Trans Java : Bandung - Part 3

April 08, 2011

Sambungan dari Part 2

Hari Ketiga (24 Mac 2011)

5 minit sebelum jam 9am supir sms bagitau dia dah ready. Seperti yang telah dipersetujui harini kami akan pegi berwisata (definisi wisata : berpergian bersama-sama untuk memperluas pengetahuan, bersenang-senang, wisata alam : perjalanan menikmati sumber alam).  Aku survey harga pakej-pakej supir ni kebanyakan rate hampir sama so aku decide amik aje dengan Hotel Cihampelas. Perkhidmatan selama 12jam termasuk supir+minyak+sewa kenderaan (Avanza) dalam Rp450k, tapi ini tak termasuk bayaran parking dan entrance fees ke mana-mana tempat. Kira ok lah, kot? Pakej ni kalau pegi dalam group yang besar (4-6 orang) memang ok sebab boleh share kos tu sama-sama tapi kalau yang pegi cuma 2 orang boleh jadi semput dibuatnya. Sebenarnya aku dah penah amik servis supir ke wisata-wisata sekitar Bandung pada 2008 tapi since member ni baru first time ke sini, kitaorang pun pegilah berwisata.

Sebelum buat keputusan untuk amik supir, sebaiknya buat homework dulu nak pegi mana sebab kedudukan attractions di sini agak berjauhan antara 1 sama lain :

Utara Bandung - Tangkuban Perahu, *Kawah Domas boleh combine masa ke Tangkuban Perahu, Ciater Hot Spring, kebun strawberry

Selatan Bandung - Kawah Putih, Lake Patengan, kebun strawberry

Kat atas ni just some brief idea untuk attractions yang terletak di bahagian Utara dan Selatan Bandung. Sebenarnya korang boleh customize itinerary dengan cara berbincang dengan supir. Cuma kedudukan Kawah Putih (Selatan Bandung) agak jauh dan perjalanan sehala makan masa hampir 3 jam berbanding Tangkuban Perahu (Utara Bandung) yang kurang 1 jam perjalanan. Kalau nak combine Tangkuban Perahu dan Kawah Putih tu maybe boleh...maybe..tapi aku tak penah buat, mungkin orang lain pernah. 

Sambung balik cerita....Kami memilih untuk ke Utara Bandung dan Pak Budi (supir kami) telah sediakan itinerary 12 jam termasuk ke Paris Van Java di penghujung trip. Normally bayaran untuk pakej di selesaikan setelah habis perkhidmatan tapi sebaiknya serahkan duit parking/entrance fees sebelum memulakan perjalanan (dalam Rp30k - yang ni tak inclusive pakej supir) untuk memudahkan supaya dia tak perlu request each time bila perlu.


Tangkuban Perahu

Destinasi pertama kami ialah Tangkuban Perahu iaitu perahu yang terbalik/tertangkup. Kalau kita tengok dari jauh boleh nampak seakan-akan sebuah perahu yang terbalik/tertangkup. Tangkuban Perahu adalah kisah lagenda Dayang Sumbi dan Sangkuriang, ceritanya boleh baca kat sini. Rumusan cerita dongeng ni ialah agama lain pun tak suka sumbang mahram. Heh!

Berbalik pada cerita kami, perjalanan dari hotel ke Gunung Tangkuban Perahu memakan masa lebih kurang 45 minit melalui kawasan kampung dan pekan kecil. Tiba di pintu gerbang wisata kena bayar entrance fee Rp14k (mobil) dan tiket individu Rp50k (harga pelancong luar). Start dari pintu gerbang ni barulah terasa macam masuk dalam hutan, condition jalan tak berapa elok sebab banyak lopak. Ada banyak kenderaan yang naik ke atas seperti MPV, kereta, bas persiaran dan motor. 

Sebelum sampai ke Tangkuban, kita akan pass-by Kawah Domas dan sewaktu tiba di atas, kelihatan tempat ni belum crowded dengan pelancong tapi cukup crowded dengan penjual-penjual yang meniaga 1001 macam barang. Okeh..part ni aku lemah giler. Bila turun dari mobil kami kena kerumun macam artis. Ada "guide sapu" yang cuba offer pakej Rp150k seorang ke Kawah Domas ikut jalan pintas. Katanya 15 minit dah boleh sampai. Ko mampoo?? Aku memang tak caye sebab naik mobil tadi pun jarak dari Kawah Domas ke Tangkuban jauh...ko nak buat 15 minit? Pitam! Benda camni terpulang pada hak individu nak percaya atau tak tapi aku pernah terbaca yang ini adalah tourist scam. Pak Budi dah remind kami sebelum turun dari mobil supaya ignore benda ni. Most of the cases, bila sampai di Kawah Domas ada yang kene ketuk sampai Rp1juta...so pikirlah. Kalau ada black belt kaler biru takpe..hehe.

