New year in Sydney

January 04, 2011


Makin lama aku menaip blog ni terasa makin malas. Contoh, aku nak cerita pasal pengalaman new year kat sini tapi halfway menaip aku simpan, bila go through balik aku rasa macam rubbish je ape aku taip. Kadang-kadang aku mengalami masalah tatabahasa, aku tak reti nak bezakan perkataan "di" tu dekat atau jauh, sudahnya aku hentam keromo. Jadi kalau ada cikgu-cikgu atau pakar bahasa yang baca blog ni aku mintak pengecualian. Mungkin dah sampai masanya aku bersara dari dunia blogging? Takpun invisible sekejap dari menaip? Sape setuju sila angkat kibod, yang takde kibod sila angkat mouse.

Sebenarnya aku nak cerita pasal pengalaman New Year Eve di Sydney. Aku tak stay sampai countdown sebab runsing tengok tempat tu crowded dengan lautan manusia kat Circular Quay di mana terletaknya Harbour Bridge dan Opera House iaitu 2 ikon yang terkenal di Sydney. Kalau dulu aku ke sini pada musim bunga, tapi kali ni pada musim panas. Jika diberi pilihan, aku lagi suka musim bunga sebab cantik, pastu suhu pun sedap sebab sejuk. Kalau panas kat sini aku rasa lagi terik dari Malaysia sebab panas kat sini boleh menyebabkan skin cancer, so agak bahaya summer kat sini. Aku pun kadang-kadang rasa macam nak pitam bila dah lama sangat berdiri bawah terik matahari, nyaris tak collapse.

Sepanjang di sini aku tinggal di rumah kawan di Lakemba. Kat sini boleh dikatakan sebuah kawasan komuniti muslim yang besar di Sydney dan amat mudah nak cari halal butchery, masjid dan asian groceries. Kalau masuk je area Lakemba dan surrounds iaitu di Bankstown, boleh nampak ramai orang muslim especially pak-pak arab. Aku tak sure dorang ni bangsa apa tapi muka jenis arab la senang cite. 

Mode of transportation yang aku gunakan dari Lakemba untuk ke city centre ialah train. Perjalanan dari sini ke Circular Quay dengan menaiki train amik masa lebih kurang 30minit dan return ticket dalam $5.40. Kat sini lebih murah kalau amik return ticket berbanding 1-way ticket sebab jauh beza harganya sebab sehala dari Lakemba ke Circular Quay dalam $4. Mahal kan? So ingat, bila naik apa-apa aje jenis train kat sini beli yang return untuk lebih penjimatan. Skema tak ayat aku?

Train kat sini jenis double decker dan inilah first time aku rasa naik train double decker, agak jakun disitu. but all the time aku asik duduk deck bawah, esok aku nak try duduk deck atas. Tapi deck atas ni selalu full, aku pun pelik pehal orang tak suka duduk deck bawah, low class kot...huhu~


Lakemba train station


return ticket ni valid sampai kul 4 pagi tak silap aku, sebab tu dated 1/1/11


double decker train


rupa dalam, belah bawah


Berbalik semula pada cerita New Year Eve tadi, setibanya di Circular Quay, aku tengok ramai gila umat tengah sunbathing kat sekeliling kawasan ni. Masing-masing dah mula "berumah" kat situ seawal pagi semata-mata nak dapatkan spot yang terbaik untuk tengok fireworks malam tu. Ada yang duduk bawah payung dan ada jugak yang siap pasang khemah. Masalahnya berkhemah bawah terik matahari tu tak macam duduk dalam microwave ke? Memang gila orang-orang kat Sydney. Aku boleh tengok spirit nak sambut new year tu memang tahap extreme jugakla. Waktu ni bukan omputih je yang aku nampak, tapi orang hitam, kelabu, mata sepet, makan tempe, teh botol...sume ada. Pendek kata bukan local people je yang gigih berpanas ketiak kat sini, tapi orang luar pun 2x5. Mostly yang datang "berumah" ni ada dengan kengkawan dan family. Aku takleh bayangkan kegigihan dorang ni..susah aku nak citer tapi kalau diberi skala 1 sampai 10, aku bagi markah penuh. Waktu ni nak cuci mata serta menambahkan dosa tu boleh sangat sebab ramai cewek yang pakai bikini buat posing ala-ala baywatch dan cowok genteng yang half-naked. Camne ko tengok omputih berjemur tepi pantai tu camtu la kat sini...heh!


second security check


ni baru mukhadimah


masih runcit-runcit


separa runcit


hah amek ko!


lagi...pitam!


