Trans Java : Surabaya (Mt. Bromo) - Part 8

May 05, 2011

Sambungan dari Part 7

Hari Keenam (27 Mac 2011)

Masih hari yang sama.

Lebih kurang 15 minit menaiki motor akhirnya kami sampai ke view point yang dimaksudkan. Lupa nak tambah dalam entry sebelum ni....korang mesti pikir aku peluk Dian macam teddy bear kan masa naik motor? Alaaa mesti korang pikir camtu punya. Jawapannya TIDAK. Walaupun jawapan aku bagi standard artis tapi betul sumpah aku tak peluk, sentuh sikit pun tak. Actually kalau bukan naik motor dengan Dian sekalipun, aku rela jatuh tergolek dari peluk sesiapa walaupun dengan kaum sejenis. Tak caye cer tanya partner in crime aku di Jogja. Hehe.

Rupanya view point yang dimaksudkan terletak bersebelahan dengan Lava View Lodge. Aku recommend sesiapa yang poket lebat pegi book tempat ni kalau ke Mt. Bromo sebab view dari sini boleh tahan cun. Dan kebetulan waktu kami di sini ada orang tengah shooting drama sinetron. Cerita apa aku tak taulah pulak, nak terjah mintak autograf pun bukan aku kenal sape pelakonnya. Kalau Dian Sastro nak la jugak, tapi kalo Dian Mardian aku takmo, tak payah!

**buat yang clueless, Dian @ Mardian adalah watak utama dalam cerita ni selain dari kami berempat


(clockwise) orang kampung tengok orang shooting sinetron,
peniaga mie kocok dan jagung bakar, orang tengah shooting, merempit


(atas) Mt. Bromo dan Mt. Batok dari Lava View Lodge
(bawah) k.a.m.i.


Dari view point di sini boleh lihat dengan jelas Mt. Bromo dan Mt. Batok. Mt. Semeru tak nampak sebab smoke dari Mt. Bromo tebal gile dan melindungi Mt. Semeru. Di antara ketiga-tiga gunung ini yang paling tinggi ialah Mt. Semeru dan bukan itu saja, ia adalah gunung yang tertinggi di Tanah Jawa. Aku pasti ramai yang clueless mana satu Mt. Bromo, Mt. Batok dan Mt. Semeru. So di bawah ni ada gambar berserta description yang akan menjelaskan kekonfiusan korang.


Mt. Batok (hadapan), Mt. Bromo (tengah, berasap), Mt. Semeru (belakang, berasap)
[sumber gambar]


Lebih kurang 15 minit menghabiskan masa mengambil gambar di sini kami pergi ke Hotel Cemara Indah kerana di sini pun boleh lihat Mt. Bromo. Lokasi di antara kedua-dua hotel ini tak jauh di antara satu sama lain. Masa di sini boleh tahan jugak dugaannya, dugaan orang menjual barang! Letih gak nak refuse sebab scene meniaga di sini lebih kurang macam di Tangkuban Perahu (Bandung) yang mana peniaga akan hurung kita suruh beli barang-barang dagangan mereka seperti glove, muffler dan few things yang aku pun dah lupa apa.


debu yang menghujani ukiran patung


Mt. Bromo dari Cemara Indah


Dah puas amik gambar kami pun beransur pulang ke Yoschi. Sebelum tu kami singgah sebentar di sebuah kedai untuk membeli poskad tapi malangnya kedai tutup. Nampaknya tak tercapai la hajat kami nak kirim poskad dari sini. Mungkin tokey kedai ni dah banyak duit so dia takmo meniaga...agaknye.

Sebenarnya kat bahagian atas ni ada banyak losmen seperti Cafe Lava tapi aku tak pasti berapa harga untuk semalam. Boleh nampak ramai jugak Mat Salleh duduk kat area ni dan mungkin suasana di sini lebih happening dan crowded berbanding Yoschi yang lebih privacy.

