Guide to simple cook while travelling

April 26, 2011


Over kan letak tajuk omputih tapi isi bahasa melayu? Nak wat camne, dah itu paling pendek dan sedap. Kalau aku taruk "Panduan memasak secara ringkas semasa berjalan-jalan"...cam pelik kan bunyiknya? Macam cerita Doremon pun ada. Hehe.

Okay terlebih sudah~

Haritu aku lepak dengan fellow travellers yang akan ke NZ pada awal bulan depan. Macam-macam topik tentang travel yang kami borakkan dan salah satunya ialah bab makanan. Soalan pasal makanan ni kerap jugak orang tanya jadi aku nak share di sini untuk rujukan bersama.

Actually aku kurang faham kenapa isu nasi jadi benda paling merisaukan sume orang. Aku faham yang nasi adalah makanan ruji bagi rice people tapi berpada-pada la nak makan nasi hari-hari. Soalan paling lawak bersangkutan dengan nasi yang penah aku dengar setakat ni ialah, "Ada tak periuk nasi kat hostel sana?". Sebab apa aku cakap lawak....sebab makanan ruji omputih bukannya nasi! Depa tu tekak spaghetti kot! Jadi kenapa perlu ada periuk nasi kat hostel? Arghh!

Kadang-kadang tensen ok bila kena jawab soalan camtu. Haih.

Cuba belajar "puasa" dari makan nasi kalau travel 1-2 minggu. Apelah sangat tak makan nasi, tak mati pun! Fikirkan alternatif lain yang time saving dan ringkas sebab waktu yang korang ada masa travel dahla singkat (lainla kalau travel berbulan-bulan). So kalau dah travel sekejap tu janganla buang masa prepare makanan yang remeh. Kalau duduk hostel lagi la kena faham yang semua facilities kena share dengan semua penghuni. So please be considerate.

For first timers yang bakal menginap di hostel mesti nak tau camne rupa kitchen dorang kan? Harap gambar-gambar di bawah boleh bagi brief idea rupa communal kitchen di mana-mana hostel.


big kitchen @ Bumbles, Queenstown


small kitchen @ Bumbles, Queenstown
my feveret spot. duduk atas sinki sambil tunggu roti toast


lagi contoh kitchen kat hostel lain


- communal fridge & food shelves -
always put label on your items or it will be considered FREE
(name, room no. & departure date)


one of the communal kitchen @ YHA Sydney


boleh nampak kan teraturnya dorang menyusun barang?
so camne kita amik, camtu jugak kita simpan


Selepas selesai memasak dan menggunakan segala pinggan mangkuk periuk belanga, sila basuh, keringkan dan susun balik ke tempat asal. Jangan jadi pemalas. It's courtesy!

Nota : Pesen omputih ni pas cuci pinggan dorang akan lap terus kasi kering dan susun balik atas rak. Tolong jangan buat perangai dah basuh longgok tepi, it's a big NO.

**

So back to earlier topic, pasal nasi. The truth is aku jarang masak nasi bila travel. So apa yang aku makan sebenarnya? 


Breakfast

Skip nasi lemak, roti canai dan teh tarik potong kaki. Instead, makanlah benda berkhasiat camni. Jangan lupa makan buah, be it an apple or a banana. Perfect start for a day!


cadbury hot choc, bread toast & nutella, muesli


tapi aku tak suka muesli sebab tak sedap. my faveret is cereal with honey almond! 
sayangnya jenis ni takde kat Msia, but siyesly sedap gile! *drooling*


1 litre yogurt. heaven~ (actually murah, dlm 3 dollar je)
kat Msia takde yogurt sebesar ni, kalau ada pun tak sedap. 
makan yogurt bagus untuk digestion, sila amalkan!


breakfast by the lake. terbaik!


Lunch/Dinner

Makan tengahari nak berat sikit takpe, takde masalah. Tapi kalau boleh amik makanan yang balance. Kalau tengahari dah makan berat, malam tu makanla ringan sikit macam buah dan hot choc.


- fish & chips -
tak susah nak prepare. campak je sume dalam frying pan
veggies tu rebus dengan sikit minyak+garam


- spaghetti carbonara with chicken -
baca ingredients spaghetti sauce sebelum beli sebab sesetengah tu ada minced pork


i go veggie sometimes!