Kami kena follow jauh jugak, dia ngeng-ngeng-ngeng macam nyamuk kat telinga. Aku mula rasa annoying dan mintak dia tinggalkan kami sebentar. Aku terpaksa buat helah konon nak discuss dulu, walhal aku tak berani nak take risk sebab kami bukanlah kick boxer mahupun kung-fu ninja whatever. Kalau jadi pape dalam hutan tu matilah! Aku faham dia cuba nasib cari rezeki tapi sixth sense aku berkata yang dia tak genuine.


sape gi Tangkuban Perahu mesti ada gambar kat sini, confirm!


gambar ni pun sama, confirm!


cuma mungkin ni rare sikit, tak eh?


laluan berbatu di sepanjang kawah gunung


Tak banyak yang berubah kat sini, Tangkubah Perahu masih sama, kedai-kedai souvenir pun masih sama, cuma beza kat 1 viewing deck yang ada mini muzium di bawah tu. Kalau tahun 2008 masih ada harimau awet tapi menurut akak yang jaga tempat tu, kulit harimau awet tu dah habis tertanggal so diaorang terpaksa remove. 

Kami habiskan masa lebih kurang 1.5 jam sekitar kawasan Tangkuban Perahu sebelum balik semula ke mobil. Waktu masuk ke dalam perut mobil terasa lega sebab kelibat guide sapu yang offer pakej underground Kawah Domas tu takde, kalau tak confirm dia tuntut janji. Aku tengok signboard "Tangkuban Perahu" dah sesak dengan penjual yang berkerumun kat pelancong yang berfoto. Nasib baik waktu sampai tadi kami dah amik gambar kat situ...kalau tak confirm "tertekan".


kedai-kedai souvenir dari viewing lookout


penjual sibuk berkerumun kat visitors


Sepanjang perjalanan meninggalkan kawasan parking di Tangkuban aku lihat bukan tourist dari luar je kena follow dan dipaksa beli itu ini, rupanya local tourist pun kena..so 2x5 jela sebenarnya. Kat sini kalau teringin nak cuba naik kuda boleh la try, tapi aku tak sure berapa harganya. Satu-satunya "souvenir" yang berbaloi dibeli di kawasan Tangkuban ialah strawberry dan berries sebab rasanya manis gile. Aku syak dia rendam segala berries tu dalam air gula. Kalau tak caye nanti pegi test pastu review. Harga yang kami dapat untuk 2 paket strawberry dan 1 paket berries ialah Rp50k..agak lumayan jugak sebenarnya...huhu.


Ciater Hot Spring

Destinasi seterusnya ialah Ciater Hot Spring. Elok je kami exit pintu gerbang kat bawah tu hujan pun turun tanpa belas kasihan. Memang lebat gile. Tiba di pintu masuk hot spring ni keadaan hujan masih sama, tapi kami proceed jugak sebab ada payung. Melalui pintu gerbang bayaran parking mobil ialah Rp13k dan tiket individu Rp17k. Takde apa yang menarik waktu ni sebab hujan super lebat, tapi kalau nak merasa hot spring ni ada 2 cara, samada open-air atau private. Untuk private harganya aku tak pasti tapi nampak macam selesa sebab ia dalam bilik tertutup. Pungpang pungpang kami amik gambar pastu keluar sebab takleh nak watpe. Makan eskrem dalam hujan pastu sambung perjalanan ke kebun strawberry. Jarak dari Ciater Hot Spring ke kebun ni taklah jauh mana tapi kami tertido sebab penat. Penat mende aku pun tak pasti tapi kalau dah hujan lebat tu mata memang jadi auto-berat.


wap air panas naik ke udara...pooofff! pooofff!


