Trans Java : Bandung - Part 4

April 14, 2011

Sambungan dari Part 3

Hari Keempat (25 Mac 2011)

Hari ini adalah hari seken last di Bandung sebab esok nak sambung perjalanan ke Surabaya untuk Mt Bromo. Entah kenapa aku rasa macam dah sebulan kat sini, slow betul masa berlalu. Kami keluar agak lewat harini sebab takde apa yang nak dikejarkan...cuma nak habiskan beli barang yang belum dibeli di Pasar Baru dan FO di Jalan Dago. Masa balik dari Pasar Baru ke hotel, jalan macet gila. Nak dekat sejam jugakla berpanas dalam angkot. Waktu ni kitaorang tak tau lagi apa punca kemacetan tapi nampak ada polis dan pemberita kat situ. Cuba pasang telinga dengar makcik-makcik dalam angkot ni bercerita tapi sepatah haram tak faham. Tu maknanya tahap kefahaman aku terhadap bahasa kebangsaan dorang masih di bawah par.


Rumah Makan Simpang Raya

Kami turun di Rumah Makan Simpang Raya yang terletak di Jalan Dago. Restoran ini menyediakan masakan dari Padang dan mungkin sesuai sikit dengan taste orang kita. Opposite restoran ni ada KFC, so kalau tekak tak berapa nak Padang, boleh makan KFC. Apa yang menarik di restoran ini ialah berpinggan-pinggan lauk akan di hidangkan di atas meja tanpa prejudis. Tak silap aku ada 13 pinggan lauk kesemuanya dan kebanyakan lauk adalah berbeza (mungkin 1-2 je sama). Hidangan lauk ini beriringan dengan semangkuk nasi dan teh tawar (kalau nak order air lain pun boleh, no hal).


depan sekali ni ialah sambal hijau


Konsep makan di sini ialah hanya lauk yang dicuit saja yang akan dikira masuk bil so kalau tak cuit, dia tak kira. Jadi penyelesaiannya ialah asingkan pinggan lauk yang berkenan dan tak berkenan di tekak. Favourite aku ialah sambal hijau, lelain tu belasah la ape pun tak kisah. Masakan Padang pada aku boleh tahan, cuma ia agak kering sebab tak berkuah. Kami hanya pilih 4 jenis lauk iaitu sambal hijau, hati goreng bercili, kari ayam dan terung+ikan bilis berlada. Jumlah bil untuk keseluruhan termasuk 2 minuman berjus ialah Rp87k. Boleh tahan murah untuk orang yang makan bertambah-tambah!

Masa bersantap pekerja restoran ni bukak TV dan tiba-tiba keluar berita pasal macet yang teruk tadi. Rupa-rupanya polis jumpa bom kat situ dan dorang pindahkan bom tu ke tempat lain untuk diletupkan. Fuh! berpeluh aku. Kalau la meletup kat situ confirm bersepai habis. Tragis gak kan klu mati camtu?


Rumah Mode

Lepas makan kami balik ke hotel dan tinggalkan barang rampukan sebelum keluar semula untuk ke Rumah Mode. Dari hotel tak jauh mana pun sebenarnya so kami jalan kaki, dalam 1/2 jam akhirnya sampailah. Rumah Mode ni famous sebab collection baju yang dijual di sini up-to-date tapi mahal sikit. Aku suka ambiance kat sini sebab nampak menarik dan classy. Poket pun kena lebat kalau nak shopping kat sini, sometimes aku rasa tak logik jugak harga dia but what to do, tepuk poket tanya sama itu poket mampu ke tak.


Rumah Mode, Jalan Setiabudhi


aku perati orang yang ke sini mesti amik gambar kat patung ni.
much like patung Hindu kan? sebab banyak tangan dan bersayap


Waktu memusing-musing cuci mata dalam ni kami terjumpa seorang makcik (takla makcik sangat, aku rasa dia pangkat kakak je) yang bercuti di Bandung dengan anak-anaknya. Waktu tu dia tengah menerai-nerai baju depan cermin tapi takde orang nak komen cantik ke tak. Jadi kebetulan kami ada di situ dan perbualan pun tercetus.

