depends la taste orang camne, aku jenis tak kisah..heheh!

 kat BBH Maple Lodge @ Welllington, tuan umah ada kucing gemuk, comel >__<
yang ni bukan tuan umah, ni member Jepun

BBH Holly's Backpacker @ Wanaka, yang merah tu kuda aku

3. Aku student kat NZ ke?
Jawapannye tidak. Aku pegi sini jalan-jalan aje dan kengkonon keje walhal banyak melepak perabih beras. Dah 2x aku datang sini, tahun 2009 dan 2010. Aku dah pusing North dan South, but mostly aku banyak spend masa kat South. Rasanya tahun ni mungkin last sebab dah banyak masa aku spend kat sini dan of cos banyak sangat kenangan yang bagi kesan dalam hidup aku (emosi sekejap). Bak kata orang, tempat jatuh lagi dikenang...tsk..tsk..tsk.. T____T  . Ape-ape pun aku suka NZ. 

4. Camne nak carik cheap airfare dalam OZ?
Senang je...pegi kat WEBJET sebab dalam website ni boleh search date yang offer best rate. Aku just jadikan webjet tempat aku usha tiket paling murah yang available, pastu nak purchase aku tak book dari sini sebab ada skit service charge, so aku just book direct dari website airline tersebut. By the way, thru webjet, korang boleh usha bukan setakat tiket sekitar OZ, tapi jugak dari OZ ke NZ dan sekitar NZ. So, travel smart!

Virgin Air - naik ni sampai bebila akan kekal virgin

5. Bila aku nak taip pasal Macau? dan Macau tu best dak?
Aku nak upah tukang taip sebab aku malas nak menaip sekarang, hehehe. Aku tau aku memang jarang tulis pasal travelogue sebabnya aku ada banyak vitamin M. Tapi aku akan cuba taip pas aku siapkan apa-apa yang patut. Tapi kalau ada soalan ke just tanya la kat warung kopi tu, nanti aku akan jawab lagi macam pesen gini. Bleh?

Frankly, aku tak berapa suka Macau. Macau ni umpama Asia's Las Vegas sebab banyak gile casino. Aku just pegi sini 1 hari 1 malam waktu travel cross China dulu. Dahla kena food poisoning masa tu, so mood agak swing sikit, nak pulak makanan halal memang tak jumpe, maka aku jadi tarzan sebab makan buah je. Waktu tu tak fikir pulak nak berfillet-o-fish kat mekdi. Masa kat sini aku cuma singgah Senado Square dengan St. Paul ruins sebab tu jela pun yang nearby hotel yang aku duduk. Cik Opie, aku menjawab soalan hang tak?? Hihihi..tak tak..nanti aku taip bebetul punye untuk hang...oke?

Senado Square

 Senado Square lagik

Kat sini bangunan dia banyak pengaruh dari Portugis dan kalau nak ke St. Paul ruins just follow jalan ni sampai hujung, ikut signboard pastu mesti jumpa la. Signboard kat sini dalam Bahasa Inggeris, so takde masalah. Sepanjang laluan ke St. Paul nanti ada banyak kedai shopping belah kiri dan kanan, orang memang sangat ramai dan ada banyak kedai jual daging cik bab salai. Mekdi pun ada kat sini.

macam tangga Batu Caves, sangat elok untuk eksesais di waktu pagi

Aku rasa macam kat bandau Melaka pun ada, sebab pengaruh binaan dia memang sama (dah yang menjajah pun sama mesti la sama kan). Kalau nak tahu ni la St. Paul ruins yang digembar gemburkan tu. Cuma bahagian depan ni je yang selamat, yang lain dah rosak sebab terbakar dan amende tah aku dah lupa sejarah dia...google la ek..hihi. Waktu siang boleh masuk ke dalam kawasan melepasi pintu St. Paul tu, bawah tu ada macam mini muzium, waktu malam pintu ditutup, tapi orang still ramai jugak melepak sini, cuba la datang waktu malam..memang cantik.

dulu bekas gereja

ruins ni memang cantik tapi mulut jangan melopong lama sangat, nanti masuk lalat

ada drakula terkurung di balik pintu besi ni sebab tu dia tak bukak untuk public waktu malam

Waktu malam tempat ni ramai jugak orang pegi, tapi tak pack macam waktu siang. Suasana agak cantik sebab ruins ni kena simbah dengan lampu spotlight, jadi putih pulak. Dari sini boleh nampak bandar Macau, nampak segala bangunan casino yang merelit-relit dengan lampu lip lap.

* * * * * * *

Tu jela kot rasanya soalan-soalan yang aku jumpa, kalau terlepas pandang tu harap ampun mungkin aku tak perasan. Apa-apa pun, terima kasih atas respon dan buat readers yang singgah dan tinggalkan memo kat warung kopi dan komen, terima kasih jugak.