Oleh kerana kedai runcit yang jual poskad pun tutup so kami decide balik semula ke Yoschi. Sepanjang perjalanan balik aku tengok ada banyak group anak-anak muda di Cemoro Lawang bermain bola sepak di padang. Agak meriah scene bola sepak kampung pada petang tu walaupun dalam hujan debu. Seronok sebenarnya tengok scene macam ni tapi apakan daya aku ni pembonceng, kalau aku supirnya memang dah berenti tengok. Ikutkan hampir sejam jugak kami habiskan masa meronda dengan motor di sekitar Cemoro Lawang bersama 4 cowok genteng. Agak berbaloi short trip ke view point petang tu sebenarnya sebab...err...next entry korang akan tau lah kenapa. Hehe


bola sepak kampung


(clockwise) jalan di Cemoro Lawang, kebun kentang,
debu yang telah dibersihkan di tepi jalan, penduduk kampung menaiki motor


Tiba saja di Yoschi hari pun dah senja. Orang tua-tua kata kalau time Maghrib jangan merayau luar rumah sebab banyak antoo. Err...tapi memang ada cerita pun masa di Yoschi, cuma aku je yang tak tau. Bila dah balik Msia barula aku tau sebab kawan aku ni ada 6th sense dan dia boleh nampak apa yang mata kasar tak nampak. Erm...agak-agak aku kena saman tak dengan Yoschi keluar statement gini? Matilah... Eh tapi korang janganla moral down pulak taknak duduk di Yoschi. Pada aku hotel ni ok, staff dia pun ok...ada Dian...errr...hahaha. Actually benda halus tu kat memana pun ada, entah-entah dia tengah join sekaki tepi korang baca blog aku. Huhuhu

Tak lama lepas kami masuk ke bilik hujan pun turun, without mercy lebatnya. Apa lagi makin liat kami nak mandi (walhal dah lebih 24 jam tak mandi). Waktu ni masing-masing mengalah tak mau mandi dulu. Sepatutnya berebut, ini tak..mengalah. Kalau ikutkan aku pun rela tak mandi tapi apakan daya aku sendiri pun rimas sebab tak selesa. Mulanya aku nak mandi kat toilet dalam bangunan tapi memandangkan sejuknya bak air batu so terpaksalah batalkan niat.

Kami take turn mandi hot shower yang terletak di luar (ada 2 hot shower di luar). Lepas 2 orang kawan aku setel barulah tiba giliran aku dan lagi seorang kawan pegi mandi. Kami berlari-lari dalam hujan ke toilet dan bila sampai barulah sedar rupanya baju kami kotor sebab terkena air hujan yang bercampur debu. Sebelum mandi aku atur barang elok-elok sebab nak memudahkan kerja. Elok je aku hulur kepala kat bawah shower tiba-tiba blackout.

Okay rilek, jangan panik, jangan jerit sebab tu semua tak macho. Tapi siyes waktu tu dalam hati aku debar dia memang lain macam. Waktu ni nasiblah aku tak tau lagi cerita pasal momok kat Yoschi. Kalau tau rasanya ada jugak yang lari bolen dalam gelap. Hahaha.

Aku ingat nak teruskan mandi sebab mungkin sat lagi ada balik letrik. Tapi belum sempat aku letak syampu tiba-tiba air pulak takde. Cil***t!! Nasib baik tak syampu lagi, kalau aku dah letak syampu kat kepala tak jadi kes naya ke tu?

Waktu tu memang gelap dan satu-satunya sumber cahaya yang masuk adalah melalui sekeping siling toilet yang lutsinar. So bayangkan kalau takde langsung cahaya, macam mana agaknya waktu tu? Nak dijadikan cerita time ni pulak aku tak bawak torchlight, memang perfect! Dalam kepala aku ada gak terpikir kalau tiba-tiba muncul momok versi Indon macam Sundel Bolong ke, Pocong ke...camne aku nak buat? Tipu la aku tak takut, dahla tempat ni tak ramai orang. Kalau jadi apa-apa memang aku pengsan sorang-sorang dalam toilet ni.

1 minit.....2 minit.....3 minit.....5 minit. Arghhh takleh jadi ni! Aku konfem letrik takkan ada.

