Wangi dan Busuk Sepanjang 2011

December 31, 2011

Tinggal beberapa detik lagi kita akan melangkah ke tahun 2012 dan ini adalah cubaan keempat aku memerah idea untuk menaip entry ni. Kalau tahun lepas aku tak berpeluang buat entry macam ni sebab masa tu aku berada di luar kawasan. Pengalaman menyambut tahun baru di tempat orang memang berbeza dan lebih sikit terujanya tapi tahun ni aku cuma sambut di rumah je.

Sebenarnya aku tak pasti apa yang nak diceritakan sebab 2011 adalah tahun yang paling mendukacitakan sepanjang hidup aku.

Banyak perkara yang telah berlaku dan kesabaran aku diuji hingga sampai ke satu tahap aku terpaksa ignore. Walaupun hati aku remuk dilanggar lori 16 tayar, dilenyek steamroll dan digelek bulldozer tapi aku tak pernah menaruh sebarang perasaan dendam pada sesiapa. 

Buat seseorang yang pernah mengisi hati ini, teman-teman yang pernah sama-sama bergurau senda dan insan-insan yang pernah singgah dalam hidup aku, terima kasih di atas pengalaman yang berharga. Kamu semua pernah menjadi orang yang penting dalam hidup aku tapi disebabkan salah faham, ego dan orang ketiga kita hilang semuanya. Memang aku sedih tapi peristiwa ini takkan melemahkan aku. Aku bukanlah sesiapa dan aku juga tak sempurna, begitu juga kamu. Semoga pengalaman ini akan lebih mendewasakan kita. 

Aku juga tau ada di antara kamu yang selalu ke blog ni. Jangan tanya dari mana aku tau tapi yang pastinya aku tau kamu stalking. Aku tak kisah kamu nak buat semua tu tapi terima kasih sebab masih sudi amik berat tentang aku. Cuma sayangnya apa yang kamu baca ini bukanlah diari kehidupan aku, ini hanyalah travelog pengembaraan dan membacanya tak bererti kamu tau semua perkara tentang aku. Sisi kehidupan aku tak tercatat di sini, harap maklum.

Tahun ini adalah tahun ketiga aku menjadi seorang blogger dan tahun kedua bagi blog BackpackerBusuk. Pada awal kemunculan blog ni aku cuma menaip travelog yang ringkas tapi gaya penulisan aku berubah pada tahun 2011. Tahun ini juga menyaksikan perubahan yang mendadak pada bilangan followers dan aku notis benda ni berlaku sejak kemunculan watak Abe German yang telah membuatkan ramai pembaca tak senang duduk. Aku tau ramai yang bengang bila cerita tu tergantung di saat klimaks. Sorila kengkawan, aku sengaja sabotaj korang. Hehehe

Aku juga berterima kasih kerana melalui dunia blogging inilah aku berkenalan dengan ramai bloggers dan ada di antara kami yang menjadi kawan rapat. Walau belum pernah bersua muka tapi kerana minat yang serupa maka kami menjadi akrab. Buat masa ni aku tak dapat lagi nak hadirkan diri untuk sebarang gathering sebab aku tinggal di luar kawasan tapi Insya Allah tahun 2012 masalah logistic mungkin dapat diselesaikan. 

Untuk tahun ini aku bersyukur kerana diberi peluang untuk travel sebanyak 8 kali ke 7 buah negara dan 18 buah tempat iaitu :
1. Sydney (New Year)
2. Bandung, Surabaya dan Jogjakarta (Trans Java)
3. Hadyai, Bangkok, Ayuthayya dan Siem Reap (The Overland)
4. Mekah, Madinah dan Jeddah (Umrah)
5. South Island NZ (Winter trip)
6. Seoul, Busan, Gyeongju, Gwangju (South Korea)
7. Bali (Indonesia)
8. Phuket (Thailand)

Selain dari itu aku telah memenuhi impian untuk :
1. Sambut tahun baru di luar kawasan
2. Melawan rasa gayat dengan Ledge Bungy
3. Sunrise di Mt. Bromo
4. Buat trip overland dengan keretapi
5. Belajar snowboard
6. Tengok Angkor Wat
7. Melawat tapak yang terkena bencana Merapi
8. Menunaikan umrah


Harapan dan Azam 2012

Tough question sebab aku tak penah meletakkan apa-apa target sebab melihat kepada pengalaman lepas yang mana kesemua harapan dan azam jatuh ke dalam gaung jadi aku memutuskan untuk biarkan kesemuanya mengikut flow secara semulajadi. 

Secara kasarnya aku dah merancang beberapa perkara untuk 2012 tapi aku tak boleh nak share lagi buat masa ni. Aku juga akan meneruskan edisi pengembaraan secara solo seperti biasa dan buat masa ni aku tak merancang untuk mencari travel partner memandangkan pengembaraan solo lebih menarik. Mungkin 1-2 trip boleh kecualikan, bergantung pada keadaan.

Apapun yang pastinya aku berazam untuk menghabiskan saki baki travelog yang tertunggak!

Sebelum mengakhiri entry ini aku nak amik kesempatan untuk memohon maaf kepada semua pembaca blog BackpackerBusuk jika ada yang terasa mahupun tersinggung selama setahun ni dan terima kasih kepada pembaca senyap dan nyata serta followers yang rajin bertegur sapa, semoga ikatan ukhwah ini akan terjalin untuk selamanya. Akhir sekali semoga kita sama-sama berusaha untuk memajukan diri dan berubah ke arah yang lebih baik seiring dengan penambahan usia, Insya Allah.

Selamat Tahun Baru 2012!


ps : aku akan umumkan senarai pemenang bagi kuiz 26 fakta minggu depan. harap maaf di atas kelewatan yang tak disengajakan
.

Read more...

Trans Java : Jogja - Final

December 30, 2011

Sambungan dari Part 16


Hari Kesepuluh : 31 Mac 2011

Wah! Bukan main sakan aku biarkan blog ni berlumut. Penyakit M aku semakin menjadi-jadi sejak dua menjak ni...sori!

Sebenarnya takde apa sangat yang aku nak cerita pasal ending cuma pagi tu kami suruh reception panggilkan teksi untuk pick-up seawal jam 6.30am. Sebelum sampai ke airport kami mintak teksi berenti kat salah satu kedai bakpia di tepi jalan.


Bagi sesiapa yang penah ke Jogja mungkin biasa dengar nama kuih ni tapi bagi yang tak penah maka bolehlah refer gambar dibawah. Kat Malaysia kuih ni dipanggil kuih inti kacang hijau. Yeke? Memandai je aku ni. Hehehe. Tapi sekarang inti bakpia dah pun di variasikan kepada coklat, keju, durian dan sebagainya.

Kuih bakpia ada banyak nombor, contohnya 25, 39, 33 dan segala macam nombor dan aku difahamkan nombor-nombor ni digunakan sebagai trademark pengeluar memandangkan ada banyaaaaakkkkk pengeluar bakpia di sekitar Jogja. Tapi di antara berpuluh-puluh (mungkin ratusan) pengeluar bakpia ni hanya nombor tertentu saja yang sedap. Nombor berapa? Aku dah lupa. Ermm.... *garu kepala*


Harga sekotak bakpia bermula dari Rp15,000 ke Rp25,000 dan bergantung kepada jenis inti. Kalau ikut tekak aku rasa bakpia ni bolehla tahan dan lebih sedap dimakan ketika panas tapi kalau tak dapat bakpia yang panas boleh je makan sambil minum kopi atau teh O panas.

Selesai membeli bakpia kami terus ke airport dan tambang teksi yang dikenakan cuma Rp55,000 (guna meter).


Maka dengan ini tamatlah travelog Trans Java. Kesabaran anda semasa menunggu cerita ni habis amatlah dihargai. Kih kih kih....

Senarai lengkap travelog Trans Java :
1. Bandung : Part 1
2. Bandung : Part 2
3. Bandung (Tangkuban Perahu, Ciater Hot Spring, Kebun Strawberry & Rumah Makan Kampung Daun) : Part 3
4. Bandung : Part 4
5. Bandung - Surabaya : Part 5

Aku pun tak caye rupanya citer ni panjang berjelaaaaaa. Hahaha.....


ps : pasni nak aku sambung cerita apa?
.

Read more...

Trans Java : Jogja - Part 16

December 24, 2011

Sambungan dari Part 15.


Hari Kesembilan : 30 Mac 2011

Dari Candi Borobudur kami bergerak ke destinasi seterusnya iaitu Gunung Merapi. Oleh kerana peta tak lengkap so terpaksalah berenti banyak kali sebab nak tanya orang arah ke sini. Memula tu ada juga rasa nak give-up lagi-lagi bila langit macam nak hujan tapi disebabkan kami dah let go Candi Prambanan so nak taknak mesti pegi jugak.

