Trans Java : Bandung -> Surabaya - Part 5

April 20, 2011

Sambungan dari Part 4


Hari Kelima (26 Mac 2011)

Pagi ni bangun awal sebab harini ialah hari terakhir di Bandung. Malam semalam lepas balik dari Ciwalk terus kemas barang masuk ke dalam beg dan request airport transfer seawal jam 9am. Perkhidmatan ini percuma jika menginap di Hotel Cihampelas. Kalau naik teksi biasa (jenis Bluebird), tambang mungkin dalam Rp40k untuk trip sehala. Dari hotel ke airport mengambil masa lebih kurang 30 minit dan perjalanan di awal pagi sangat lancar sebab belum macet

Sebenarnya aku tak balik ke Msia pada hari ini tapi cuma hantar member pulang dan dalam pada masa yang sama menunggu lagi 3 orang member yang akan tiba di Bandung trip pagi dan tengahari.


Airport Bandung

Kami tiba di airport 30 minit kemudian dan terus masuk untuk check-in. Urusan check-in berjalan dengan lancar sebab crowd masih belum ramai. Selesai check-in aku pekena internet free dari public kompiter dalam ruang daftar masuk (check-in) dan update blog.

Lepas update blog ala kadar kami pun keluar dari situ dan tunggu di luar. Oleh kerana airport ni kecik maka tak banyak port melepak. Lebih kurang 1/2 jam melepak, kami pun berpisah sebab flight ke KL dah nak berlepas. So tinggallah aku sorang menunggu kengkawan yang belum sampai. Macam-macam pesen berdiri aku buat, dari lagu Negaraku, senget sebelah, gantung kaki...tapi still takde 1 pun kelibat yang keluar dari pintu Arrival. Tak lama pastu ada announcement flight baru landing. Lebih kurang pas 40 minit barulah nampak kelibat sorang. Lagi sorang tu sangkut sebab kastam geledah beg dia, habis semua kamera kene periksa. Lama jugakla kene tahan, soal itu ini.  Dan member lagi sorang tu pulak flightnya sampai tengahari, so kami bertiga grak dulu sebab masa masih panjang.


kupon teksi


Stasiun Keretapi Bandung, Pasar Baru & Kartika Sari

Dari airport boleh amik kupon teksi (kaunter di sebelah pintu Arrival) untuk perkhidmatan ke hotel dan lain-lain destinasi dan harga bergantung pada jarak perjalanan. Caj untuk sebuah teksi ke destinasi Stasiun Keretapi Bandung ialah Rp35k. Tujuan kami ke sini sebab nak tinggalkan beg di Tourist Information Centre sebab di sini ada perkhidmatan menyimpan luggage dan caj yang dikenakan untuk 1 luggage ialah Rp3k (tak sampai RM1..murah!). Kaunter dibuka seawal pagi dan tutup jam 5pm.


Tourist Information Centre terletak di PINTU SELATAN (bahagian belakang stasiun keretapi)


Selesai urusan meletak beg kami berjalan kaki ikut jalan belakang ke Pasar Baru (lagi? omg~). Sorang member pegi tempah 2 helai seluar kat sini. Dalam masa 4 jam tailor tu cakap boleh siap. Pantas! Upah 2 helai suar aku lupa berapa...rasanya dalam Rp170. Bagi sikit deposit dan balance masa dah siap. Tailor tu cakap nanti pukul 6pm dia antar kat stesen ketapi. Cantek!

Kami pun bersurai untuk ke Kartika Sari di Jalan Dago (lagi? omg~) sebab member yang naik flight tengahari tu dah sampai dan on the way ke sana. Kami lunch di food court Kartika Sari dan okla kat sini ada banyak food selection. Aku makan Mie Kocok (dah macam Inul la pulak kocok-kocok ni...yikes!), tapi tak sempat amik gambar sebab kebulor tapi aku boleh cerita untuk korang bayangkan camne rupa Mie Kocok ni. Ia ialah sejenis mee berupa mee kuning seakan mee Maggie yang direndam dalam clear soup, pastu ada sambal untuk di tambah secara manual berkadar dengan level pedas yang disukai. Boleh imagine tak? Tak boleh? Cuba tanya lebai google!


Bandung - > Surabaya

Selepas habis makan dan menganyam ketupat kami kemudian terus ke stasiun keretapi sebab train ke Surabaya bertolak tepat jam 7pm. Perjalanan dari Bandung ke Surabaya memakan masa 12 jam dan dijangka tiba di Surabaya (stesen Gubeng) jam 7am keesokan harinya.


keretapi ni melalui Solo dan Jogja


Pada mulanya nak solat kat Kartika Sari tapi kansel sebab surau dia campur laki perempuan, memang tak selesa! Ha, benda ni pun antara yang aku pelik kat sini, surau dorang suka benor campur-campur. At least pasang la wall untuk separate jemaah laki/pompuan, ini tak...hinss! hinss!

