Hello Sydney!

December 31, 2010


Alhamdulillah aku dah selamat tiba di sini petang semalam dan sekarang berada di Lakemba kat rumah Rabe. Dulu masa aku datang sini rumah dia kat Eastlakes, waktu tu masih bertiga, tapi di Lakemba dia dah berempat, tahniah! ^__^ 

Harini cuaca sangat baik, aku harap hujan tak turun hari ni. Aku plan nak kuar dalam 1/2 jam lagi ke area Circular Quay, pastu panjat balik bukit yang penah aku amik gambar kat situ setahun yang lalu. Visit Paddys Market pun insya Allah nak buat jugak sebab it's open until 5pm today..esok New Year so mungkin la tutup..mungkin..aku tak sure.

Orait, aku kene bersiap secara pantas...bubbye!

Read more...

Menikmati saat-saat akhir sebelum ia hilang

December 26, 2010


Ho Ho Ho...Merry Christmas!


ni pokok Krismas kat tempat aku duduk


Aku tak sedar terpublish entry yang lepas sampai 3 kali....huahuahua~ (lepuk dahi sendiri). Hal kad atm dah setel walaupun takde solution melainkan terpaksa tukar yang baru. Jadi 1 hal pulak nak menghadap muka banker pasal ni, benci betul. Apapun, nasib baik bank lagi 1 boleh activate dan pakai, kalau tak memang aku terpaksa jadi pengemis kat sini...cis sungguh!

Semalam pekan Queenstown mati sebab sume orang pegi beraya...kalau bizi pun sebab ada tourist. Banyak kedai yang tutup kecuali kedai Fish & Chips depan tasik pastu kedai souvenir. Harini business back to normal, kat sini tengah Boxing Day tapi tah ape yang boxing aku pun tak pasti sebab takde pun gelanggang boxing atau Muay Thai kat sini. Sini pekan koboi je, kalau ada boxing day sale pun tak semeriah kat Christchurch. Aku dah masuk 2-3 kedai tapi 1 pun aku tak berkenan nak beli. Kalau ada pun mesti pesen tak semenggah nak buat pakai kat Mesia. Kang mak aku buat koyak jadi kain buruk kat dapor aje...hahahaha~

Semalam ada potluck kat hostel aku duduk, sume penghuni yang nak join potluck kene masak, aku pun masak la jugak, aku buat bihun tomyam. Menu omputih biasala, potato,potato,potato...pork, pork, pork...rimas aku. Tapi akhirnya selepas siap masak aku blah dengan bihun tomyam ke tepi tasik sebab aku naik pening menolak ajakan dorang untuk minum...sedap jugak berkelah secara solo walaupun rasa macam sedih beraya di perantauan...cis! Raya lah sangat kan! Hampeh.


sejuk gila time ni aku tak tipu


bihun tomyam


Lepas berkelah aku trekking kat Queenstown Garden, trek dia memang cantik, pastu ada rose garden kat atas. Memang meriah betul bunga rose kat sini, wangi....cantik...colourful. Kalau ke sini jangan lupa pegi rose garden, tapi timing kene cek la..make sure time Spring dengan Summer..lain time, aku tak jamin ada bunga rose ni ke tak. Ada banyak gambar bunga aku amik, tapi aku buh skit jela ye..kang muntah tengok banyak sangat gambar.


welcome! welcome!


view kat sini memang superb


camni la rupe hutan dorang, macam scene Twilight ke?


yellow rose for friendship


Mak-mak kene kawal nafsu kat sini, sebab aku tau sangat pesen mak-mak ni tangan laju je nak patahkan dahan pokok bawak balik tanam kat umah.. Kan? Kan? Kan? Hehehehe~


sekuntuk mawar merah...sebuah puisi


ni bunga carnation tak silap aku


Minggu depan adalah minggu terakhir aku kat sini, pastu aku tak sure nak buat sebab aku takde solid plan lagi...redah aje. Tapi yang pasti, Insya Allah aku kat Sydney for new year sambil menziarahi seorang kawan yang baru melahirkan baby...and perhaps, anyone who likes to see me..i'll be in Sydney for how many days I have no idea..just email me! 