Setelah mengeraskan bontot selama sejam akhirnya berjaya jugak kami sampai. Tempat ni terletak di wilayah Cangkringan dan nama kampung yang dimaksudkan ialah Kampung Kinahrejo. Seperti biasa ada pondok tol di kaki bukit dan bayaran masuk bagi sebiji motor ialah Rp2,000 dan Rp3,000 bagi setiap pengunjung.

Selepas melepasi pondok tol terasa macam masuk ke dunia lain. Kesan kemusnahan masih jelas kelihatan terutamanya kesan terbakar pada pokok-pokok dan rumah-rumah. Kabus tebal dan persekitaran yang muram menambahkan lagi perasaan seram. Disebabkan jarak penglihatan yang terhad maka kami terpaksa bawak slow-slow sebelum sampai ke kawasan parking 10 minit kemudian.



Mungkin ada yang tertanya-tanya kenapa aku bersungguh-sungguh nak ke sini? Pertama sebab kat Malaysia takde gunung berapi. Kedua sebab aku nak tengok dengan mata kepala sendiri bencana gunung berapi dan ketiga ialah sebab aku nak menginsafkan diri. Amacam, cukup tak sebab-sebab tu?

Bila tengok tempat ni otomatik aku terbayangkan keadaan pada hari kiamat. Pada pendapat aku pendedahan sebegini bagus untuk mengingatkan kita supaya jangan terlalu mengejar dunia sampai terlupa perkara yang wajib kita kejar. Err, macam setazah pulak, tapi betul kan?




Kalau tengok dalam gambar waktu ni rumput dah mula tumbuh, itupun 4-5 bulan selepas letusan yang terakhir. Tak silap aku sekarang ni dah makin cantik dan terjaga. Tanah-tanah hitam yang melitupi jalan dan sebahagian besar kawasan dalam gambar ni adalah debu yang dimuntahkan oleh Gunung Merapi.



Gunung Merapi adalah salah satu di antara rangkaian gunung berapi yang aktif di kepulauan Jawa dan ini bukanlah kali pertama ia meletus. Difahamkan ia telah meletus lebih daripada 68 kali dan pada 26 Oktober 2010 berlaku letusan besar yang telah meragut sebanyak 43 nyawa. Selepas letusan yang terbesar itu berlaku beberapa lagi siri letusan kecil sehingga bulan November tahun yang sama.

Beza di antara tarikh letusan terakhir hingga tarikh aku ke sini ada lebih kurang 4-5 bulan. Masa ni keadaan masih belum pulih sepenuhnya dan disebabkan itulah aku berpeluang melihat kesan-kesan "segar" kemusnahan berbanding pengunjung yang datang pada waktu sekarang.

Gambar dibawah menunjukkan jeep/van terakhir yang datang untuk memindahkan penduduk kampung termasuk Mbah Maridjan. Aku pasti ada yang tertanya-tanya siapakah dia Mbah Maridjan, kan?

Mbah Maridjan adalah merupakan orang yang diamanahkan untuk menjaga Gunung Merapi atau dipanggil sebagai juru kunci. Aku cuba mencari maksud "juru kunci" yang sebenarnya tapi keluar berbagai jawapan dan salah satunya mengatakan ia bermaksud penjaga gunung dan tak kurang juga sebagai juru kunci keraton (istana) bagi satu upacara di Gunung Merapi. Tapi menurut info yang terdapat dalam Wikipedia pula begini,

"Juru kunci Merapi adalah seorang abdi dalam Keraton Yogyakarta yang ditunjuk langsung oleh Sultan Kasultanan Yogyakarta untuk menjadi juru kunci di wilayah Gunung Merapi"

Mbah Maridjan telah menjadi juru kunci Gunung Merapi sejak kematian ayahnya dan beliau telah diamanahkan oleh Sultan Hamengkubowono X untuk menggantikan tempat ayahnya. Ada yang mengatakan gaji yang diterima oleh beliau cuma Rp5,600 sebulan dan ada juga yang mengatakan Rp10,000 sebulan, iaitu lebih kurang RM2-RM4 sebulan dan jumlah ini cukup kecil jika dibandingkan dengan ketaatan beliau menjaga amanah sultan.

Dikhabarkan juga sehingga ke detik terakhir di mana sebuah jeep (seperti dalam gambar di bawah) telah naik untuk menjemput beliau tapi disebabkan taat kepada perintah sultan, beliau telah memilih untuk tinggal.



Sebelum aku sambung cerita pasal Mbah Maridjan kita sambung dulu travelog.

Selepas meletakkan motor kami ditanya sama ada nak pakai guide untuk ke tapak rumah Mbah Maridjan tapi terpaksa kami tolak memandangkan bajet yang semput. Tak silap aku upah guide lebih kurang Rp35,000-Rp50,000 (tak silap aku le, dah lupa). Oleh sebab kami tak amik guide jadi kami pun memandai-mandai. Sebelum bertolak kami diingatkan supaya berpatah semula jika hujan sebab difahamkan air hujan akan membawa batu-batuan besar dari atas gunung turun ke bawah.

Sumpah penat naik gunung, aku tak tipu! Oleh kerana semput jadi kami berjalan secara berundur dengan harapan dapat mengurangkan tekanan dan geseran. Jarak penglihatan pada waktu ni memang teruk, lebih kurang 2-3 meter. Disebabkan kengkawan slow jadi aku terpaksa tinggalkan dorang sebab nak cover tempat ni sebelum hujan.

Berjalan dalam kabus yang tebal di tempat sebegini adalah satu pengalaman yang takkan aku lupakan. Aku tak pasti dari mana keberanian tu datang tapi yang pastinya perasaan aku berkecamuk di antara takut dan teruja. Setelah melalui kawasan lembah akhirnya aku berdiri di hadapan tapak rumah Mbah Maridjan. Kabus pada waktu ni memang tebal. Dalam seminit aku boleh nampak pondok kat tengah-tengah tapak rumah tapi seminit kemudian aku tak nampak, walhal jarak aku dengan pondok tu lebih kurang 1-2 depa.



Berbalik semula pada cerita Mbah Maridjan. Seperti yang kita nampak dalam gambar ni rumahnya dah takde, yang tinggal cuma tapaknya. Aku difahamkan kawasan ini telah dibersihkan dan kalau kita tengok dalam gambar ni ada 1 pondok kecil. Dibawah pondok kecil ini ada 2 ketul batu yang seakan-akan batu nisan. Aku kurang pasti apakah beliau telah dikebumikan di sini atau sebaliknya, wallaualam.

Ok, ini bahagian yang menjadi kontroversi. Aku dengar banyak versi berkaitan cerita Mbah Maridjan tapi aku tak berani untuk menyokong mana-mana cerita sebab aku pun tak pasti akan kebenarannya. Difahamkan pada hari di mana Gunung Merapi meletus, sultan telah mengeluarkan arahan supaya penduduk kampung mengosongkan tempat ini termasuklah Mbah Maridjan. Sultan telah mengarahkan beberapa orang untuk pergi ke sini dan menjemput Mbah Maridjan turun tetapi beliau degil dan tak percaya yang sultan bagi arahan tu. Difahamkan juga ada beberapa orang pengikut Mbah Maridjan yang sama degil taknak turun sebab dorang percaya ramalan beliau yang kampung ini akan terselamat dari terkena lava gunung berapi.

Aku dimaklumkan ada satu gunung kecik di belakang kampung ni dan mengikut firasat beliau lava gunung berapi tu takkan melalui kampung tapi silap besar le sebab lava ni kan bersifat mengalir dan ia akan bergerak memenuhi ruang. So teori beliau salah dan akhirnya memakan diri.

Ketika ditemui mayat beliau dalam keadaan bersujud di ruang dapur dan difahamkan semasa kejadian berlaku beliau sedang solat. Aku pun tak boleh nak pastikan sama ada ini posisi solat ataupun posisi melindungi diri, wallahualam.


[sumber] aku pun ngeri tengok gambar ni


Tapi yang pastinya kejadian ini boleh dielakkan kalau memasing berpindah sejak dari amaran pertama. Siapa yang mampu melawan awan panas yang suhunya mencecah 600 darjah Celcius. Ko mampu?

Kesemua cerita kontroversi tu aku dapat dari hasil berborak dengan pengawal-pengawal yang menjaga tempat ni. Kesahihan fakta tak dapat dipastikan tapi kalau gugle memang banyak versi yang boleh kita baca. Jika berminat untuk tau lebih lanjut pasal Mbah Maridjan boleh baca kat sini dan sini.

Sambung lagi.