Read more...

New Zealand

October 01, 2010


Kali ni aku nak promote negara yang paling aku suka pegi, ape lagi kalau bukan New Zealand! Bagi yang belum penah lagi ke sini, mungkin pasni kome boleh masukkan New Zealand dalam list destinasi yang patut dilawat di masa akan datang. 

Aku suka sini sebab tempatnya cantik, bersih, luas mata memandang dan tenang. Negara ni populasi kambing melebihi populasi manusia, gi ceruk mana mesti nampak kambing, nak jumpa orang agak susah. Heheh~

Lagi fun facts pasal New Zealand boleh pegi SINI




Sedikit mukhadimah pasal New Zealand, ia terdiri dari 2 pulau iaitu North Island dan South Island. Ibu negeri New Zealand ialah Auckland. Kebanyakan flights international akan landing kat Auckland termasuklah cik Mas kita. Mana satu antara 2 pulau ni pilihan hati aku? Ermm..jawabnye South Island la, sebab kat sini la bebetul boleh rasa 4 seasons yang true compared dengan North Island. Ai heart South Island! *wink* *wink* ^___^

kenapa aku suka New Zealand?

Banyak hewan-hewan yang comel ^___^

buat lamb chop sedap neh  :b~


anak kambeng tok wi main tepi pagar


kuda ku lari gagah berani


free show sea lion free tepi jalan


Bagi peminat-peminat bunga terutama sekali mak-mak bunga, boleh datang waktu Spring dari bulan September - November kalau nak tengok bunga yang kalerful gini. Sori aku tak tahu jenis-jenis bunga, amik gambar je reti. Hehe~


chrysanthemum?


bunga taik ayam?


err..seri pagi?? 


Bila memandu kat sini konfem berenti tepi jalan amik gambar, tapi tengok dulu segala mirror sebelum berenti dan masuk semula ke highway. Kat sini highway dia FREE, takde tol. Kalau memandu kat sini kena bersabar sebab paling laju pun 90km/h - 100km/h, kalau masuk town pulak 40km/h - 50km/h, jangan bawak perangai memandu di Malaysia kat sini, silap-silap kena kejar dengan polis, lumayan jugak saman dia.

Lagi satu, peraturan jalan raya dia agak kompleks, aku malas nak cerita sekarang, lain kali aku cerita ekk?


Lake Pukaki, State Highway 8


urban legend ni weii!!


Mula-mula aku tengok benda ni aku cuak sebab aku ingatkan amalan penduduk setempat memuja setan laut (merapik sungguh daya imajinasi aku), tapi setelah bertanya local rupanya takde mende pun, saje-saje hobi susun batu bertingkat-tingkat! Ciss~ (inilah dia pengaruh songsang bila baca banyak sangat cerita tahyul kat bod MPS)


view dari Pudding Hill, cantik kan?


Yang ni boleh jumpa masa on the way naik ke Mt Hutt. Rasa terpukau bila tengok gunung yang dilitupi dek salji, macam rupa kek kena tabur dengan gula icing, lazatt~


Mt Hutt

Berdiri pada ketinggian 2190m dari aras laut sambil melihat awan bergantungan...feel dia, subhanallah~ *tak terkata*

blizzard ni weii, sebab tu kene tutup habis, ni bukan pakaian beragam mesin rumput!!


Kalau teringin nak rasa pengalaman main ski di sini boleh datang pada bulan June - Oktober. Untuk info tentang ski di New Zealand, boleh klik SINI


gini rupa daun maple

Autumn ialah pada bulan March - May


antara tempat yang wajib singgah


Rotorua


Lokasi di North Island, pekan kecil yang berbau kentut..hihihi~ Kalau ke sini jangan lupa singgah sekejap kat public park tepi jalan, ada banyak kawah sulfur ni. Bila kat sini aku teringat Bandung, bukan tang surrounding dia, tapi tang bau kentut ni. Heheh~


Huka Falls


Tempat di North Island jugak, wajib singgah kat sini untuk tengok sendiri betapa biru dan deras air ni mengalir. Kalau terjatuh dalam ni tunggu jela dalam seminggu baru cari. Iskkk...


Tongariro National Park


Jugak di North Island, considered as one of the best walks in New Zealand. Trek yang dibuat untuk trekkers memang cantik, boleh buat trekking balik hari atau bermalam. Tapi kalau ke sini pada musim winter, boleh pegi main ski kat Mt Ruapehu.

