Trans Java : Bandung - Part 1

April 03, 2011

Bismillahirrahmanirrahim.

Aku akan mula menaip travelog Trans Java sementara ia masih fresh dalam kepala. Sebenarnya nak menaip travelog ni perlukan sedikit ketekunan jadi aku harap dapat berjaya habiskannya sampai ke hujung dan terima kasih kerana membaca catatan merapu aku...hehe..

Trans Java dalam kamus travel aku ialah perjalanan merentasi Tanah Jawa dengan menaiki keretapi atau apa-apa jenis kenderaan darat yang lain, lebih kurang macam Trans Siberia (naik keretapi merentasi China dan Russia). So kalau naik domestic flight kiranya dah keluar dari definisi Trans Java (definasi orang lain mungkin berbeza dari aku...terpulang!).

*"trans" dalam kamus bermaksud across, beyond, through

Aku suka naik keretapi sebab dengan cara ini aku dapat blend dengan berjenis manusia dari background yang berbeza dan honestly pengalaman menaiki keretapi di Indonesia sangat menarik sebab banyak benda yang aku boleh tengok yang jarang-jarang ada di tempat sendiri. Pengalaman menaiki keretapi kelas 1, 2 dan 3 amat berbeza dan ternyata pengalaman menaiki keretapi kelas 3 paling berharga dan manis. Bila naik keretapi kelas 3 aku rasa seperti balik ke zaman lampau yang mana aku sendiri pun belum wujud, kalau wujud pun mungkin aku masih tak faham apa-apa waktu tu.


luar badan keretapi


Dari luar, badan keretapi masih nampak cantik dan moden, tapi bila jejakkan kaki ke ruang dalam, tuhan saja yang tahu. Kalau orang lain mesti rasa nak turun balik sebab tak sanggup. Sebabnya seat bebas (takde seat allocation so mungkin chances terpisah dengan kawan-kawan tu tinggi), condition seat yang keras dan 90 darjah menegak, panas membahang sebab takde kipas, tingkap rosak tak boleh bukak, crowded, bising sebab budak kecik menangis sebab panas, pastu kanak-kanak berlari dari hujung gerabak ke hujung gerabak yang lain dan tak masuk lagi kes-kes seperti pengemis dan penjual yang bermacam ragam.

Mungkin ada yang tertanya-tanya kenapa aku saje susahkan diri buat benda-benda begini. Aku takde jawapan yang spesifik untuk soalan ni sebenarnya tapi benda-benda begini lebih kepada kepuasan peribadi dan ia lebih bersifat self-challenge. Makin rumit sesuatu perkara tu makin tinggi keinginan aku untuk mencuba.


inilah rupa dalam keretapi kelas 3


Dalam gambar ni lelaki yang pakai baju merah depan aku tengah tido sambil pangku wife dia yang baring di peha. Lelaki yang berdiri di belakang tu tengah dodoikan anak dia yang menangis dan aku rasa pakcik yang duduk termenung jauh tu mesti tengah fikirkan sesuatu yang hanya dia saja yang tahu...wallahualam.


Route Perjalanan

Kali ni aku harung 3 tempat sekaligus iaitu Bandung, Surabaya dan Jogja. Ini merupakan kali pertama aku ke Surabaya, kali ke-2 ke Jogja dan kali ke-3 ke Bandung. Flight pergi dari KL-Bandung dan balik dari Jogja-KL. Kalau tengok map, route aku agak pelik sedikit sebab dari Bandung aku shoot ke Surabaya dulu sebelum patah balik ke Jogja. Sebenarnya Surabaya tak masuk dalam plan asal dan idea ke sini muncul lepas beli tiket pegi/balik. 


Bandung -> Surabaya -> Jogja


Tips Memilih Route

Jika nak ke Surabaya atau Jojga, boleh naik flight turun di Solo (kalau tiket flight ke Jogja atau Surabaya mahal). Kemudian boleh naik keretapi dari Solo ke Jogja - 1 jam perjalanan ATAU dari Solo ke Surabaya - 4 jam perjalanan. Tapi kalau ada tiket direct yang murah ke Surabaya atau Jogja maka tak perlu option turun di Solo. 