Tak jauh dari situ ada sebuah surau tapi malangnya hanya tapak surau yang masih tinggal sebab bahagian lainnya telah musnah. Aku pergi ke situ dan kelihatan beberapa orang sedang solat. Aku tak pasti solat apa, boleh jadi solat sunat, wallahualam. Di luar surau pula terdapat deretan gambar yang menceritakan keadaan Kampung Kinahrejo sebelum dan selepas bencana.



Aku kembali semula ke tapak rumah Mbah Maridjan dan waktu ini barulah kengkawan yang lain sampai. Kabus semakin tebal dan guide yang menjaga tempat ni menyuruh kesemua pelawat beredar sebab hujan dah mula turun.




Bila sampai di pondok Information Centere aku berbual sekejap dengan pengawal-pengawal di situ dan menurut mereka bila hujan turun tempat ini akan dikosongkan. Alasannya sebab air hujan akan membawa bersama batu-batu besar dari atas gunung turun ke bawah. Mata aku tertangkap pada satu objek di atas meja yang berfungsi mengesan gegaran dan fokus aku terganggu bila alat tu tak berhenti-henti mengeluarkan bunyi. Tanpa membuang masa kami pun beredar dengan hati yang berat dan sarat. Walaupun sekejap tapi pengalaman ini amat berharga.




Kami memecut semahu-mahunya sehingga melepasi pondok tol. Setelah betul-betul yakin berada di zon selamat barulah hati terasa lega. Kali ni aku betul-betul puas hati sebab tak sia-sia bersakit bontot berjam-jam ke sini. Istimewanya trip ni ialah aku dapat tengok 2 gunung berapi sekaligus iaitu Gunung Bromo dan Gunung Merapi dan peluang ini pastinya lain daripada yang lain.

Kami berhenti sekejap di sebuah pondok di tepi jalan untuk membeli buah salak. Oh ye, kalau nak tau kawasan ni memang terkenal dengan penanaman salak secara meluas. Buah salak yang kami beli memang manis dan sudahnya kami kenduri salak di atas motor sampai ke Jogja.

Bila sampai di Jogja kami terus ke Jalan Malioboro. Memandangkan ini merupakan malam terakhir di sini jadi kami plan nak beli souvenir untuk dibawa balik. Ada bermacam-macam bentuk souvenir yang dijual di sepanjang Jalan Malioboro seperti t-shirt, seluar batik, keychain, songkok jawa dan sebagainya. Harga yang ditawarkan pun munasabah. Contohnya sehelai t-shirt bermula dari Rp25,000, material yang digunakan terbaik dan designnya pun menarik.

Selesai memborong kami pegi ke lesehan untuk makan malam dan selepas itu kembali ke guesthouse memandangkan pagi esok kami akan balik ke Kolumpo.


**aku penah buat teaser untuk cerita ni dulu dan itu sebabnya sesetengah orang rasa macam penah baca entry ni. hehe. sori!


bersambung....
.

Read more...

Panduan adjust backpack dengan betul

December 20, 2011

[republish entry tahun 2010]

Bagi yang masih tercari-cari cara untuk memakai backpack dengan betul dan selesa tanpa menyakitkan badan dan tulang belakang, sila lihat video ini untuk mendapatkan tips dan panduan yang berguna.

credit : rei.com & youtube

Untuk artikel yang lebih lengkap tentang video diatas, sila rujuk website ini
.

Read more...

Trans Java : Jogja - Part 15

December 19, 2011

YAYYY!! Aku macam tak sangka yang cerita ni dah hampir sampai ke garisan penamat!! Ada 2 episod lagi sebelum habis!! Pasni boleh buat kenduri doa selamat..yayyy!!

Sambungan dari Part 14.


Hari Kesembilan : 30 Mac 2011

Hari yang baru. Pagi ini kami ke utara Jogja di mana terletaknya Candi Borobudur. Perjalanan dari Delta Homestay ke sini mengambil masa lebih kurang sejam dengan menaiki motor. Memang terasa jauh tapi mujurlah cuaca pada haritu elok. Kebetulan pagi tu ada pasar basah di hadapan simpang guesthouse jadi dapatlah kami meninjau-ninjau. Suasana di sini lebih kurang macam pasar basah di Malaysia cuma sedikit old skool. Aku takde gambar yang nak dikongsi sebab terlalu sibuk memerhati.


Selaku navigator tugas aku apa lagi kalau bukan membaca peta. Kalau pada tahun 2009 aku print google map untuk ke sini tapi kali ni aku terlupa. Dengan berbekalkan sekeping map yang basic aku cuba me-navigate arah ke sini.

Perjalanan yang sepatutnya mengambil masa selama sejam menjadi 1.5 jam disebabkan map yang tak lengkap. Mana taknya, dalam map sume jalan lurus sedangkan hakikatnya banyak simpang! Kami berhenti beberapa kali untuk bertanyakan arah dan setiap kali dapat turun dari motor memang terasa lega. Mana taknya, kematu bontot ni woiii!!


Setelah menyesat barat akhirnya kami sampai di Candi Borobudur. Sebelum berjumpa dengan candi ini kita akan berjumpa dengan Candi Mendut yang terletak cuma 3km daripada Candi Borobudur. Memandangkan terlalu ramai "ulat" (peminta sedekah) jadi kami pun skip, lagipun candi ni kecik dan boleh tengok dari tepi jalan.

Menurut sejarah, Candi Mendut ialah candi yang tertua di antara Candi Borobudur dan Candi Pawon. Ia dibina oleh Raja Indra dari Dinasti Sailendra pada tahun 824M sebagai tempat keagamaan bagi penganut agama Buddha. Satu perkara yang unik tentang ketiga-tiga candi ini ialah ianya terletak dalam 1 garisan yang lurus. Whoaaaa hebat!!!


Info lanjut tentang Candi Mendut boleh baca di sini.

Kami meneruskan perjalanan ke Candi Borobudur dan setibanya di situ kami meninggalkan motor di parking yang terletak di luar kawasan candi. Parking bagi sebiji motor cuma Rp3,000 per entry. Ada banyak tempat yang menyediakan perkhidmatan parking di sekitar kawasan ini, boleh pilih mana yang suka dan harganya pun lebih kurang sama.

Melangkah masuk ke kawasan candi memang mendebarkan, bukan apa....berdebar sebab nak kena serbu dengan peniaga kat situ. Maklumlah di kiri kanan semuanya gerai jualan! Walaupun di asak beberapa kali tapi kami buat dek dan terus melangkah ke kaunter tiket. Jauh jugak rupanya, dahla panas, tapi kat akhirat lagi panas #peringatan.

Untuk makluman sume, tempat ini dibuka dari jam 6 pagi hingga 5 petang pada setiap hari. Bagi yang berminat untuk melihat sunrise dari puncak candi bolehlah mengambil pakej sunrise dengan Manohara Hotel yang "cuma" Rp320,000/USD44. Pakej ni tak termasuk penginapan di hotel dan rate ni adalah untuk non-guest. Kelebihannya ialah anda boleh berada di sini seawal jam 4.30 pagi dan mendapat access ke sekitar kawasan candi selama 1.5 jam sebelum ia dibuka untuk orang ramai pada jam 6 pagi. Pada pendapat aku pakej ni macam tourist trap sebab harga yang tak munasabah. Harga tiket masuk pun banyak beza antara local dan tourist, nak semelih lagi dengan pakej sunrise! Kalau diikutkan hari-hari pun boleh tengok sunrise (sampai kiamat nanti) tapi bagi orang yang terlebih bajet ataupun pencinta sunrise apedehal sangat USD44?

*iklan : kes Mahohara tu dah habis ke?

Berbalik kepada cerita. Di depan pintu masuk ada 2 kaunter tiket. Di bahagian kiri ialah kaunter tiket untuk local manakala di sebelah kanan yang sedikit proper bangunannya siap berpintu dan berekon bagai ialah kaunter tiket untuk tourist. Pada tahun 2009 aku dan kengkawan berjaya dapat harga local tapi nampaknya tidak untuk kali ni. Uihh best gile bila dapat harga local. *lompat bintang* Ko hado?? Tapi siyes nak tau nape? Teruskan membaca.

Sebab tarif local cuma Rp15,000(weekday)/Rp17,000(weekend) dan tourist Rp135,000/USD15. Banyak kan beza? Macam langit dan bumi!! Tapi memandangkan tempat ni salah satu daripada tapak warisan UNESCO jadi tak kisah lah.



Walaupun hati sedikit panas tapi temperature turun sedikit demi sedikit sebab dalam bangunan tu berekon. Aku tengok ada jugak tourist yang merungut-rungut sebab mahal. So memang bagus jugak idea bilik berekon ni. Hehehe. Untuk menurunkan lagi suhu hati yang membara disediakan juga free flow teh O dan air oren. Oklah tu, aku tibai 3 cawan sebab bengang punya pasal. Lepas menghabiskan air kami diberi kain sorang sehelai. Nak buat apa agaknya tu? Nak melibas orang kah? Souvenir sebab bayar mahal kah?

