Trans Java : Surabaya (Mt. Bromo) - Part 6

April 22, 2011

Sambungan dari Part 5

Hari Keenam (27 Mac 2011)

Tengah aku sedap melayan mimpi tiba-tiba kena kejut. Potong betul! Soalan pertama yang otomatik keluar dari mulut aku ialah, "Katne ni?". Jawapan yang memang telah dijangkakan, "Entah". Aku tengok jam pastu tengok tiket....dah lebih dari estimated time arrival ni. Sepatutnya dah sampai Gubeng jam 7.40am tapi masih belum. Nak kata terlepas stesen tak jugak sebab Gubeng ialah destinasi terakhir keretapi Turangga.

Pemandangan sewaktu fajar menyinsing dari tingkap keretapi sangat memukau sebab kebetulan keretapi melalui kawasan sawah padi yang terbentang luas. Damai. Sejam kemudian barulah kami sampai ke Stasiun Keretapi Surabaya (Gubeng). Semua orang keluar dari perut keretapi. Kelihatan porter sibuk menolong penumpang-penumpang mengangkat barang-barang yang besar. Pasti berupah, tak mungkin free, tapi kami tak perlukan porter sebab semua beg boleh bawak sendiri.

Tanpa buang masa kami terus ke kaunter tiket keretapi sebab perjalanan masih belum berakhir di sini. Kami perlu naik keretapi dari Gubeng ke Probolinggo sebab dari Bandung takde keretapi direct ke Probolinggo (laluan keretapi berlainan arah). Pada setiap hari hanya ada 2 trips ke Probolinggo iaitu jam 9am dan 11.30pm. So kalau terlepas trip pagi, kena tunggu trip malam.

Di Surabaya ada 2 stesen keretapi iaitu Gubeng dan Pasar Turi (stesen keretapi terbesar di Surabaya) dan laluannya berbeza-beza untuk setiap destinasi. Boleh rujuk website K.A Persero untuk informasi yang tepat.


Doploh Minit Yang Mencemaskan

Since kami pun tiba lewat dari waktu yang tertera di atas tiket, so kami cuma ada masa dalam 20 minit sebelum keretapi ke Probolinggo bertolak tepat jam 9am. Dalam 20 minit tu kena selesaikan urusan membeli tiket ke Probolinggo dan ke Jogja (untuk perjalanan keesokan hari). Yang memeningkan tu ialah urusan untuk kedua-dua tiket bukan di kaunter yang sama tapi berlainan kaunter. Kaunter tiket untuk perjalanan "hari ini" tak sama dengan kaunter tiket perjalanan "hari lain". Untuk tiket perjalanan "hari lain", kena pergi kat 1 ofis di hujung bangunan (lokasi boleh tanya kaunter tiket perjalanan "hari ini").

Seperti biasa kalau beli advanced ticket kene isi borang dulu, tapi kalau tiket untuk perjalanan pada hari yang sama tak perlu isi borang.



Keretapi : Mutiara Timur
Destinasi : Surabaya (Gubeng) -> Probolinggo
Harga : Rp45k (kelas Bisnes)
Berangkat 9am, dijangka tiba 11.02am



Keretapi : Sancaka Sore
Destinasi : Surabaya (Gubeng) -> Yogyakarta
Harga : Rp60k (kelas Bisnes)
Berangkat 3pm, dijangka tiba 8.02pm


Trip ke Mt. Bromo kami cuma buat 1 hari memandangkan rancangan ke sini bukan dalam plan asal (aku penah cerita dalam Part 1), jadi kami perlu beli tiket ke Jogja pada hari ini untuk mengelakkan dari sold-out esok (untuk perjalanan jam 3pm dengan "Sancaka Sore"). Sebenarnya aku tak berani nak redah kalau destinasi jauh sebab kalau habis nanti boleh melopong. Ni semua belajar dari pengalaman lepas waktu di Jogja (2009) yang mana pada waktu tu tiket direct ke Jakarta habis, so terpaksa ke Bandung dulu. Nasib baik masih ada tiket keretapi ke Jakarta dari Bandung on the same day, kalau tak melopong tak balik Msia le jawabnya. Haha.