Kebun Strawberry

Kami tersedar bila mobil berenti kat parking kebun strawberry. Waktu ni hujan dah berenti tapi langit still mendung. Aku masih blur sebab baru bangun tido terus jalan menonong masuk ke kebun strawberry. Tukang kebun bagi 1 bakul dan 2 bilah (betul ke?) gunting dan proses menggunting buah strawberry pun bermula. Kami gunting tak banyak sebab tadi kat Tangkuban dah beli 3 kotak. Setelah ditimbang jumlahnya Rp27k tak termasuk bayaran masuk ke kebun sebanyak Rp5k per person. Besides that, kami dapat complimentary drinks berupa air strawberry. Rasanya boleh la tahan. Anyway, buah strawberry yang kami petik dari kebun ni masam, berbeza sungguh dengan strawberry yang beli kat atas tadi...sebab tu la kami tak petik banyak...keh keh keh.


kebun strawberry masam


look can be deceiving 


harga sebanyak ni Rp27k, boleh tahan lumayan!


complimentary strawberry juice


Rumah Makan Kampung Daun

Dan setel kat sini kami terus ke Rumah Makan Kampung Daun. Jaraknya dari kebun strawberry agak lumayan so kalau nak pekena tido seround lagi pun boleh. Setibanya di sini langit masih mendung, Pak Budi drop off kami di pintu masuk dan dia pun hilang bersama mobil. Tak jauh dari pintu masuk ada Kaunter Reservasi (reservation counter) di sebelah kiri dan sebelum apa-apa kene reserve dulu untuk dapatkan tempat. Konsep makan di sini agak santai kerana susun aturnya menarik, seolah-olah makan di dalam hutan! Quite privacy sebab kedudukan antara pondok yang terasing dengan layout yang berbeza (duduk bersila atau berkerusi) dan lebih sesuai untuk pasangan yang sedang honeymoon atau tengah kemaruk bercinta. Tapi itu tak bermakna single/loser tak layak...cuma kurang cocok. Jadi bawaklah teman untuk memecah kekosongan, ok!


welcome!


tengok je! jangan buat perangai nak mandi bagai


Port yang kami dapat boleh tahan ok, tapi kalau dapat tepi sungai lagi baik. Kat setiap pondok disediakan beduk dan pemukul, kegunaannya ialah untuk memanggil waiter. Waktu membeduk ni sila bayangkan diri seperti tok siak yang panggil orang pegi surau/masjid tu..hehe. Waiter kat sini boleh tahan hensem dan waitress pun okla muka siap. Kalau rasa nak mengorat boleh jugak, kot-kotla berjaya kan? Waiting time untuk makanan tiba tak lama sangat, tapi sempatla kalau nak baring melunjur kaki.


tok siak memanggil waiter datang menghadap


lagi fenomena ayam kurus


tauhu goreng panir, terbaik!


the aftermath : tersandar kekenyangan


Aku order Nasi Timbel Bakar Kampung Daun (nasi dibalut daun pisang+ayam goreng+tofu+soy beans+sauted vege) Rp48k, Teh O Rp5k dan Tauhu Goreng Panir Rp8,500. Paling sedap rasanya Tauhu Goreng Panir sebab it's juicy, tender, dan berperisa ayam. Selesai sesi makan-makan aku ke Musolla yang terletak dalam kawasan restoran dan kemudian kami teruskan perjalanan balik ke Bandung.


Kartika Sari, Amanda Brownies, GMC & Jalan Sukajadi

Tiba di Bandung kami ke Kartika Sari (Jalan Dago) untuk tambah lagi brownies yang tak cukup semalam, pastu ke Golden Money Changer yang terletak bersebelahan Kartika Sari sebab jatuh miskin akibat shopping yang berlebihan. FYI, tukar duit di Indonesia jauh lebih baik dari tukar duit di Malaysia. Sebelum ke sini aku tukar kat Money Changer di The Curve dan dapat RM350 = Rp1 juta, sedangkan di sini RM280 = Rp1 juta (rate pada waktu kami di sini). Boleh tahan beza kan? Serius rugi tukar duit kat tempat kita...so next time ke Bandung tukar je kat sini unless exchange rate turun barula tukar kat Msia. GMC business hours dari jam 9am/10am (tak sure) hingga 5pm.


GMC - golden money changer


bangunan Kartika Sari ni besar sebab ada foodcourt bagai


Amanda Brownies Jalan Dago


lebih murah dari Kartika Sari, but in terms of taste...Kartika is the best!


