Patagonia ice cream

January 26, 2011


Aku bukanlah penggemar eskrem yang mahal, infact aku lebih suka makan eskrem RM1 perisa lime+vanilla warna hijau tu. Tapi tadi aku korek balik gambar-gambar lama pastu terjumpa pulak gambar eskrem Patagonia ni. So aku nak share skit pasal kesedapan eskrem ni.

Actually Patagonia Chocolate adalah brand dari NZ, ia lebih famous sebab cokelat, tapi line of ice cream yang dorang offer pun not bad. Orang cakap kalau turun Queenstown tapi tak pekena eskrem Patagonia ni tak sah, jadi camne pun mesti pekena at least sekali. Harga berbeza untuk serving dalam container atau waffle (murah $1 dollar rasanya kalau with waffle) dan untuk single or double scoop. Aku bebetul lupa harga per scoop, tapi tak silap untuk single scoop+waffle between $6 ke $7 dollar.

Sebenarnya aku bleh mintak free kat Siret tapi aku ni pemalu orangnye (segan le). Oh lufer nak cakap, Siret keje kat Patagonia, sebab tu dia bleh bawak balik sesuka hati. Ada 1 hari tu dia bawak balik 1L hot chocolate. Aku hirup 2-3 kali terus give up. Mak aih...ni macam nak kene potong kaki ni! Siyes memang padu+pekat+manisss. Cadbury hot chocolate pun kalah, infact tak boleh compare langsung. Nak tau kenapa? Sebab dorang pakai real chocolate bar. Boleh imagine tak? Eh lufer plak...gambar takde, jadi sila gunakan imaginasi peringkat tertinggi yang korang ada. 

**kalau yang korang rasa tu tak likat macam yang aku rasa, mungkin sebab Siret bikin sendiri resipi dia.

Ada 2 outlet Patagonia, dekat Queenstown dan Arrowtown. Kalau pegi kat Queenstown ni best la skit sebab tepi tasik, ada park..bleh cuci mata. Kedai Patagonia ni all the time pack dengan manusia. Aku pun pelik tapi sekarang barulah aku tau kenapa. Kalau time summer pekena eskrem tepi tasik memang layan. Tapi kalau time winter jangan buat hal, cari nahas namanya. Tapi syok jugak kalau cuba sekali-sekala, pastu tergedik-gedik menggigil  ketap gigi...hehe. Map ke kedai sila click sini


flavour caramel chocolate (ada choc bits)


up close sikit. tempting kan?


nah! jangan berebut jilat skrin kompiter. amik no. giliran!


notakakiayam : ke sinki sudahnye belen hot choc tu sebab sume taknak potong kaki. heheh

3 comments:

Solihin Zubir January 26, 2011 at 4:46 PM  

perghhhh.. meleleh aku tgok weyh..
sedap kowt....
lama tak makan eskem lam kon.. heheh..

iina January 26, 2011 at 6:56 PM  

Buat masa ini aktiviti makan aiskrim terpaksa ditutup nafsunya.. gile ko.. musim sejuk skrg nie hehehehe.. malah nak buat 'milkshake' pun fikir byk kali hehehe.. tp time summer mmg heaven makan aiskrim.. aku suka aisrkim thornton dia famous sebab coklat dia gak.. tapi ada range icecream.. rasa sama versi cam patagonia tuh...

fatt January 27, 2011 at 1:47 AM  

solihin,
kesat bro..kesat air liur tu..hahaha..nti klu jumpa aku belanja ko satu :)



iina,
haha...tapi aku penah try makan eskrem time winter aritu...hahaha...mmg menggigil terketap-ketap gigi...tapi best! cube la.. :D

Post a Comment

Terima kasih!!

  © Copyright Since 2010 | Backpacker Busuk

Back to TOP