Pilihan Route Ke Mt. Bromo

Ada 3 route pilihan untuk sampai ke Mt. Bromo iaitu melalui Probolinggo, Pasuruan atau Malang

Probolinggo (via Cemoro Lawang)

Route ini paling popular dan paling senang antara ketiga-tiga route yang ada. Dari Probolinggo sila naik minibus warna hijau yang menghala ke Cemoro Lawang dan perjalanan sejauh 45 km ini memakan masa selama 1.5 jam. Jika dari International Airport Juanda, sewa van/minibus (boleh fit up to 4 person) tambang lebih kurang Rp450k (please negotiate!) dan terus ke Cemoro Lawang.

Pasuruan (via Tosari)

Route ni agak mencabar berbanding Probolinggo tapi lebih dekat dari Surabaya. Dari Pasuruan, boleh naik bas atau kereta sejauh 45 km ke Tosari melalui Pastepan (bukan Peterpan ok!). Dari Tosari ke Wonokitri tambah lagi 3 km naik bemo/angkot atau truck. Dan dari Wanokitri ke Mt. Bromo, perjalanan adalah sejauh 14 km (+/- 3 jam kalau trekking dan perlu mula lebih awal untuk sunrise) atau boleh hire 4x4 truck kalau tak mampu nak trekking. Accomodation ada di sekitar Tosari dan Wonokitri.

Malang (via Tumpang)

Route paling susah antara 2 di atas, much like off-beaten-path tapi kalau sukakan extreme dan tak rushing boleh opt cara ni. Dari Malang ke Tumpang boleh naik bas dan dari Tumpang ke Ngadas naik 4x4. Boleh menginap di Ngadas tapi accommodation di kawasan ni tak secommercial seperti di Cemoro Lawang/Ngadisari. 


Untuk trip ini, kami pilih route :

Gubeng -> Probolinggo - > Cemoro Lawang (Mt. Bromo)

Sebutan bagi "Gubeng" ialah "Gu" - "beng" (bunyi "e" seperti menyebut perkataan "emak", "emas")


Selamat Tinggal Gubeng! Hello Probolinggo!

Tepat jam 9am keretapi Mutiara Timur pun bertolak menuju ke destinasi Probolinggo. Kali ni turun taraf sikit sebab naik keretapi biasa, seat tegak 90 darjah dan kipas di siling. Kerusi kami terletak bersebelahan jadi kalau nak sembang kena lontarkan suara lebih sikit. Cuaca pada hari tu agak mendung tapi harapnya esok langit cerah. Sepanjang perjalanan ke Probolinggo kami melalui kawasan bandar, pekan kecil, kampung, belakang rumah orang dah sawah padi yang berlatar belakangkan pemandangan gunung. Gunung ape aku tak ingat, ada tanya local people aritu tapi dah lupa, cuma yang pastinya bukan Mt. Bromo.


ni sebelum keluar seketul gunung di kejauhan


Kali ni suasana dalam keretapi agak seronok sebab sepanjang perjalanan selama 3 jam (sepatutnya 2 jam seperti yang tertera di atas tiket) boleh tengok orang meniaga lalu lalang ke depan ke belakang jual barang makanan dan minuman. Antara yang menarik perhatian ialah sate kerang. Mula-mula tak faham apa yang penjual tu sebut sebab language breakdown kat situ, tapi selepas diamati betul-betul ia adalah isi kerang yang dicucuk kat lidi sate. Menarik, tapi kami tak beli sebab takut terkena food poisoning. Perut memang lapar gila sebab tak breakfast, harapkan brownies Kartika Sari je sebagai pengalas perut..syahdu betul!


suasana dalam keretapi dari Gubeng -> Probolinggo


Terus terang aku cakap hari ni adalah hari paling gila dalam banyak-banyak hari yang aku spend di Indo. Sebabnya, inilah hari yang paling banyak sekali involve dengan transport, 2x naik keretapi, 1x naik angkot dan 1x naik minibus. Dengan tak mandi lebih dari 24 jam, rimas tu memang la...tapi sebab kami semua tak mandi, so that make us equal. Hahaha.

