Mencari yang halal itu fardhu

April 29, 2011


Info ini boleh dijadikan panduan oleh seluruh muslim especially traveller muslim berkaitan isu samak menyamak terutamanya apabila ia melibatkan perkongsian perkakasan dengan traveller beragama lain yang diragui tahap kebersihan/kesuciannya.

Kalau dulu agak susah sebab kena cari tanah untuk bersamak tapi sekarang mudah sebab ada sejenis sabun iaitu Sabun Taharah yang boleh dijadikan alternatif untuk bersamak. Sabun ni boleh cari kat kedai-kedai yang menjual buku-buku keagamaan atau peralatan sembahyang dan harga seketul sabun ialah RM5.90


90% bahan sabun ini adalah dari tanah liat


Memetik info dari Wikipedia, 

Menurut kepada keputusan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan 2004-2007, Hukum Melakukan Samak terhadap Najis Mughallazah Menggunakan Sabun Tanah Liat adalah dibolehkan (Muzakarah ke 76 pada 21-23 November 2006) ianya seperti yang tercatat dalam teks keputusan berikut :

"Sabun yang mengandungi unsur tanah liat boleh digunakan untuk melakukan samak najis mughallazah dengan syarat tanah tersebut suci dan peratusan kandungan tanah dalam sabun melebihi daripada bahan-bahan yang lain serta kaedah samak tersebut dilakukan mengikut syarak".

Najis mughallazah bermaksud najis berat yang berpunca dari anjing dan b4b1serta benda-benda yang datang daripadanya. 

Cara membersihkan najis mughallazah :
  1. Bersihkan bahagian yang terkena najis
  2. Basuh sebanyak 7 kali berserta niat (satu bahagian air sabun taharah, 6 bahagian air mutlak)
  3. Ia mestilah dibersihkan sehingga hilang bau, rasa dan warna.

Maksud air mutlak ialah air yang suci dan bersih yang boleh digunakan untuk menyucikan diri dari segala jenis najis dan membersihkan diri dari hadas besar.

Cara membasuh yang betul ialah dengan menjirus atau melalukan air padanya (maksudnya : lalukan objek/benda yang terkena najis di bawah air paip yang mengalir).

Semoga info ini akan memberi manfaat kepada kita semua. Sekian khutbah Jumaat dari aku untuk hari ini dan selamat berhujung minggu. Hehe.

7 comments:

MasZuber April 29, 2011 at 1:22 PM  

oo macam nie pun bole gak rupanya..

bagus bagus. aku memang ngak tahu..

Mimie.Candy Cane April 29, 2011 at 1:28 PM  

wah ..entry versi jumaat ni..thanx for the info..nk kena cari gak ni.kawasan aku tinggal ni banyak hanjeng..kot2 tercuit kan...

VFN April 29, 2011 at 2:20 PM  

senang pakai sabun ni.. takdelah susah nak pi mencari tanah... hehe

fatt April 29, 2011 at 11:40 PM  

mas,
ko spare je sabun ni tiap kali travel. mana tau emergency kan..tkyah gali tanah



mie,
kannn? aku ganti pak lebai bagi khutbah. haha. anjing2 kat sini suka2 je kejar org. ala ko spare je, mana la tau nak guna dah ada



vfn,
buat sabun cuci muka pun boleh. mana tahu lagi mujarab dr pencuci muka yg berchemical tu

azieazah April 30, 2011 at 6:53 AM  

Alhamdulillah, ada alternatif di zaman moden ini rupanya.

Terimakasih berkongsi info. Memang berguna ni.

gadisBunga April 30, 2011 at 11:48 AM  

mmg bagus dan inovatif la sabun tu. kalau pakai kat badan mesti sentiasa suci tanpa was was kan?

*psstt..update la gambo bromo segala kat GambaRajah!

fatt May 1, 2011 at 8:23 PM  

kak azie,
ye akak...skrg mkin senang. takyah korek tanah dah :)



gb,
haha..aku tergelak besar ni. nampak benor dah lama aku tak buh gmbr dlm blog tu..iskk...nti aku up gmbr ye :)

Post a Comment

Terima kasih!!

  © Copyright Since 2010 | Backpacker Busuk

Back to TOP