Tetttt! Dua-dua salah!

Nak tau apa gunanya? Haaaa....gunanya untuk melilit pinggang sebagai menghormati tempat ni. Nak lilit lagu mana suka hati asalkan lilit. Nak pakai pesen kain samping pegi menikah boleh, pesen silat pulut boleh, pesen pario pun boleh. Ada jugak yang gila-gila pakai pesen tepi pantai. Erm..tak reti aku nak describe so gunakan daya imaginasi sendiri. Aku rasa dia memandai sebab kalau diikutkan tak boleh, kiranya macam tak menghormati tempat tu. Walaupun aku mempertikaikan kegunaannya (memandangkan aku berseluar panjang) tapi aku terpaksa akur sebab dah syaratnya camtu. Dulu masa tahun 2009 benda ni takde so boleh jadi benda ni masih baru.


Dari kaunter tiket kena menapak lebih kurang 100-200 meter dan menaiki anak tangga sebelum tiba di kaki candi. Pada waktu ni orang tak berapa ramai, mungkin sebab hari kerja (entah apa kaitannya teori ni) so boleh la kami bersenang-lenang posing suka hati. Cuaca pada waktu ni memang cantik, langit pun biru, penuh dengan awan larat, cuma turn-off sebab panas membahang.


Masa sekolah dulu dalam buku teks Sejarah tingkatan 4 ada cerita pasal Candi Borobudur dan biasalah, benda yang tengok dalam buku ni selagi tak nampak depan mata memang susah nak bayangkan. Samalah jugak dengan Angkor Wat, bila dah tengok depan mata barulah puas hati. 

Mengikut sejarah, Candi Borobudur dibina sekitar tahun 800M semasa Dinasti Sailendra tapi takde bukti jelas menunjukkan atas sebab apa ia didirikan. Candi Borobudur terdiri daripada 6 platform yang mendatar dihiasi dengan 2,762 panel relief, 3 platform bulat dengan 504 arca Buddha dan stupa yang terbesar di puncak yang dikelilingi oleh 72 arca Buddha yang bersila di dalam stupa. Namun kini sebahagian besar daripada arca tersebut telah rosak dan sesetengah dari kepalanya telah dipenggal. Difahamkan juga candi ini menjadi tempat keagamaan yang dikunjungi pada setiap tahun oleh penganut agama Buddha semasa hari Wesak.

Ketik link berikut untuk bacaan lanjut tentang Candi Borobudur dalam Bahasa dan English.

Kebetulan pada waktu kami ke sini pihak pengurusan sedang menyelenggara bahagian atas candi yang terkena debu Gunung Merapi. Dikhuatiri debu dari gunung berapi yang meletus pada November 2010 itu mengandungi asid yang boleh merosakkan candi maka ia perlu diselenggara sebelum dibuka sepenuhnya kepada orang ramai. Walaupun 3 platform bulat itu ditutup tapi aku dengan selambanya pegi trespass. Alang kepalang bayar mahal, lagipun benda dah depan mata. Memandangkan tangga ke sini ditutup jadi terpaksalah aku memanjat. Peh bukan main tinggi dia punya platform, kalau biasa lompat pagar mungkin tak jadi masalah.



Walaupun penah berdiri di atas platform ni dulu tapi bila dapat buat kerja gila rasanya lebih seronok, untuk kepuasan peribadi! Mujurlah takde pegawai yang datang meronda so kami pun selamat. Kalau kena soal pun aku akan cakap dah bayar mahal mestilah aku nak naik sampai atas, ye tak? 

Ada mitos yang menyatakan kalau dapat sentuh arca Buddha dalam stupa berbentuk loceng ni bolehlah buat permintaan. Pada aku kalau setakat nak test tangan panjang mana tak jadi masalah TAPI kalau nak mintak, lebih afdhal mintak dengan Yang Di Atas. Sebenarnya aku terpikir, kalau ada binatang berbisa yang menyorok dalam tu macam ular, tak bahaya ke?


Memandangkan kompleks candi yang besar dan terletak di bawah terik matahari jadi eloklah bawak air kosong supaya tak kehausan dan payung untuk mengelakkan kulit dari menjadi rentung.

Selesai berjimba-jimba selama 2 jam akhirnya kami amik keputusan untuk beredar. Untuk sampai ke pintu keluar kami perlu merentasi laluan panjang yang di kiri kanannya ramai dengan penjual-penjual souvenir. Jenis souvenir yang dijual adalah seperti keychain replika candi, tempat abu rokok replika candi, replika candi sebagai perhiasan dan juga barang yang tak berkaitan seperti souvenir Upin Ipin. Haaaa, jangan tak tau, pengaruh Upin Ipin memang besar kat sini. Hehehe. Walaupun diasak berkali-kali oleh para peniaga hingga menduga kesabaran yang senipis kertas tapi aku memilih untuk berdiam diri sebab aku pun faham yang mereka nak cari rezeki. Nak marah pun rasa tak sampai hati jadi jalan terbaik adalah diam. Tindakan mengangkat tangan dan buat sign "talk to the hand" rasanya macam tak bertamadun dan jika aku dalam posisi diberi tangan rasanya tergugat jugak jati diri dan maruah.

Aku sebenarnya kesian melihat peniaga jalanan sebab mereka hanya duduk bertinggung di bawah pokok dalam keadaan panas terik dan terpaksa berasak-asak dan mencuba nasib sedangkan persaingan amatlah sengit. Tapi apa boleh buat, aku pun takde alasan nak beli replika candi sebagai kenang-kenangan. Inilah rasa bersalah yang paling aku tak suka sebenarnya. Hurm..


Setelah melalui laluan yang penuh dengan peniaga jalanan kami melalui pula deretan kedai yang juga menjual souvenir. Sama jugak konsepnya cuma peniaga di sini mampu menyewa kedai. There's no way to escape sebab laluan ini telah dicipta untuk setiap tourist melaluinya. Bagi yang tak pernah ke sini mungkin perlu tahu bahawa laluan masuk dan laluan keluar adalah berbeza. Situasi di sini pun takde beza dengan yang tadi cuma kali ni lebih tertekan sebab sikap peniaga yang lebih agresif.

Akhirnya kami pun "selamat" menempuhi cabaran tersebut dan tiada sebarang expenses yang dibuat. Dalam fikiran aku sesiapa yang berjaya mengelak semua dugaan tersebut patut diberikan trofi. Errr?!

Kami kembali ke parking motor dan berbincang arah destinasi seterusnya. Pada mulanya kami bercadang nak ke Candi Prambanan tapi memandangkan bayaran masuk yang mahal jadi cadangan pun ditutup. Mujurlah aku dah penah ke situ dulu jadi taklah ralat sangat. Akhirnya dengan sebulat suara kami memilih untuk pegi ke perkampungan yang menerima tempias Gunung Merapi. Di mana? Tungguuuu...


bersambung....
.

Read more...

Trans Java : Jogja - Part 14

December 12, 2011

Sambungan dari Part 13



Hari Kelapan : 29 Mac 2011

Suasana di tepi pantai pada waktu ini masih hidup cuma tak semeriah tadi. Oleh kerana hari semakin gelap maka kami amik keputusan untuk balik ke Jogja. Menaiki motor pada waktu malam di kawasan kampung yang sunyi bukanlah idea yang bijak sebab di kiri dan kanan semuanya hutan. Tapi mujurlah takde apa-apa yang berlaku dan motor pun tak meragam. Selepas melepasi pintu gerbang ber"tol" barulah kami bertembung dengan kenderaan lain dan sejam kemudian kami sampai di pekan Jogja dan terus Jalan Malioboro untuk makan malam.

Terdapat banyak lesehan di sepanjang kaki lima dan boleh dikatakan kesemuanya menyediakan masakan yang sama. Mereka yang tak cerewet mungkin tak berhadapan dengan masalah tapi bagi mereka yang cerewet anda dinasihatkan supaya menjenguk sendiri dapur-dapur dan kawasan sekitar lesehan sebelum membuat keputusan. Alah, kalau kat Malaysia tu makan tepi longkang, tepi loji kumbahan pun ko sanggup. Roti canai mamak yang peluh mencurah-curah, masuk toilet tak cuci tangan pun ko sanggup. So apalah sangat makan kat kaki lima? Kah kah kah....