Kalau nak combine Surabaya dan Jogja dalam 1 trip, boleh buat option turun di Surabaya dan balik dari Jogja atau sebaliknya. ATAU cara lain dengan turun di Solo, naik keretapi ke Jogja. Setelah habis pusing di Jogja boleh naik keretapi ke Surabaya dan pulang ke Msia melalui Surabaya. Apa-apa pun boleh asalkan berani mencuba!


Kamus Ringkas Bahasa Indonesia

  1. Speda/Sepeda - motor
  2. Mobil - kereta
  3. Permisi - diucap jika minta diberikan laluan
  4. Mas - ganti nama untuk lelaki muda/sebaya
  5. Pak/Bapak - ganti nama untuk lelaki lebih tua
  6. Mbak - ganti nama untuk perempuan muda/sebaya
  7. Ibu - ganti nama untuk perempuan lebih tua
  8. Pulsa - topup handphone
  9. Karcis - tiket. contohnya karcis keretapi = tiket keretapi
  10. Kamar kecil - toilet
  11. Enak - merujuk kepada semua perkara yang menyenangkan. Jangan guna perkataan "Sedap" sebab kat sini "Sedap" merujuk kepada kepuasan "bersama". Jadi awas jika tak mahu mengundang salah faham.
  12. Harga "pas" - merujuk pada harga muktamad masa tawar menawar
  13. Ngamen - pemuzik jalanan
  14. Lesehan - makan duduk di bawah/lantai
  15. Supir - drebar
  16. Macet - jam/jem
  17. Angkot - angkutan berupa minivan untuk short distance
  18. Bebek - itik
  19. Sapi - lembu
  20. Gratis - free/percuma

Tips Sebelum Memulakan Perjalanan

Beberapa perkara perlu diambil berat untuk memastikan kelancarkan perjalanan, antaranya :

1. Semak ramalan cuaca sepanjang minggu sebelum packing barang untuk dapatkan gambaran tentang keadaan semasa tempat yang bakal dituju.

Kebetulan sebelum ke sini aku dah cek ramalan cuaca untuk ketiga-tiga tempat dan rata-ratanya hujan pada setiap hari jadi aku telah sediakan payung dan poncho. Memang tepat ramalan cuaca dan alhamdulillah kami semua "kebal" walau dalam hujan yang lebat.

2. Remind hostel/hotel dan pakej promoter yang telah dibooking sebelum bertolak untuk mengelakkan masalah seperti "lupa", booking hilang dan sebagainya dari pihak dorang.

3. Last sekali, banyakkan berdoa semoga trip yang dirancang berjalan dengan lancar dan selamat pergi/balik.


Trip Highlights

Bandung - shopping di Jalan Dago, Jalan Riau, Pasar Baru, brownies Kartika Sari, brownies Amanda, Tangkuban Perahu, kebun strawberry, Ciater Hot Spring, Rumah Daun, Ciwalk dan Paris Van Java

Surabaya - Mount Bromo

Jogja - Candi Borobudur, Pantai Parangtritis, Taman Sari, Keraton, Jalan Malioboro dan Mount Merapi


Trip ni dirancang pada bulan Januari 2011 dan kebetulan masa tu ada promo dan return ticket untuk KL-Bandung, Jogja-KL hanya RM125, murah kan? Trip ni dibahagikan kepada 2 group, group 1st cover Bandung saja dan group 2nd cover Trans Java.

Bajet keseluruhan untuk trip ni dianggarkan sekitar Rp2 juta termasuk penginapan, pengangkutan, makan, sewa motor, segala entrance fees, pakej Bromo dan airport tax (tak termasuk shopping sebab bergantung pada bajet  individu).


Hari Pertama (22 Mac 2011)

Flight dari LCCT berlepas jam 7.05pm dan tiba di Airport Husein Sastranegara, Bandung jam 8.10pm. Flight hours cuma 2 jam dan aku habiskan masa dengan tido. Waktu di Indonesia lewat 1 jam dari Malaysia tapi walaupun lewat sejam, suasana masih sama macam di Msia. Airport Bandung agak kecik dan queue melalui kastam agak panjang sampai ke luar. Nasib baik cuaca waktu tu elok, kalau hujan tak tahula camne.