Lepas tu kami ke outlet Brownies Amanda dan beli brownies bakar Rp26k. Unfortunately, taste dia ketinggalan 100 tiang di belakang berbanding Kartika Sari. Kesimpulannya, belilah Kartika Sari aje sebab itulah brownies paling sedap di seantero Bandung. Dari Jalan Dago kami ke Jalan Sukajadi dan singgah di FO seperti Secret, Heritage, Cascade dan Summit tapi aku tak beli apa-apa, jamu mata aje.


Paris Van Java

Our last destination was Paris Van Java. PVJ ialah sebuah shopping mall gaya santai ala-ala The Curve. Masa kami sampai di sini hujan lebat giler maka takdelah gambar untuk ditepek dalam blog. Kami pusing-pusing dalam ni dan ended up melepak di Jco Donuts sambil minum Starbucks. Ada la dalam sejam duduk melepak cuci mata tengok orang lalu lalang dalam hujan.


konsep ruang makan dalam mall ni agak menarik


Kami sampai di bilik dalam jam 9pm dan sebelum bersurai aku serahkan Rp450k bagi perkhidmatan 12 jam dan tips Rp150k kepada supir sebab seharian memandu kami ke sana sini. Tips ni bergantung kepada keikhlasan korang nak sumbang sebanyak mana, takde fix amount untuk ni.

Overall kami puas hati dengan servis walaupun cuaca tak berpihak pada kami. Malam tu masing-masing tido dalam keletihan sebab penat berwisata.


bersambung....
.

17 comments:

Zilla April 8, 2011 at 1:59 PM  

gambar2 ko ne buat akn semakin merindui bandung huhuhu~

JunAina April 8, 2011 at 2:26 PM  

aduhhhh...terasa bagai berada dibandung utk sekali lagi...

Mimie.Candy Cane April 8, 2011 at 2:51 PM  

geram aku tgk ayam dia..cekeding je kaki dia..hahaha..

best2..cuma tak best muke ko sensor..hahaha

aku ekynn April 8, 2011 at 4:34 PM  

isk.. gambar-gambar ni buat aku semangat nak buka website AA.. cari harga murah maaa...

Ninie Hanis April 8, 2011 at 5:11 PM  

Rp450k tu tak termasuk tips la ye?good info.

eh apesal travel mate ko pun kena censored muka skali?hehe

iina April 8, 2011 at 7:07 PM  

Wah heaven gile makan2 kat sana.. bab beli brownies nie aku teruja sungguh byk kali dengar tapi takpenah rasa lagik.. ok 1 of agenda kena beli kalau p bandung tapi confirm aku jek yg makan.. pakwe aku sure mkn sikit jek.. takpe senang aku nk mkn sorg2 dgn aman bahagia..

Tangkuban perahu pun lokasinya unik lah.. signboard tuh penting tau tanda confirm sampai hahahaha.. tak ambik org tak caye ;) (aku pun suka ambik gbr signboard.. ambik gbr signboard ok.. bukan bergmbr kat signboard hahahaha)

Berjalan kalau time hujan mmg tensen nak ambik gbr pun xde mood.. cuaca mendung jek gbr byk gelap.. kalau takat nak ambik gbr org tuh takde hal.. kot malap ke gelap ke.. org tuh maintain cun jek (bkn aku ok hahahaha)

Minggu depan kekwn aku ajak naik highland p isle of skye.. last time aku p masa hujan mmg tensen ambik gbr semua mendung dan malap jek.. nak2 pulak naik pergunungan dan tgk padang rumput dan lautan luas.. tapi program xtau lagik jadik ke idak.. aku kena paksa diri bercuti sebab aku dah stress huhuhu..

anne April 8, 2011 at 9:07 PM  

baca ur post ni buat i rindu bandung lah, hehe. I antara mangsa tipu kt tangkuban perahu, lebih malang pak supir kitorang mmg dah pakat dgn guide kt situ, :(
tak sabar nk tunggu sambungan...

fatt April 8, 2011 at 10:32 PM  

zilla,
ko rindu Bandung pasaipa? ada cowok genteng kat Bandung ka? ko tunggu gambar Jogja..gerenti ko tgk je terus book tiket pegi minggu depan..hahaha



kak aina,
ripit paper Bandung kak! Pasar Baru dah melambai2 tu...hehehe :P



mimie,
kannn...kaki ala2 supermodel okeh..kurus takde lemak! aku segan nak tayang muka aku..kang putus selera makan..hahaha :P



ekynn,
book cepat! Bandung dah melambai2 tu..cari kain baju raya tahun ni..byk design baru merelit-relit..gerenti glamer habis raya tahun ni :P



ninie,
tak..Rp450k tu supir+minyak keta+keta..yg tips tu subject to ko nak bagi berapa..in my case, aku bg dia Rp150k.