Setelah tawaf 2-3 kali akhirnya kami amik keputusan untuk makan di satu lesehan sebab tertarik dengan persembahan sekumpulan ngamen di situ. Selepas memilih meja dan menjulur kaki, kami mula memesan makanan. Menu kat sini pelbagai, ada nasi putih, ayam bakar/goreng, burung bakar/goreng, nasi gudeg dan sebagainya. Pendek kata semua ada dan dijamin halal!


Pada pendapat aku, konsep makan cara bersila di tempat terbuka sebegini memang unik sebab takde lagi kat Malaysia (kalau ada sila inform!). Bagi aku pengalaman ini rugi kalau dilepaskan sebab selain daripada mencuba masakan tempatan kita boleh menyelami cara hidup dan budaya masyarakat setempat.



Aku teringat kenangan di sini pada tahun 2009. Masa tu kami order burung goreng instead of ayam goreng. Sekali masa tengah khusyuk mencarik-carik isinya tiba-tiba ternampak kepala burung. Apa lagi, tangan pun laju amik salad tutup kepala burung. Hahaha. Kalau diingatkan memang ngeri sebab tak bajet dia goreng sekali dengan kepala. Aku rasa memang stail orang sini makan dengan kepala kot, sedap meratah....erkk!

 

Dua minuman ni wajib dicuba. Teh botol ni aku bajet mesti ramai yang penah rasa terutama sekali bila makan di restoran ayam penyet. Pada pendapat aku rasanya lebih sedap minum di dalam botol berbanding di dalam kotak.

Air mizone ni aku tak penah miss setiap kali ke Indo. Rasanya macam light carbonated drink tapi ditambah dengan perisa buah-buahan. Sebotol cuma Rp5000, itu harga yang maksimum dan paling murah cuma Rp3500 (perisa mangga kweni). Pada aku mizone memang sedap, infact lebih sedap daripada 100 Plus dan Sweet Pocari. Selain dijual di Indo, aku penah nampak air yang sama kat NZ tapi botolnya lain sikit.

Berbalik pada cerita, masa kami tengah makan tiba-tiba kumpulan ngamen tu datang dan mereka mintak izin untuk perform. Sebenarnya aku rasa bersalah sebab biarkan dorang tengok kami melantak sedangkan dorang mungkin menelan air liur sambil perform (ini cuma teori sebab aku tak pasti dorang dah makan ke belum). Akhirnya dalam pada rasa bersalah silih berganti tau-tau lauk dah habis. Hehe

Selepas habis satu lagu melarat pulak ke lagu yang lain dan akhirnya terbabas sampai 5-6 buah. Mana taknya, kita boleh request apa-apa je lagu dan kalau tau, dorang akan nyanyi. Wah feeling sungguh masa tu sebab bajet ada personal band! Tapi dah habis perform tu ko pandai-pandai la hulur, jangan blah camtu jek. Kejam gile!

Cuma malang sikit sebab aku dah tak ingat nama kumpulannya. Tapi yang pasti alat muzik mereka lengkap dan aku rasa itu yang menjadikan kumpulan ni "hebat" sebab rata-rata ngamen hanya ada sebijik gitar.



Tapi yang pastinya member aku dah tangkap lentok dengan ngamen-ngamen ni. Kah kah kah. Aku pelik camne dorang boleh tangkap lentok sebab aku tak nampak pun X factor kat ngamen-ngamen ni. Korang nampak ke? Takkan main dua tiga lagu, sengih sikit dah jatuh cinta? Oh aku lupa yang cinta itu buta. Kih kih kih...


bersambung....
.

Read more...

Hello December!

December 09, 2011

Achoomm!! *tebas sawang*

Eh dah masuk bulan Disember rupanya, sekejap je kan? Lagi 3 minggu masuklah tahun 2012...phew~

Nampaknya dah 10 hari aku tak update blog sejak daripada last entry. Sebenarnya aku ada je tapi lepas balik dari short holiday baru-baru ni aku terus sibuk sampailah sekarang. Nak update blog pun tak sempat tapi nanti ada masa aku akan sambung cerita Trans Java. Harap-harap sempatlah habis sebelum masuk tahun baru. 

Dalam 2-3 hari ni aku tengok ramai orang bercerita pasal promo di website AA bersempena dengan ulang tahunnya yang ke-10. Aku pasti ramai yang berjaya dengan hasil tangkapan masing-masing dan mula menyusun jadual percutian untuk tahun depan. Kalau dulu aku memang teruja setiap kali ada sale tapi selepas mengkaji trick dan strategi AA, aku perhatikan :

1. AA suka buat "mega sale" yang tarikh perjalanan 6 bulan ke atas
2. Beberapa bulan selepas "mega sale" ada lagi sale yang harganya jauh lebih murah daripada sale sebelumnya
3. Dalam 2-3 bulan sebelum tarikh perjalanan akan ada lagi sale yang harganya jauh lebih murah daripada 2-3 sale sebelumnya (sebab nak habiskan seat-seat yang tak laku)

Kesimpulannya :

1. Setiap minggu MESTI ada sale
2. Menunggu trip yang tarikh perjalannya 6 bulan ke atas adalah lamaaaaaaaaaaaaaa! (penantian itu penyeksaan!)
3. Lazimnya sale untuk trip yang 2-3 bulan sebelum tarikh perjalanan jauh lebih murah daripada opening sale
4. Dahla beli seat promo, bila tak dapat pegi, nak tukar tarikh kena tambah duit. Bukannya sikit, banyakkkk pulak tu. Lastly kena beli tiket baru, takpun burn. Nak transfer nama pun tak boleh, kan rugi?

HAHAHAHA. So aku memang tak termakan dengan trick AA, sume dalam poket! Strategi marketing AA memang bijak sebab dorang jual advance seat. Aku tak kata salah untuk beli advance seat dan plan holiday dari awal, cuma pada aku menunggu trip yang setahun kemudian adalah seperti perjudian sedangkan duit dah keluar walhal status pegi/kansel belum tau.

Apapun ini hak individu, terpulang nak beli advance seat sebab korang punya duit. Tapi bagi aku zaman advance ticket dah berakhir dan aku lebih rela menunggu 3 bulan daripada 6 bulan atau setahun kemudian sebab yang penting sekali plan dulu route, itinerary dan allocate budget secara advance. Nanti bila ada sale boleh terus grab and off you go within 3 months!

Sebelum mengakhiri entry ni aku nak ucapkan terima kasih buat Kemang dan John sebab tolong menambah koleksi Lonely Planet dan poskad aku. Arigatou gozaimas!!

kirim 7 tapi dapat free satu, makasih Kemang!


Kalau nak tau, inilah saja buku yang aku baca. Kalau buku lain baca 5 minit mesti ngantuk. Aku kumpul LP sejak daripada mula travel sampailah sekarang dan koleksi aku dah 17 buah, masih sikit kalau diikutkan (gua tengah hint hadiah besday untuk tahun depan ni...ehemm). Walaupun koleksi ni outdated sebab beli masa promo MPH (1 buku = RM12) tapi info dalam ni lengkap. Yang berubah cuma harga publish untuk penginapan, transportation dan entrance fee ke mana-mana manakala selebihnya takde beza. Sesetengah orang mungkin rasa benda ni membazir tapi bagi aku LP ada keistimewaanya yang tersendiri sebab tak semua info di dalamnya ada di internet. Dalam koleksi yang masih hot ni aku paling tertarik dengan Nepal sebab di sinilah terletaknya Mt. Everest. Mungkinkah EBC selepas ni?!!


cantik tulisan John, macam tulisan makwe...hehehe


Poskad dalam bahasa Korea ialah 우편엽서 (upyeon-yeopseo). Nanti ada masa aku keluarkan sume koleksi poskad dan share kat sini. Koleksi aku agak banyak sampai dah lost count dan kebanyakannya adalah self-written manakala bakinya daripada kengkawan.
.

Read more...

Trans Java : Jogja - Part 13

November 29, 2011

Sambungan dari Part 12


Hari Kelapan : 29 Mac 2011

Selepas makan tengahari di Jalan Malioboro.

Setelah menempuh perjalanan selama hampir sejam melalui kawasan kampung dan jambatan besi, akhirnya kami tiba di hadapan sebuah pintu gerbang yang bertol. Bertol? Kenapa, tak percaya?





Kali pertama pada tahun 2009 aku dah jumpa tol ni so taklah terkejut bila nampak kali kedua. Orang yang tak penah jumpa mungkin rasa pelik kenapa ada tol kat tengah-tengah kampung.

Nak kata ada highway memanglah tak tapi tak silap aku tol ni untuk maintenance jalan kampung, agaknye. Bayaran tol yang dikenakan untuk sebijik motor ialah Rp3,000 dan setiap seorang visitor ialah Rp3,000.