Read more...

Cara alternatif untuk membunuh diri

December 21, 2010


Semalam aku pegi Kawarau Bridge untuk amik sprit bungy jumping..amik spirit je okeh sebab belum berani lagi. Aku tengok ramai gila orang bunuh diri...hahahah.. Macam-macam pesen ada, jenis solo dan berpasangan. Kalau yang berpasangan tu jenis kekasih sejati yang bunuh diri bersama-sama, jenis "You jump, I jump!".

Macam-macam perangai ada, tak kira laki pompuan ke sume sama je, boleh nampak le ketakutan memasing waktu dah berdiri kat hujung pelantar tu. Tapi yang ni tak tinggi mana, dalam 43 meter aje....aje! Tapi kalau nak rasa yang lagi thrill, pegi lompat kat Nevis Bungy, yang tu 143 meter...ada berani??

Untuk 1 lompatan harga dia NZD180, lebih kurang 8 saat je azab melompat ni, pastu abis. Nanti leh dapat certificate, gambar berkeping-keping dengan poskad gambar melompat tu. Nak video copy pun boleh...ikut kata poket la mampu ke tak sebab gambar+video NZD80, gambar aje NZD45.

Apapun, jom layan gambar orang bunuh diri kat Kawarau Bridge semalam.


aku sengih-sengih pun aku dah...ko ade??


kalau dah bayau tu lompat jela, backout takleh refund weh!


kalau takut sensorang, bleh together-gather


hah, akak ni memang menghiburkan sungguh semalam sampai brader ni pun surrender.
tapi at last dia lompat jugak sebab sume orang tepuk tangan kasik full support..cayalah!


ada boat datang kutip lepas lompat


view dari tempat lompat...cantik kan?


gua eksen je...heh!


Pesanan aku, dari nak bunuh diri tak tentu hala kat bangunan tinggi ke, kondomaniam tak kondomaniam ke, baikla melompat kat sini. Guarantee anda masih hidup lagi selepas melompat. Paling tua dah lompat kat sini umur 94 tahun yang termuda umur 10 tahun. Hah tunggu apa lagi? Hahahaha~ (aku gelak je boleh la sekarang, tapi nanti aku akan lompat gak sebelum aku balik..tunggu!!)


p/s : kat sini la aku jumpa 3 orang student Malaysia baru lepas melompat, stylo gile dorang melompat...cayalah!!

Read more...

Pengalaman kali pertama ke parti Krismas


Ini cerita 2 hari lepas!

Belum habis lagi debor kat parti Krismas kat rumah makcik Jackie. Mau tak debor, pertama kali aku disua air kaler kuning dalam gelas panjang. Aku explain yang aku tak minum benda tu sebab faktor agama and dorang paham. Nasib baik takde soalan berangkai pastu, kalau tak pening aku nak jawab.

Makan malam tu quite meriah sebab ada barbeque chicken wing, hotdog dengan burger tapi aku hanya mampu telan air liur je. Aku tibai salad dan kentang bakar, nasib baik ada sorang veggie, so kami 1 geng. Pencuci mulut pulak makan salad buah dengan kek, memang sedap.


kek telur kembang...aku reka je nama dia


Selesai aktiviti makan ada game tukar-tukar Christmas gift. Setiap sorang kene bawak 1 gift yang mana nilainya dalam $5 ke $10. Semua gift dikumpul dalam 1 karung dan lepas tu memasing kena cabut nombor dan pilih 1 gift dalam karung tadi mengikut giliran (nombor 1 cabut dulu sampaila nombor last).