- kalau dah malas ini pun jadi -
aku sangat suka broccoli sebab tu semua benda aku letak broccoli


- tomyam -
sekali sekala bila rindu masakan asia


- resepi ape tak tau -
layer dulang dengan minyak, sprinkle herbs+garam pastu sumbat dalam oven. setel!


final product : lamb steak! letak sikit gravy and walla~


Tea Time

Light-light sudah. Jangan mengada mintak yang pelik-pelik.


- cekodok pisang -
tak kisah la pisang ape asal namanya pisang, janji ujung-ujung jadi cekodok pisang,
bukan cekodok broccoli


Sebenarnya bukan aku langsung tak makan nasi, cuma bukan selalu. Tapi lauknya tak semenggah mana sebab paham-paham jela harga barang Asian kat sini, mahal gila kot! Kalau 2-3 batang serai je dah  5 dollar, tak ke pitam dibuatnya? 


kalau mak aku tau ini yang aku makan confirm beliau nangis. 
sebab tu tiap kali aku tepon tanya beliau masak ape, beliau cakap goreng ikan je. 
taknak kasik aku sedih le tu!


Kalau nak beli beras kat sini dorang jual dalam paket kecik (1kg). Harga antara $3-5 dollar, bergantung pada jenis. Yang murah pun ada, cuma bukan keluaran Sun Rice tapi Home Brand (macam brand Tesko atau Car4).


brand yang dijual di Pak'n Save, New World dan Fresh Choice


berasnya kontot-kontot


basmati pun ada, tapi mahal le


cam gini rupa basmati. nak buat nasi briyani okla, tapi kene ada rencahnya.
sembang kencang nak masak briyani tapi takde rencah pun tak guna, kan?


Sekali sekala selera mee kari menyinggah juga di tekak. Tapi buat ala kadar asal final product ialah mee kari walau hakikatnya "mee" yang digunakan ialah spaghetti. sadis! 


camni ye puan-puan. rebus dulu daging kasi empuk, kata chef rambut ketak


kemudian goreng daging dengan rempah kari


akhir sekali masukkan santan. biar sampai mendidih
ini namanya resepi memandai-mandai. tak sedap boleh marah tukang masak


IKLAN

lama siot manusia ni memasak. baik aku tido dulu, keluh Moss


AKHIRNYA.....

dah siap! 
agak slow sebab pakai dapor letrek (kat sini mana ada dapor gas)
cucur kentang jangan dianaktirikan, tak komplit katanya


Terus terang rasanya diet aku kat sini lebih baik dari di Msia. Sebab kat sini aku banyak makan veggies dan healthy foods sebab selection of brands yang bagus dan murah. Contoh, roti kat sini quite variety sebab ada macam-macam jenis dan favourite aku ialah multigrain, portion of slice agak tebal dari roti biasa so makan 1-2 keping dah kenyang sangat.

Aku pasti ramai yang nak tau dari mana aku dapat daging kambing halal dan daging ayam halal kat NZ kannn?

Sebenarnya tak susah mencari barang mentah halal kat sini especially daging kambing halal sebab NZ ialah world's largest exporter untuk halal sheep meat. Segala produk berkaitan halal certificate dikawal ketat oleh FIANZ (Federation of Islamic Association of New Zealand) dan boleh rujuk sini untuk halal directory di seluruh New Zealand (butchery, restoran, bakery, coklat dan sebagainya). FYI, coklat Whittakers yang menjadi pujaan pun ada halal certificate ok. So takyah risau nak borong berbondong-bondong bawak balik Msia. Kat KL aku jumpa Whittakers (1 bar besar) RM20!! Mahal gile! Walhal kalau convert dari NZD ke RM pun masih melampau RM20 tu. 

Kalau tak minat daging kambing jangan kecewa sebab masih ada daging ayam halal untuk dimakan. Jenama yang confirm halal untuk dimakan ialah Brinks. Walaupun takde chop halal kat pembalut Brinks, tapi ianya konfem halal. Camne aku tau? Sebab certificate halal di bawah ni.


tak nampak? tu tandanya pendek umur. hehe


Since aku ni seorang yang baik hati so aku tolong taipkan semula...


Halal Accreditation for CHICKEN

This is not an official certificate. For customer information only
Brinks South Island has been granted Halal Accreditation for the following products : 
Plain Whole birds, Portion cuts, Boneless portions
The official Halal Accreditation certificate can be viewed on site at 
Brinks South Island Ltd
1308 Main South Road, Christchurch


Masih tak puas hati? Telepon sendiri opis Brinks di 03 347 8369 (ni nombor NZ, jangan dok gatai dail kat Msia. Tah rumah sape agaknya nombor ni, kene maki free je tanya pasal Brinks halal ke tak. Hahaha

Kalau drive keta dari Christchurch down to south, mesti akan nampak slaughterhouse Brinks kat sebelah kanan (means kalau dari south ke Christchurch, tempat ni di sebelah kiri). 

