Trans Java : Surabaya (Mt. Bromo) Part 9

May 11, 2011

Sambungan dari Part 8.

Hari Ketujuh (28 Mac 2011)


Aku tak sedar macam mana boleh terlelap, tau-tau dengar bunyik jam loceng dalam mimpi. Alaaa dah pukul 3.30am ke?! Nape macam baru letak kepala je? =___=

Ikutkan hati memang nak sambung lagi tapi apakan daya. Bila aku cuba alihkan selimut terasa sejuknya sampai ke tulang hitam! Terpaksa jugak lawan kesejukan tu dan pegi ke toilet untuk cuci muka+gosok gg. Mandi sume balik dari sunrise nanti baru buat sebab sekarang tengah sejuk gile.

Malam tadi sebelum tido aku dah asingkan baju untuk aktiviti pagi ni (long john baju+seluar, fleece, sweater dan glove) dan rasanya 3 layer ni dah cukup untuk tahan sejuk. Andai kata korang takde baju yang sesuai, takyah risau sebab boleh sewa kat Yoschi (long jacket paras lutut cuma Rp25k). Kalau takmo sewa pun takpe tapi pakai baju yang sesuai asalkan windproof tapi tolong jangan pakai baju yang ada bulu-bulu kat tengkuk masa buat aktiviti ni, aku hadiah pelengkung nanti.

Selesai bersiap kami pun bergegas ke minibus yang sedang menunggu di hadapan Yoschi sebab driver dah panggil. Tiba-tiba aku dikejutkan oleh satu suara halus, lebih kurang gini bunyiknya, "Bekal sarapan ambil di sana".

Aik...pompuan German ni cakap Melayu? Aku tergamam 1-2 saat sebelum reply, "Aaa...thank you!". Ape korang ingat aku nak kata suara halus dari momok ke? Hahahaha. Tapi serius cam tak percaya apa yang aku dengar sebab sebutan dia sangat lancar, cuma dalam Bahasa Indonesia, bukan Bahasa Melayu. Siapa pompuan ni ye, berminat aku nak tau pasal dia, dahla malam tadi cakap Jepun, pagi ni cakap Indon pulak. Hebat!

Kami pun bertolak ke view point di Mt. Penanjakan. Untuk pengetahuan semua, minibus ni adalah minibus sama yang kami naik semalam. Jangan perkecilkan kemampuan kenderaan ni, walaupun semalam tayarnya pancit tapi boleh tahan power sebab boleh panjat gunung.

Breakfast yang dibekalkan pagi tu ialah 2 keping roti berserta jam dan butter, sebiji pisang dan air mineral. Sarapan ni boleh makan semasa berada di view point. Sepanjang perjalanan takde apa yang boleh kami tengok sebab hari masih gelap. Dalam hati aku ada 1001 perasaan yang bercampur baur antara teruja dan risau. Aku teruja sebab inilah kali pertama aku merasa sunrise di puncak gunung. Tapi aku risau sebab malam tadi hujan lebat dan kemungkinan matahari akan menyorok di sebalik kabus tebal. 

30 minit kemudian kami pun sampai di kawasan lapang dan di sini bermulalah pendakian ke view point. Laluan berbukit ke puncak sedikit bahaya tanpa bantuan torchlight sebab keadaan sekeliling masih gelap, kalau tersalah langkah boleh gedebuk macam nangka. Lupa aku nak ingatkan, seeloknya untuk aktiviti camni pakailah kasut yang sesuai dan kalau boleh elakkan dari memakai selipar.

Sewaktu keluar dari perut minibus kami telah disapa oleh pemilik-pemilik kuda yang menawarkan servis berkuda ke puncak dengan harga Rp50k untuk trip pergi/balik. Aku tolak perlawaan tersebut kononnya nak test ketaffan aku mendaki.


sesekali terasa macam view kat niu zilen


Memang rimas sebenarnya sebab mereka akan terus memaksa di sepanjang jalan. Dengan keadaan jalan yang berbukit dan sempit, so bayangkan bila terpaksa berkongsi dengan kuda. Aku merasa kene himpit dengan kuda sebab tuan-tuan dorang ni bukan peduli pun dengan orang sekeliling, yang dia tau hanya paksa orang sewa. Aku sendiri nyaris tergelincir dari tebing tapi mujurlah sempat brek, kalau tak brek tak taula apa akan jadi. Malas nak marah sebabnya tak guna pun marah dorang ni, buat habis tenaga je...dahla penat mendaki.