Pungpang pungpang dia cerita bawak anak-anak shopping kat Bandung. Anak dia mintak belikan hadiah kat gepren, tapi suruh mak yang bayarkan. Kalau anak aku, matilahhhh kene rebus hidup-hidup! Akak tu cakap sebab laki dia tak ikut sama maka style vacation dorang kena downgrade, duduk hotel pun cikai-cikai...tapi per head RM400. Pitam ko!! RM400 per head tu murah ke kak? Tu "murah" kalau dalam kategori Donald Trump. Kalau aku RM40 per head tu barulah murah. Akak ada mesin potostat duit kat rumah ke? Pinjam boleh? Tapi kata-kata tu hanya mampu aku luahkan dalam hati. Aku sengih-sengih jela..tapi akak ni nice...walaupun poket dia lebat tapi tak eksyen. Cuma dia kelihatan sangat hepi sebab dapat hotel RM400 per head. Cuba akak ni duduk hotel yang aku duduk, mesti dia lagi hepi sebab 1 malam tak sampai RM70.


Cihampelas Walk

Kami lepak kat Rumah Mode sampai malam pastu amik angkot terus ke Cihampelas Walk atau nama kontotnya Ciwalk. Ciwalk ni agak besar dan ia lebih kepada open-air shopping mall. Aku mencari kedai buku dan jumpa toko Gramedia, hopefully dalam ni ada jual poskad sebab esok aku dah nak grak ke Surabaya. Setelah bertanya staff kedai buku nampaknya hampa sebab dorang tak jual poskad. Kecewa ahh! Nampak gaya memang tak kesampaian la hajat nak kirim poskad dari Bandung. Sebelum keluar dari situ aku singgah ke seksyen Travel dan jumpa buku-buku kat bawah ni. Ada banyak judul sebenarnya tapi aku hanya beli mana yang berkenan. Harga buku (dari kiri) ialah Rp28,100, Rp16,500 dan Rp26,500. Kalau di convert ke RM harga sebuah buku lebih kurang RM9 kecuali guidebook Bandung RM5....supercheap!!


tapi content dalam Bahasa Indonesia le sebab author orang sini


Pas beli buku kami pun bergerak ke tempat makan di dalam kawasan Ciwalk sebab perut masing-masing dah lapo. Masa memilih kedai makan tiba-tiba terdengar sayup-sayup alunan muzik dari sebuah kedai. Bukan muzik dari CD tapi macam live band. Nahhh!!! Aku nak makan kat kedai ni!!! Sebab apa? Sebab ada ngamen! Ngeh, ngeh, ngeh~


mark this place!


ada ruang makan atas dan bawah. kami pilih meja luar yang di tengah ni.
nampak tu ngamen duduk kat bahagian kanan tepi kedai


ruang dalam kedai


Konsep kedai ni agak menarik dan santai, plus ada ngamen. Kami pilih untuk duduk di meja luar yang menghadap bahagian luar kedai, boleh people watching. Bila waiter hulurkan menu aku struggle nak bayangkan apakah jenis makanan di sebalik nama seperti Sekoteng? Ketoprak? Kornet Telur Keju? Gepuk? Nasi Ranjau? Nasi Jenggo? Nasi Liwet? (nasib baik bukan Li-wat). Tu baru sebahagian aje, tapi menguji daya imaginasi tak? Akhirnya aku surrender sebab tak faham, kena tanya waiter jugak ni. Waiter tu melayan sume pertanyaan kami tapi kalau sekarang korang tanya Sekoteng tu ape...mintak maaf banyak-banyak sebab aku dah lupa.