Aku pakai baju ala kadar, terus bukak pintu toilet dan lari tinggalkan kawan aku yang mungkin masih ada di toilet sebelah. Sampai di bilik 2 orang kawan aku dah gelak-gelak sebab rupanya aku pakai baju terbalik. Siot sungguh! Aik mana kawan aku yang pegi mandi sekali tu? Elok je habis ayat aku dia pun datang terkedek-kedek. Nasib baik aku tak kena marah sebab tinggalkan dia sensorang kat situ. Rupanya cerita dia lagi sadis...tengah syok syampu rambut kooo...hahaha~ Nasib kau la Labu~

Lama jugak kami menunggu bekalan letrik disambung, sempat jugakla bersembang 2-3 topik sambil guling-guling atas katil. Nasib kami baik sebab masing-masing bawak torchlight sorang satu, so ade lah sikit sumber cahaya. Selama aku usung benda tu ke sana sini setiap kali travel, inilah kali pertama aku gunakan torchlight tu, sangat terharu ok. So kesimpulannya bawaklah torchlight ke mana saja korang pergi, you'll never know when you need it!

Kami pun sambung balik mandi yang tertangguh setelah bekalan letrik ada. Kali ni aku mandi ekspress sebab takut pisang berbuah 2x. Selesai mandi pun hujan masih tak berenti. Aku sarung baju fleece sebab tak tahan sejuk. Kemudian kami berempat terus ke cafe untuk makan malam. Pada mulanya kami duduk di sebelah meja couple Jepun dan German tu. Aku dengar makwe German tu cakap Jepun dengan lelaki tu, wah terer minah ni speaking Nihon! Risau mengganggu mereka berdua kami pun pindah ke meja lain. Yelah orang tengah dating kitaorang memekak buat bising. Kalau cakap perlahan takpe, ini tak....sepelaung boleh dengar.




Seperti biasa Dian datang ke meja kami untuk mengambil order. Sempat jugaklah kami bertanyakan pasal hal blackout tadi. Rupanya di sini bekalan elektrik dicatu oleh kerajaan dan pihak hotel terpaksa menyediakan generator sendiri andai kata berlakunya blackout. Hah gitu, insaf sikit wahai umat. Kat rumah tu bukan main lagi korang berdondang sayang bukak kipas, bukak semua lampu macam nak sambut malam 7 likur. Bawak-bawaklah berjimat, takyah tunggu Earth Hour baru terhegeh-hegeh nak matikan letrik. Itupun sejam je...watpe? Kena prektis Earth Hour setiap masa, barulah green peace!

Dah alang-alang berborak so aku pun menyelit pasal lagenda Nyai Roro Kidul yang famous di Jogja. Untuk pengetahuan sume ada 1 warna faveret Nyai Roro Kidul ni dan katanya kalau dipakai baju kaler tu di Pantai Parangtritis, nanti kene telan dek ombak. Ngeri dok? Tapi masalahnya waktu tu aku lupa kaler ape, sama ada kaler hijau atau kaler kuning. So konon nak mendapatkan kepastian, aku pun tanya pada Dian memandangkan dia anak jati Indonesia, jadi mungkin dia adalah source yang terbaik untuk soalan aku. Punya beria aku tanya sekali korang tau dia jawab apa?


"Saya pun ngak pasti pasal itu tapi apapun kita harus percaya pada Allah, jangan percaya pada benda yang karut"


Sentap! T___T

Alahai Dian, akak ni saje la tanya pasal mitos Nyai Roro Kidol, yang ko siyes benau tu nape? Ko cakap jela ko fail bab Sejarah, kan senang? Nak dia je menang, sekali sekala kasik la akak ko ni menang pulak. Barulah adil! Pffftttt!!!