travelmate aku cam aku jgkla..tak mahu dikenali..



iina,
uihh...brownies dia (Kartika Sari) tu mmg terbaik dr ladang! beli 4 kotak tak cukup ok! kene beli 10 kotak baru cukup. betul aku tak tipu. nk tahan lama simpan kat bhgn frozen dlm peti ais.

tangkuban ni mmg unik..sejuk jgkla kat atas ni..leh arr feeling2 kat cameron highland skit.

aku mmg pesen suka amik gmbr dgn signboard..tak kisahla signboard apa pun asal lain dr lain..gmbr aku kali ni byk kelabu sbb awan mendung. klu ada matahari sure cun punya.

highland isle of sky tu cam menarik je bunyiknya. nti balik dr sana tepek la gmbr..pegila holiday jap..pastu balik mesti rasa semangat skit. jgn stress2..nti sng dpt penyakit. take care! :)



anne,
hah, supir pon join sekaki ke menipu? dahsyatnye..dr mana u dpt kontek supir tu? u teramik pakej ke Kawah Domas ke? nasib baikla supir kami dah remind awal2. kalau tak rasanya kena tipu jgk kami ni..iskk..nauzubillah

h a n i e April 9, 2011 at 12:12 AM  

takpe..jgn riso milk. nt aku snap byk2 muke fatt ni.. ko tatap lah siang malam..ahaaha

tmpt ni adelah memori duka bg wa..huhu trip yg kensel. bengong btul haihh

fatt April 9, 2011 at 1:52 AM  

hanie,
kang aku amik royalti atas setiap cetakan yg ada muka aku. kah kah kah!

nape ko kansel trip ke sini? rugi la..klu tak sure ko dah merasa jadi hartawan..bukan senang nak dpt gelaran JUTAwan tau...hahaha :P

aiyeen April 11, 2011 at 7:02 AM  

wahh...seronot nyer~
nak lagi...nak lagi.
rasanya klu terjah solo ke Bandung nih wokey tak? agak² berapa budget utk trip transjava awak ni dik? (ahaks) seminggu cukup?

cik gold April 11, 2011 at 11:10 AM  

makan kat kampung daun memang terbaik!!terutama nasik timbel tu

gadisBunga April 11, 2011 at 11:50 AM  

ugh. best best! aku nak usha tix murah pi bandung lah!!

fatt April 11, 2011 at 3:12 PM  

aiyeen,
pegi sorang pun ok. nothing to worry about, they speak same language as u. budget ada mention kat 1st entry.


cik gold,
tapi portion makanan ni sgt kecik utk perut aku..opps..talking about my big appetite haha :)


gB,
bajetnya sekali ya! sebb confirm lupa diri nanti..semua nk borong bwk balik..huhu :)

Solihin Zubir April 11, 2011 at 10:09 PM  

Fatt.....
poskad yg ko kirim tu baru je sampai petang tadi.. hehehe...
really apreciate it..
makaseh byk2.. terharu... T_T

http://www.solihinzubir.com/2011/04/kiriman-poskad-dari-jogjakarta.html

Anonymous,  August 17, 2011 at 12:54 PM  

rasanya conversion rate yang u cakap tue ada salah faham sikit..sebenarnya takder beza sgt pun tukar duit samada di KL ataupun di Indon

kalau kita tukar duit indon kat KL, rate dia RM0.35 untuk 1,000 rupiah tapi biler kita tukar duit RM kat indon, rate dia adalah sama cuma jadinya RM1 bersamaan 2,800 rupiah. Contoh, mahu tukar RM350,kalau kat tukar di KL dapat 1 juta rupiah, tukar di Indon pun dapat hampir sama 1 juta rupiah gak.

Janggel August 24, 2011 at 10:01 PM  

hmmmm aku suka ko bagi nama kebn strawberi tu kebun strawberi masam...eloknya yg kat kemeren hailen tu pon bagi nama tu jgak..Tapi best giler sebakoi beso tu dapat stroberi!

Post a Comment

Terima kasih!!

  © Copyright Since 2010 | Backpacker Busuk

Back to TOP