Earthquake in Christchurch : The aftermath

January 06, 2011


Sambungan entry bus trip dari Queenstown ke Christchurch.

Aku sampai di Christchurch tepat jam 5.30pm setelah menempuh 8jam perjalanan dengan menaiki Nakedbus. Takde sape pun naked dalam bas baik penumpang mahupun driver bas. Di Christchurch bas berhenti di hentian terakhir yang lebih kurang dalam 10 langkah ke Cathedral Square. Waktu siang lebih panjang masa summer, kalau nak puas jalan kat NZ datangla masa summer sebab matahari terbit kul 4.30am dan tenggelam kul 9.30pm. Waktu solat pun lambat jugak, sebab Isyak masuk kul 11.30pm dan Subuh kul 3.30am. Kalau kene bulan puasa time summer boleh mati sebabnya Maghrib masuk kul 9.30pm. Nak cek waktu solat, boleh click sini.

Aku memang tak booking langsung tempat tido untuk malam tu so terpaksalah jenguk dari 1 hostel ke hostel yang lain (jangan ikut style aku, cari nahas, so book ahead). Mula-mula aku ke Base (at the moment kalau tengok website ni ada announcement closure due to aftershock on Boxing Day), ini yang paling dekat dengan Cathedral Square, dalam beberapa langkah je dah sampai. But the moment aku sampai aku tengok sekeliling bangunan kene pagar. Setelah diselidik, rupanya Base totally tak safe untuk diduduki sebab masa Boxing Day ada earthquake dan kene tutup untuk maintenance. Aku pun grak ke next hostel which is YHA, and as I expected, it's full except for double room which is NZD79!! Aku nak duduk dorm je, lebih murah dalam NZD25-27, so i pass! Tengok lagi map ada 1 lagi hostel which is not far from YHA, but as soon as I arrived, it was closed too, siap ada pagar lagi. Last-last aku teringat 1 hostel nama Kiwi House, yang ni memang jauh, about 1.5km dari Cathedral Square, aku rasa area ni maybe fine, so aku pun pegi. Bayangkan dengan beg yang berat dengan luggage lagi 1 kat sebelah tangan, aku rasa macam jauh gila bila nak sampai. Berkat kesabaran dalam kehazaban sampai jugak akhirnya. Hostel ni dimiliki oleh orang Jepun walaupun namanya "rumah orang kiwi" which is refers to white people yang originally tinggal di NZ. Sikit sejarah pasal NZ...orang Maori adalah penduduk asal NZ, rupa dorang macam orang Melayu, macam Hawaiian pun ada. Ada cerita jugak yang cakap orang Maori dengan Melayu adalah dari suku yang sama cuma masing-masing dah berpecah untuk mencari kawasan. Kiwi pulak refer to omputih yang dah lama menetap di NZ, asal dari nenek moyang dorang yang datang berhijrah ke sini suatu ketika dulu.




rupa dari depan, lagi mega kat belakang


peh...futon (duvet/selimut) dia memang terbaik, rasa macam dalam gulungan kapas


Okeh back to the story.... Alhamdulillah masih ada katil yang kosong untuk aku malam tu, kalau takde siyes aku tido bawah jambatan...sadis....sadis... 1 malam untuk dorm 4 katil di Kiwi House dalam NZD22 which is wayyy cheaper dari Base dan YHA. Kalau nak tahu, hostel kat Christchurch memang mahal, kalau sape plan nak datang time Rugby World Cup 2011 nanti ready jela...jangan terkejut tengok harga dia triple dari yang asal walaupun ia adalah sharing dorm. Aku rasa baik pacak khemah lagi afdal dari bayar mahal cam gitu. Huhuhu~

Selesai check-in, letak barang dan bersihkan diri...aku pun keluar. Walaupun kul 7.30pm tapi hari masih cerah. Christchurch waktu tu memang lengang sungguh macam ghost town yang mana totally opposite dari kebiasaan. Takkan sebab earthquake haritu terus sume orang pindah? Rupanya aku silap....sebenarnya dorang on long holiday after Christmas sampai New Year, so maybe ramai yang keluar dari city pegi bercuti. Patutla aku tengok Queenstown macam padat je lately ni.

Kalau masih ingat lagi berita Christchurch dilanda earthquake masa bulan 9 dulu penah menggemparkan semua sebab gegaran agak kuat dalam skala 7.1 magnitud yang mana telah mencetuskan tsunami kecil, click sini. Banyak bangunan terutamanya historical building di tengah bandar Christchurch turut terjejas namun tiada nyawa yang terkorban sebab ia berlaku pada lewat malam. Masa Boxing Day which is day after Christmas, telah berlaku lagi gegaran dalam skala 4.9 magnitud yang telah merosakkan bangunan tapi tiada nyawa yang terkorban. Waktu aku berjalan dalam bandar, boleh tengok banyak bangunan yang rosak kesan dari earthquake bulan 9 haritu dan masa Boxing Day baru-baru ni (gambar dari NZ Herald di sini) . Masa gegaran berlaku aku tak rasa apa-apa sebab kedudukan Queenstown yang jauh dari Christchurch, tapi menurut local, dorang cakap dinding bangunan boleh nampak bergerak kiri kanan. Mungkin berita ni tak meluas sebab coverage pasal flooding kat Australia lagi gegar, pastu cerita Malaysia menang Piala Suzuki.