Dekat Stasiun Keretapi Bandung pun ada surau, walaupun kelihatan agak uzur tapi masih dalam keadaan terjaga. Kami solat saja di sini sementara tunggu keretapi tiba. Waktu maghrib masuk awal so sempat jamak terus. Selain dari kemudahan surau, ada juga kamar mandi yang selesa, cuma aku tak check berapa caj untuk servis tu.

Bagi sesiapa yang belum pernah ke stesen keretapi di sini mungkin tertanya-tanya camne rupa stesen keretapi dorang, kan? Pada pendapat aku stesen keretapi dorang sangat selesa dan bersih. Di dalam kawasan keretapi ada basic facilities seperti surau, kamar mandi, tandas, convenience store dan kedai makan. Untuk pengetahuan semua, untuk melepasi pintu masuk ke dalam kawasan keretapi tanpa tiket keretapi yang sah, sedikit caj dalam Rp2k-3k akan dikenakan. Tapi kalau ada tiket, cuma perlu tunjuk pada pegawai di pintu masuk untuk access.


sirap bandung, mee bandung, stasiun keretapi bandung


scene ni sesuai buat cover album rock yeyeh!


Selesai solat jamak kami pun bergegas masuk ke dalam gerabak sebab keretapi akan bertolak tepat jam 7pm. Kat sini waktu berangkat memang tepat, jarang sekali delay. Cuma waktu berangkat dari destinasi di antara kedua stesen mungkin ada sedikit delay. Begitu juga dengan waktu keretapi sampai ke destinasi dituju/akhir, ada delay lebih kurang 1-2 jam dari estimated arrival time seperti yang tercatat dalam tiket. So please allow some buffer time untuk arrival kalau buat sebarang pick-up arrangement.

Kali ni seat totally berbeza dari yang penah aku rasa masa trip Bandung-Jogja tahun 2009 dulu. Aku agak terkejut sebenarnya sebab aku expect seat tu keras, 90 darjah, pastu berkipas. Tapi yang dapat lain...reclining seat, air-conditioned pastu ada TV lagi! Oh chop...ini kelas Eksekutif, harga per seat Rp260k. Kalau yang dulu tu aku naik kelas Bisnes, harga per seat Rp110k (route Bandung - > Jogja). Memang jauh bezanya. Ah tak kisahlah, lagipun perjalanan dari Bandung ke Surabaya amik masa 12 jam, so better amik yang selesa or else merana sakit badan pastu.


memori daun pisang dalam keretapi Bandung - Jogja (2009)


Eksekutif class - reclining seat, siap berbantal lagi


keretapi Turangga, route Bandung -> Surabaya (Gubeng)


Suasana dalam keretapi kelas Eksekutif amat berbeza dengan kelas Bisnes. Takde penjual yang masuk lalu lalang meniaga waktu keretapi berhenti seperti di kelas Bisnes. Keadaan di sini lebih senyap sebab kebanyakan penumpang tido atau tengok tv. Cuma sekali-sekala petugas-petugas keretapi yang berpakaian seperti steward & stewardess akan lalu untuk mengambil order makanan (ada option Nasi Goreng dan Bistik) dan minuman (panas dan sejuk). Tugas mereka bukan setakat itu, tapi jugak mengagih-agihkan selimut kepada penumpang. Di setiap kerusi juga diletakkan bantal-bantal kecil untuk keselesaan penumpang sewaktu tido, tapi jangan buat peta pulak atas bantal tu!

The first 2 hours kami borak-borak, pastu lepas makan senyap la sekejap, macam anak burung! Lepas tu senyap terus sebab memasing tumbang. Aku gak tak dapat nak tido, nasib baik tv ni tayang movie Shrek, episod apa aku tak ingat...tapi yang dia fedap dan sign surat nak jadi Shrek lama untuk sehari tu. Dorang pasang sayup-sayup je suara tv sebab menghormati orang yang sedang tido. Aku terpaksa struggle baca subtitle dalam bahasa Indonesia. Pening jugak dibuatnya sebab tak faham, last-last Shrek ke mana...aku ke mana. Aku tumbang jugakla...apa lagi!


alololo~....siannya penat betul. kih kih kih


bersambung.... 
.

18 comments:

h a n i e April 20, 2011 at 3:09 PM  

album rock "kaki ku di bibir mu"..ke?

hahahaha..

fatt April 20, 2011 at 4:19 PM  

hanie,
menarik jgk tajuk tu. takpun album rock "bekas telapak tanganku di mukamu" pun sedap gak.



hahaha....

