Creative blogger award

January 23, 2011




Tak penah lagi aku dapat award setelah hampir 2 tahun berkecimpung dalam dunia blogging. Dulu aku blogger runcit aje, blog ni bukan yang pertama tau, yang ni aku rasa blog yang ke-4 kot..hehehe~ Alhamdulillah masih bertahan walaupun usia blog ni belum cecah umur 1 tahun.

Terima kasik pada Madam Sooyaree @ Pn. Narif sebab bagi aku award ni. Semoga award ni akan buat aku lebih rajin menghapdet travelogue dan kurangkan merapik...hehehe~ 


Mari aku cerita skit pengertian di sebalik award ni:

PENSEL Yang Besar
Bermaksud kesenian yang begitu peka terhadap blog anda dan mencerminkan sesuatu nilai penghasilan

FILEM Bergerak Tanpa Henti
Menunjukkan AWARD ini di FORWARD kepada bloggerist yang betul-betul layak menerima

LOGO bulat berkelip-kelip
Jika diperhatikan betul-betul, ia adalah manusia yang kepalanya komputer (takut aku!). Bermaksud, anda adalah seorang yang begitu bijak menguasai dunia alam maya ke globalisasi.

Penerima award dengan ikhlas hati perlu menulis maklum balas dengan menulis sebuah entry/posting berkenaan award ini dengan KREATIF dan penuh estatik, kemudian FORWARD kepada 6 orang blogger yang betul-betul layak menerima AWARD ini. Anda juga boleh meletakkan award ini di side bar atau mana-mana yang bersesuaian dan tulis/tinggalkan komen atau ucapan manis anda.

.......

Okeh, so itu syarat dia. Di sini agak tough jugak sebab aku kenal ramai blogger yang layak untuk terima award ni. Aku akan select blogger yang belum penah dapat award ni, jadi harap takde yang kecik hati. Susah jugak nak buat pilihan sebab ramai blogger yang bagus dengan konsep blog memasing. Apapun, aku harap award ni boleh dijadikan motivasi supaya mereka terus berblogging. Penerima award ini adalah :

1. Ninie - She's my dear best friend, kenal dari Darjah 1 lagi dan antara orang yang suggest aku untuk buat blog. Tujuan aku bagi dia award ni adalah sebagai tanda terima kasih dan sebagai galakan supaya dia pun rajin-rajin update blog dia pasni. Hahahaha... ^__^

2. Hanie - Antara blogger terawal yang follow aku dari blog lama yang dah berkubur sampai la ke blog sekarang. Hobi kami sama...suka amik gambar. Oleh kerana minat yang mendalam pada bidang fotografi, maka dia create blog GambaRajah dan invite aku untuk jadi one of the contributor. 

3. Byya - Seorang traveller dan menjadikan blognya sebagai journal. I like her writing dan dalam pada masa yang sama aku dapat improve vocab aku yang bersepah. She's into adventurous stuff and aku quite envy spirit yang dia ada especially bila aku tau dia buat Via Ferrata kat Mt Kinabalu. Phew~

4. Iina - Walaupun tak penah berjumpa sebab dia di Glasgow dan aku di Malaysia...tapi rasa macam dah kenal lama. Dia ada 2 blog iaitu untuk personal dan travel, Iina ni pandai menulis dan karyanya puitis, bahasa tersusun tak macam aku yang lebih kepada caca marba aje..Hahaha~

5. Rara - Juga seorang traveller. Dah banyak negara yang penah dikunjungi dan paling kerap rasanya Jepun, betul tak Rara? I jeles tau...coz I love Japan! Besides travelling, she also loves running. I kagum sebab dah banyak acara larian yang dia participate dan dia mengingatkan aku pada satu dialog ni, "Run, Forrest run!" ^___^

6. Chibi - Traveller jugak tapi dia lagi banyak experience dari aku yang umpama pasir di tapak kaki kuda ni...huhuhu~ Aku suka baca kisah perjalanan trip dia ke India dan sedikit sebanyak ia telah mengubah persepsi aku tentang negara tersebut. Aku dah excited nak pegi India tahun depan walaupun satu benda pun aku tak baca lagi..nanti aku kena berguru dengan Chibi. Harap dia sudi ^__^


Okeh, aku nak tambah lagi sekadar suka-suka. So my off record list will be Pipiyapong (gaya bahasa dia agak bersahaja), Tijah (selamberrr la akak ni!!) dan Kak Senduk (walaupun dia agak confusing skit, tapi penulisan dia memang lawak) dan lagi beberapa blog gila-gila yang selalu buat aku tergelak besar. Sebenarnya aku suka baca blog yang gila-gila selambe gaya penulisannya. Jadi kalau korang ada link-link blog camtu, sila share link dengan aku ye. Aku perlukan hiburan.

8 comments:

Ninie Hanis January 23, 2011 at 3:59 AM  

Auwwwhh..mekasih tiah (aku dr dulu panggil ko ni kan :D)Tak sangka dapat award.Yelah,nanti aku rajin2kan diri update blog.Hanya blog je penghubung kita skrg kan?U keep writing too buddy..

Syima Syaz January 23, 2011 at 2:01 PM  

asal aku punye tak gerak2 ek?

fatt January 23, 2011 at 7:51 PM  

ninie,
wooppsss...haha.. sama2 beb, yelah..skrg ni blog aje penghubung kita sbb aku dah deactive fb aku. aku cuba cari button delete tak jumpa pulak..keep in touch! :)
email me or ym if u want!



syima,
yeke ko punye tak gegerak? cuba ko click icon tu, pastu right click+copy

rara January 23, 2011 at 11:33 PM  

hahah fatt.. malu la bcoz i tak creative langsung. dah la update blog pon sekali sekala je. ;p anyway, thanks dear! :)

h a n i e January 24, 2011 at 9:23 AM  

mekasey fatt!!
nt aku belanje makan tteokbokki..ok? hahahaha









ko punye keyword - sate..kahkahkah

iina January 24, 2011 at 7:05 PM  

Wah terharu baca.. aku mogok buka blog 2 3 ari nie hehehe.. Terima kasih sebab sudi singgah dan baca blog aku yg jiwang karat tuh hehehe ;)

fatt January 24, 2011 at 7:38 PM  

rara,
beb, ur blog is very informative, honestly. i suka although u jarang2 update but worth reading :)



rara,
tteokbokki tu ape? sejenis kuih? hehe..
apesal keyword aku sate? dlm blog aku takde 1 pun perkataan sate...cer eksplen sat :P



iina,
kenapa ko mogok ni iina? ko pun emo ke cam aku? ko tgk aku ttp fb...aku pun malas nak melibatkan diri dlm fb..byk mencalarkan hati..buat blog rasa happy, ko jgnla give up ok..semoga award ni bgi ko semangat ok :)

Traveller's Anatomy January 26, 2011 at 8:56 AM  

thanks fatt, tapi blog i tu tidak la creative sgt pon hehe...insyaAllah akan diperbaiki lg.

Post a Comment

Terima kasih!!

  © Copyright Since 2010 | Backpacker Busuk

Back to TOP