Lebih kurang 15 minit selepas melepasi tol barulah jumpa kawasan pantai. Untuk orang yang baru pertama kali ke sini menggunakan kenderaan sendiri contohnya motor sewa mungkin akan keliru sebab ada 2 lorong masuk. Kedua-dua lorong ni terletak di sebelah kanan jalan utama dan lorong yang betul ialah lorong kedua.

Susah aku nak gambarkan lorong ni macam mana sebab takde gambarnya tapi apapun all the best! Hehe. Cuma yang pastinya dari jalan besar boleh nampak lorong ni sebab ada deretan kedai di sepanjang jalan masuk.

Apabila melalui lorong ni tak perlu matikan enjin TAPI perlu berhati-hati sebab ada sesetengah pemilik kedai yang bertindak secara tiba-tiba dan berdiri di tengah-tengah jalan untuk menghalang laluan. Nanti dulu! Jangan la pegi langgar tapi berenti le pastu cakap takmo ataupun geleng kepala cakap "Nehi! Nehi!". Hahaha. Ok tak, just cakap elok-elok takmo, terima kasih....pastu pecut sampai ke hujung, pastu belok ke laut. Hahaha. Ok tak, sampai hujung jalan jek! Pfftt!

Tapi kan, dua kali aku pegi, dua kali jugak benda yang sama berlaku, gile ah!




Sebenarnya bukan apa, dorang suruh berenti makan di kedai dan ada sesetengahnya suruh parking kat tempat dorang. Aku sebenarnya kurang berkenan sebab cara dorang yang agak pushy.

Kenapa aku suruh pecut sampai hujung jalan? Sebab kat hujung jalan ada parking grand stand. Hahaha. Parking sebijik motor di grand stand cuma Rp3k per entry. Bila parking dah setel bolehlah terus menapak ke pantai.

Suasana di Pantai Parangtritis pada waktu petang memang happening sebab kawasan ni sentiasa ramai dengan pengunjung tak kira penduduk tempatan mahupun pelancong. Kesemuanya ada tujuan yang sama iaitu bersunset! Di sini matahari mula membenamkan dirinya lebih kurang pukul 5.30-5.40pm waktu tempatan. Jadi, kalau merancang untuk melihat matahari terbenam atau sunset, pastikan datang sebelum waktunya ataupun melepas!

So, apa sebenarnya yang menarik di Pantai Parangtritis ni? Selain terkenal dengan lagenda Nyi Roro Kidul, di sini juga terdapatnya aktiviti riadah seperti bermain layang-layang, berkuda, andong (kereta kuda) dan ATV.




Tapi awas, pantai ini bukan sembarangan pantai dan aktiviti mandi-manda adalah dilarang sebab ombak di sini boleh tahan kuat. Dah banyak nyawa yang melayang tapi biasalah, ramai yang degil tak dengar kata. Aku tengok pun rasa cuak sebab ombaknya boleh tahan tinggi. Orang kata kalau ombak tinggi boleh surfing tapi aku tak penah lagi jumpa orang surfing kat sini. Kalau surfing pun tak selamat, mandi lagi la tak boleh.




Dari pemerhatian aku pantai ni takla cantik mana sebab kotor dan penuh dengan sampah sarap. Aku pun tak paham camne dorang boleh enjoy bergolek-golek main pasir. Aku sendiri pun tak berani nak bukak selipar sebab takut terpijak benda yang bukan-bukan. Mana tau ada kaca ke, jarum inject ke, popo ke. Erkk!

Tadi aku ada mention pasal lagenda Nyi Roro Kidul. Penah dengar ke? Kalau tak penah meh sini duduk rapat-rapat sebab aku nak citer. Sebenarnya ada 2 versi berkenaan lagenda ni. Menurut masyarakat Sunda, mereka menggelarkannya sebagai Roro Kidul tapi bagi masyarakat Jawa mereka memanggilnya sebagai Ratu Kidul. Ini kerana masyarakat Jawa percaya bahawa Ratu Kidul berasal daripada golongan dewa manakala Roro Kidul adalah dari kalangan manusia. Walaupun berbeza tapi masing-masing percaya bahawa ia adalah Ratu Laut Selatan yang menjaga pantai selatan Jawa dan Bali.

Mengikut lagenda masyarakat Sunda, Nyi Roro Kidul adalah anak kepada Raja Munding Wangi dari Kerajaan Sunda yang telah disihir oleh ibu tirinya iaitu Ratu Dewi Mutiara. Ibu tirinya benci kepada si puteri kerana dia amat cantik dan disihir hingga badannya dipenuhi bisul yang berbau busuk.

Setelah termakan helah ibu tirinya, bapanya Raja Munding Wangi telah mengusirnya dan dia pun berjalan selama 7 hari 7 malam sehingga sampai ke pantai selatan. Apabila tiba di situ dia merendamkan badannya ke dalam laut dan mendapati kulitnya yang bisul dan berbau busuk itu sembuh. Skema pulak rasanya ayat aku. Ah layan jelah jangan banyak komplen!

Itu version yang aku baca dari wikipedia, tapi version yang aku dengar dari penduduk setempat lain sikit. Dikatakan bahawa kulitnya akan berubah semula menjadi busuk dan berbisul pada waktu siang dan untuk mendapatkan kulit yang kekal cantik maka si puteri harus tinggal di dalam laut dan memerintah kerajaan laut.....and the rest is history.




Menurut kepercayaan setempat, pengunjung pantai dilarang memakai pakaian berwarna hijau gelap atau bakal mendapat "habuan" dari Nyi Roro Kidul. Selain dari itu, terdapat beberapa buah hotel di sekitar Bali dan Jogja yang menyediakan beberapa bilik khas untuk Nyi Roro Kidul. Power jugak cik kak ni kan? Hehehe

Kami masih tak berganjak walaupun malam sudah melabuhkan tirai sebab menunggu aktiviti penutup iaitu menjagung di tepi pantai!

Peniaga jagung bakar hanya akan muncul waktu matahari terbenam, kalau awal daripada tu memang takde so kenalah tunggu. Apa yang istimewanya ialah peniaga-peniaga ini terdiri daripada kaum-kaum ibu. Masa menunggu dorang setting kedai, seorang peniaga melambai-lambai ke arah kami supaya datang ke "warung" nya dan tanpa berlengah kami terus ke situ.




Ditemani lampu gasolin yang meliuk-liuk dan dapur arang yang antik, kami tekun menunggu jagung yang sedang dibakar. Sesekali bara yang digunakan padam disebabkan angin yang kuat tapi ia tidak mematahkan keinginan kami untuk terus menjagung. Sambil menunggu aku cuba mencari ruang untuk berborak dengan makcik ni. Katanya kalau hari biasa tak ramai orang ke pantai, tapi kalau hari minggu memang ramai dan hasil jualannya pun bagus. 

Pada mulanya aku ingatkan rumah makcik ni dekat sini aje tapi rupanya jauh. Setiap hari dia akan berjalan kaki selama sejam untuk sampai ke sini. Huh, sejam! Tapi, apa boleh buat, kalau dia tak kerja sape yang nak sara keluarga? 

Melihatkan kesungguhannya, aku jadi sedih dan insaf bila memikirkan betapa susahnya dia mencari rezeki. Berapa sangatlah untung yang dia dapat hasil dari meniaga jagung bakar? Aku pasti jumlahnya tak banyak sebab harga untuk sebatang cuma berapa sen kalau dibandingkan dengan masa dan tenaga yang dikeluarkan.

Masa yang berlalu begitu pantas dan akhirnya jagung kami pun siap. Rasa jagung bakar ni sebenarnya biasa je, cuma sedap sikit sebab disapu dengan minyak dan perisa cili. Makcik ni bagi kami extra tapi kami tak sampai hati sebab dia orang susah. Akhirnya kami bayar dia lebih daripada harga yang sepatutnya. Sekali sekala bersedekah apa salahnya kan?




Itulah lumrah kehidupan, selagi dunia masih berputar, selagi nyawa belum di ambil maka selagi itulah hidup perlu diteruskan. Kadangkala kita selalu mempersoalkan kenapa Tuhan tidak adil sedangkan kita lupa dengan apa yang Tuhan berikan. Bersyukurlah dengan apa yang ada sebab ramai orang yang berharap nasibnya baik seperti kita.


bersambung....
.

Read more...

Trans Java : Jogja - Part 12

November 27, 2011

Sambungan dari Part 11.


Hari Kelapan : 29 Mac 2011

Selesai lawatan ke Taman Sari dan Kraton.

Setelah hujan reda kami terus mendapatkan motorsikal dan bergerak untuk makan tengahari di Jalan Malioboro. Dari Kraton ke sini sebenarnya tak jauh, in fact tempat ni seberang jalan je. Kalau berjalan kaki mungkin boleh terus redah tapi kalau bawak motor kena memusing sebab Jalan Malioboro ni 1-way.

