Nakedbus $1 deal

March 03, 2011




Jika korang travel secara solo atau on tight budget mungkin boleh condsider untuk beli tiket bas lebih awal untuk dapatkan harga $1 untuk mana-mana destinasi yang nak dituju dalam NZ. Tapi promo ni kene tengok untuk date yang lebih ke depan sebab kalau beli last minute selalunya susah nak dapat harga $1. Seat $1 ni sangat limited, sama la macam tiket AA.

Dulu aku penah cerita pengalaman menaiki Nakedbus dari Queenstown ke Christchurch dalam entry ini. Dan untuk mengetahui lebih lanjut tentang bus ni boleh click link ini.

Route Nakedbus ini meliputi keseluruhan North dan South Island dan bukan itu saja, korang boleh crossing dari North Island (Wellington) ke South Island (Picton) or vice versa (Picton ke Wellington) dengan menaiki kapal menggunakan servis Nakedbus. Terdapat Nakedpassport untuk traveller yang mahukan lebih penjimatan dengan menggabungkan beberapa trip/route pada harga lebih murah berbanding dengan single ticket.

Selain dari itu, Nakedbus juga menawarkan pakej daytrip ke Milford Sound termasuk cruise di atas bot mengelilingi Milford Sound selama 100 minit dengan harga serendah $119. Pakej ini hanya valid untuk pick-up point dari Queenstown dan Te Anau.

Berikut adalah rangkaian laluan Nakedbus di seluruh New Zealand. Untuk map interaktif yang akan menunjukkan laluan bas ke destinasi pilihan, sila click sini.


North Island
[click to enlarge]


South Island
[click to enlarge]


Untuk trip bulan 7 ni (insya Allah), aku dah pun book 1-way trip dari Queenstown ke Christchurch Airport dengan harga $6 (+/- RM13) termasuk $1 untuk service charge. Aku tak dapat seat $1 sebab dah habis, tapi seat $5 dollar untuk route sejauh 7-8 jam ni memang berbaloi especially bila dia terus shoot sampai ke Christchurch Airport. Ikutkan normal price untuk destinasi ni adalah $35++ sehala (RM80++) dan harga yang aku dapat tu memang sangat murah. 

Pembelian tiket Nakedbus boleh dilakukan secara online menggunakan kredit kad dan itinerary tiket akan dihantar ke email. Masa nak naik bas nanti just bagi booking number ataupun tunjuk salinan booking pada driver bus untuk pengesahan.

Lagi satu, kalau aku turun town Christchurch dulu dan amik separate transport ke airport, confirm akan spend lagi $15 sehala dengan Steve Shuttle (cheapest shuttle untuk kategori door-to-door service) atau $7.50 kalau naik Redbus.


Steve Shuttle


Ada banyak option untuk dapatkan servis Steve Shuttle ni, sama ada book melalui Christchurch i-Site (walk-in), email ke info@christchurchnz.com, call +64 3379 9629 atau 0800 4 BEST DEALS (NZ only).

TAPI, yang tak bestnya....Steve Shuttle ni hanya beroperasi dari town Christchurch ke Christchurch Airport dan takde servis dari Christchurch Airport ke town Christchurch, so please take note about this.


contoh tiket Steve Shuttle


Selain dari Nakedbus, Intercity jugak ada buat promosi seat $1. Boleh jenguk website dorang untuk dapatkan deal ni. As usual, only limited seat available for $1, so grab fast!

6 comments:

gadisBunga March 3, 2011 at 1:27 PM  

informatif giler!!! aku akan suruh org rujuk blog ko kalau depa nak travel.

azieazah March 3, 2011 at 2:58 PM  

Wahh... inilah perkongsian info dari orang yang ada pengalaman bab travel ni.

Sungguh berguna info sebegini.

Thanks.


Memburu “Darah” Terbaik...

fatt March 4, 2011 at 2:46 AM  

gb,
terima kasih. silakan :)



kak azie,
tq. sekadar sharing sesama traveller yg nak ke NZ :)

Solihin Zubir March 5, 2011 at 12:24 PM  

kenapa ia diberi nama 'basbogel'? heheh.. ;-p

lydiarahayumahmod March 8, 2011 at 8:53 PM  

syoknya!!!!
teringin nak pergi backpacking kat sana...huhuh..tapi kalau ada baby, tak bley back packing...
cost ke sana roughly berapa per person? siap tempat tinggal and makan?

fatt March 9, 2011 at 2:23 AM  

solihin,
tak pastila kenapa...tp takde sbrg unsur2 bogel dlm bas ni..huhuhu :P



lydia,
AA dah bukak route ke sini why not cuba dtg sini in future! klu ada baby pun boleh je backpack..uols sewa campervan or motorhome..senang..takyah cek-in bilik..klu utk 1 week dlm motorhome i rasa dlm rm6-7k boleh kot..depends on yer route and activitiy yg u nak buat..klu just pusing2 je should be lesser.. :)

Post a Comment

Terima kasih!!

  © Copyright Since 2010 | Backpacker Busuk

Back to TOP