Terletak di hujung North Island, Wellington merupakan sebuah bandar pelabuhan. Ada satu gambar aku dengan kren tak ubah macam kat Port Klang tapi aku malas nak tepek. Dari sini boleh la naik kapal crossing ke South Island, nama kapal tu Interislander. Kalau sewa kereta kat both North & South Island, nanti kereta akan ditinggalkan kat port Interislander di Wellington dan kereta lain akan tunggu setelah kita selamat crossing ke Picton (South Island).


Franz Josef Glacier


Tempat ni terletak di sebelah west coast, South Island. Selain dari Franz Josef, ada walks macam ni jugak kat Fox Glacier (both tempat ni tak jauh dari satu sama lain). Return walks ke glacier ni amik masa lebih kurang sejam setengah. Kat belakang aku tu le glacier-nye. Walks yang aku buat ni FREE, tapi kalau nak hike kat glacier tu kena kuar duit skit coz kena amik pakej guide dan equipment. Ada jugak heli hike ke glacier, yang tu memang mahal.


Christchurch


Bandar yang terletak di South Island ni dipemeskan oleh tukang pilem tempatan, sape lagi kalau bukan Encik Ahmad Idham. Aku tak ingatla cerita apa tapi macam ada 2-3 tajuk jugak cerita dia dah bikin kat sini. Apa-apa pun aku sokak cerita Cinta Antara Benua..lalalala~ (lari dari topik). Cathedral Square yang terletak di Christchurch ni wajib singgah kalau ke sini, tak lengkap kalau tak singgah. 


Rugby World Cup 2011


Giant signboard ni boleh jumpe kat Cathedral Square. Untuk kaki rugby, jangan lupa untuk datang sini tahun depan untuk tengok Rugby World Cup yang akan berlangsung dari 9 September - 23 Oktober 2011.


Lake Tekapo

Lake ni agak pemes jugak, boleh dikatakan lake yang wajib pegi bila sampai kat South Island. Kat lake ni ada church tua yang menghadap tasik dan statue seekor anjing. Statue ni dibuat untuk mengingati jasa haiwan yang bekerja keras mengawal kambing yang berkoyan-koyan kat sini (peh gila skema ayat aku).


Collie Sheep Dog


Mt Cook


Jangan lupa singgah kat Mt Cook sebab kat sini ada Sir Edmund Hillary punya gallery. Kenal tak sape nih? Beliau adalah manusia pertama yang sampai ke puncak Mt Everest and he's New Zealander. Dah arwah dah pun. Aku tengah taip sikit pasal beliau tapi masih dok terperuk dalam draft termasuklah dengan entry lain-lain yang tah bila zaman aku nak sambung taip (yang ni rajin pulak aku menaip eh? bengong aku ni  =___= )



Wanaka


Ini ialah Lake Wanaka yang terletak di Wanaka. Tempat ni pun cantik, sebenarnya semua tempat yang melibatkan tasik memang sangat cantik. Nak tahu kenapa semua tasik kat New Zealand berwarna biru? Rahsianya, sebab ada serpihan glacier kat dalam tasik yang menghasilkan warna biru. Ni bukan biru runcit-runcit, tapi memang sangat biru.

Di petik dari wikipedia....

The glacial feed to the lakes gives them a distinctive blue colour, created by glacial flour, the extremely finely ground rock particles from the glaciers


Cardrona


Terletak antara Wanaka dan Queenstown, pekan koboi ini boleh ditemui masa on the way ke Queenstown (ada 2 route nak ke Queenstown) dan untuk sampai ke pekan Cardrona, kena ikut New Zealand highest highway.


Queenstown


My favourite town of all!! Berbackgroundkan series of mountains yang dipanggil sebagai The Remarkables (nampak dak dalam gambau neh?) dan Lake Wakatipu (ya, wa tak tipu memang betul nama lake ni! ape akal bagi nama lake gini? hazab sunggoh! hahaha~). Duduk tepi lake ni sambil pekena cekodok pisang dengan teh "o" memang terbaik lah. Layan~


Arrowtown


Salah satu pekan koboi yang terawal di sini, tak jauh dari Queenstown, lebih kurang sejam memandu. Kat sini boleh tengok ada deretan kedai macam dalam tv hitam putih. Bezanya takde koboi dan takde kuda, yang ada cuma manusia pakai baju moden dan kereta.

Banyak lagi tempat yang aku tak mention dalam ni macam Milford Sound, Greymouth, Hamilton dan segala, ni pun dah berjela aku letak gambar macam nak muntah dah ni. Pandai-pandai la guna lebai gugel nak korek apa yang menarik lagi pasal New Zealand yang ku chenta~ (hujan emas negeri orang, hutan batu negeri sendiri, apa salahnya kaut emas kat negeri orang bawak balik)
.

Read more...

  © Copyright Since 2010 | Backpacker Busuk

Back to TOP