[source] "Sultan Palace" ialah Kraton


Pada aku sistem jalanraya di Jogja lebih teratur berbanding di Bandung dan papan tandanya tak mengelirukan macam di tempat kita. Aku tak pasti sama ada semua orang cekap membaca peta tapi pada aku Jogja ni peanut (kacang).

Nak cari parking motor kat Jalan Malioboro tak susah sebab ada banyak di sepanjang bahu jalan atau lebih tepat - laluan pejalan kaki. Harga parking di sini cuma Rp1k dan bayar per entry. Ada ramai petugas-petugas motorsikal yang akan menjaga dan membantu kita meletakkan motor. Satu benda yang aku kagum ialah orang sini tak risau tinggalkan helmet tergantung di cermin sisi atau di atas seat sebab takde pencuri. Tak macam kat tempat kita yang mana helmet jadi barang berharga sampai terpaksa tambah bakul di belakang motor semata-mata untuk simpan. Walaupun Jogja ni selamat dan aman tapi nampaknya perasaan fobia helmet kena kerat (potong) di Kolumpo melebihi segala-galanya. Hahaha. Penjaga motor tu pun pelik tengok kami bersungguh-sungguh simpan helmet tapi nak buat camne, dah fobia. 

Dari parking motor kami bergerak mencari tempat makan yang sesuai di sepanjang jalan. Pada waktu malam Jalan Malioboro terkenal dengan lesehan (makan bersila) tapi pada waktu siang suasananya sedikit berbeza. Seingat aku takde lesehan pada waktu siang, cuma gerai-gerai yang berbumbungkan "fly" dan makan di meja yang berkerusi. Setelah meninjau-ninjau 2-3 gerai akhirnya kami amik keputusan untuk makan di satu gerai setelah meneliti menu dan tahap kebersihannya. Kami makan nasi putih kering dengan lauk nangka (gudeg) dan ayam goreng. Boleh tahan sedap masakannya cuma dah lupa harga, tapi memang murah. Ownernya pun tak ketuk walaupun tau kami orang luar. So far alhamdulillah perut aku tak penah lagi meragam bila makan di tempat-tempat camni. Barangkali bakteria dalam perut aku ni terlalu kuat. Hahaha. Aku pun jenis yang tak memilih asalkan halal. Aku lagi suka makan cara local sebab dengan cara ni aku boleh blend dengan budaya dan kehidupan mereka.

Sewaktu menunggu makanan dihidangkan, datang seorang perempuan dalam lingkungan 30-35 tahun dengan seorang budak perempuan berumur 10-12 tahun. Mereka berdiri statik kat tepi meja sampaikan kami rasa tak selesa. Aku tengok emaknya tersipu-sipu memegang sebijik gitar kecik yang aku rasa layak dipanggil gitar mainan. Daripada gayanya aku pasti ini bukan ngamen yang dicari-cari tapi......!! Ok takpe, aku bersedia menadah telinga sebab aku dapat agak bunyik yang bakal terhasil ni confirm sumbing! 

*ngamen = pemuzik jalanan

Emaknya mula "menggoreng" gitar tapi out of tune (deaf tone barangkali) dan budak pompuan tu mula menyanyi. Aku assume lagu tu dia cipta sendiri sebab tak penah dengar sebelum ni. Yang buat aku sirap bila emaknya tersengih-sengih macam #$%@!* sebab tanpa rasa bersalah "pekakkan" telinga kami dengan muzik yang sumbang. 

Aku mula tarik muka dan kengkawan pun nampak sedikit terganggu sebab terpaksa menadah telinga. Cantas selera makan weh, siyes tak tipu! Aku rasa kalau mak dia tak tersengih-sengih macam kera sumbang mungkin aku tak sirap, mungkin aku ada rasa simpati tapi ini tak #$%*&@! Aku tengok pompuan ni sihat, bukannya cacat sampai kena mintak sedekah tapi saja gunakan anak untuk easy money. Oleh kerana tak tahan "dipekakkan", kawan aku hulur duit dan barulah dorang pegi. 

Aku ni bukanlah kedekut tangkai jering tapi aku lebih suka bagi pengemis makan dari bagi duit sebab bila dapat duit itu yang buat dorang semakin malas. Seorang kawan pernah berkata, "Kat KL ni mana ada pengemis yang true, sume tipu, sume sendiket! Kalau tak caye ko tengok...siang ada tapi malam takde. Pegi mana? Aku hanya akan bagi kat pengemis yang siang malam duduk situ sebab tu baru true pengemis". Boleh? Hahaha. 

Aku jugak teringat kisah seorang kawan yang terlalu curious sampaikan dia sendiri pegi interview si pengemis untuk dapatkan kepastian. Ceritanya, "Sebenarnya pakcik makcik tu kaya. Anak-anak dia yang suruh mengemis. Dia cerita rumah dia besar gila siap ada Proton Waja lagi (ni cerita tahun 2006). Pagi-pagi anak dia akan hantar dia dengan bini dia kat sini, set-up sume peralatan muzik (btw dorang ni buta) dan petang sikit barulah anak dia amik. Pendapatan mengemis sehari boleh cecah RM50, kadang-kadang RM100. Ko bayangkan, kalau sorang hulur RM1, tak jadi RM100 ke kalau 100 orang yang hulur? Pakcik tu rasa bersalah mengemis tapi nak buat camne, anak-anak sume malas nak kerja". Hurm...pulak. So macam mana semua? Patut ke tak patut?

Selesai makan kami menuju ke money changer yang terletak berhampiran Matahari (rangkaian pasaraya di Indo) sebab kawan aku nak tukar duit. Selsai tukar duit kami singgah di kiosk McD dan beli sundae cone. Aku rasa sundae cone kat Indo memang murah, tak sampai RM1. Sambil makan aiskrim kami berbincang destinasi seterusnya. Memandangkan hari masih panjang akhirnya kami bersepakat ke Pantai Parangtritis untuk sunset.

Kami bertolak dari Jalan Malioboro lebih kurang jam 3.30pm melalui jalan boleh dikatakan agak panjang untuk ke Parangtritis. Perjalanan memakan masa lebih kurang 1 jam dengan kelajuan motor yang average. Kat sini tak payah speed sebab sume orang bawak rileks, satu scene yang aku rasakan berbeza dengan gaya pemanduan di Malaysia yang serba-serbinya kalut dan gelabah. Orang kat sini juga amat bertimbang rasa bila di jalanraya dan mereka amat menghormati pengguna yang lain. Kalau di Malaysia orang menyalahgunakan hon sebagai alat untuk melepaskan marah tapi di sini hon digunakan untuk alert pemandu lain dan bunyi hon yang dikeluarkan lebih "lembut", bukan macam hon nak cari gaduh. 

Kadang-kadang aku rasa nak tergelak bila jumpa pemandu Malaysia yang marah dengan orang yang tengah berlatih memandu ie. driving school. Aku tak faham kenapa perlu marah sebab dulu pun dia bawak slow macam tu. Semua orang ada gemuruh lebih-lebih lagi bila first time bawak kat jalan raya. Poyo la sape yang hon kat keta driving school. Aku lempang berpusing kepala tu nanti!

Sepanjang perjalanan ke pantai cuaca tak begitu stabil dan banyak kali kami terpaksa berhenti di tepi jalan untuk menyarung poncho. Ada masanya hujan turun berselang-selang sampai kami dah malas nak melayan dan biarkan poncho terus tersarung walaupun cuaca terik. Ada jugak situasi di mana selepas menyarung poncho tak sampai 5 minit hujan berhenti, pandai bergurau jugak hujan ni kan? Hehe 


bersambung....
. 

Read more...

Trans Java : Jogja - Part 11

November 25, 2011

PENGUMUMAN!

Peluang untuk vote favourite entry bagi kategori Readers Choice masih dibuka. Pilih salah satu daripada 30 entry yang dipertandingkan, nyatakan sebab kenapa entry itu dipilih dan email kepada backpackerbusuk[at]gmail[dot]com sebelum 27 November 2011, 12 midnite. Mystery gift menanti penyertaan yang terpilih. So VOTE!


Sambungan dari Part 10

Hari Kelapan : 29 Mac 2011

Pagi kami dikejutkan dengan hujan lebat yang turun mencurah-curah. Nampaknya terpaksalah kansel plan ke Candi Borobudur memandangkan cuaca yang tak mengizinkan. Kalau diikutkan memang nak sambung tido tapi lebih baik mandi dan bersiap sementara menunggu hujan berhenti.