Aku kan kalau nak cakap dengan mamat ni, kene pikir dulu aku nak kenakan dia atau dia kenakan aku. Siot betul rasanya bila diperkotak-katikkan oleh budak. Hinnssss~

So malam tu dinner aku cuma roti bakar+madu Rp11k dan Hot Chocolate Rp17k. Dah merajuk konon sentap jadi aku takmo oder nasik. Haha. Eh tak, sebenarnya perut aku masih kenyang sebab siang tadi dah makan banyak. Oh ya, kat sini konsep dia makan dulu, bayar kemudian (bayar bila check-out). Sambil makan kami berbincang tentang planning trip untuk few days akan datang memandangkan perjalanan kami masih jauh. Hampir jam 10pm barulah kami bersurai sebab esok pagi kena bangun jam 3.30am untuk agenda sunrise. Oleh kerana memasing dah flat sebab kepenatan setelah travel seharian maka malam tu tak timbul soal susah nak tido sebab letak kepala je terus pengsan.


bersambung.....
.

27 comments:

❀aRaBeLLa❀ May 5, 2011 at 8:33 AM  

pehh cantik gile gambar gunung2 tu..cam ala2 kat US pun ade.lawaa tempatnye tapi dlm mase yg sama nampak seram2 sunyi lak..

zilla,  May 5, 2011 at 8:48 AM  

betul tu fatt, yang penting tepuk dada, tanya diri percutian mcm mana yang kita inginkan..

*yoshi ada momok ekk? issh mcm mana aku blh tak tau ne ehehehe

hani May 5, 2011 at 8:51 AM  

ntah ngape aku terbyg scene kalau ko lari bolen gitu..ade pulak la yg kata jumpe toyol. hahahahahahaa!

:P

*larik*

fatt May 5, 2011 at 11:30 AM  

mek ciela,
mmg lawa. seram tu mgkin sbb ko tgk langit kelabu je kot. err...kat US cam gini ke? Ulu Selangor ke United States? hehehe



zilla,
as always, kita mengamalkan prinsip sebajet yg boleh. hehe..

btw ko tak tau ke psl ni? cer ko tanya kwn kita yg sorang tu..dia tau :)



hanie,
ko suka kan bygkan benda2 yg tak senonoh gitu. cer ko bygkan pamela anderson berlari bolen...barula kena. bkn toyol. hahahaha :D

tasyha3 May 5, 2011 at 4:45 PM  

eh bukan aku dah cite ke ngn kakak long tu...sah2 die lupe.. hehhheee..
aku x kisah kalo momok tu cume nk tayang muke je.. kalo jenis kacau tu la yang aku hangin.. nasib baik momok kat Yoshi tu baik.. hhhahha.

p/s: kena repeat balik Bromo nih..

❀aRaBeLLa❀ May 5, 2011 at 8:39 PM  

ekekek..entah lah rasenye cam penah tgk cite omputih nampak gunung2 cengitu.

iina May 5, 2011 at 9:25 PM  

Aku dah agak dah jawapan si dian.. ayat2 skema beb.. boleh jatuh ikhlas dengar hahahaha.. apa lah kan cite pun lagenda.. bukan salah pun tahu.. agaknya org lokal nie kdg2 malas nak ambik tahu sangat terutama kalau bukan lagenda kat tempat dia sendiri.. I mean kat kg dia.. (fail sejarah pun iye jugak tuh hahahaha)

Gambar 1 tuh mmg syahdu.. tapi kalau ko ke india atau china lagik syahdu gak apa.. lebih kurg jek scene dia.. satu lagik setahu aku kalau ko pergi belah2 sabah sarawak pun.. scene yg itu pun ko leh nampak gak..

Yelah mengembara nie mmg menjadikan kita muhasabah diri sebenarnya.. lebih hargai jati diri dan kebaikan tempat kita sendiri..

wei bab momok tuh kwn ko nampak apa?? nanti story ler lelebih sikit.. janji dia tak kacau udah.. relaks ah.. aku p spain pun kwn aku penah kena kacau.. aku lak nampak byg2 jek.. ;) Mana2 ada jek kan benda nie

Ninie Hanis May 5, 2011 at 10:32 PM  

aku nak request kat ko cerita psl momok yoschi tu bleh?wei,haritu member aku cerita ms dia wat A level kat sini,ada kwn dia nak sgt jumpa antoo.nanti aku ceter al kisah tu bila kita ym.tp mmg dia jumpa beb.dia ingt takde antoo kat negeri omputeh ni..uishh seram.