15 minit pertama kami berempat masih bertahan. Aku masih boleh berborak-borak dengan minah German dan sempat interview dia sikit. Rupanya dia dah duduk di Jakarta 2 tahun dan lelaki Jepun tu suami dia. Patutlah dia terer cakap Jepun dan tetiba laki dia menyampuk sembang. Rupanya dua-dua fasih cakap Bahasa Indonesia, memang impress! Moral of the story is jangan cakap sebarang depan orang asing, mana tau dia paham bahasa kita. Nasib baik kami berempat tak penah terlepas cakap depan dorang, kalau tak malu guling-guling la jawabnye. 


ini gambar time balik, sebab tu cerah


Masuk separuh masa kedua pendakian, bila cerun semakin mencabar, 2 orang kawan aku pun give-up, minah German tu pun sama. So mereka bertiga naik kuda, kena la sorang Rp50k. Tinggal suami dia, aku dan sorang lagi kawan. Kami taff kan? Heheh.

Waktu ni pemilik-pemilik kuda makin mendesak supaya kami bertiga naik kuda. Harga pun makin lama makin turun serendah Rp20k seorang. Tapi aku ignore sebab aku rasa mesti dah tak jauh sebab dorang nampak agak pushy. Salah sorang budak lelaki (kelindan minibus) yang sama-sama ikut kami naik ke atas bagi kami semangat supaya tak give-up (walhal jauh lagi kalau nak diikutkan).


1/2 dari pendakian adalah melalui anak tangga


Tekaan aku mengena pasal sikap pemilik-pemilik kuda tadi. Tak sampai 10 minit lepas dorang bertiga naik kuda kami pun sampai di satu kawasan lapang di mana laluan berbukit tamat dan disambung dengan laluan bertangga. Khidmat kuda pun habis takat sini dan dari sini semua orang kena mendaki sendiri. Boleh nampak kecewa muka kengkawan aku yang naik kuda tadi. Tapi nak buat camne sebab dorang tak fit nak mendaki tu yang kena naik kuda.

Setelah mendaki beberapa pusingan tangga akhirnya kami tiba di view point dan pada waktu tu jam menunjukkan pukul 5am. Kawasan view point agak lapang dan di sini ada 2 pondok yang diperbuat daripada batu, so kalau nak duduk lepaskan lelah selepas penat mendaki memang elok sangat. Crowd pada waktu ni belum ramai tapi banyak orang dah mula cari spot yang sesuai untuk pacak tripod. Kebanyakan pengunjung rata-ratanya berkulit putih, ada beberapa kerat saja orang Asia termasuklah kami. Kelebihan omputih ni dorang tinggi macam galah, so habis dorang overshadow kami yang katik. Terpaksalah kami cari alternatif panjat bangku dan menyelit-nyelit untuk ke depan. Kalau tak memang tak nampak la apa yang patut kami nampak. 


semua kucar-kacir duduk depan tunggu Mt. Bromo muncul di sebalik kepulan asap
(dah macam tengok magic show pulak. heheh)


Suhu kat atas pada waktu tu memang sejuk, kebetulan pula angin bertiup agak kencang, sipi-sipi lagi boleh melayang. Sekadar peringatan bila berdiri di tepi tebing tu agar berhati-hati sebab kawasan disekelilingnya tak berpagar. Jangan ralit amik gambar sampai tak tau kaki jejak kat mana, so berhati-hati!