Menurut local lagi, bangunan Cathedral agak teruk terkene tempias akibat gegaran masa bulan 9 dulu dan sampai sekarang masih belum siap dibaiki sepenuhnya. Kebanyakan bangunan yang terjejas adalah di sekitar Cathedral Square iaitu di tengah-tengah bandar.


Cathedral Church di Cathedral Square


masih dalam proses baik pulih


bangunan ni opposite Cathedral Church


tak jauh dari Cathedral Square


sepanjang Gloucester Street


safety inspection card ditampal di setiap bangunan yang telah diperiksa


another building not far from Cathedral Square


masih dalam proses baik pulih


bangunan ni terjejas skit masa Boxing Day


Malam tu aku berdoa ada lagi earthquake sebab aku teringin nak rasa duduk dalam situasi camtu. Aku rasa kalau local tau aku doa cam gini mati aku kene pijak. Tapi malam tu aku tido mati sebab penat seharian dalam bas pastu sakit badan kesan dari memikul beban yang berat, jadi kalau pun ada earthquake tetap tak guna jugak...huhuhu~

Sebelum aku habiskan entry ni...ada 1 benda aku nak tunjuk....hehehehe~ Sengih je aku bila tengok benda ni. Nak tau apa? Skrol la tengok!!!


"
"
"
"
"
"
"
"
"

aiseh saspen!

"
"
"
"
"
"
"
"

Apapun...aku eksited bila nampak benda yang melekat dekat tram ni...bwahahaha~



Habisla...start bulan April ni NZ akan diserang oleh orang Malaysia....bwahahaha~

5 comments:

h a n i e January 6, 2011 at 8:37 AM  

fatt..ko takmau balik malaysia dah ke fatt..balik le weii....kami merindui mu..








amecam dialog filem aku? hahaha..psst..nak keychain! :P

zany January 6, 2011 at 1:56 PM  

fatt, musim rugby tu sampai 23 Oktober je kan, kalau Nov pun mahal jugak ke? lagi satu Nov siang panjang tak?

Tram dengan iklan merah tu memang gempak, CHC nanti penuh dengan muka melayu, bertambah ramailah Maori kat NZ.

Leez M. Saaid January 6, 2011 at 5:22 PM  

lamanya u gi sana...tak balik lagi ke?
wat review lagi tau..

teruja plak nak gi NZ next time...

iina January 6, 2011 at 6:44 PM  

Woit.. nak komen sikit.. tahun lepas aku puasa dalam summer tau.. sahur pkl 2 dan buka pukul 9.30mlm.. aku belum mati lagik ok hahaha.. InsyAllah.. dalam berpuasa itu Allah berikan kekuatan.. Jangan risau ler hahaha.. nak rasa boleh jek ;)

Kawan aku ari tuh pun ada cerita pasal earthquake kat CCH nie.. kalau dia tau ko doa cenggini mesti dia cari ko kat CCH dan belasah ko hahaha... Best dpt tgk CCH gak.. lepas 4 thn dia duk usah2 aku dtg.. mana dapek jauh giler dr tmpt aku..

Enjoy yur time k.. jejeln time summer mmg best.. miss betul travelling.. tp thn nie aku resign smpi study aku settle.. lepas tuh balik mesia mmg sudah ada plan hahaha ;)

fatt January 7, 2011 at 2:51 PM  

hanie,
aku nak balik dah..lama sgt merantau ni rindu jgk kampung halaman. keychain ada..tp kene jumpa aku cpt klu tak habisss



zany,
a ah..rugby dari 9sept - 23 oct..selepas musim tu tak sure la dah turun ke tak..kene check kat internet utk rate terkini. bln Nov tu musim spring..Dec dah masuk summer. slalunya time summer harga penginapan agak tinggi..klu Nov shud be normal.

nak check waktu sunset or sunrise pegi website ni : http://www.rasnz.org.nz/SRSStimes.htm


leez,
nak balik dah leez...dtglah NZ..i think AA punya tiket sgt murah


iina,
anda tabah! tp benda wajib kene tunaikan, nti nak ganti tak koser..huhuhu~ tak untung ko nk dtg cni dr sana..jauh sgt..tp inila christchurch..nice place, cuma slow skitla..everything slow..hahaha~

aku paling tak suka summer sbb panas..mesia panas cni pun nak panas ke? err...huhu..tp 1 je yg best, sbb siang pjg..so byk benda bleh buat :)

Post a Comment

Terima kasih!!

  © Copyright Since 2010 | Backpacker Busuk

Back to TOP