Di Surabaya kami tak sempat nak buat apa-apa sebab mengejarkan waktu untuk sampai ke Yoschi Hotel. Kami perlu tiba di sini sebelum jam 4pm, itu dah menjadi syarat yang pihak hotel tetapkan, reason behind it aku tak sempat nak tanya. Aku saspek sebab jam 5pm dah gelap, so mungkin kabus di kaki gunung akan menghalang penglihatan, jadi sebab tu kena tiba sebelum jam 4pm, agaknye.


Kisah di Stesen Keretapi Probolinggo

Keretapi kami tiba tepat seperti waktu yang tertulis di atas tiket. Masa keretapi tiba di stesen kena cepat-cepat turun sebab ni bukan last stop, so kalau jalan lenggang Mak Minah alamatnya kena hangkut pegi tempat lain. Di stesen keretapi Probolinggo ada Tourist Information Center jugak macam di Bandung. Since Probolinggo sememangnya terkenal sebagai jumping point ke Mt. Bromo, so i guess that's the purpose of it.

Seorang staff lelaki yang berumur dalam lingkungan 40-an menghulurkan peta potostat route ke Mt. Bromo dari stesen Probolinggo kepada aku. DIY betul map ni sebab dilukis pakai tangan. Kalau bagi kat aku suruh lukis sama macam ni memang tak taula jadi apa. Heh.


imej boleh dibesarkan. click le!


Pungpang pungpang dia cuba saiko kami amik servis dorang dari stesen Probolinggo direct terus ke Yoschi Hotel. Katanya takde transport la, susah la, itu ini la. Bila tanya berapa, tak agak-agak nak tekan per head Rp50k, kalau 4 orang tak ke Rp200k? Peh nak pegi haji sangat dah pakcik ni! Untuk budget backpacker macam kami ni besar tau nilai Rp200k tu! Nasib baik aku dah tau market price berapa, kalau tak mesti termakan umpan. Ape dia ingat kami pompuan so dia boleh tiau? Sebab itulah pentingnya buat homework sebelum travel untuk mengelakkan dari masalah tiau-meniau ni. Jadi bila sesiapa cuba tiau, kita boleh tepis balik sebab semua info dah ada dalam kepala. Dengan cara ini kebarangkalian kena tiau agak rendah, tapi jangan buat muka blur tak konfiden bila negotiate...kalau tak memang tak menjadi.

Lepas urusan negotiation tak mencapai kata sepakat, kami blah dari situ. Sebenarnya aku saja nak riki berapa harga direct transport dari stesen keretapi Probolinggo terus ke Yoschi, tapi melihatkan harga yang tak munasabah tu kansel jelah. So option lain ialah naik 2 transport dari stesen keretapi untuk sampai ke Yoschi.


Dugaan Berlarutan Dari Stesen Keretepi ke Stesen Bas

Sepanjang berjalan keluar dari Tourist Information Center ke pintu pagar keretapi kami dikerumuni oleh pengayuh becak, tour agent yang cuba nak menangguk di air keruh dan 2-3 orang yang mencuba nasib. Jawapan aku agak tegas, "Maaf, kami takde duit!". Aku rasa tu jelah jawapan paling mujarab setakat ni sebab ia mampu mematikan sebarang bentuk perbualan (pada aku, orang lain aku tak tau).

Elok saja sampai ke pintu depan stesen keretapi lalu 1 angkot warna kuning (as mention by fellow travellers dalam internet). Rezeki! Rasa macam rahmat Allah sebab kalau angkot ni tak lalu konpem kene harrass lagi dengan manusia-manusia tadi. Aku pun nego harga dengan pemandu angkot mintak per head Rp3k untuk ke stesen bas kerana dari sini kami perlu naik green-minibus yang akan membawa kami ke kaki Mt. Bromo. Dia setuju, so kami pun naik...aku duduk depan sebelah driver dan 3 member duduk di belakang. Perjalanan dari stesen keretapi ke stesen bas memakan masa lebih kurang 5 minit tapi terasa seperti 30 minit sebab dia drive slow-mo.


siap "peace" okay


Sepanjang perjalanan aku berborak dengan driver tu, tanya banyak jugak soalan, penat dia menjawab. Hehe. Antara soalan aku ialah, "Kenapa Probolinggo ni lengang sangat?" (sebab unusual scene di Indo yang terkenal dengan macet dan high-density). Dia cakap keadaan ni biasa di Probolinggo sebab kebanyakan orang luar yang ke sini hanya ke Mt. Bromo.