Bila semua orang dah cabut maka tibalah acara membuka gift memasing. Aku dapat water globe Queenstown dan rubik, ada yang dapat topi koboi, mug, coklat, kad poker dan memacam lagi. 

Sekarang barula masuk the real game, waktu ni sesiapa pun boleh mintak apa saja gift yang dia suka dari orang lain dan orang tu tak boleh cakap "No", kena bagi jugak walau tak rela. So aku pun request kad poker sebab kad ni lain sikit, ada gambar-gambar old castles di Estonia (salah sorang roomate aku dari Estonia dan dia purposely bawak kad poker ni untuk Christmas gift). Aku rasa menyesal tak bawak kain batik sehelai, kalau tak sure dorang berebut-rebut nak kain batik tu...bwahahaha~

Once dah pilih gift yang berkenan, boleh cakap "I'm done head to toe!". So aku cecepat sebut ayat tersebut untuk rescue gift tu. Walaupun gift yang aku dapat tu simple tapi aku suka sebab benda tu dari Estonia dan agak unik.  

Selesai acara tukar gift, dorang main sejenis game dipanggil Roulette. Jangan tanya aku lelebih pasal game ni sebab baru semalam aku kenal benda ni.Cara main dia mudah, ada sekeping kertas dengan nombor pastu memasing kene pilih 1 nombor kemudian guli akan di spin dan nombor yang "naik" akan kena minum..huhu~ Aku memang debor tak tentu arah dah sebab takut nombor aku naik, tiap kali spin je aku berdoa janganla kena! janganla kena!

Nak hujung-hujung tu baru kena, tapi dorang skip sebab aku tak minum. Aku tengok siapa yang kena tu memasing muka naik biru sebab dorang cakap air dalam shot glass tu gila tak sedap..huuu~ fadan muke kome!


french - estonian - germany


canadian - estonian


Akhirnya torturing hour berakhir pada jam 10.30pm bila memasing dah separuh mabuk kecuali aku sebab aku minum air kosong dengan jus aje. Aku ingat dorang dah insaf dan nak balik tido tapi nampaknya memasing still gigih lagi nak ke bar. So we split kat depan bar dan aku pun balik.

Dan pagi tu memasing mengeluh pening pale sebab mabuk lagi. Aku dengar dorang bercerita memasing dah lost tak ingat apa jadi kat bar malam tadi. Hahaha...rasakan..aku dak kabor minum jus gak sedap kome taknak dengar!

Itu je serba sedikit cerita pasal experience aku bergaul dengan dorang ni. Pada aku takde masalah apa pun sebab dorang memasing respek each other walaupun kami berlainan agama. Pada aku, sume ni atas diri sendiri, tak semestinya bila diajak minum kita kene join sekaki untuk masuk dalam group dorang. Mana yang baik kita amik, yang tak baik tu jadikan sempadan.

Ada 2 jenis traveller dalam dunia ni. (1) jenis yang bergaul dengan local people dan semua orang. Jenis ni selalunya seorang yang mesra dan humble walaupun dah travel keliling dunia. Orang macam ni cool sebab dorang faham dan respek budaya sesuatu tempat dan agama orang lain.

(2) jenis yang just travel for the sake of "Been there, done that". Orang jenis ni agak eksyen walaupun berselisih bahu dengan bangsa sendiri kat bumi asing dan normally mereka lebih selesa bergaul sesama sendiri sebab suka duduk dalam comfort zone. Orang macam ni tak layak pun dipanggil traveller, malah lebih layak dipanggil tourist. Mereka memang tak tak belajar apa-apa tentang sesuatu tempat tu kecuali ada gambar yang beribu-ribu keping.

Korang masuk kategori mana?

Read more...

update dari Queenstown

December 20, 2010


Ada 4 minit lagi sebelum kompiter ni logout secara auto. Aku dah approve comment tapi lum sempat jawab..sok lusa aku jawab. 