Lebih kurang jam 5.30am matahari pun naik tapi seperti yang aku jangkakan....Mt. Bromo menyorok di belakang awan. Mt Batok pun sama 2x5 menyorok jugak. Kecewa. Sekadar memujuk hati yang sedikit frust kami pun buat conclusion walaupun pagi ni agak frust tapi masih bernasib baik sebab petang semalam dah tengok. Kiranya fair lah tu. Sebenarnya view pada pagi tu memang cantik walaupun berkabus. Kombinasi kepulan asap hitam dan kabus pagi memang cantik, hitam dan putih.


aku nampak kaki Mt. Batok je, Mt. Bromo pulak lesap disebalik kabus


rare tak brader ni punye dressing? kain pelikat jek


mamat suar pendek ni barangkali berkulit biawak


ada tebing berbatu kat tepi ni, boleh panjat. nak lagi best, lompat atas bumbung batu ni


Dalam pada melayan sunrise yang tak berapa nak sunrise tu aku sempat berbual dengan seorang lelaki dari Poland yang berdiri sorang-sorang dan kelihatan agak clueless atau lebih tepat, blur. Sebenarnya aku rasa kesian bila jumpa solo traveller yang nak bergambar tapi takde tripod. Antara nak jadi muka tembok atau malu-malu kucing mintak tolong orang amikkan. Oleh kerana aku dapat rasakan dia ni pemalu so aku mulakan langkah. He was glad dan aku pun rasa puas sebab dapat tolong. By the way, single-handed photo ni agak pathetic ok. So bring your own tripod next time you travel solo.


gua bukan mengayat dia, ini jam gua tengah promote Malaysia


Bila hari makin cerah crowd pun mula berkurangan hingga yang tinggal hanyalah group kami, couple Jepun dan German tu, dan beberapa orang lain yang baru sampai. Waktu tu kebetulan ada 1 group laki/perempuan yang baru sampai dan dari percakapan dorang aku confirm mereka sume dari Malaysia. Memula mestila aku senyum kat orang pompuan dan kalau berbalas barulah senang nak Hai ke sembang sikit-sikit sekadar bertegur sapa. Tapi hampeh bila senyuman yang diberi dibalas dengan muka ketat! Oh biasalah tu orang Msia memang eksen sikit kalau kat negara orang. Selalu yang eksen ni orang pompuan. Jangan butthurt pulak ye kaum pompuan sebab dah banyak kali aku jumpa spesis ni. Sekadar bertegur sapa dengan rakyat senegara tak salah rasanya.

Tapi kalau dengan omputih kemain senyum sampai senget-senget mulut ko ye? Pfftt!!

Since sume budak pompuan dalam group tadi eksen, aku rasa mungkin bebudak lelakinya ok. So aku pun Hai dan senyum kat salah sorang dari mereka dan berbalas. Agak friendly jugak dorang ni, tapi aku takde la nak exchange pesbuk or phone no. Motip???

Dari perbualan kami rupanya dorang baru sampai dari Jogja malam tadi dan overnight kat dalam van. Trip dorang quite rushing sebab masa yang terlalu pendek. Orang kata belum sempat nak kenal, jatuh cinta dengan tempat tu dah kena balik. Based on experience aku sebelum ni, masa mula-mula dulu memang aku rajin buat trip pendek, 3 hari dah balik but later aku regret sebab tak puas. Kemudian aku beli lagi tiket flight untuk ripit, kan dah rugi! So lepas tu instead of repeat, baik aku extend. 


sebelum dan semasa sunrise


Oh ya...dah alang-alang sembang kami pun mintak tolong dia snapkan gambar memandangkan gambar 1 group belum ada kat sini. Orang kata sambil menyelam tu minumlah air. Ini bukan amik kesempatan ye, ini namanya tolong-menolong. So pas dia tolong kami amik gambar, kami pulak tolong dia amik gambar group dia. Fair lah tu kan? Heheh.

Kami mula beransur lepas habiskan masa lebih kurang 2 jam di sini. Ikutkan hati takmo turun lagi tapi memandangkan we have train to catch, kami pun beransur. Orang cakap alang-alang sampai tu lenjan sampai puas, betul tak?