Nak cari ayam Brinks kat South Island tak susah, cari je dalam supermarket Pak'n Save dan Fresh Choice, Insya Allah jumpa.

Lagi info tentang makanan halal di NZ boleh jenguk website FIANZ, Iman, dan Ministry of Edu, NZ.


29 comments:

Ninie Hanis April 26, 2011 at 7:43 AM  

Good info,especially part masak memasak tu.Hehehe..kalau aku kat sini,beli oven baked chips yg frozen,pastu nak mkn campak dlm tray masuk oven je.haha!

Aku plg suka english breakfast.Kenyang sampai petang.Toast bread,baked beans,mushroom dgn potato chips. :)

Aku kena nasik jugak,tapi kalau travel takdelah hari2 kena cari nasik.Plg best pengganti nasik ialah kebab.

gadisBunga April 26, 2011 at 9:23 AM  

komplit!

aku pun heran sebenonya org dok risau pasal makan bila travel. tapi mmg utk sesetengah org tekak melayu depa tebal, takleh terima makanan lain. kalau travel dgn memeber yg cenggitu alamatnya adedey laa..hu~

Mutiara Bernilai April 26, 2011 at 9:30 AM  

wah,
bestnye

mutiara nak sgt2 travel,
g oversea,
hu, tp xde geng.

huhu~!

MasZuber April 26, 2011 at 10:17 AM  

tenkiu for sharing this fatt.

nanti i suruh kawan i bace entry u nie.. diorang nak bercamper van di sana selama 10 hari nie..

salina April 26, 2011 at 11:16 AM  

1st time mengomen kat sini...anyway I lebiu fatt! aku baru tgh plan nak semelih ayam sendiri kat sana...keke..woit bila nak reply aku punya email??

cik gold April 26, 2011 at 11:54 AM  

fatt..lama ka dok nz??hehe..
siap leh wat mee kari lagi

salsabila April 26, 2011 at 12:07 PM  

fatt...

aku nak tanye skit boleh...sorry klu soklan aku mcm ngok skit...
mcm kt share dapur tu, aku mcm nak bwk sabun taharah, yg sabun tanah tu utk samak periuk2 tu boleh x before aku pakai?
hmm...nnt aku pg dgn org yg agak alim skit, so kenelah prepare ape2 dulu before pg...
sorry eh klu soklan aku mcm ni...aku innocent....hahaha

fatt April 26, 2011 at 12:18 PM  

ninie,
aku dah lama tak mkn english bfast ni. sekali sekala best mkn camtu sbb nak sediakan simple gile, takyah serabut2 menumis sume kan?

ni aku dah tak ingt bila last time aku mkn nasi..oh ye..i think last week. but its good tho since nasi kan tinggi carbo. tak brp elok sbnrnya.

aku suka jgk kebab, but the finest kebab aku pnh taste ialah kat HK. harga 1 piece rm17! gilo T___T



gb,
nasib baik dia x tye ada lesung batu x kat sana..haha. aku pun pening klu dpt travelmet byk cekadak cmtu. pd aku asal perut terisi sudeh. nk demand kalu ko masakla sorg2! haha :D



mutiara,
klu awk minat bole je cari kwn utk travel. ada ramai org pun sama jgk cam awk. join forum...pegi kat thread travel. goodluck! :)



masz,
welcome! wow sewa campervan ke? so interesting! bila dorg nk ke sana? aku gerenti dorg mesti jatuh cinta kat nz 1st time tgk scenery di sana nnti :)



salina,
semelih! jgn x semelih!
aku reply emel ko kat sini jela ek.