Kali ni agak berbeza sikit sistem imigresen di Indonesia. Kalau dulu setakat chop passport dah selesai tapi sekarang upgrade sikit. Yang paling obvious sekali ialah :  

  1. Scan ibu jari dan 4 jari tangan (ni agak pelik sikit sebab selalu orang scan ibu jari je)
  2. Kena isi form declare barang makanan yang dibawa dan few items

And the rest biasalah soalan lazim memana kastam airport, "Tinggal di mana masa di sini?"


jangan buang/hilangkan departure card ni


Pas selesai kastam chop passport kena queue pulak untuk melepasi 1 lagi saringan sebelum keluar dari pintu airport. Waktu ni form yang declare tu akan disemak. Masa ni dorang akan random pick sesiapa yang dorang berkenan dan kalau terpilih, beg akan digeledah. Lucky me aku lahir masa bulan terang, ditambah muka yang agak kudus jadi aku tak dipilih. hehe.

Selesai ni then apa lagi..."Welcome to Indonesia" la! 

Tapi lain hal yang jadi, masa saringan kedua tu kastam teramik departure card aku. Ah sudah! Aku kena masuk balik pastu mintak dia pulangkan. Aku dah pucat kot-kot tercicir ke susah la nanti. Ada sorang kastam ni miscommunication dengan aku, dia suh aku beratur semula amik form tu...Ah kerja gila! Walhal kawan dia yang pegang departure kad aku. Lastly dapat balik la kad tu sebab dia terambil secara tak sengaja.

Keluar dari pintu arrival aku tercari-cari supir hotel yang sepatutnya datang menjemput. Cuba ON hp tapi emergency calls pulak..melayang Rp50k beli new simpack (beli kat Money Changer seberang jalan depan airport). Sebenarnya kalau beli kat luar Rp5k je dah boleh dapat. Tapi sebab dah nazak sangat maka terpaksa jugakla. Tapi kalau beli dari orang yang approach depan pintu arrival lagi cekik...Rp80k! Sila pitam!

Aku beli simpack Simpati yang terisi free kredit atau pulsa sebanyak Rp5k. Pastu beli additional pulsa sebab nak telefon hotel. Kat sini lain sikit kalau nak isik pulsa, contohnya kalau nak beli pulsa Rp10k, dia akan caj Rp12k (Rp2k tu komisyen untuk dorang). Pegi mana-mana pun memang sama..so takyah buat-buat sentap terkejut beruk. Kalau sms ke nombor Msia caj per sms dalam Rp600 saja, caj untuk telefon lebih mahal so kurangkanlah bergayut kalau takde hal penting.


pada aku Simpati ke, XL ke semua sama je. takyah pening nak pilih mana


Pas calling hotel dan menunggu dalam 20 minit sampaila supir. Pick-up service ni dapat FREE sebab complimentary menginap di hotel tu. Perjalanan dari airport ke hotel dalam 30 minit saja, tapi sebab menunggu supir, hal kastam tadi semua...aku sampai kat hotel dalam jam 10.30pm.

Ingatkan dah selesai la untuk malam tu, rupanya belum lagi. Bila sampai je dia cakap bilik yang aku book dah takde. Kecewa disitu. Aku bertegas takmo bilik lain sebab dah over dari bajet yang sepatutnya. Lastly dorang bagi bilik yang mahal (deluxe), tapi controller aircond dorang simpan (boleh?). Dan untuk bilik tu aku just bayar untuk harga basic room (standard) Rp180k. Maka malam tu kena la tido bukak tingkap. Tapi masih selesa sebab bilik tu spacious dan ada electric kettle.

Sebab dah lewat malam, kedai makan pun dah tutup, maka dinner kami malam tu ialah megi. Tak jauh dari hotel ada convinience store, so beli sikit makanan macam roti, megi (jenama Pop!) dan instant coffee untuk kudapan.

Sepanjang di Bandung aku menginap di Hotel Cihampelas 1 yang terletak di Jalan Cihampelas. Rate untuk 1 malam dalam Rp180k untuk standard room (fan, private bathroom with hot water). Sebenarnya duduk di Bandung tak payah amik bilik aircond pun ok sebab suhu di Bandung especially waktu malam agak dingin.


