Sydney : Paddy's Market

January 16, 2011


Jika ke Sydney jangan lupa singgah ke Paddy's Market sebab disinilah tempat bargain yang murah untuk segala jenis souvenir seperti keychain, fridge magnet, shot glass, t-shirt, boomerang dan sebagainya. Konsep market ni lebih kurang macam E-Shed Market di Perth dan Queen Victoria Market di Melbourne.

Ada dua Paddy's Market iaitu Haymarket @ Hay St dan di Flemington. Lokasi yang paling senang dituju dan popular ialah di Hay St kerana ia terletak di dalam pusat bandar dan mudah di akses dengan bas, train, monorail atau jalan kaki. Kalau nak datang sini dengan cara free pun ada iaitu naik CBD Free Shuttle dan turun di Chinatown. Entry lengkap pasal CDB Shuttle boleh click SINI.


lokasi Paddy's Market di Hay St




Gambar diatas menunjukkan ruang dalam Paddy's Market. Ia tak ubah macam 1 gudang yang besar dan di dalamnya ada terdapat banyak lot-lot kedai kecil yang menjual pelbagai jenis barang yang kebanyakkannya adalah souvenir.

Paddy's Market di Haymarket dibuka pada setiap hari KECUALI Selasa dan waktu operasi di antara jam 9am - 5pm. Namun begitu sepanjang pengamatan aku merepat tempat ni, tak banyak kedai yang dibuka pada hari Rabu berbanding hari lain.


antara souvenir yang dijual di sini


Kebanyakan peniaga di Paddy's Market adalah dari negara Asia seperti Singapura, Indonesia dan Thailand. Tips untuk mendapatkan diskaun adalah dengan membeli dalam kuantiti yang banyak. Harga souvenir yang ditawarkan memang berpatutan, sehelai t-shirt bermula dari $10 sehelai, keychain $1 satu, cap $4 satu, boomerang dari $5-15 mengikut saiz dan macam-macam lagi.


antara souvenir yang dibeli


Selain dari seksyen souvenir, ada seksyen yang menjual fresh food seperti sayuran dan buah-buahan pada harga yang berpatutan. Pendek kata boleh jumpa macam-macam benda dalam ni. Jadi, pastikan Paddy's Market masuk dalam list bila datang ke Sydney.


fresh food market


Aku nak cerita sikit, haritu aku follow kawan aku cari barang dapur kat Sydney's Market yang mana terletaknya juga Paddy's Market di Flemington. Pada hari Sabtu ada Fresh Market yang mana ada dijual bermacam jenis sayur-sayuran dan buah-buahan pada harga borong bermula dari jam 6am - 2pm.


shed untuk fresh market


Sebelum sampai ke market ni dalam kepala aku pikir mungkin biasa macam market kat tempat kita, tapi once aku sampai kat pintu masuk dia, wah...aku ternganga sebab pintu masuk dia je dah macam pintu masuk Hentian R&R Sungai Buloh. Sangat besau! Tempat ni lebih kurang macam kawasan gudang pastu ada banyak shed mengikut kategori.


pasar borong selayang barangkali...hihihihi~


mahal jugak daun pisang dengan serai ni


murah tapi kena beli sekotak


Qistina with her favourite fruit, nectarine!


ni bukan petai..tapi almond yg belum di roast


i love cherries!


halal kebab dalam market


Pastu kat bawah parking keta plak ada secondhand market...murah-murah dorang jual...bleh jumpa banyak items yang menarik at reasonable price.


normally pack tempat ni but since it's 1st January (cuti new year), so agak lengang


sape kata takde periuk kukus kat Sydney?


secondhand household


sini pun ada bundle


Setelah melihat gambar-gambar ni aku rasa korang akan pikir, Eh kenapa Sydney macam Malaysia je ek? Sebab korang tengok ramai Asian dalam gambar ni kan? Nak wat camne, memang gitu la hakikatnya disini. So memang kekadang tu aku rasa macam jalan kat KL je walaupun aku sebenarnya kat Oz. Actually aku rasa all over Oz penuh dengan Asian, especially kaum yang mata sepet tu. Tapi at certain area ramai gila orang Arab. Aku rasa tak susah nak jumpa orang Arab kat sini (aku tak sure la dia bangsa apa, sama ada Iran ke ape ke tapi jenis muka Arab la). Dorang bekerja di kedai-kedai makanan, kedai baju, convenience store dan supermarket. Kalau pegi Melbourne Airport, dekat kedai Krispy Kreme, ada budak Arab keje situ. Pastu kat Sydney Airport (terminal domestic) ada budak pompuan Arab keje kat convenience shop dekat luggage carousel (tempat collect luggage). Pastu ada 1 cafe opposite Jetstar check-in counter di domestic terminal yang mana sume pekerjanya Arab (maybe tokey dia Arab) dan sume makanan kat situ halal (aku dah pastikan, you have my word!). 