p/s aku pernah alami rasa keinsafan itu,masa gi medan,mcm mana tgk org local susah payah meniaga pastu kejar kita hanya nak dptkan rezeki sesuap nasik.percaya tak aku tgk org homeless kat london pun boleh insaf tau.

fatt May 6, 2011 at 3:32 AM  

tasya,
kak long telan semut sepinggan sbb tu dia lufer...haha.
aku tgk muka pun takmo, tak kisah la cun ke buruk ke ttp takmo. tp mana ko tau momok kat Yoschi tu baik? haaaa...awas lo! :P



mek ciela,
kat grand canyon mungkin :P



iina,
kannnn? jwpn ala2 waroq gitu. ala kdg2 kita just nak tau je psl lagenda..mcm citer mahsuri jgk..smpai skrg aku tak caye dia kuar darah putih (sorry no offense ya org langkawi).

aku tak penah lagi smpai belah2 pendalaman kat Sabah & Swak tu..ada rezeki insya Allah thn dpn bln 2. tp India tu mmg ada dlm perancangan aku sbnrnya..kalau ada rezeki thn depan nak gi. tp tulah, dgr dari kengkawan yg dah penah pegi, depa ni kuat kelentong..tu yg lemah skit tu..dahla communication breakdown. klu bahasa indonesia boleh lagi nak paham tp klu bahasa tamil mmg takleh nak tolong..haha

aritu kwn aku dah citer tp aku lupe. nti aku tanya dia balik. tp 2x la insiden momok ni...kat sini sekali, kat jogja sekali..haha..tp cerita kat jogja tu aku ingt. tp tulah, aku ni mmg takde 3rd eye..i dont even wish for! sbb aku takmo tgk dorg ni..nti hidup jadi tak aman...



ninie,
ha buleh2..tp aku nak cuba refresh balik ingtan aku. since dah ada yg request aku akan cuba ceritakan.

beb, ko nak share citer momok dgn aku ke? takmo la...kang aku takleh tido mlm. tp once, aku ada gak terpikir camne la rupe hantu omputih time aku kat nz/oz...aku ada gak terbayang adakah ia sama mcm dlm movie2 tu..ala2 pucat pastu muka cantik2...ke ada muka yg huduh? but either way, aku mmg takmo la jumpa..nehi nehi...

kat london pun ada homeless ppl ke wei? cam tak caye je..aku ingt dorg ekonomi lagi better dari negara ke-2 dan ke-3 ni..but..mgkin dia jatuh muflis kot? tp klu homeless kat negara 4 musim sengsara kot..esp musim sejuk..gile sejuk smpai leh pening pale tu..kesian T___T

Zilla May 6, 2011 at 7:37 AM  

ishh time bila pulak aku dok telan semut ne? mandai aje tau!! :D

sungguh fatt, seingat aku tasya kata kat yoshi ok..yang kat delta tu yang dia nampak makhluk tu dok depan pintu bilik masa 1st night kita kat sana..aku pun blh rasa time tu...

tapi takpelah, bak kata tasya selagi dia tak kaco, ok lagilah...jgn dia buat hal udah, aku tak sanggup rasanya :D

tasyha3 May 6, 2011 at 10:37 AM  

aku describe momok baik tu bile die x kaco.. die just nk tunjuk yang die pun ada sekali kat dalam bilik or sekeliling tu..
yang aku x suke..bile die start kaco..usik sini sane bagai..

p/s: momok Yoshi n kat Jogja baik coz die x follow aku balik..(boleh ke cakp cenggitu?).. lain la masa aku g Jakarta 2009, momok tu siap ikut aku balik..huhuhuhuhu..

zilla,  May 6, 2011 at 1:52 PM  

nasib baikkan tasya? kalo idak issh aku pun tak berani nak dkt dgn ko :D

Kaki Berangan May 6, 2011 at 2:38 PM  

fatt, lawa siot gunung-ganang tuh! picture perfect!~ bila tgk jalan-jalan penuh debu, i wonder dorang tak kene selsema ke? asyik hidu udara kotor je...mybe sebab alah bisa tegal biasa gamaknya. tp mmg insaf. kalo bnda mcm ni terjadik kat msia xtaula. MasyaALLAH.