macam-macam ada. tak tau tanya waiter


menu di board


Aku oder mie (mee) ape tah dah lupe dan tahap kepedasan dia boleh pilih. Aku berani mati pilih paling pedas. Haha. Sekali datang memang pedas sungguh, nak berkipas dibuatnya. Hujan turun renyai-renyai....lagila seronok melepak...ditambah pulak lagu yang dimainkan makin lama makin sedap.


serabi coklat keju....sinfully delicious~


mie yang aku-dah-lupa-nama...pedasnya tahap berkipas!


underage ni. tak boleh dibuat boipren, nanti dituduh mak gula


Lepas habis lagu instrumental dari Ungu aku angkat tangan kanan dan tunjuk thumbs up. Ape lagi tersenyum tersipu-sipu la mereka-mereka itu.


bersambung.... 
.

20 comments:

nenektua,  April 14, 2011 at 2:21 PM  

fatttttttttttt,

aku nak pinjam buku India tu. hehehe *muka tak malu*

cik gold April 14, 2011 at 2:36 PM  

sora depa memang best..masa pi dulu x dan nak rasa pisang keju tu...huhu...

fatt April 14, 2011 at 2:48 PM  

nenek,
buleh..ko nak ripit india lagi ke? bila? nak itot!! hahaha :D



cik gold,
a ah..lemak merdu berkrim gitu. laa awat tak rasa pisang keju serabi bagai ni..sedap..depa buh keju belambak2, tak kedekut lgsung :)

❀aRaBeLLa❀ April 14, 2011 at 3:12 PM  

tersenyum aku bace entry ko nih..pesal x upload gambor mamat tu?ahaks

fatt April 14, 2011 at 3:39 PM  

arabella,
gatai kan entry ni..hahaha..tp siyes syok jgk main2 mata ni..ayat takleh blah!

gambar last tu la..ko cari la yg mana 1 kah beliau...lalala~

gadisBunga April 14, 2011 at 4:01 PM  

wahahahahaa!!! yg tgh tu ek? hahahaha!!!

kalo ko amik nombor pun apa salahnya. kang tetibe tahun depan dia buat album, boleh ko koling2 say congratulations. huhu~

h a n i e April 14, 2011 at 4:17 PM  

ni aku tak tau la kl dah pi korea nanti..lagi banyak entry pesen makwe2 gini akan dihapdet..

wakakakakkaak!!


nt pinjam buku. utk trip tahun depan :P

Ninie Hanis April 14, 2011 at 5:49 PM  

bom???huh..berpeluh -_-"

waaa..fallin in luv,hampir2 nak fallen sleep lagik.dh ko ckp guitarist,aku tau dah yg pakai cap tu kan? \^_^/

eh nak share psl 1 berita ni.ko ckp skrg ko blk keje lewat mlm kan,hati2 eh.baca ni http://bududanbelacan.blogspot.com/2011/03/acid-attack-lagi.html#disqus_thread

take care.

iina April 14, 2011 at 7:34 PM  

Wahh hensem jugalah si ngamen guitarist tuh hehehe.. takpe cinta di kedai makan jek.. perut kenyang lupa.. perut lapo teringat2 ahakss..

Aku selalu dgr gak bab makan byk lauk nie.. tapi mmg kena pilih yg nak makan jek kan.. jenuh nak pilih lauk apa nak makan.. hehehehe

anne April 14, 2011 at 7:38 PM  

hehehe... gelak sorang2 i baca entry u kali ni, sambil duk bayangkan camner u malu2 duk main2 mata.. hihi

Cik Kentang April 14, 2011 at 8:03 PM  

best giler baca pasal Bandung trip ni..update cepat2...