Hotel Cihampelas 1


lokasi Hotel Cihampelas dan Jalan Cihampelas


Ada dua Hotel Cihampelas iaitu 1 dan 2 dan kedudukan antara kedua-dua hotel ni tak jauh (selang beberapa buah bangunan je), cuma beza Hotel Cihampelas 1 lebih murah dan sesuai untuk mereka yang berbajet kecil manakala Hotel Cihampelas 2 lebih menjurus pada mereka yang berpoket lebat. Pada aku tak kisah la mana pun asalkan boleh tido sudah. Channel TV pun ada Astro (sana tak panggil Astro, kot?), so tak boring la sangat kalau takde aktiviti waktu malam.

Lepas bersihkan diri dan makan, tido jela apa lagi!


Sedikit info pasal Jalan Cihampelas :

Jalan Cihampelas ialah jalan 1-way yang terkenal dengan deretan FO (factory outlet) yang menjual jeans, tapi ia taklah sefamous FO di Jalan Dago dan Jalan Riau. Di sepanjang Jalan Cihampelas selepas melepasi Hotel Cihampelas 1 dan 2, ada banyak FO dengan patung-patung besar sebagai landmark FO seperti Ultraman, Spiderman dan beberapa comic characters yang aku tak ingat namanya (tak amik gambar). Tak jauh dari FO-FO tu ada Cihampelas Walk atau nama shorform-nya Ciwalk. Ciwalk ni much like an open air shopping area dengan deretan kedai makan berkonsepkan open air. Ada open air performance jugak kat sini. 


Jalan Cihampelas


Aku suka Bandung sebab kat sini banyak musician jalanan yang berbakat. Kalau angkot berenti kat traffic light atau waktu macet...dorang akan datang dan main gitar sambil nyanyi. Musician jalanan kat sini dipanggil ngamen (sebutnya nga-men; men tu macam sebutan men - lelaki) dan kebanyakannya memang berbakat dan lagu-lagu yang dorang mainkan mostly dari ciptaan sendiri. Sebab tu aku penah mention dalam entry lepas yang aku jatuh cinta dengan Bandung...hehe. Sebab ngamen-ngamen yang aku jumpa kebanyakannya pandai bermain gitar dan suara dorang merdu. Selesai dorang menyanyi terpulang pada kita nak bagi berapa. Benda ni optional dan berapa saja jumlah sumbangan diterima hatta Rp1k sekalipun (lebih kurang RM0.30...apa lah sangat kan, niat saja bersedekah...takyah kedekut).

Aku teringat ada 1 ngamen ni nyanyi kat pintu angkot waktu angkot berenti kat traffic light merah. Lirik lagu nyanyian dia memang terkesan dalam hati walaupun sekejap je dia hiburkan kami, in between lampu merah bertukar ke hijau. Lagu tu pasal hati seorang lelaki yang patah...sob..sob..sob.


ngamen jalanan di Bandung


Kat Bandung ni memang banyak ngamen, ada yang tunggu kat tepi jalan, bawah flyover dan kat traffic light dan dorang akan bawak gitar dan ngamen ni terdiri dari remaja lelaki, ada jugak ngamen kanak-kanak. Ngamen pompuan aku tak penah jumpa lagi...kalau ada mesti macam Taylor Swift. Aku sedih sebenarnya tengok ngamen-ngamen ni sebab aku percaya yang muda-muda tu sepatutnya sedang sekolah/belajar tapi atas desakan hidup, dorang terpaksa survive sendiri *sigh*

But honestly lagu-lagu dalam radio kat sini sedap even baru first time dengar. Totally opposite dengan kualiti lagu yang dimainkan di radio kita. Aku bukan bias, tapi itu hakikat. Kadang-kadang tu rasa macam nak bako radio pun ada especially lagu meratib-ratib rap tak tau hujung pangkal yang konon-konon nak bagi "nafas baru" kat lagu-lagu lama...chet! Walaupun aku takde Master in Music and Arts, tapi telinga aku reti bezakan antara lagu sedap dan lagu sampah. Untuk orang yang fussy macam aku, i call it...miracle. hehe.


bersambung....
.

24 comments:

❀aRaBeLLa❀ April 3, 2011 at 9:26 PM  

no 11 tu x boleh blah..huhu..

