Packing : Apa dalam beg?

March 22, 2011

Malam tadi aku tak boleh tido awal sebab banyak benda nak selesaikan sebelum matahari terbit. Sepanjang semalam aku tersangatlah bizi sampai rasanya 24jam tu tak cukup, mungkin kalau satu hari bersamaan 50jam baru nak cukup....kot?! Mau taknya....duit pun tak tukar lagi niii!  

Benda yang masih pending untuk hari ni :
  1. Tukar duit
  2. Print hostel booking conformation + flight itinerary

Insya Allah sempat buat sume ni sebelum tengahari. tula sape suh nak berak baru gali lubang??! padan muke!

Sebenarnya memang gini pesen aku setiap kali nak berjalan. Aku tak suka buat dari awal sebab macam excited lebih kalau packing awal, betul tak? Packing last minute ni memang syok, kan? Yelah tu...alasan!




Kali ni aku cuma bawak backpack 32L untuk trip selama 10 hari. Takde check-in luggage, bawak masuk cabin je...jimat! 

Yang ni adalah checklist item yang dibawak :
  1. Kathmandu 32L
  2. Passport
  3. Buku catatan + pen
  4. Kalkulator
  5. Kamera + charger + extra memory card + extra battery
  6. Tripod
  7. Lampu suluh (untuk Bromo, kan naik time gelap...?)
  8. Payung (check weather forecast katanya hujan memanjang...maka kenalah sediakan payung sebelum hujan)
  9. Travel adapter
  10. Handphone charger
  11. Kompas kiblat
  12. Sejadah + telekung
  13. Cargo bag (foldable) - in case luggage aku beranak dihujung trip...haha~
  14. Buku Lonely Planet S.E.A
  15. Microfiber towel (warna hijau)
  16. First aid kit
  17. Baju luar/dalam selama 10 hari (bungkus kemas dalam zipper plastik bag - untuk elak dari basah & organized)
  18. Baju fleece Kathmandu (untuk Bromo)
  19. Sweater TNF (untuk Bromo)
  20. Gloves (untuk Bromo)
  21. Beanie (untuk Bromo)
  22. Long pants x1
  23. 3/4 pants x1
  24. Blanket (guna atas flight & naik train malam - takde dalam gambar)
  25. Sandal Teva (takde dalam gambar)
  26. Sport shoes + socks (takde dalam gambar)
  27. Toiletries (belum pack)
  28. Ipod 

Dan tak macam selalunya sebab kali ni aku tak bawak lappy...instinct tak berapa nak sedap la. Of course aku akan rasa sedikit lost tanpa internet tapi takpelah...biarlah lost takde internet dari lost lappy cabuk tu. Insya Allah kalau ada connection aku akan try update guna kompiter pinjam....

Okla...aku nak bersiap pegi airport dah...jumpa lagi minggu depan... ^__^
.

14 comments:

MasZuber March 22, 2011 at 10:40 AM  

ipod dah bawak, so still bleh ter-tenet :)

memang x yah bwk lptop. takut ilang..

h a n i e March 22, 2011 at 12:06 PM  

selamattttt!
enjoy your trip beb..snap gmbr lawa2. hehehe

anne March 22, 2011 at 12:34 PM  

have a safe journey, fatt..

nenekebayan,  March 22, 2011 at 1:26 PM  

wah..tak sabar nak tgk gamba bromo lepas letusan paling kuat aritu. moga2 dah bole tgk kawahnye. nnti upload gamba byk2 ye. sane kalo ujan lebat takut tak bole turun di kaki bromo, kaw banjir tu. anyway, enjoy ur trip!

fatt March 22, 2011 at 1:51 PM  

mas zuber,
tapi ipod ni takleh berinternet :P



hanie,
itu semestinya! :D



anne,
terima kasih! :D



nenekebayan,
tula nek..cek weather forecast memanjang ujan..harap2 tak betul la ramalan cuaca tu..kalau tak punah la rancangan..anyway, thanks! :D

Ninie Hanis March 22, 2011 at 7:31 PM  

hv a safe journey babe..take care n enjoy!

lotsa luv,
old buddy ;)

Cik Kentang March 23, 2011 at 10:36 AM  

Be safe. envy a bit..kita jugak jadi katak bawah tempurung. dammm!!..aku benci katak nikan pulak nak jadi katak??

Ms AiReEn MoHd March 23, 2011 at 9:19 PM  

keje ko asik berjalan jer ni..jelessssssssssss okeh

rara March 23, 2011 at 9:52 PM  

enjoy ur trip! jgn lupa share gambar. :) my sis cakap bromo cantik!

Solihin Zubir March 23, 2011 at 11:21 PM  

woahh.. slamat2..
njoy ur trip k..
nak ole2.. :D

gadisBunga March 24, 2011 at 7:13 PM  

have a nice trip babe!!! aku rasa aku lupa nak email address aku kat ko lah kan?

safe journey ok!

fatt May 8, 2011 at 11:12 PM  

*talk about delayed response*

ninie,
gua safe & sound. baru nak reply komen. duh!



cik kentang,
jgn jadi katak..jadilah princess. kang susah nak cari manusia cium katak...haha



eryn,
pas ko habis pantang ko pulun la jalan wahai mak budak..haha



rara,
i enjoyed this trip much! mmg bromo cantik but i guessed i must repeat second time sbb tak brp puas hati.



sz,
indeed! sent u a postcard. an ole2 from jogja :)



gb,
nice trip indeed! thanks. u oso got my postcard :)


ct nursyahidah,
betul ke ni? makasih. klu tak kerana komen awk mmg sy lupa nak reply komen2 ni..haha..tq~

Siti Nursyahidah Mohamad Khalil May 11, 2011 at 5:15 PM  

hihi..ye betul!jadik inspirasi nak travel jejauh :)

Post a Comment

Terima kasih!!

  © Copyright Since 2010 | Backpacker Busuk

Back to TOP