Situasi ni susah aku nak jumpa waktu travel kat Nz. Ada tu memang ada, tapi kat tempat yang ada student, contoh macam di Christchurch, Dunedin dan certain areas yang ada University. Kalau ada tu mungkin aku takleh teka dia muslim ke apa sebab tak bertudung. Berat meneka dia Pinoy aje. Sometimes ada kerisauan pada traveller bertudung ke tempat omputih sebab wujudnya sentimen Islamophobic. But in Oz, you shouldn't be sebab kat sini ada memacam bangsa dan negara ni majmuk. Kalau orang bertudung kat China especially ceruk-ceruk yang alien skit (but not Shanghai), orang sana akan pandang macam alien. Aku rasa mungkin sebab susah nak jumpa, lelagi jenis muka macam kita. Jadi sila rasa seperti pompuan cantik yang dipandang oleh ribuan peminat ok! Hehehe~

Cerita lengkap pasal Paddy's Market sila click SINI.

13 comments:

Opie January 16, 2011 at 2:31 AM  

wahhh...cantek arrr baju ngan apron tuh...aku mmg minat tul tgk2 souvenir nih....

fatt January 16, 2011 at 12:19 PM  

opie,
sume cantik opie silap aku tak borong byk, klu tak bleh jual..huhu...ko tgk jela, time pegi aku 1 beg, balik 3 beg..camne tu? huhuhu

Rara Nasiha January 16, 2011 at 6:11 PM  

weee. seronok gila. seronok gila. seronok gila. aku suka baju i love sydney tu.

Solihin Zubir January 16, 2011 at 9:56 PM  

perghh.. kt sydney pon ada pasar borong? hehehe... nmpk cam kt msia je..

iina January 16, 2011 at 10:10 PM  

Biasalah fatt kalau tempat tuh bandar besar confirm muka2 asia.. afrika.. arab melambak.. lagi satu kalau kawasan tuh banyak kedai2 halal.. golongan inilah selalunya monopoli kawasan tuh.. takleh lari dah.. dah kat situ jugalah tempat nak beli barangan2 yang murah.. kalau nak tempat yang semua mat saleh.. confirm situ semua mahal jek hahahaha...

Kalau p london pun lebih kurang jek market dia.. terutama kalau p pasar buah2.. atau sayuran.. toleh kiri kanan semua org asia.. afrika jek.. kdg2 nmpk juga org arab.. teringat aku p 1 kawasan kat paris tuh.. mmg kawasan byk jual makanan halal.. tapi.. bila masuk situ aku cam masuk penempatan black people ok.. seram sejuk aku rasa.. ngan mak aku sekali rasa seram hahahha... tapi nk cari kedai makan halal cukup seng..

Ko sebut pasal brg second.. kat sini kitaorg pgl carbot sales market.. aku dah berbulan tak p.. tak tahu dah nak beli apa hehehe.. tp klu sapa rajin survey mmg best kalau jln2 ;)

zany January 16, 2011 at 10:33 PM  

murah giler sayur dan fruits kat sana. cherry tu seratus lebih sekotak kat sini.

fatt January 17, 2011 at 1:25 AM  

rara nasiha,
poket aku dah bocor ni gara2 lupa diri kat sini T____T



solihin,
ada...cni sume ada..mmg cam kat mesia pun..hahahaha :)



iina,
why ek omputih slalu ckp kwsn yg ramai muslim ni ghetto area? tp kan mmg klu kwsn byk black ppl ni aku pun agak gerun skit sbb dorg kan mcm ala2 mafia je (pengaruh tv). tp kat kwsn ramai org black, arab ni la sng nak cri brg halal pun..sbb dorg punye komuniti ni besar. kwn aku ckp, kat Oz ni klu nak move satu2 tmpt tu dorg bleh cek kat tenet rating crime kat tmpt tu. so bleh decide nak move situ ke tak..bagus kan benda tu? klu kat mesia pun patut buat supaya takla rasa rugi bila dah pindah baru nak tau masalah kwsn tu.

fatt January 17, 2011 at 1:28 AM  

zany,
murah sbb ni kira mcm pasar borong..paling sedap limau Valencia tu..manis giler.. :)
cherry ni memula aku excited nk tau rasa dia, tp bila dah rasa rupanya biasa aje..aku suka lagi buah peach..tu mmg sedap gile

ashikin January 17, 2011 at 10:00 AM  

dalam byk2 gambar yang menarik ni, yg paling menarik sekali bagi saya adalah gambar ceri kat tapak tangan tu.

Ninie Hanis January 17, 2011 at 4:46 PM  

best lah klu gi OZ camni,sbb brg souvenir murah2.kalau tinggal kt tempat camni senang la kan nak cari brg2 asian pun senang.

p/s nak gambar ko ngan aku masa kita outing hari tu.inc. pic kat JJ.

fatt January 17, 2011 at 5:17 PM  

ashikin,
terima kasih shikin..sy pun suka gmbr tu :)



ninie,
kat sana ada jual periuk kukus tak? klu ada bleh buat pau, takpun lepat pisang. gmbr nti aku email malam kang :)

Ninie Hanis January 17, 2011 at 6:48 PM  

periuk kukus ada.aku slalu wat pulut.tapi aku nye kecik je,hihi.ok,nanti email kat hanis.hamdan tu eh.

fusherna January 18, 2011 at 11:26 AM  

aisey cammana aku blh miss entry ni. ada budak comel lak tu..huhu..ni mesti miss sbb kes ko punya blogspot bengong ni kan..hehe..

Post a Comment

Terima kasih!!

  © Copyright Since 2010 | Backpacker Busuk

Back to TOP