Ninie Hanis April 3, 2011 at 9:44 PM  

keadaan dlm train kelas 3 tu mmg nazak eh..tapi memang byk pengalaman boleh dikutip.eh ingat tak ko cite psl gi china ke hong kong ntah,yg naik traik ada katil sampai 3 tingkat tu.ko patut amik gambar lah..teringin nak tgk. :)

sambung cepat...hehe

aiyeen April 3, 2011 at 10:11 PM  

next please...nak lagi..nak lagi
btw, promo samalam tdk membuahkn hasil..huhu~ harap2 malam ni ada kot..tengah dlm keadaan bersiap sedia skrg..uh!

tasyha3 April 3, 2011 at 10:11 PM  

yang paling aku x boleh lupe masa naik train kelas 3, sorang member kite.. tido sampi kepala pusing 360 degree.. sian die.. mesti penat.. kekkkee..
aku pulak.. tukang tgk korang tido je..

p/s: ko perasan x ada sorang mamat yang cacat kaki n tangan.. bagi sampul mintak tolong bagi duit.. aku kesian betul ngn die.. bebtul bagi keinsafan bagi diri aku yang serba sempurna ni..

cik gold April 4, 2011 at 8:16 AM  

dah lama tunggu entry ni.he3

Katak Ijau April 4, 2011 at 10:41 AM  

fatt..
aku taktau nak cari ko kat mana..
seems no hp ko yg aku simpan cam dah tak guna lagi jek...
fatt...aku nak address ko..nak anta mende sket...
with ur latest no. hp skali eh...

reply blk kat naim723@yahoo.com..TQ

fatt April 4, 2011 at 11:22 AM  

arabella,
hahahaha...tula..itu common mistake yg org kita slalu buat..bleh jadi lain nanti..haha :P


ninie,
boleh tahan la..aku dah berpeluh cam dalam oven time tu..cerita bergambar psl ketapi akan menyusul nanti..byk jgk la gmbr yg aku amik..tp aku mmg nak terai naik ketapi kat india..mesti lagi adventure


aiyeen,
berjaya beli tiket ke mana2 ke? tp promo harini tak sebest promo kelmarin yg B1F1..
neh tgh menaip sambungan ke-2..tunggu..


tasyha,
ko kan..bab mengusik mmg terer...kesian dia ko usik bertubi2..tp apa2 hal pun kes makan jagung la paling terbaek..wakakaka~

ps: ye aku sedikit tergamam dgn org tu..dan aku rasa terkilan tak sempat nak bagi sedekah dia dah pegi T___T


cik gold,
terima kasih menunggu...tp citer ni pjg...ada 10 episod..hehehe


naim,
wah smpai cni ko menjejak aku..aku dah tau dah ape ko nak kirim..ekeke..aih, makin berkurang la ahli persatuan bujang terlajak nampaknye..ekekeke :P

gadisBunga April 4, 2011 at 2:12 PM  

ngamen ni takde ke yg lebih ensem dari dalam gambo tu? kekekek!!!

*tapi bab travel pakai ketapi tu aku setuju. dat's one of the best way to know their culture and lifestyle. dah lebih mencaba some more. i cant wait for my mini transmalaya this july. heheheh~

jo April 4, 2011 at 3:08 PM  

menarik ni...trans...
bila la gua nak kaya ni...adoii..

fatt April 4, 2011 at 5:22 PM  

gB,
ngamen hensem ada..nanti aku tepek..haha :D

aku enjoy gak naik ketapi kat cni, kat msia tak pulak nak naik ketapi sbb dah bwk keta. wah ko nak transmalaya ke mana tu? bon voyage!



jo,
menarik...tp tak mahal la jo..currency dorg murah berganda2 dari kita..ko bwk Rp1juta dah boleh (+/- RM350) jalan seminggu..

Ninie Hanis April 4, 2011 at 8:23 PM  

ketapi india?konfem ko kena praktis lagu 'chaya..chaya' shahrukh khan nyanyi atas ketapi tu. :p

iina April 4, 2011 at 8:45 PM  

wah naik trainlah best leh tgk local people camna kan.. tertarik cite ko pasal ngamen nie.. mmg menarik.. takde yg ko terpikat ke hehehe ;)

MasZuber April 4, 2011 at 8:52 PM  

memang thrill travel gune keretapi. nanti bebile jom travel ke kashmir naik kretapi. macam best tau!