Parti Krismas kat umah makcik Jackie aku lalui dengan tenang..pasal tu nanti aku cerita dalam entry pasni. Aku jumpe budak Mesia tadi, 3 orang..wah, ceria plak rasa jumpe orang Mesia kat pekan Queenstown ni..dah la harini agak lengang tak macam semalam. Bila dapat cakap bahasa kebangsaan ni rasa ceria sikit, asik nak speaking 24jam tiap-tiap hari, dengan grammar tunggang langgang...bwahahaha~

Dah..ada 50 saat gi ni...baiiiii~



Read more...

Parti Krismas di rumah bos aku, Jackie

December 18, 2010


Rutin aku bermula seawal pukul 10pg waktu tempatan, jadi Cinderella... Harini job tak tough sangat, bleh arr siap cepat. Pas siap je aku lepak-lepak kat lounge dan berborak dengan sorang mamat Swiss., dah 2 hari aku sembang dengan dia tapi haram lupa nak tanya nama..hahaha. .Aku sempat tengok passport Swiss, memang lain dari kebiasaan, cantik sebab setiap page tu kalerful pastu ada gambar-gambar pemandangan dan bangunan yang cantik..dah macam buku mewarna dah...kretip!

Pastu Cik Laura, seorang makwe dari England dan Chris, pakwe dari Canada dah tanya aku pegi tak parti Krismas malam ni...err, parti Krismas? Aku siyes tak penah pegi party bagai ni. Partimah ke parti hari jadi ke penah le, tu pun tah berapa donkey years back. Aih, ikutkan hati memang aku nak mengelak berparti-parti ni sebab aku tau konpem ada acara tonggang menonggang akan ada, konpem!

Berbelah bahagi betul hati aku ni, aih...tapi kene pegi jugakla dah bos aku buat, kang tak pegi susah pulak. Nak pegi parti ni kene bawak Christmas gift, beli jelah ape benda pun janji dalam average $5 ke $10. Aku beli mug aje, senang. Nanti ada tukar-tukar gift, tah ape la nasib aku ye..ahahaha... Harap-harap dapat yang best la jugak kan...huhu~

Oklah, aku dah gelabah nak pegi partimah ni...baju ape nak pakai pun taktau. Rasanya aku akan pakai pakaian beragam aku jela, t-shirt, jeans dan sweater...Orang lain kompem la seksi meksi...gasak jela...suke hati aku, janji datang sudah..kang orang tengah minum-minum, aku escape...hahahaha~

p/s : iman aku kebal doh, ingat yang kat atas tu!

Read more...

sedap di mata belum tentu sedap di hati

December 17, 2010


Sejak dua menjak ni memang jadi anak tiri sungguh blog ni. Aku tak dapat nak blogging sekerap yang dulu, blogwalking apatah lagi. 

Kehidupan di Queenstown macam biasa, kadang-kadang jadi Cinderella pada hari tertentu, tapi takpelah, kalau tak jadi Cinderella, tak dapat tempat tinggal free. So dah jimat kat situ, just kuar duit kat foodies.

Roomates aku kali ni ada 5 orang, semua dari Europe dan sorang dari UK, aku je Asian. Aku akan spend another couple of weeks dengan dorang sebelum berpindah ke tempat lain. Ke mana, takde idea lagi. 

Tempat tinggal aku sekarang menghadap Lake Wakatipu, aku bukak je pintu bilik, seberang jalan, dah sampai. 

Aku dah beli beberapa keping poskad untuk dihantar kepada kengkawan blogger yang dah submit pada link komen dalam entry terdahulu, kalau sape tak dapat tu meaning dia tak respon pada entry sebelum ni jadi memang aku tak hantar la.

Orait, kedai nak tutup dah sebab nak kul 11malam. Until next time..