Bila dah pagi barulah boleh nampak keadaan sekeliling, maklumlah semalam sampai lewat. Boleh tahan cantik tempat ni, landskap dan bangunannya pun menarik sebab menggunakan unsur kayu. Sekilas pandang rasa macam tak percaya harga bilik yang kami duduk tu RM35 sebab ada swimming pool dan free breakfast. Kalau kat Msia jangan mimpi nak dapat harga ni, guling-guling merayu pun belum tentu dapat.


Setelah bersiap-siap kami pegi ke ruang makan untuk bersarapan. Nampaknya group kami yang paling awal, barangkali orang lain masih sedap bergulung dalam selimut. Malam tadi masa check-in receptionist bagi sekeping kertas dengan pilihan sarapan. Boleh pilih nak makan apa tapi bukan suruh sebat semua. Ada English breakfast, bread toast, nasi goreng, buah-buahan dan macam-macam lagi. Memang terbaik!

Lebih kurang pukul 9am hujan berhenti dan kami pun memulakan operasi. Di sebelah Delta Homestay ada tempat untuk menyewa motor. Pada mulanya owner tu letak Rp75k untuk sebuah scooter tapi selepas berbincang, kasik ayat manis, kenyit-kenyit mata akhirnya dia bersetuju bagi Rp60k sebuah. Aku sengih sampai ke telinga sebab harga yang aku quote tu sebenarnya harga pada tahun 2009!

Tips : selalunya owner akan mintak passport untuk guarantee tapi aku suggest buat photocopy je, sediakan jugak photocopy lesen jika perlu

Destinasi kami yang pertama untuk hari ini ialah Taman Sari (Water Castle) tapi sebelum tu kami berhenti di Pertamina (stesen minyak) dan isi full tank.

Harga aku dah lupa sebab tak catit tapi tak silap aku lebih kurang Rp15k-Rp20k, jauh lebih murah dari harga bensin di tepi jalan. Kadang-kadang bila masuk kawasan kampung yang dah tentu takde stesen minyak kenalah beli bensin di tepi jalan. Pada aku sama je, cuma mahal sikit dalam Rp1k-Rp3k. Tapi tak payah le bargain, kesian orang kampung nak meniaga. 

Setelah selesai mengisi minyak kami terus ke Taman Sari yang terletak di tengah-tengah nadi kota Jogja iaitu berhampiran Jalan Malioboro. 


Laluan ke sini agak unik sebab perlu melintasi kawasan Kraton dan di kiri kanan jalan "terkepung" dengan tembok putih yang tinggi. Bayar parking motor Rp2k/sebuah, tiket masuk Rp3k/seorang dan caj kamera Rp1k/sebuah. Orang kaunter tu cuma caj sebijik kamera walapun ada 3 bijik sebenarnya. Tempat ini dibuka dari jam 9am - 1pm pada setiap hari. 

Memandangkan kengkawan aku belum penah lagi dengar sejarah Taman Sari so kami bersetuju mengupah seorang pencerita. Upah yang dikenakan bergantung pada keikhlasan kita. Aku dah lupa nama guide tu tapi dia fasih cakap Kolumpo sebab dulu dia penah kerja kat area Sunway selama 4 tahun.


Pada aku guide ni memang terer tentang selok-belok sejarah Taman Sari sampai aku ternganga-nganga kekhusyukan. Walaupun ini kali kedua aku dengar cerita yang sama tapi aku rasa version dia lagi best berbanding dengan version yang aku dengar pada tahun 2009.




Dulu masa aku ke sini tahun 2009 tempat ni tengah renovate dan kolam ni kering kontang. Kiranya kunjungan aku yang kali kedua ni berbaloi-baloi sebab aku dapat tengok tempat ni dah improve dan yang paling penting, ada air dalam kolam. Hahaha. Waktu ni langit cerah pastu banyak awan nano (eh?) kat langit. Tapi ni sume sekejap aje sebab masa kami kat Kraton tetiba without warning hujan turun lebat kaw-kaw punya. Heh!



Ini bukan pasu bunga, ini CERMIN! 
Kenape? Tak percaya?

Zaman dulu kala mana ada cermin, so bekas yang macam pasu bunga inilah cermin. Senang je caranya, penuhkan bekas ni dengan air pastu tadaaaaa...jadilah cermin!  \(^_^)/


Sebenarnya aku tak berani nak bercerita pasal sejarah sebab takut tersalah fakta tapi secara ringkasnya dulu tempat ni ialah kolam mandi Sultan Hamengku Buwono I dengan ahli keluarga dan dayang-dayang istana. Kat sini ada beberapa bilik persalinan untuk sultan, anak-anak sultan dan dayang-dayang. Part yang paling aku suka ialah bila sultan naik ke menara dan baling bunga ikut tingkap. Waktu ni ada banyak dayang mandi di kolam tapi hanya satu dayang yang akan dipilih. Bila sultan dah pilih maka dayang tu akan join sultan mandi kat kolam private. Best kan jadi sultan? Hehehe 

Cerita lengkap tentang Taman Sari boleh baca di sini

Kami habiskan masa lebih kurang sejam di sini sebelum di bawa ke belakang di mana terletaknya galeri lukisan dan hasil kerja tangan penduduk kampung. Aku akui boleh tahan cantik lukisan-lukisan tu tapi aku takde pulus nak beli. Separuh dari hati aku kata ni macam scam sebab by the end of tour kena masuk kedai lukisan tapi lagi separuh kata takpelah, dorang pun nak cari rezeki, ye tak? Dorang tak memaksa kita beli tapi dari pengamatan aku hasil karya pelukis-pelukis dia Jogja memang cantik. Aku suka lukisan yang berbentuk abstrak, kalau lukisan pemandangan aku kurang sikit. Harga setiap lukisan boleh dirunding dan ada sesetengah tempat yang lukisannya boleh ditukar-tukar kalau dah boring.




Kami meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya iaitu Kraton yang terletak berhampiran Taman Sari. Kraton dalam bahasa Jawa bermasud istana. Bayaran masuk ke sini ialah Rp3k/seorang dan parking motor ialah Rp2k/sebuah. Masuk sini pun tak lengkap kalau tak amik tour guide sebab cerita pasal Kraton memang menarik. Aku memang minat dengan sejarah dan kalau amik guide memang aku akan manfaatkan betul-betul. Yang lawak tu bila tour guide ni ingat aku ni student sebab khusyuk pastu tanya banyak soalan. Walhal aku ni dah lama tinggal sekolah kot!!! Tapi kalau dia pikir aku ni student maknanya rupa aku ni macam budak sekolah la ye? Perasan lah ko!!

Tapi yang pelik tu zaman sekolah aku tak minat pun subjek Sejarah. Sampai sekali tu cikgu Sejarah siap membebel sebab aku tibai jawab soalan trial SPM. Begini soalannya, "Apakah maksud pendidikan tidak formal dan berikan contoh-contohnya". Aku jawab ape tau? Hahaha. Aku jawab, "Pendidikan tidak formal ialah pembelajaran melalui apa yang dilihat seperti melipat kain, memasak, menjaga adik, dan mengemas rumah". Lebih kurang gitu le aku jawab. Dek kerana jawapan inilah maka aku glamer kat sekolah. Habis sume kelas tau jawapan aku. Pfftt!! Ini cuma selingan. Back to story.

Seperti yang kita maklum, kalau istana apa lagi yang ada kalau bukan tinggalan-tinggalan raja, betul tak? So kat sini ada macam-macam benda berkaitan adat istiadat diraja Jogja macam persalinan diraja, alat-alat muzik tradisional dan sebagainya. Oh ye, baru-baru ni telah berlangsungnya adat istiadat perkahwinan diraja Jogja kat Kraton. Boleh jenguk sini untuk bacaan lengkap berserta gambar.

Ada satu benda yang menarik minat aku pasal tempat ni. Ada satu foyer yang terletak berhadapan tangga dan dikatakan ketinggian lantai foyer tu sama dengan Tugu Jogja. Pastu jarak di antara foyer tu dengan Pantai Parangtritis dan Gunung Merapi pun sama! Bila kita tepuk tangan kat bawah foyer tu boleh dengar sejenis bunyi yang pelik, macam satu titik buta (baca : blind spot) dan ia disebabkan oleh jarak tersebut. Menarik kan?

Semasa di Kraton hujan turun dengan lebat dan memandangkan tempat ni dah nak tutup so terpaksalah kami berlari dalam hujan. Nasib baik ada poncho untuk menyelamatkan keadaan. Sebab itulah pentingnya kita tengok ramalan cuaca sebelum pegi ke sesuatu tempat. Bila hujan contohnya dah tak gelabah cari poncho atau payung. Jimat!

Cerita lanjut tentang Kraton boleh baca di sini.


bersambung....
.

Read more...

  © Copyright Since 2010 | Backpacker Busuk

Back to TOP