Lady of Leisure April 14, 2011 at 10:41 PM  

huwaaa bestnya nak naik bromo.. nanti snap pic banyak2 k..

fatt April 15, 2011 at 12:45 AM  

gB,
hahaha malu arr aku. klu dia yg mintak aku bagi jek..lgpun masa aku blah tu dia tgh main lagu..kang stop tetiba kantoi la org pandang kami..bwahaha~

err ko memang pandai meneka..haha..ko tgk kan dia tgk aku..siot jek! tp bila dia senyum mmg manis, nmpk gg "___"



hanie,
alaa baru 1 jek entry makwe dari aku..kasik la chan! takyah tunggu balik dr kuria, cerita kat nz pun ada cuma aku tak penah share lagi..hahaha..sila sediakan baldi!

buku mende ko nak pinjam? buku panduan telepon? :P



ninie,
tettt! salah jwpn ko. haha..try harder next time :P

makasih sis, aku dah tau psl cerita ni. tp just xtra careful jela.



iina,
lauk tu dia hidang sume, cuma kita la nak pilih mana yg suka. tak suka takyah cuit.

dia ni nak kata hensem tu idak le...manis bila senyum tu ada. tp ni sume ABU...hahaha

kata org kalau kita teringtkan seseorng, tu tanda dia jgk teringtkan kita. betoi ke? sah aku dah 3/4 :P



anne,
*malu* hahaha..tp dia yg setat dulu..bukan saya! :P



cik kentang,
merepek je byk dari cerita..haha..bila nk turun Bandung? nti mesti jatuh hati sama org sana..konpem! :P



lady of leisure,
dah turun dah sis. erk!

Traveller's Anatomy April 15, 2011 at 9:34 AM  

OMG, i suke bile ade crush time travel hehe...tetiba tempat yg kite pegi tu terasa best sgt kan haha...

oh btw, bestnye tgk nasi padang tu, haritu sepanjang 6 hari xmakan nasi padang pon :( i suke dendeng, yummy!

gadisBunga April 15, 2011 at 10:28 AM  

fatt,

lupa nak jawab soalan ko kat entry aku semalam. aku pakai kamera digital kompek biasa jaa. nak tunjuk pun sogan. tapi utk dapat shoot cenggitu aku pakai setting macro.

sebab kamera aku cap ayam ja maka aku kene la shoot bebetul kat depan bunga tu. kalau kamera mahai boleh la main zoom2 focus je. hu~

fatt April 15, 2011 at 12:57 PM  

byya,
kannnnn? hahaha..rasa berkobar-kobar tak tentu pasal pastu..bwahaha~ :P

yup nasi padang sgt best esp sambal hijau. eh habistu u makan ape masa travel 6 hari? ada food lain yg lg best ke? can u recommend! :D



gB,
ala aku pun pakai kamera cap ayam..tp photo tu sgt nice. suka sgt. it's not about the camera rite, but the person behind it :)

scrlettfr August 21, 2011 at 2:49 PM  

assalamualaikum...

hi sis.. what a nice words, picture in ur blog... hahahaha... mcmana lah nak buat karangan yang indah2 mcm ni... tak reti eden ni...

jeles nak wat karangan mcm ni...

whatever... have a nice day, sis...

fatt August 21, 2011 at 4:43 PM  

scrlettfr,
waalaikumsalam

hi too!
ni bukan karangan dik, ni namanya menulis gaya bercakap...sbb tu jd pjg berjela2...senang je, sis pun bole tulis jgk :)

hv a nice day too!

Bibu Wilda July 4, 2012 at 4:17 PM  

ehheeh ko mmg lawak..walopon karangan tu cam karangan dah terlebih ayat dan karangan yang cikgu pon malas nak bagi markah, ahkak suke!

syahirah omar December 19, 2014 at 8:45 PM  

salam,boleh bagi contact tak?yg slalu backpakers busuk bukak?sy ppn.setahu sy cik pun ppn kan? sy nak tau mcam2 info untuk dunia backpaker ni.boleh x cik backpaker busuk..huhu

Post a Comment

Terima kasih!!

  © Copyright Since 2010 | Backpacker Busuk

Back to TOP