Lake Wakatipu waktu sunset @ 9.30pm

Read more...

hail from town of queen

December 14, 2010


Okay, aku rasa aku bleh close dah contest ni. Sape yang licik mesti akan dapat clue dari blog ni jugak, contoh paling senang tengok aje traffic feed ni dan masa aku update blog untuk matching dengan traffic feed. Aku pun tak reti nak buat contest so ni kira percubaan pertama and thanks untuk kengkawan yang sporting..aku akan buat lagi contest camni dari masa ke semasa.


overlooking the beautiful Wakatipu Lake


I'm currently in Queenstown!

Dat's the answer...dan aku umumkan pemenang untuk contest tahape-hape ni adalah Opie (walaupun ko mengelat sebenarnya tapi sebab first attempt ko betul so aku accept)..bwahahaha~ Ko bleh pilih sekarang sama ada nak hadiah T-Shirt (sertakan saiznya), Fridge Magnet atau Luggage Tag sebagai hadiah. Email aku pilihan itu dan jugak alamat umah.

Pada yang kecundang, len kali bleh cuba lagi dan insya Allah, ada masa dan kelapangan, aku akan snail postcard (untuk yang berminat). Buat masa ni ada few address kat aku, tapi tak sure adakah sume nak poskad dari NZ, so aku mintak korang just tinggalkan komen kat link entry ni untuk aku confirm sape yang berminat okeh!

By the way, summer kat sini taklah worse sangat sebab masih sejuk ala-ala Genting Highland. Matahari menjengah seawal pukul 5pg dan terbenam pukul 10mlm! Pukul 10mlm tu weh...aku dah gila dengan situasi terbit/terbenam matahari ni sebab tak sama macam kat Mesia. Sekarang dah pukul 7ptg tapi masih panas macam kul 3ptg. Bleh imagine tak? Solat subuh kat sini pukul 3.40pg (dah macam waktu Qiamulail kalau kat Mesia) dan Isyak pulak selewat jam 11.30mlm. Fuh nasib baik ni bukan bulan posa, kalau tak mati la aku.

Buat masa ni aku belum rindukan masakan Mesia, tapi ada Asian Mart kat sini. Satgi aku nak pegi jenguk sekejap ada jual apa dalam tu. Ada CC kat sini yang mana aku bleh on9 pakai laptop sendiri dan sejam dia caj $3 which is paling murah kat Queenstown.

Aku rasa tu je update buat masa ni dan lain kali aku pegi CC aku update lagi blog ni. Cau cin cau~

Read more...

masih belum ada pemenang, jadi cepat!

December 13, 2010


Salam perantauan,

Masalah blogger aku ni masih lagi gila, bila aku tekan je button publish, memang dia publish, tapi tak terus kuar kat newsfeed..kalau keluar pun, makan masa 2-3jam pastu..pelik sangat.

Aku nak tulis skit pasal contest tu...aku memang takleh bagi sebarang clue, sebab sebarang clue akan hancorkan rahsia aku. Hehehe~ Aku akui contest ni agak tough tapi nama pun teka..maka, teka lah! Sorang bleh bagi 1 jawapan je dan jawapan tu mestilah muktamad, takde amendment. Buat masa ni ada yang teka sampai 3 jawapan, so aku masih bagi dia peluang (Opie, ko leh teka 1 je, ok. Jadi, pilih 1 jawapan). Dan sori aku tak dapat nak blogwalk blog korang sebab kalau aku pegi je, konfirm trafik feed leh detect aku dari mana...bwahahaha~ Ok tak? Aci tak?

Kalau nak teka tapi takleh letak jawapan kat link komen, korang bleh email aku kat backpackerbusuk@gmail.com.

Cepat weh, takde sape ke nak hadiah ni? Aku dah terpikir nak bagi banyak hadiah ni...sama ada t-shirt, fridge magnet atau luggage tag. Kalau ada lebih dari sorang yang berjaya meneka jawapan yang betul, aku akan consider jugak hadiah untuk 2nd dan 3rd place.

Peluang masih ada, masih terbuka..jadi cepat!!  v(^__^)v


Read more...

contest teka di mana aku sekarang?

