Bus trip dari Queenstown ke Christchurch

January 04, 2011


Kali ni aku nak cerita pasal pengalaman naik bas di NZ baru-baru ni. Aku bertolak dari Queenstown ke Christchurch naik Nakedbus dan tiket bus ni aku dapat free dari sorang forumer yang baik hati. Kebetulan masih ada balance lagi 1 trip yang belum dia redeem, so instead of burn camtu dia bagi pada aku. Nak tahu lebih lanjut pasal Nakedbus dan Nakedpassport, sila click sini. Untuk yang travel solo dan tak sewa kereta, korang boleh konsider untuk beli travelpass camni untuk extra saving. Cara nak beli tiket cuma pegi ke website untuk booking dan payment. Pastu jangan lupa print atau salin booking number sebab benda ni kira macam tiket bas, ia tak macam physical ticket yang kita selalu dapat bila beli kat Malaysia.


ada 2 jenis nakedbas, jenis yang ni dengan black & white


Haritu ada yang tanya aku pasal lesen kereta kalau nak memandu kat NZ. Untuk pengetahuan semua, lesen Malaysia laku kat sini, takde masalah. Tak payah apply international driving license pun untuk bawak keta kat sini. As long as lesen tu tak expired lagi ia consider valid. Hal yang sama jugak kalau nak sewa kereta kat Oz..no problem, lesen kita laku. Cuma cam biasala, asian drivers ni aku tengok tahap pemanduan dia agak mendukacitakan sikit. Aku harap bila korang bawak kereta kat sini, kalau nampak pedestrian berdiri kat tepi jalan nak melintas tu, berenti la, jangan sedap je tekan minyak! Haritu aku tengok ada Pak Ya ni bawak kereta nak langgar orang melintas, pastu masuk lorong yang tak boleh masuk. Dia ingat ni tempat bapak dia ke? Dah datang tempat orang tu respek la undang-undang jalanraya sini, bukan ikut sedap je. Pastu klu speed dah tetap 50km/h tu ikutla. Kalau kene saman sedap jugak, silap-silap terbang NZD150 sia-sia. Polis kat sini ada di mana-mana, in fact, kalau polis takde pun orang lain yang nampak still akan repot kat polis, baik beringat sebelum kena saman. Signal kene jaga, kalau tempat tu ada tanda STOP, stopla sekejap walaupun takde keta yang lalu.

Bebalik pada cerita aku naik bas tadi, kalau nak tahu, tambang bas kat sini agak mahal, kadang-kadang harga dia sama macam naik flight. Macam kes aku, dari Queenstown ke Christchurch tambang bas dalam NZD56.40 (cuba convert dalam RM, pitam!!), harga yang sama gak leh dapat kalau naik Jetstar ke tempat yang sama, cuma kene beli tiket awal, bukan last minute. Tapi since aku punye free, so aku tak kisah walaupun jauh perjalanan tu macam dari KL pegi Kelantan, solid 8jam. Since aku on budget, aku on aje even hampir separuh hari terbuang dalam bas. Tapi nak cerita, walaupun 8jam, view yang aku dapat sepanjang perjalanan tu memang breathtaking...sangatla layan. Sekejap-sekejap nampak bukit, ladang kambing, ladang kuda, sungai, tasik..macam-macamla..memang cun habis! 


cromwell - ada banyak orchard kat sini


ladang anggur kat cromwell


lake wanaka


lake pukaki - masih ada snow kat gunung walaupun summer


sungai ni kadang-kadang kering


Stesen bas kat Queenstown tak macam stesen bas kat tempat kita tapi lebih kepada bus stop, sempoi aje. Actually kat memana pun sume cam gitu rupa stesen bas dia, cukupla setakat ada bench pastu bumbung. Dari Queenstown tak ramai yang naik, tapi along the way, bas akan masuk ke town untuk pick-up dan drop-off penumpang. Laluan yang aku tempuh haritu ialah Queenstown - Frankton - Cromwell - Wanaka - Twizel - Tekapo - Geraldine - Ashburton - Christchurch. (sebutan Twizel ialah Twai-zel. *sebutan "e" dalam zel macam sebut "emak")


sumber : nakedbus.com


Apa yang menarik tentang pengalaman waktu naik bas ni, memandangkan Queenstown adalah starting point untuk ke Christchurch, maka driver bus akan buat sket briefing sebelum bas tu jalan. Dia akan brief laluan yang akan diambil, bas berenti mana, pastu safety precaution dalam bas dan sepanjang dalam bas ni sume penumpang diminta memakai safety belt in case bas tetiba emergency break. Condition bas memang bersih, selesa, air-conditioned, pastu free seating. Jadi boleh pilih nak duduk tingkap belah kiri atau kanan, ikut suka. Cuma 1 je aku tak suka, seat dia takleh recline, duduk statik la camtu sampai ke sudah.