Dia drop kami di satu jalan yang dimaksudkan sebagai "stesen bas". Pada bayangan di kepala aku, stesen bas lazimnya ada bangunan berbumbung yang besar dan semua bas berhenti untuk amik/turunkan penumpang. Tapi lain pulak suasana stesen bas di sini sebab ia hanyalah scene di tepi jalan yang ada beberapa deretan bangunan kayu (aku assume mereka ni tour agent yang merangkap penjual tiket bas). Aku tanya driver angkot tu betul ke ni stesen bas sebab tak nampak macam stesen bas pun? Dia cakap memang ini la rupa stesen bas di Probolinggo. Aku pun OoOoOoooo~ (kalau dia tipu aku, means aku tipu korang jugakla ye. Hoho).

**dari info yang aku dapat dari Wikitravel, nama stesen bas di Probolinggo ialah Bungurasih Bus Terminal atau Purabaya.

Kami masuk ke dalam 1 bangunan kayu (yang aku assume as "kedai") yang bercat hijau di dalamnya. Ada frame gambar Mt. Bromo dan tulisan Yoschi di atasnya. Maybe ni pejabat Yoschi....kot? Seorang lelaki dalam lingkungan 30-an menyambut kami, namanya Toly. Aku cakap nak transport ke Yoschi Hotel untuk 4 orang. Dia letak harga per head Rp25k which is above my expectation sebab aku bajet dalam Rp16k per head saja sebenarnya. Aku berani letak harga ni based on info yang aku dapat dari Sha sebab dorang dah ke sini beberapa bulan yang lepas. Tapi dia tak bagi, katanya harga aku tu below market. Puas bernegotiate akhirnya aku mengalah sebab masa makin suntuk dan kami perlu tiba di sana sebelum jam 4pm or else leboh la booking tu.


kedai tour agent yang dimaksudkan


Dah selesai pasal transport ke hotel pastu dia tanya berapa aku dapat untuk pakej sunrise Bromo? Aku tunjuk copy email dari hotel which quote per head Rp90k (tak termasuk entrance fee). Dia cakap mahal, dia kata boleh offer lagi murah termasuk transport balik. Harga pakej yang ditawarkan kepada kami waktu tu ialah Rp110k termasuk sunrise Mt. Bromo (Rp50) + entrance fee (Rp25k) + transport ke stesen Probolinggo (Rp35k). Ok nice deal! Walaupun aku dah deal dengan hotel untuk pakej Mt. Bromo tapi takpelah, better offer takkan nak let go? But, better ke? Tahla...apa saja dengan Si Toly ni takleh nak percaya 100% sebenarnya. Nak tau kenapa? Teruskan membaca....

Terus terang dia ni agak pushy sebab paksa kami amik pakej Kawah Ijen dan offer nak kansel tiket keretapi ke Jogja yang telah kami beli untuk trip keesokan hari. **** sungguh! Aku tak suka cara dia memaksa kami beli pakej tu...so pushy! Kebetulan waktu tu ada sorang Mat Saleh ni berdiri dalam kedai dan dengan selamba dia ni cakap kalau omputih tu dia letak harga lain ke Kawah Ijen. Harga kami dia bagi Rp350k, omputih tu Rp700k. Yang paling tak boleh blah tu sebab dia bagitau kami yang jalan ke Borobudur tutup, banjir besar dari Merapi...bla bla bla. Punyala bersungguh-sungguh dia menipu kami waktu tu sampaila terasa goyang. Aku cakap, "Aku nak tepon hotel kat Jogja nak tanya betul ke tak cerita ni sebab tak dengar apa-apa pun pasal ni!". Berubah terus air muka dia. Jangan main-main dengan aku ye Toly. Aku tak suka monkey business ok, ko nak monkey dengan aku silap besau le.

Terus aku col Delta Homestay untuk dapatkan kepastian. As expected, Toly menipu. Receptionist tu cakap, "Jogja baik-baik aja Bu. Jalan ke Borobudur buka, ke Prambanan pun buka. Ngak perlu risau apa-apa". Aku pun panggil 3 member buat meeting di luar kedai. Bebudak ni dah teruja dah dengan pakej mangkuk ni, nasib baik sempat aku tarbiahkan. Haha. Jangan marah ye korang, aku gurau je.