1. aku takde prosedur apa klu travel sbb aku mmg jenis redah. tp aku still buat homework skit ttg jenis2 aktiviti nak buat dan prepare list of accom. kdg2 aku book, kdg2 tak. mostly kat nz aku redah je sbb aku dok dorm, so no big deal

2. masuk nz tak perlu visa

3. selain coklat ko bleh beli alas kaki bulu kambing (mmg mahal tp berbaloi), fridge magnet, shot glass, honey manuka coz its cheap

4. klu ko sewa campervan tu, mlm tu kan ko akan sewa campsite. kat sana ada sume facilities cam toilet, power supply, air. so no big deal pun klu takde toilet dlm campervan

itu jela soalan yg ko tanya dlm emel. hope it will help.

fatt April 26, 2011 at 12:40 PM  

cik gold,
lama sgt tu takle. tp merasa la sume musim



salsabila,
soalan ko ok, sbb ada gak org tanya. asal ko tak tanya ada lesung batu ke idak sudah. hehe

sabun taharah tu mmg aku rekemen bwk utk org yg ada high level of curiosity. ko basuh je cam biasa smpai hati ko rasa konfiden. benda ni sbnrnya bgtg pd individu, aku pun bukanla bagus sgt tp klu aku rasa konfiden aku pakai je.

gunakan tanpa was was! andai timbul rasa was was maka ia otomatik jadi haram. aku hrp jwpn aku membantu

haziqaanes April 26, 2011 at 3:46 PM  

hahhaa fat! org yg di sini pn dah lama gila tak masak nasi. jangan nnti blik msia, masak nasik tak jadi dah ler. menumis2 pn dah lama tak buat T_T semua jenis masuk oven dan tinggal makan. hahaha -.-" info yg menarik, anyway. thanx!

Nieda April 26, 2011 at 4:19 PM  

Salam kenal. Terjumpa blog ni 2,3 hari lalu. Syok baca entry jln2. Sbb akak pun suka jln tapi tak ada lah lagi samapi ngri org putih pun. Setakat ngra jiran kita ja .

Blog ni dah masuk bloglist akak ya.

iina April 26, 2011 at 9:25 PM  

Kalau tanya ada periuk nasi ke idak kat hostel.. jwapan aku.. bawaklah periuk nasi sendiri gerenti ada.. bab bwk periuk nie mmg aku biasa buat.. jenis yg kecik tuh leh muat 2 pot jek.. amat berguna masa kecemasan.. dah byk negara kitaorg pergi mmg bwk periuk nasi dan multicooker elektrik.. mmg senang cite.. terpaksalah bawak sebab laki aku mmg nk mkn nasi gak.. kebab bolehlah tapi kalau kena travel 10 ari cam aku p swiss n italy.. mkn kebab pun naik layu dah.. 1 lagi.. bila bawak periuk nasi nie.. dah tak risau sgt bab2 nk makan.. pg leh masak siap2.. bila time makan tgl keluarkan jek bekalan (itu utk travel family.. kalau bujg ye kes.. lagik senng cite)

Kalau ke NZ atau Australia aku rasa senang nak cari kedai2 halal.. tapi certain country kat europe punyalah susah nak cari.. kdg2 nasiblah jumpa.. sebab itu aku prefer bwk bekalan.. ambik 1 beg utk masuk cabin.. dlm tuh sumbat semua bahan mentah utk masak.. so by the time smpi tempat atau hostel.. boleh masak.. teringat masa duk kat pisa.. dapat rumah cabin yg siap dengan dapur masak kat beranda.. memang heavenlah memasak pagi tuh.. n masa aku p andorra.. mmg ambik rumah yang ada 3 bilik siap tv.. dapur.. sebijik cam duk umah banglo.. pergi 2 family.. mmg best..

Pada aku kalau travel bujg mmg seng sgt nak makan.. klu aku sorg2 pun makan roti.. baguette kebab.. apa2lah ok jek.. tapi klu pakwe aku ada.. confirm jgn berangan nk mkn roti jek.. krg muka dia ketat n aku gak susah hati hahaha..

Info ko mmg bergunalah.. aku jenis malas nak tulis jek.. idak aku leh share experience aku.. nntilah kot ada masa.. insyallah aku cerita2 gak nanti..

xplorer April 26, 2011 at 9:35 PM  

the best food during travel is non other than MEGI MEE

fatt April 26, 2011 at 11:53 PM  

haziq,
eh yu bukan baru balik dr bercuti pjg kat msia ke aritu? sabau jela. haha. sis, masak nasik pakai microwave tau tak? tu alternatif kalau takde rice cooker. pegila Paddys Market yg besau tu, ada byk brg mkn asian. borong byk2 untung!



kak nieda,
salam perkenalan!
terima kasih letakkan link sy di blog akak. suatu hari nanti dtglah nz...sini tmptnya aman, cuma lately kerap skit gempa bumi tp tu sume x seteruk kat jepun. currency lebih kurang spore, so kalau nak saving utk vacation ke sini bagus jgk..tp kena bekukan vacation lain la. hehe. amik saja info dlm ni kalau berminat, sy share ikhlas :)



iina,
klu tak bwk periuk pun ok, bwk je pot tu, leh masak guna microwave..sama je. takde pot pun ok, masak pakai microwave safe container.