On the way turun tu masih ada orang yang naik. Kali ni aku terserempak dengan 2 orang pompuan dari Msia. Sorang naik kuda, sorang lagi jalan. Tapi haram...memang eksen. Kita senyum dia boleh buat-buat pandang ke tempat lain. Ceh pigidah! Elok je pas dia eksen, tiba-tiba kuda dia berenti pastu kencing. Macam paip pecah kuar mencurah-curah! Habis dorang kena air kencing kuda. Sedap tak? Eksen la lagi! Bwahahaha~

Tiba-tiba aku dapat ilham nak buat bideo footage, tapi bukan bideo footage kuda kencing la...ni pasal Mt. Bromo! Sepatutnya aku buat masa sunrise tapi terlupa. Maaflah ye, itu jam aku belum dapat ilham nak shoot bideo. Heheh.


abaikan bebelan pencerita dalam bideo ini


Sampai di parking minibus kami disapa oleh penjual t-shirt. Memula dia letak Rp50k sehelai tapi aku slash sampai Rp25k. Material kain ok walau bukan 100% cotton, well at least ada gambar Mt. Bromo so ada gak kenang-kenangan dari sini since hajat nak menganto poskad tak kesampaian.

Kami pun bergerak pulang tapi sebelum tu singgah sebentar di Cemara Indah (Hotel) untuk mengambil gambar. Kalau baca entry sebelum ni pasti tahu yang kami sudah ke sini petang semalam dengan motor. Dari sini pun view tetap sama macam di lookout point kat Mt. Penanjakan, memang Mt. Bromo menyorok pagi tu. 


kan aku dah kabor tadi dia menyorok


close-up : "Pura" atau kuil Hindu di kaki Mt. Bromo


Amik gambar ala kadar kami pun terus pulang ke Yoschi untuk mandi manda dan packing sebelum check-out. Sharp pukul 9am kami bertolak menaiki minibus yang sama untuk ke stesen keretapi Probolinggo. Harga untuk transport dari Yoschi ke stesen keretapi dah termasuk dalam pakej sunrise Bromo yang kami amik dari Toly tempoh hari. Sebelum masuk ke dalam perut minibus, Dian sempat berjumpa aku dan mengucapkan selamat tinggal sambil mempelawa kami supaya kembali ke Yoschi suatu hari nanti. Insya Allah.


pemandangan dari tingkap minibus


sungai ni kering sebab dilitupi debu Mt. Bromo


selamat tinggal. Insya Allah kami pasti akan kembali!


On the way turun kami singgah sebentar di tepi jalan untuk tengok air terjun. Memang tinggi air terjun ni wa cakap lu. Tapi kami tengok dari tepi jalan je, tak silap aku ada access untuk ke tempat ni tapi aku takleh nak advise sebab taktau. Mungkin kalau korang berminat boleh le request ke sini.


Madakaripura Waterfall


Sebenarnya dalam hati aku terasa sedih meninggalkan tempat ni sebab (1) kecewa Mt. Bromo menyorok dibelakang kabus (2) trip ke sini sangat sekejap dan kalau boleh next time aku nak stay lama sikit so ada masa nak explore kampung Ngadisari dan amik gambar banyak-banyak (3) aku suka tempat camni sebab jauh dari hiruk pikuk bandar.

Ah, ape-ape jelah, janji next time aku nak datang balik. Hahaha.

Kami tiba di stesen keretapi Probolinggo lebih kurang sejam selepas itu dan terus ke kaunter tiket untuk beli tiket perjalanan ke Surabaya (Gubeng). Harga tiket keretapi untuk Probolinggo -> Surabaya (Gubeng) adalah Rp24k, sangat murah! Murah sebab free seating, takde a/c. Ini saje keretapi yang ada, tak macam haritu waktu kami tiba di sini keretapinya lebih selesa dengan seat allocation memasing.