December 12, 2010


Aku amend skit entry ni sebab tadi kelam kabut. 

Aku rasa ini la kot 1st contest yang aku buat, terbuka pada follower aje. Simple je contest ni sebab aku pun malas nak pening-pening, soalan dia mudah je...sape yang berjaya teka di mana lokasi aku waktu ni aku akan bagi dia hadiah iaitu souvenir dari tempat yang aku tengah berada sekarang. Souvenir tu boleh jadi sehelai t-shirt atau equivalent dengan tu.

Tarikh tutup takde, kalau aku dah jumpa pemenang aku akan announce. Simple. Sape cepat dia la yang menang. Kalau terer dan nak jadi ahli nujum, mulakan meneka sekarang.

Perhatian : Sila letak jawapan dalam komen. Jawapan yang letak kat petak borak/shoutbox tak dikira sebagai jawapan.

So kalau ada sesapa jawab tapi buh kat shoutbox/petak borak tapi betul, tidak akan dilayan. Harap maklum.


Read more...

microfibre towel & organizer

December 09, 2010


Aku rasa blogger aku demam la sebab entry sebelum ni aku dah publish lebih 2 jam tapi baru jap tadi dia kuar...aku pun tak taula ape penyakit dia. Yang ni pun aku syak lagi 2-3 jam baru kuar kot...lantaklah..janji kuar.

Kali ni aku nak kongsi 1 info yang bermanfaat untuk kaki-kaki jalan yang cerewet dan tak berorganize macam aku. Jenis yang kalau boleh semua benda nak sumbat, selagi tak terkoyak beg tu selagi tu tahan menyumbat. Biar berat camne pun beg tu sanggup dipikul, gigih la katakan. Heh!

Kalau sebelum ni aku cincai je letak barang toiletries tapi sejak beli organizer ni aku terorganize la sikit. Aku tak suka bazir duit beli toiletries baru tiap kali travel sebab aku amalkan bawak siap-siap dari rumah. Benda ni bila ada jadi senang sebab turun je dari flight aku bleh mandi terus kat airport, takyah tunggu nak check-in sebab kadang-kadang check-in lepas pukul 2pm baru leh masuk, so baiklah segarkan diri dulu sebelum keluar dari airport.


6 benda ni wajib, berus gg aku sorok, mana bleh tunjuk. heh!


Organizer bagus sebabnya boleh groupkan semua benda yang sejenis dalam 1 tempat. Selain dari toiletries, aku jugak groupkan barang letrik macam international traveler adapter, charger hp, charger kamera dan cable laptop sekali dalam 1 beg kecil. Dan yang paling mustahak selain toiletries dan barangan letrik, jangan sesekali lupa sediakan first aid, benda ni penting kalau sakit waktu berjalan.  

Selain dari tu ada lagi benda lain yang penting, apa lagi kalau bukan tuala mandi. Bukan sume orang suka pakai tuala hotel sebab kekadang tu ada yang keras kejung macam kulit buaya. Lagi 1 aku takut dapat penyakit kulit sebab share tuala dengan ramai orang, kang tetiba kena kurap ke, cendawan (panau) ke, risau jugak, jadi benda ni takleh buat memain.

Normally tuala yang jual kat supermarket tu kebiasannya jenis yang tebal/bulky dan berat bila basah, betul tak? Dulu memang aku menyampah nak bawak tuala camni sebab dia makan space dalam beg, jadi bila aku jumpa sejenis tuala ajaib yang dipanggil sebagai microfibre towel, selera bertuala aku pun berpaling tadah. Aku pandang sepi je tuala biasa sebab yang ni jauh lebih efisyen dalam bab mengering dan menyimpan.