yup betul kat nz & oz cari brg halal sng sbb ada byk butcher halal. tp much wider kat oz rasanya. aku tak suka sgt mkn kebab...aku tolak batu & kayu je, janji perut terisi sudah.

kdg2 kalau rindu masakan mak, aku bayangkan roti/pasta itu ialah ayam masak merah ke, barula laju sikit makan...walhal. haha..reverse psikologi je sbnrnya sume tu..haha.

ko share la tmpt2 halal kat belah2 sana..mana tahu ada yg mencari info..aku pun tgh plan nak ke sana thn depan. insya allah :)



xplorer,
dah tak larat nak megi sbnrnya. i rela makan sayur grill dr makan megi..haha

Food&Travel Lovers April 27, 2011 at 3:04 PM  

fatt..
thanks for ur reply...xde maknanya aku nak tanye lesung batu...haha...sdgkan kt rumah sewa aku pn aku masak gune ape jer yg ade dlm peti ais...penah gak aku makan spagetti dgn mushroom soup...hentam saja..janji kenyang...
hmmm..aku nak bwk sabun taharah as back up...b4 aku pakai benda tu, aku tonyoh dulu dgn sabun taharah...lps tu aku bilas dgn air...insyaALLAH, smp akur asa yakin, tp xlah keterlaluan...nnt jd kes membazir pulak...

anyway, thanks for ur info...pasal mknan2 ni...byk sgt membantu...

Traveller's Anatomy April 27, 2011 at 7:13 PM  

oh ni bkn je boleh pkai time travel, time kat umah pon boleh try ni hehe...masak ala2 ni la yg plg senang kan, xpayah risau pecah minyak etc hehe...

Leez M. Saaid April 28, 2011 at 12:31 AM  

good info...rajinnya hang memasak yea...aku main beli jer...malas sbenarnya hehehe

fatt April 28, 2011 at 3:08 AM  

byya,
LOL...it's actually guide utk org malas memasak sbnrnya..haha (like me) :P


leez,
apa nak buat..bila duduk tmpt org tpksa rajin. nak beli kebab je tiap kali leh bengkrap dibuatnya. time ni mmg kreatif reka bukan2, tp klu balik msia sume benda dpn mata tu yg malas gile

salsabila April 28, 2011 at 9:56 AM  

fatt..nak tanye...tp bukan pasal food...nak tanye rent campervan kt sane la...ko tau x which one yg bagus utk rent campervan ni??

fatt April 28, 2011 at 12:56 PM  

food & travel lovers,
ure welcome :)

nama ko telah menjelaskan segalanya...spaghetti dgn mushroom soup..haha, tak terjangkau akalku. sedap tak? :P

aku punye pendapat la, psl brg2 nak samak tu, nak mudah skit ko bwk cutlery sendiri, takla jenuh samak cutlery 2-3 kali. klu rajin mengangkut ko bwkla cutlery dan senduk/sudip sendiri. biar periuk & frying pan je yg samak. up to you, aku tak sure idea aku ni bernas ke apa, takut memberat beg je..haha :P



salsabila,
aku tak penah lagi sewa campervan so tak dpt nak advice sgt. sbnrnya tak kisahla ko sewa campervan or keta sbb harga per day tu dorg quote based on usage. lagi lama ko sewa, lagi murah dorg akan bagi.

kalau shot term rental, dlm nzd35 per day, long term (bulan) nzd25 ko leh dpt. but it depends.

cuba tgk Jucy, Backpacker Campervans, Explore More & Cheap Motorhomes

MasZuber April 28, 2011 at 3:41 PM  

member aku nak gi 20-29feb tahun depan. clash plak ngan plan aku nak ke jogja-bandung mase tue. elok pulak promo mase travel date yang sama.

tp diorang dpt return tiket airasia ke sana rm500 jea. so x bleh nak tunggu aku dah..

sob sob sob..kena tinggal daku.

kot ade member2 ko yang nak ke sana dalam tahun depan, bgtau la..ingat nak tag along tapi mei onwards la..

