Tag : Masak

January 26, 2011


Bertenang pulak eh...dah puas ribut topan kita rilek sekejap. Teringat hutang tag dari iina yang dah lama terkepam ni...hehe, baik aku jawab sekarang  ^___^


Soalan 1 : Sejak bila anda mula memasak dan apakah masakan pertama anda?

Nak ingat yang bebetul tu tak bleh sebab dah lama sangat, dah luferr...tapi sejak sekolah rendah lagi (darjah 3-4 camtu). Masakan pertama rasanya nasik. Pas lulus masak nasik baru up skit...goreng ikan.


Soalan 2 : Siapa yang menggalakkan anda memasak?

Galakan diterima melalui rotan...heheh. Tak masuk dapur kene piapppp! Bila dah selalu kene piapppp tu lama-lama dah jadi biasa. Mak selalu bebel, katanya ngaji tinggi mana tugas di dapor jangan diabaikan. Gitu la nasihat dia.


Soalan 3 : Masakan yang paling anda suka dan digemari oleh orang-orang kesayangan anda?

Nasi ayam la kot. Itu pun setelah test beberapa resepi akhirnya resepi yang belajar dari mak ex-bf jugak yang paling sedap. Since then kontrak nasik ayam kat umah aku yang pegang. 

Tapi kalau boleh, aku nak belajar masak nasik beriyani sebab aku suke kuasa 8 makan nasik beriyani. Jadi, sesiapa yang ada resipi, silalah share dengan aku. Aku nak yang nasik dia sodapppp leleh-leleh punye. Sekali dengan lauk ayam masak merah tu....


Lastly tag 5 orang blogger yang sering berkunjung ke blog anda

Aku random jela ye sebab susah nak pilih...

- Solihin (aritu ko cakap ko terer masak. jadi, buktikan!...hehehe)
- Ninie (ko rajin masak kan? kan? kan?)
- Inah (harap Inah sudi menjawab tag ni dalam kesibukan study. chiyok! gud luck!)
- Opie (ko kene buat ni Opie, latihan untuk mengibas sawang di blog..hahaha)
- Syima (nak korek kehandalan bakal pengantin di dapor...hehe.. ^__^ )


Resepi yang nak di ketengahkan dalam entry memasak kali ni ialah....
RKGHS



Jangan tanya mana aku dapat resepi ni sebab idea muncul waktu tengah bebetul kebulor. Jadi aku namakan ia Resepi Kebulor Gaya Hidup Sihat (RKGHS). Sejak balik sini aku tak amalkan menu ni sebab hari-hari makan nasik sampai dah rasa lemah badan. Betul la kata orang yang rakyat kita mati sebab makan. Kan?

Bahan yang digunakan ialah kentang tak kupas kulit (kalau tak suka bleh buang), brokoli dan cendawan butang (kalau nak pelbagaikan lagi sayur tu boleh, cuba letak capsicum. letak daging kambing pun sedap, potong dadu). Caranya potong sume bahan-bahan tadi ikut bentuk yang korang suka, cuma kentang tu jangan tebal sangat nanti lambat masak. Pastu tuang minyak atas pelengat pembakar ni sebelum campak sume bahan yang dipotong tadi. Minyak tu untuk elakkan dari melekat. Pastu sprinkle segala rempah yang ada dalam lemari macam oregano, black pepper, herbs, spice dan sedikit garam. Masukkan ke dalam oven pastu bakar. Kalih sume bahan atas pelengat pembakar sekali sekala untuk pembakaran yang sempurna. Cucuk kentang dengan garfu untuk periksa sama ada dah masak atau belum, dan kalau dah masak boleh keluarkan untuk makan. Boleh diratah depan tv begitu saje tanpa nasik. 

Selamat mencuba.

7 comments:

Ninie Hanis January 26, 2011 at 6:01 AM  

yee...aku komen ketika rakyat mesia sedang nyenyak.harap tiada yang jadikan isu..heheh...

uiks,tag masak memasak pulak..hah,mana CISTAT ko tuh? ;)

Traveller's Anatomy January 26, 2011 at 8:49 AM  

hehe....me like name resepi tu RKGHS :) lps ni KLMNO pulak ;p

azieazah January 26, 2011 at 10:19 AM  

Phiewww mujur tak kena taq. hahaha

wow! bakar2 segala macam sayur macam tuh memang sedap. Ratah jerrrr..

Betullah, makan nasik banyak sangat bleh pening tau.

Cik Kentang January 26, 2011 at 10:30 AM  

Masak jangan tak masak. hehe...

Solihin Zubir January 26, 2011 at 4:38 PM  

bila aku ckp aku pandai masak? hahhaa..
aku tak pernah masak seumur idup aku.. hehhe.. ;-p

iina January 26, 2011 at 6:52 PM  

Bagus22... resepi last tuh mmg best.. senang dah healthy hehehe.. Ko belajarbuat nasi beriyani ok.. nnti aku leh dtg makan jek hehehe ;)

fatt January 27, 2011 at 1:53 AM  

ninie,
siot...huhuhu. cistat aku baru siap 1/2..sok lusa la aku tulis entry pasal tu :)



byya,
resepi apa tu KLMNO? shortform utk ape tu? hehehe :P



kak azie,
memula nak bg akak tag tp takut akak tak minat. nti sy bagi akak soklan tag bila kena lagi.
sy nak kurangkan mkn nasik ni..klu boleh nak cut jadi 1x je sehari..move to healthy diet, insya allah :)



cik kentang,
eh...pinjam kentang awak dalam resepi ni..hehe..skrg ni tgh cuba rajinkan sikit, sbb slalu masak ni ikut mood..huhu :P



solihin,
ada ko ckp dlm komen mana tah ko reti masak...hahaha..lupe la tu :)



iina,
aku rindu nak masak benda ni lagi..nk kene angkut dapor dr kl bwk balik kg senang nak membakar2 ni. kalau aku dapat resepi nasi beriani best aku share :)

Post a Comment

Terima kasih!!

  © Copyright Since 2010 | Backpacker Busuk

Back to TOP