Sydney : Free CBD Shuttle

January 10, 2011


Sape tak suka benda FREE sila angkat kibod! Sume orang suka kan? Lelagi kalau pegi kat tempat yang mana currency dia lebih tinggi dari kita. Kalau diberi pilihan sama ada jalan kaki atau naik transport jawapan aku ialah jalan kaki sebab boleh stop sesuka hati, lagi 1 sebab boleh master selok-belok sesuatu tempat dengan lebih cekap. Tapi kalau dah jauh sangat jalan kaki bukanlah option yang terbaik. 

Tapi bila dah ada benda free ni wajiblah dimanfaatkan ia dengan sebaik yang mungkin. Apa yang aku perasan kat Oz ni banyak public transport yang dorang buat free untuk kegunaan local dan tourist. Contoh macam kat Melbourne dorang ada free tram, kat Perth ada free CAT Bus dan kat Sydney ada free CBD shuttle. Dalam entry ni aku nak ajar camne nak manfaatkan free CBD shuttle dalam bandar Sydney supaya korang tak payah keluar walau sesen pun untuk sampai ke tempat-tempat yang menarik di sekitar bandar.


free CBD shuttle


Route 555 adalah laluan CBD shuttle dan ia melalui kawasan tumpuan ramai seperti di sepanjang George St, Circular Quay, Elizabeth St dan Central Station, all in both direction. Kekerapan adalah 10 minit setiap satu.

Waktu operasi adalah seperti berikut :

Isnin hingga Jumaat : 9.30am - 3.30pm (kecuali Khamis hingga 9pm)
Sabtu, Ahad & Cuti Umum : 9.30am - 6pm

(click to enlarge)
source : www.sydneybuses.info


Untuk lebih pemahaman camne nak ke sesuatu tempat tu, aku sediakan beberapa contoh. Sila fahamkan dan source map yang lebih detail untuk Sydney and surrounds, click SINI.

Contoh 1 : 
Jika ke Paddy's Market/Market City, naik CBD shuttle dan turun kat City - Chinatown (refer map) di George St. Dari sini jalan kaki dalam 3-5 minit sampai jumpa Hay St iaitu lokasi Paddy's Market.


paddy's market @ hay st


Contoh 2 :
Kalau ke Darling Harbour, naik CBD shuttle dan turun kat City - Town Hall (refer map) di George St. Dari sini jalan kaki dalam 10-15 minit untuk sampai ke Darling Harbour melalui Pyrmont Bridge. Boleh refer entry INI.


Contoh 3 :
Mahu ke Hyde Park, The Domain, Royal Botanic Gardens atau Art Gallery of NSW boleh turun di City - Martin Place atau City - St James dan jalan kaki ke semua tempat ni dalam 5-10 minit bergantung pada tempat yang ingin dituju (kalau Art Gallery of NSW tu jauh skit).


art gallery of nsw


Contoh 4 :
Untuk ke Circular Quay, sila turun di City - Circular Quay dan hentian ni bebetul sebelah Circular Quay. Dari hentian ni nak tengok Opera House dan Harbour Bridge tak jauh, lebih kurang 5-10 minit berjalan tapi both attraction ni located opposite ways. Kalau nak naik feri ke Taronga Zoo atau ke Luna Park pun boleh turun kat sini.


sydney harbour bridge


sydney opera house

3 comments:

iina January 10, 2011 at 9:17 PM  

Bgus nie byk bas free.. most country aku p susah nak dpt free.. kat sini pun xfree hehehe.. senanglah kan tak yah susah2 fikir nak beli tiket atau daypass bagai ;)

Solihin Zubir January 11, 2011 at 2:57 PM  

kalau nk poskad free, still available lg x? ;-p

fatt January 12, 2011 at 1:54 AM  

tula..kat oz byk benda yg free..kat nz aku tak jumpe lg transport yg free..klu kat mesia buat yg free aku rasa ramai yg salah guna..hehehe :P



solihin,
awat hang tak bg alamat umah? aritu cheq dah mintak...adoi. ada lagi poskad lebih..klu hang nak, cheq pos la..tp yg bukan chop setem sana la..chop setem cni. klu nak email add kat cheq ok :)

Post a Comment

Terima kasih!!

  © Copyright Since 2010 | Backpacker Busuk

Back to TOP