fatt May 6, 2011 at 2:43 PM  

zilla,
yeke? alah takpela..dorg makhluk allah jgk. aku takde hal jgk as long as dia tak tunjuk muka.



tasya,
aku takmo dah travel dgn ko sbb ko slalu nampak antoo...hahaha :P

fatt May 6, 2011 at 2:52 PM  

kaki berangan,
lawa...tp klu takde smoke maha dahsyat ni rasanya lagi lawa. debu yg keluar ni mcm tanah halus2 je..itu yg semua kwsn warna hitam. dorg mgkin dah biasa cuma kita la tak biasa, tu yg kena pakai mask doktor tu. tp klu ikutkan debu ni takla terapung dlm udara sbb ia tanah/pasir so ia berat dan jatuh ke bawah.

kalau Msia ada volcano i think its a wow. bleh jadi tourist destination. haha :D

Ninie Hanis May 6, 2011 at 5:03 PM  

beb,budak tu yg jumpa antoo kat sini tu antoo melayu okay.serius ni tak lawak.memang teruk dia kena,and 1 je dia takleh cerita or describe.Muka antoo tu! gulp!

tasyha3 May 6, 2011 at 5:34 PM  

dah x mo travel ke ngn aku nih lagik? kekkkee.. wehhh.. aku freee n free lepas 16/5 ni.. aku dah x keje.. yeyyee.. mau tiap2 minggu aku g jalan.. hhahhaaa.. best gilo x de keje.. huuhuuhu...

fatt May 7, 2011 at 1:31 AM  

ninie,
antoo melayu? camne jauh benau dia naik flight nak pegi mengusik kwn ko tu? ekekeke... :D



tasya,
klu gitu sambung la trip dgn aku alang2 dah tak kija tu...hahaha :P

gadisBunga May 7, 2011 at 12:06 PM  

soalan ketama: ko lahir bulan berapa?

soalan kedua: kat kawasan tu debu2 dia tak ganggu pernafasan ke?

soalan ketiga: bromo tu all the time ke berasap dan berdebu?

fatt May 7, 2011 at 4:19 PM  

gb,
ketama ke pertama tu gb?

soalan pertama :
lahir bulan brp? gb rasa2? hihihi...

soalan kedua :
ganggu klu time nek moto sbb dia masuk kot idung. tp klu tgh duduk tengak, jalan2 biasa takde apa

soalan ketiga :
ikutkan ya..tp time dlm gambar ni sbb dia tgh aktif..sbb tu kepulan asap dia boleh tahan tebal.

xplorer May 8, 2011 at 8:24 PM  

btul tu bro , tak perlu kaya untuk travel yang penting kena ada passion . bila dah ada passion pasti akan ada jalan untuk travel

fatt May 9, 2011 at 1:04 AM  

xplorer,
betul2...bak kata org nak seribu daya, takmo seribu dalih. tp sy bukan bro...hahahaha :D

apsal le ramai sgt org ingt aku bro ni? gaya aku cam seorang bro ke? :D

en_me May 10, 2011 at 10:48 AM  

salam singgah jer.. nice photoblog.. keep it up.. ehehe

Niza May 11, 2011 at 12:52 AM  

Salam perkenalan. nice blog. Bolehla join travelling :) keep it up.

fatt May 11, 2011 at 3:16 PM  

en_me,
thanks menyinggah. izit me or u that hv nice photoblog? hahaha..just kidding :) but i admire ur work...really cool, sy just random shooter..haha..but thanks :)



niza,
hai niza! salam perkenalan. wow another photoblogger...i dah visit ur blog too :)
yup insya allah boleh join..with hope that all the plans are smooth :)

gadisBunga May 11, 2011 at 5:45 PM  

aku rasa ko january baby. betul ke salah? hu~

fatt July 1, 2011 at 9:02 PM  

gb,
tetttt! salah. sila cuba lagi :)

Post a Comment

Terima kasih!!

  © Copyright Since 2010 | Backpacker Busuk

Back to TOP