JunAina April 20, 2011 at 5:07 PM  

bestkan kalau dapat cuti sebulan & pergi jalan2 cam gitu...hehehee...

untung fatt...bukan jalan2 saja dapat menghayati kehidupan tempat org jugak!

iina April 20, 2011 at 5:50 PM  

Ko nie suka ekk ambik gbr org tidur hahaha.. takpe sok2 ko lak kena kan kan... Oklah kan naik keretapi yg selesa sikit.. dahlah lama kan.. aku teringat masa naik keretapi dr KL ke taiping.. masa tuh cuti sekolah.. mmg penuhlah train sampai ada yang duduk kat lantai tau.. masa tuh tahun 1990 ke 1991 kot aku pun lupa.. tp mmg bestlah pengalaman tuh ;)

JHaZKiTaRo April 20, 2011 at 11:20 PM  

salam kenal.. rajin2, jemput singgah my blog 'Aku Sebutir Pasir' kalau nak baca my travelling experiences ke 45 buah negara.. :)

Leez M. Saaid April 20, 2011 at 11:28 PM  

nak tunggu citer surabaya plak..
mount bromo tu dah boleh naik ke? masa i gi hari tu...still not ok... :(

fatt April 21, 2011 at 2:03 AM  

kak jun,
yg ni pegi 10 hari je, tak sampai sebulan..cuma rasa cam sbln sbb masa bergerak perlahan sgt.. klu ikutkan hati nak stay lama lagi..tp apakan daya, poket dah tembus..hihihi :P



iina,
hahaha...amik gmbr org tido tu mmg disengajakan, buat modal mengusik, takpun mengugut :P

aku baru 1x je rasa naik KTM, masa thn 2000, gile lama dah. tp insya allah kalau ada rezeki nk cuba dari sini ke Hatyai. nak tgk pulak ragam org Msia naik ketapi..hehe :)



jhaz,
thanks bro. insya allah will do!



leez,
next entry psl surabaya...punya berjela kan travelog aku. dah lemau dah ni..haha. bromo tu kitaorg tak naik, cuma tgk dr Gng. Penajakan. this year mmg tak akan ok gng tu..so nak repeat lg next year..after everything dah clear.

tp kalau saja2 nak p tgk rupa gng tu time skrg ni ok je, tp mgkin tak puas la..coz view tak lawa pun...sume hazy je.

tasyha3 April 21, 2011 at 10:01 AM  

macam dah rupe momok budak yang tido serekup kepala ngn towel tu.. confirm2 tido lena.. kekkkeke..

cik gold April 21, 2011 at 11:01 AM  

best gak ye pi ala2 bekpeker ni..cam tingin ja nak wat sama

fatt April 21, 2011 at 12:37 PM  

tasya,
bdk yg serkup muka tu mmg besfren dgn momok pun. takut aku dgn dia ni..huhuhu~



cik gold,
cuba la sekali. pegi dgn 2-3 org kawan. lain experience dia. sure u akan enjoy :)

h a n i e April 21, 2011 at 12:42 PM  

iina:
next trip bulan 10 ni...aku pulak snap gambar dak fatt tgh tido. kehkehkeh. post kat blog kompem jd entry of da month. ye dak? ekekekeke



hai fatt :P *smbil belek lens camera*

fatt April 21, 2011 at 12:55 PM  

hanie,
amboi bersengkol buat pakatan ye mike2 ni..haha..aku akan pastikan ko dgn koq yg pengsan dulu...lalala~ (sambil mengelap2 lens kamera). hahaha :P

Katak Ijau April 21, 2011 at 1:08 PM  

weh fatt...

jalan aje keje ko eh..
jeles aku..
tah bile aku nak folo ko ni...
tetibe aku wish bestnye kalo still ade byk masa jadik single..haha

iina April 21, 2011 at 6:11 PM  

Hanie

Wakakakah.. aku tunggu photo mahal tuh.. Dia saje jek kan.. buat modal entri hahaha... aku suka.. aku suka

fatt April 22, 2011 at 12:48 AM  

naim,
jgnla ckp gitu beb. nti ko dah kawin boleh jalan dgn cik abg..lg seronok. i wish i could experience that too..but looking at myself right now...*sigh*...only Allah knows best! take care :)



iina,
u'ols ni kannnnn...saje tau! tak baek tau...tuhan marah...ekekeke :P

tasekM April 22, 2011 at 3:17 PM  

hah.
cepat sambung.

:)








z109.

gadisBunga April 26, 2011 at 9:55 AM  

tu shrek yg taun lepas tu. muvie terakhir yg aku tgk dgn ex aku dulu. nyampah ah!

fatt April 26, 2011 at 12:27 PM  

kak tasek,
sudah!



gb,
aku dah lupa apa movie last aku tgk dgn dia sbb dia bkn kaki wayang. sgt membosankan, kan? bajet bagus je..ceh!

Post a Comment

Terima kasih!!

  © Copyright Since 2010 | Backpacker Busuk

Back to TOP