sekarang towel beg ni aku guna sebagai organizer barangan letrik


terbaik! pasti tak menyesal


Kebaikan tuala ni ialah ia mempunyai kadar penyerapan air yang tinggi, ringan, tak bulky, cepat kering dan bersifat anti-bakteria. Kalau boleh cuba la cari sehelai sebab aku yakin korang akan bagi markah penuh kat tuala ni, tak semestinya jenama yang aku ada ni, apa jenama pun boleh asalkan material dia microfibre. Kalau kat Malaysia aku tak sure katne boleh jumpa, mungkin kat kedai-kedai outdoor atau kedai tuala yang terpilih. Aku pun kebetulan jumpa tuala ni masa masuk kedai outdoor (Kathmandu) kat NZ dulu. Aku yakin tuala microfibre ni ada jual kat Malaysia cuma harga dia aku tak tahu berapa. Apapun, advise aku carilah sehelai sebab ia memang terbaik dari ladang dan pastinya korang akan berpaling tadah selepas mencuba tuala ni.

TIPS!

Sebelum start packing, sebaiknya sediakan checklist supaya takde barang yang tercicir, entry pasal tu ada kat sini dan jugak panduan adjust backpack dengan betul ada di sini.

Read more...

Transportation in Perth

December 08, 2010


For previous entry, please go here.

This entry was kept in draft for quite some time as I don't have enough info and mood to continue. If you're familiar with my mode of sharing especially info on travel (look for the old entries), you can find it's different this time coz I just share some necessary info and leave the rest for you to be creative.

Okay let's get back to our topic!

If you want to fly budget to Perth from Kuala Lumpur, you can board on Air Asia, Jetstar or Tiger Airways. Always check for promotion or book months ahead for the cheapest ticket.

There are various mode of transportation to suit your budget but the best way to explore this country is by driving coz you can reach almost every part of it without missing all point of interests and beautiful landscapes.

Anyway, I'd suggest you to avoid driving at night especially if you're going out of city into rural areas because wild animals are active at night (you might hit them), the road is quite dark and there's no petrol station that open late.


Airport Transfer

First thing you need to concern when safely landed in Perth is airport transfer. You can choose whether to drive yourself out of the airport by renting a car or take shuttle bus to Perth city. If you plan to rent a car/van, you can choose whether to pick-up directly from airport or city. If you wish to pick-up from city, you must take shuttle bus from airport to city and ticket for 1 person is AUD18 (1-way) and AUD30 (return). No advance booking required as you can just approach the counter nearby escalator located on ground floor inside airport terminal. They provide service around Perth city center and Fremantle, for more info on this please go the this website. However if you want to return back to airport, please book ahead for pick-up arrangement.


Perth International Airport


The Terminal


TIPS!

a. I like to take shower after long flights especially like this 5 hours flight. If you want to do so, this facility is available at washroom/toilet on 1st floor behind News Link (just next to escalator) and it's free!

b. Internet booths are available throughout the airport for free.

c. There's a "quiet room" for prayer or quiet contemplation for all religions located on ground floor of airport terminal. You can find it on your left side after exiting the Arrival Gate, close to the information/pamphlet and car rental booths.  


Quiet Room aka Prayer Room


Car Rental

Just opposite the Arrival Gate, you can find various car rental services such as Hertz, Avis, Europcar and much more. Sometimes it's not easy to get a car if you just approach the counter directly, so the best is to book from website because only website can confirm the availability of it. I would recommend you to book ahead before coming to Perth so you won't waste time looking around and wait for any available car.

I once rent with Bayswater and Hertz and I'm fully satisfied with it. Bayswater Car Rental don't have pick-up service from airport, but you can take cab to their office at Bayswater (not so far from airport) or just take shuttle to Perth city and pick-up from there.


Toyota Hatchback from Bayswater
it's smooth driving and fuel save


Hyundai Getz from Hertz
fuel save, but i still prefer the first one


For Malaysian, you need to proof that you have a valid driving license and make sure it's not expired. That means you don't have to apply for international driving license. Another good news to add is the highway in Perth is free!