Masa aku naik tu bas berenti banyak kali gak untuk toilet break, tapi paling lama dekat Tekapo (sebutannya ialah Ti-ke-pu *sebutan "ke" tu macam sebut "ketam") untuk lunch break selama 1/2 jam. Aku pun tak lepaskan peluang untuk amik gambar sekitar tasik yang cantik. Kebetulan masa ni summer so masih ada lagi sisa-sisa bunga lavender, tapi lebih meriah rasanya kalau waktu spring. Apapun, waktu winter yang terbaik sebab ada snow atas gunung.


lake tekapo - summer 2010


bunga lavender


pink version


same mountains, tapi dari jarak jauh


lake tekapo - winter 2010
same mountains, tapi lebih up close


Dekat Tekapo nanti driver bas akan bertukar sebelum meneruskan perjalanan ke Christchurch dan bas akan terminate the servis di Cathedral Square, Christchurch. Kalau tanya aku best ke tak naik Nakedbus ni, jawapan dia biasa je macam naik bas kat Malaysia, cuma beza view sepanjang perjalanan agak stunning pastu driver pun memandu dengan berhemah. Kalau nak tido pun takla rasa takut tetiba celik mata dah masuk hospital or worst case alam barzakh. 

Aku dengar cerita haritu ada kes bas pelancong masuk gaung kat Cameron Highland, pastu macam bersambung-sambung pulak eksiden bas sepanjang minggu tu. Drebar kat Malaysia ni aku tak tau la apa yang kalut sangat nak kejar...kalau nak speeding baik masuk litar lumba ke kurang-kurang kalah pun dapat hadiah saguhati. Ini dapat ape lumba kat jalanraya? Kalau tak bahayakan diri sendiri, pikirla nyawa orang lain jugak, bukan ada jual kat kedai. Hargailah kehidupan ini sebelum ia berakhir.


notakakiayam : kalau rajin entry seterusnya aku akan cerita pasal earthquake di Christchurch

9 comments:

Lady of Leisure January 4, 2011 at 11:16 PM  

rasa nak nangis tengok pic semua lake2 tu.. cantik giler.. suka pic yang ada lavender tu.. :)

Rara Nasiha January 5, 2011 at 12:24 AM  

tu lavender eh? bestnya kalau aku dapat pergi sana.

HiRa January 5, 2011 at 1:43 AM  

apesal nm bus tu sensored weh??wakakaa..tp psl seat stAtic tu,aku pon da mrasa keadaannya cmna ms aku naik bus dr kmunting-kuantan..perghh dok plak kt blkg skali(kt pntu kcmasan)mmg la sgt2 nk pning+muntah..bkn tu je mcm hg ckp la drebar bus msia ni sebok nk race je..bwk cm pari2 mnum todi mmg la bt aku btmbh mloya,dgn emrgncy break slalu.pling mlang kusyen bus tu leh plak agkt(bla break x meloroih ke dpan)hadoi hazab sgt..btw,bes bc kesah hg naik bus ni..da lama xnaik bus,ahd ni akn bmula la blik pngembaraan upin ipin aku ke kl...hehee~~dkat jaaa..k darlink aku mau tdo da..da kol 2am kt msia skg ni..tke care,jgn lupa solat..miss u much2~~adios amigos~~

fatt January 5, 2011 at 5:48 AM  

lady,
lake kat sini sume cantik2, tp lavender tu dah kurang skit, klu time spring haritu tmpt ni lg cantik :)



rara,
yup itu lavender..tp gambar tak clear sgt..ada mcm2 kaler lavender, purple dgn pink..



hira,
nasib baik dia pilih tu, kalau lain lagi haru..haha. hrp2 ahad ni hg tak naik bas yg hazabedah ye..kalau tak sure jadi mimpi ngeri naik bas setelah sekian lama tak naik..apapun, hrp2 selamat perjalanan pegi balik. amin!

Traveller's Anatomy January 5, 2011 at 10:50 AM  

Subahanallah, cantiknye.
Mmg nak kene pegi NZ ni jugak hehe...

fusherna January 5, 2011 at 11:35 AM  

pandai ko tangkap gambar. leh buat poskad!

zany January 5, 2011 at 3:58 PM  

fatt
kalau di sana ada tak bas yang boleh berhenti pastu bagi penerangan sikit tentang tempat tu? so tak payah kita sewa kereta. macam ada terbaca. nakedbus ni antara yang termurah ke?
kalau nak ke Mt Cook macam mana pula laluan dia?

fatt January 5, 2011 at 10:36 PM  

byya,
wajib pegi byya..sooner or later u mesti pegi tau..coz its really beautiful :)



fusherna,
kalau ada yg nak beli buat poskad aku jual je..bleh masuk tabung ayam, hihi~



zany,
yup, so far paling murah nakedbus la sbb intercity dgn atomic shuttle agak pricey..but depends, kdg2 ada promo leh dpt murah..
i tak sure ada bas camtu tp klu intercity ada yg ckp ada, ada ckp takde commentary ni..ikut keadaan. tp cuba u tgk dulu website dia coz i tak berani nak confirm. slalu kalu nak visit sstu tmpt tu cth mcm u nak gi milford sound, ada pakej tour..so yg tu mmg ada penerangan sume..

kalau u nak pegi mt cook, ada tour ni cuba u cek website ni : http://www.cookconnect.co.nz/default.aspx

fusherna January 6, 2011 at 1:25 PM  

eh mana tau..buat la tab 'my store' dlm blog ko..leh jual souvenirs mcm2. dah penuh tabung ayam leh mai sydney lagi..hoho..

Post a Comment

Terima kasih!!

  © Copyright Since 2010 | Backpacker Busuk

Back to TOP