gile panas weh dok dalam ni


ni baru orang cakap hutan bandar


baru kul 2 petang...lama lagi nak tengah malam


Ada 2x security check iaitu di Circular Quay dan untuk masuk ke kawasan Opera House, tujuannya untuk elakkan liquor dibawak masuk, sort of macam "liquor ban area" kat sekitar kawasan ni. Pada aku bagus, yelah, klu tak buat camni confirm ada yang mabuk pastu gaduh-gaduh nanti, so kiranya kawasan ni memang clean. Aku manage untuk lepas masuk ke kawasan Opera House di mana kat sini ada 2nd security check sebab dataran sekitar Opera House ni agak limited dan sini la paling crowded dengan manusia sebab view dari sini boleh nampak direct ke Harbour Bridge. Lepas amik gambar sume aku nak grak, tapi aku tengok security dah block orang dari terus masuk, mungkin dah cukup quota, kalau nak keluar takpe, cuma kesian kat sape yang datang lambat sebab dorang takleh masuk ke kawasan Opera House.


fadan muke sape suh datang lambat


Kalau ada geng mungkin aku akan stay untuk countdown tapi dah sorang-sorang pejadah nak countdown secara solo? Tak menarik langsung. Aku balik je umah tengok dalam tv at own comfort lagi sedap, in fact dari rumah aku boleh dengar bunga api meletup-letup seawal pukul 9pm waktu local. By the way, aku sambut new year 3 jam lagi awal dari waktu Malaysia. So conclusionnya aku ni adalah dari masa hadapan, boleh? Hehehe~  

Happy New Year everyone. May 2011 will bring luck, good health and prosperous in your life.

6 comments:

fusherna January 4, 2011 at 10:12 AM  

fatt..view cantik if dok atas..xde kena mengena ngan kasta ler..hehe..

Solihin Zubir January 4, 2011 at 1:14 PM  

alaaa... jgn la berhenti blogging.. huhu..
hhhmmm.. tringin gak nak rasa suasana new year kat sana..
bila la agaknya bley kuar travel cam kamu...

Solihin Zubir January 4, 2011 at 1:15 PM  

ada entry khas buat anda...

http://www.solihinzubir.com/2011/01/entry-khas-buat-pembakar-semangat.html

Living My Dreams January 4, 2011 at 7:43 PM  

fuyoooo fatt, panas weh duk dlm khemah tu!

iina January 4, 2011 at 10:48 PM  

Meh aku komen sikit kenapa diorg excited nak celebrate walaupun panas.. selepas dah 4 tahun duk negara 4 musim.. dan merasa walaupun summer pun kadang2 cam winter.. scotland is like.. winter all year lah.. bila summer.. they will really enjoy the sun.. sebab itulah diorg sanggup berpanas sakan.. kita rasa pelik sebab kita datang dari negara yang panas sepanjang tahun.. kita tak rasa camna diorg rasa bila kena hadapi musim sejuk hampir setengah tahun.. kadang2 7 bln.. so bila dapat rasa panas.. diorg akan celebrate betul2 dan sanggup berjemur.. yelah bayangkan bila ko dah duk rasa sejuk selama 6 bulan.. tetiba dapat rasa panas... uihhh.. aku lepas 3 tahun.. dapat rasa mentari.. dan pakai t'shirt bila keluar berjalan.. aku pun sanggup duk tengah mentari tuh tau.. amatlah seronok sangat... terutama bila balik mesia.. rasa heaven sungguh hahaha... so jangan peliklah.. coz I know how it's feel...

Cuba pada kita yang buat kita tak tahan mmg panas dia lain dari panas kat mesia.. cuaca kita khatulistiwa dan kadar humidity kita tinggi.. lebih lembab.. kat sana lebih kering.. cam bila aku turun london bila musim summer.. rasa rimas sebab angin dia kering.. kat scotland.. always windy dan mmg sejuk.. bila org london rasa sejuk.. pada kitaorg sejuk tuh dah cam sejuk time summer kitaorg je.. hehehe.. tak pakai jaket pun ok..

Alah pasal entri tuh tak yah skema sgt... taip jek apa nak tiap.. ini bukan buat karangan exam BM hehehe.. janji org faham baca udah ;)

Enjoy your day ok..

iina January 4, 2011 at 10:53 PM  

oh.. aku nak nyampuk.. tgk train tuh teringat train 2 tingkat masa aku ke Paris... yang tak best ye.. dalam train tuh pun penuh dengan grafiti.. conteng sana sini.. sampai mak aku pun cakap..

Bas 2 tingkat biasa naik kan hehehe.. aku cukup suka naik bas 2 tingkat pastu duk depan sekali.. rasa heaven jek hahaha ;)

Post a Comment

Terima kasih!!

  © Copyright Since 2010 | Backpacker Busuk

Back to TOP