Here's a list of car rental, you can google for more choices!

Bayswater Car Rental
Hertz
Avis
Budget
Europcar
Redspot
Drive Now
Cheap Car Hire


Petrol Price and Distance Calculator

To check what is the current petrol price in Western Australia, you can click here. The price is different depending on brand and location. It change almost every day and it's not something to be surprised here. You can spot the different price in city, suburb and rural area. Usually petrol price in rural area is much expensive than in the city and the reason here is simple - distance!

To calculate distance between places just click here.


Insurance to Reduce Damage Liability

There's 1 important thing you need to understand before renting a car/van/whatever. It's about car insurance or liability/damage coverage. This insurance will help to protect your interest if the car involve in an accident or anything related with car damage such as scratch, windscreen crack, signal broken, etc. Remember once I blogged about car that hit kangaroo? This thing is common in Australia and you could be the next "lucky" ones.

Before you decide to take any car insurance/damage cover liability plan, please read carefully what it covers because normally there are 2 type of coverage options such as Full Coverage and Limited Coverage, and the price is differ according to the plan.

I strongly suggest you to take any of the insurance because even though you're a good driver, you could end up in deep shit because of someone else carelessness.

Let me share some photos taken during my previous trips so you can see the difference when driving in/out of city and the surrounding.


Perth city


Albany - small town


Margeret River - small town


suburb area


you can find more signboard like this when travel out of the city


 unsealed gravel road


Central Wheatbelt
the yellowish thing on left & right side is actually wheat, not dried grass


big trees in rural area


when you see trees like this, you should know it's the wild kangaroo territory. beware!


some wild kangaroo and wild animal can be spotted crossing here


this freeway is FREE!


Other thing you can spot while driving is road train or lori panjang. It's so looong like a double lorry attached to one another and that's why it's being called road train.


it's oversize and i wonder what's underneath the cover


road train with dried grass on it


Free Ride in Perth CBD and Fremantle

Who doesn't fancy something free? Unless if you're super rich!

Getting around Perth CBD need not cost a cent because you can take free CAT (Central Area Transit) bus that travel around city on 3 different routes. There are 3 types of CAT buses which is Blue CAT, Red CAT and Yellow CAT. For route map, please click this link.


CAT bus
source : google


Red Cat runs every 5 minutes from 6.50am - 6.20pm (Monday-Friday) and every 25 minutes from 10am - 6.15pm (Saturday & Sunday).

Blue Cat runs every 7 minutes from 6.50am - 6.20pm (Monday-Friday), extended every 15 minutes from 6.20pm - 1am (Friday), every 15 minutes from 8.30am - 1am (Saturday) and 10am - 6.15pm (Sunday).

Yellow Cat runs every 10 minutes from 6.50am - 6.20am (Monday-Friday) and every 30 minutes from 10am - 6.10pm (Saturday & Sunday)

Besides, you can travel for free on Transperth services (buses and trains) within FTZ (Free Transit Zone). For trains, the boundaries are City West on Fremantle Line and Claisebrook on Midland and Armadale Lines. However, if you plan to travel outside FTZ zone, normal fares will apply.

There's also free Orange CAT bus that serve Fremantle, for route map please click this link.

Orange CAT runs every 10 minutes from 7.30am - 6.30pm (Monday-Thursday), 7.30am - 8pm (Friday) and  from 10am - 6.30pm (Saturday, Sunday & Public Holiday except on Good Friday, Christmas and Boxing Day).


How to go from Perth to Fremantle?

If you plan to go to E-Shed Market, Fremantle Market or just want to taste the famous fish & chips at Cicerellos or Kailis, you can take train from Perth to Fremantle. It will take about 25-30 minutes ride and 1-way ticket will cost you about AUD3.70.

**please check on website for E-Shed and Fremantle Market operating hours

Read more...

  © Copyright Since 2010 | Backpacker Busuk

Back to TOP