Ok lepas short meeting aku pegi balik ke meja dia untuk inform keputusan kami tapi belum sempat aku bukak mulut dia cakap,"Okay esok kamu semua join budak lelaki (omputih) tu ke Kawah Ijen!". Aik, bila masa kita ada mutual understanding nak ke Kawah Ijen ni? By the time aku nak tanya omputih tu, dia dah melintas jalan ke seberang. Terpaksa aku tinggikan suara dan cakap, "Kami tak berminat, takde duit", kan dah dapat ayat penamat dari aku. Makan obat! Sarcastically aku sambung, "So boleh kita grak ke Yoschi sekarang?!".

What a long day!


bersambung....
.

10 comments:

gadisBunga April 22, 2011 at 8:01 PM  

banyaknya entry aku terlepas baca. aku baca besoklah. kang rush2 tak masuk otak lak. ok nak balik dulu. bai!

anne April 22, 2011 at 8:52 PM  

diorg mmg suka2 hati je nak paksa2 kita, based on my experience too. btw, tak sabar nk tggu sambungan seterusnya

iina April 22, 2011 at 9:22 PM  

Wah penat juga ekk nak melayan agen2 tour atau org yg suka approach nie.. mmg ambik kesempatan sungguh ekk..

Memang kena buat homework kan kalau nak travelling.. sapa kata holiday tak yah kena prepare.. banyak benda yang kena fikir.. but once dah fikir kira ok gaklah apa2 jadi kita dah prepare.. ;)

t i t i c h i April 23, 2011 at 11:58 PM  

nanti aku nak pi Indon, nak guna route hang. good info and good job! tenkiu kawan-skolah-rendah!

fatt April 24, 2011 at 1:19 AM  

gB,
singgah la bila2..pintu umah tak tutup..



anne,
mmg kene bertegang leher baru gheti bahasa dorg ni. duit kita, kita punya pasai la..sesedap rasa je nk paksa kan? huhu...



iina,
tula pro & cons klu travel sendiri. sume risiko sendiri tanggung. tp pglmn tu yg paling berharga tak boleh dijual beli.

ps : lama dah aku tak masuk blog hg..apa cerita dlm tu tak taula. aku taip blog pastu biar..balik keje cek komen, reply. nak jalan2 b/walk cam dulu dah tak brp nak ada. penat la keja cam bangla ni... T___T



KM/titichi,
hamboi skulmet sekola rendah lagi! dahsyat nooo! hg tlg bagi aku idea skit psl hatyai...cerita lebih skit dlm entry hang buleh? aku malas nak stadi...ahaha~

cik gold April 25, 2011 at 9:03 AM  

info bagus, cik gold pon nak pi sana taun depan

gadisBunga April 26, 2011 at 9:44 AM  

mangkuk punya toly. hmm...aku ni jenis blur sikit, takut gak dimangkukkan oleh mangkuk2 cenggini.

tapi alasan takdak duit tu mmg boleh pakai lah utk tutup mulut depa!

fatt April 26, 2011 at 12:24 PM  

cik gold,
nk gi bromo ke cik gold? thn dpn mebi dah clear kot. harapnye lah!



gb,
a ah..mangkuk tingkat!
tu pun tone aku dah tinggi ckp dgn dia. aku ni jenis penegak kebenaran..i'll fight 4 my rights. ko ckp je xde duit..klu dia ckp klu xde duit cane leh travel? ckp je ko tak nmpk ke aku nego sume nk murah..ape ko bute? ahaha~

Traveller's Anatomy April 27, 2011 at 7:15 PM  

fatt, u had some trouble jugak ek time g Bromo. I tot i sorang je hehe...neway, it's a great place n glad both of us selamat sampai n pulang :)

fatt April 28, 2011 at 3:10 AM  

byya,
sume org mesti kena punya beb...tp biasala adat org berjalan mmg mcm2 dugaan, kene sabar banyak. btw how was ur Bromo trip? bila nak update ni? hehehe :)

Post a Comment

Terima kasih!!

  © Copyright Since 2010 | Backpacker Busuk

Back to TOP