Solihin Zubir April 28, 2011 at 3:58 PM  

perghh.. mkn ala2 mat salleh la ko kt sana ehh...

tp x lupa jugak msakan asia.. heehehe..

mana bleh tinggal woo nasik.. :D

uik.. moss tu idup lagi? haha..

fatt April 29, 2011 at 12:36 AM  

mas,
mmg murah la kwn ko dpt. aku dpt return rm424..haha..tp aku tak amik luggage. aku travel light, sume bwk naik atas. aku usha tiket td dah habis dah yg memurah.

setakat ni kengkawan aku byk yg p thn ni. thn depan aku tak sure ada ke tak. if ada aku roger ko. btw ko dah gi korea belum? aku tgh cari lagi 1 org nak cukupkan korum.



sz,
aku malas la nak masak...sbb tu tpksa cincai..janji cepat siap. nasik tu kdg2 la masak, nak selalu tu aku malas sbb bhn2 mahal, pastu leceh sbb tak sume bhn ada.

moss idup lagi..gemuk camtu jgk lg agaknye. haha

salsabila April 29, 2011 at 4:05 PM  

fatt...

spagetti dgn mushroom soup...ala2 carbonara gitu...haha...pperut dh lapar beb...spagetti+mushroom soup panas2, mmg ko bedal jek...haha...
aku lg rela, mkn ape jer ade kt rumah dr kuar pg kedai...tp meggi bukanlah pilihanku..tepung+bwg pn aku boleh buat cucur leper2 atas frying pan aku...mmg besh la...haha...
aku bab2 western, rajinlah aku menerai...klu bab2 masakan melayu, hancus gitu...10 kali nak masak kari, 10 kali aku tanye mak aku...suruh aku bt kek, western, pandai pulak aku ikut resepi....tp aku xmemilih makan...org lain mase pg beijing, kt mknan xsedap...aku ni hentam sajer...smp cr toilet dlm flt nak lepaskan hajat...mmg sengal...makanan cina, india, western...arab...aku okeh jer...jepun agak payah skit nak masuk kot...

fatt April 29, 2011 at 11:37 PM  

salsabila,
adakah food travel lovers ni multinick ko? hehe.

aku mkn kdg2 ala kadar dan ikut dan. kalau malas aku minum hot choc dgn mkn buah je, kalau rajin lebih aku masak. tp klu masak pun yg nak hadap tu aku sorang baik takyah masak. so far aku tak memilih, cuma aku kurang gemar kari/gulai. lain2 sume aku tak kisah. klu kat tmpt org, aku suka cuba specialty dorg, dan aku sgt2 suka chinese food. ada 1 kedai kat shanghai yg jadi fave aku. mee sup dia smpai skrg aku teringt. ingt nti suatu hari ada rezeki nak ripit shanghai balik & singgah kedai tu.

ko pegi nz kan thn ni? dah setel hal campervan? try tgk jucy..rates dia ok gak.

Biqque June 29, 2011 at 10:39 AM  

ok, dah baca sume post NZ and i comment kat sini je la :D

sukaaaaaaaaaaaaaaa sgt baca blog u (coz i pun travelholic). i tag u kat blog roll i k?

nice to meet u!

fatt June 29, 2011 at 11:03 AM  

biqque,

hi there!
thanks for the compliment, too big for me to accept. malu rasanya tapi terima kasih daun keladi :)

will tag u too. thanks. see u around here and there! :)

Mijoe January 7, 2012 at 9:51 PM  

bekfes by the lake tuh mmg mantop le fatt. makan la pape pun, janji kat tepi tasik kat obesi camni mmg syahdu je gue rasa... he he

daging kambiang tuh pun mmg la buat gue terliur... tetiba nak mkn daging kambing obesi punye jugak.. grill best kan!! tingat kat rencangan License To Grill.. :p

dan gambar miong yg gebu tu sungguh la kiut...geram tul!

good job fatt! :p

fatt January 9, 2012 at 8:32 PM  

mijoe,
uih mmg mantop..makan ape pun sume layan. tapi kdg2 menggigil jgk wlpun tgh terik matahari summer. tapi makan cekodok la paling menggamit memori..iskk..

sini daging kambing agak murah. tp ada certain tmpt je yg halal, tak sume. even halal pun dia tak buh chop halal, tau pun dr kabar mulut tukang semelih daging kat halal buthchery

miong ni dah obes..dlm perut dia ada mesin pengisar. tahle hidup lagi ke tak. dulu dia ni kurus keding, tetiba jadi bulat. hehehe

Post a Comment

Terima kasih!!

  © Copyright Since 2010 | Backpacker Busuk

Back to TOP