Fizah Mohamed Tan April 4, 2011 at 10:06 PM  

hoho....best r fatt, nak gambor lagi!!! Nak gambor Bromo plak,heh....Lepas ni trip g mane plak, syok tgk ko travel ni, terase nk join berbackpackers gak,hehehe....

fatt April 5, 2011 at 12:15 AM  

ninie,
euw..ko biar betik..aku tak layan hindustan tau. hahaha..



iina,
ko penah dah pusing europe naik ketapi? best tak? ko tertarik psl citer ngamen ye..haha..aku ada byk citer psl ngamen..nanti aku buat. setakat ni aku belum terpikat la..tp kwn aku dah terpikat...abisla.. :P



maszuber,
ha..ckp psl india ni kan..mmg ada gak plan ke sana..kalau berminat boleh jgk pegi sekali..i nak lajak smpai ke ladakh..my fren ckp tmpt tu cantik klu nak trekking. am so interested :D



fizah,
bromo on the way..aku nak habiskan bandung dulu, pastu baru masuk psl bromo..tryla backpack sekali..nti baru ko tau apa yg bestnya :)

MasZuber April 5, 2011 at 12:43 PM  

okie..
nanti kalo keadaan kat situ dah takde kacau bilau, kite plan ke sana. memang cantik, jammu-ladakh-srinagar-gulmarg.
dah lame aim nak ke sana tp sebab asyik ade riots jea since late 2009, itu yg tertangguh jea..

fatt April 6, 2011 at 12:36 AM  

mas,
insya allah..eh sama la route ni..tak silap i my fren penah mention route ni..tp dia nak buat trekking la..dlm 9-10hari camtu..tp costing i tak sure brp..hrp2 murah la..keep our finger cross for this trip..u nak trekking jgk ke?

Anonymous,  April 6, 2011 at 2:23 PM  

cop print ni kat epot bandung kan? sbb tahun lepas turun kat jakarta xada cop jari hehe. beg kena selongkar tu pun nasib baik tak kena. kalau tak haru juga. mcm2 barang ada..keke

-mahir-

MasZuber April 6, 2011 at 2:56 PM  

would love to do some trekking if possibe.most of the trek is not advisable due to safety for now.

tp kat srinagar bole kot. saya ade member kashmir dari sane. cuma dia tak balik2 lagi kampung. kalo dia kat sane mungkin bole diplan2kan.

minta2 la tahun depan dah bole buat. kena spend masa at least 14 days kot kalo nak ke sana.huhuhu :)

fatt April 6, 2011 at 9:09 PM  

mahir,
a ah..chop print ni kat epot bandung. tp kat epot2 lain mcm Padang pun ada jgk..i guess all airports dlm Indo ada dah skrg. thn lepas belum lagi..benda ni quite baru jgk..



mas,
let's keep in touch! who knows plan ni jadi then we off to ladakh! so far i berdua dgn my fren. dia ckp dlm bln 8-10 tu mmg cuaca tgh cantik..now dia tunggu kwn dia balik dulu & nanti bleh tau roughly bajet brp..i baca somwhere dlm blog sape tah dia ckp cam kene naik bas almost 10hrs walhal distance dalam 100km camtu..i guess the road mesti terrible ni..haha..so excited! kalau jadi trip ni it will be a blast! :D

Traveller's Anatomy April 7, 2011 at 10:47 AM  

i mmg nak try naik keretapi kelas ekonomi tu tapi sbb pegi ngan travelmate yg kurang adventure, yg nak semua perfect jadi terpaksalah mengalah :(

fatt April 7, 2011 at 7:25 PM  

byya,
sorry to hear that my dear..i agree klu travelmate yg cerewet ni kdg2 boleh kill the spirit kita nak jd adventure. insya allah next year nak ripit Bromo lagi. if u want to join me, i'll be more than happy to travel with u :)

Janggel August 23, 2011 at 11:10 PM  

OOoo aku tak enah lagi jupa imigresen yg ada cop 4 jari tu... mungkn satu hari nantti akan jupe la kot..:)

fatt August 24, 2011 at 12:22 AM  

janggel,
baru lagi dorg impose..aku rasa ni sume pasal byk sgt terrorist la kot...agaknyelah...tp siyes la pening pale..cam nak masuk Saudi Arabia pun ada...iskk

Post a Comment

Terima kasih!!

  © Copyright Since 2010 | Backpacker Busuk

Back to TOP