Setibanya keretapi di stesen kami pun naik ikut mana-mana pintu dan terus cari tempat duduk yang kosong. Agak susah nak cari seat kosong sebab rata-rata dah ada orang duduk dan jika kosong, confirm terjarak jauh antara satu sama lain. Oleh kerana tiada pilihan maka kami terpaksa berpecah. Semua orang dalam keretapi buat hal masing-masing, ada yang tido, bersembang dan kanak-kanak sibuk berlari ke depan ke belakang di tengah-tengah laluan antara kerusi. Badan aku terasa begitu penat tapi disebabkan terlalu panas aku takleh tido. Aku rasa ni keretapi kelas ketiga sebab langsung takde kipas dan satu-satunya sumber angin ialah melalui tingkap. Tapi dalam pada melayan kebosanan tu aku terlelap jugak walau hanya tido-tido ayam.


rare la gaya brader kat depan ni tido...heheh


Ada 2 scene dalam keretapi yang tak dapat aku lupakan. Pertama, seorang lelaki cacat kedua belah kaki datang menyapu sampah di atas lantai keretapi sambil meminta sedekah. Dia tidak memaksa cuma sekadar menghulurkan sebekas kotak yang dilipat dari kertas. Aku tergamam sebab memang sangat kesian (takde kedua kaki) tapi dia masih mampu buat kerja tanpa rasa kekok. Kedua, seorang kanak-kanak lelaki yang pada telahan aku berumur dalam lingkungan 5 tahun, tiba-tiba out of nowhere datang kat kami berempat dan memaksa kami berikan dia duit. Kami tercengang waktu tu, memang berani budak ni. Kalau korang jadi aku, mana 1 yang korang nak bagi? Lelaki cacat yang rajin atau budak kecik kurang ajar yang mungkin disuruh mengemis oleh mak bapak sendiri?

Macam-macam perangai manusia dalam dunia ni. Haih!


bersambung.....
.

25 comments:

zilla,  May 11, 2011 at 7:43 AM  

next time kalo p, wajib singgah waterfall tu fatt..aku dh google sana-sini mmg cantik sgt tmpt ne..

*habiskan cepat2, ujung minggu ne nak merempit ke lain pulak...hehehee

hani May 11, 2011 at 9:06 AM  

kannnn...g tmpt org mula nk buat muka eksen.aku anti owh dgn manusia yg gitu.ape salahnye manis2 muka..1 negara jgk..ye dak.

*nt kat rumah br aku klik video ko tu..kat opis xde speaker. hahaha

fatt May 11, 2011 at 9:40 AM  

zilla,
tahun depan la kita ripit ye. aku tak larat nak ripit tahun ni, dah padat sgt jadual aku. aku rasa x sempat nak habiskan travelog ni. mmg kene tunggu aku balik baru sambung. hahaha :D



hanie,
tahnye, nak hadiah penampo pun ada. tu baru p indon, blom p europe. tah camne eksen agaknye kalau p europe. gigih ko nak tgk kat umah, takyahle..ada suara cengkerik je sbnrnya..ekekeke :D

anne May 11, 2011 at 10:47 AM  

fatt,
bila u nak ripit trip ni? hehe..
org melayu kat obersi mmg kdg2 cam hampeh, tp ada gak yg ok.. bagus btol kuda tu, pandai je nk kencing

Fizah Mohamed Tan May 11, 2011 at 11:30 AM  

wahh, lame aku tunggu entry ni,keke...cun r gak view dia walopun Bromo menyorok. Sampai part bape baru nak abes ni, dah leh wat buku da ni,haha.

Sal video tu, ok je suara latar nye, da boleh jd host destinasi bajet,huahuaha. Pasni wat r lagi video travelog,hehe.

# yg orang Malaysia tu, xleh blah btol, atleast balas r senyum, cett eksen lebih.

fatt May 11, 2011 at 1:53 PM  

anne,
insya allah next year. tp bulan brp tak pasti lagi, bergtg pd promo. tp nak aim towards mid to end of year, insya Allah. ms kat GC ada jumpa org Msia yg eksen gini? huhu



fizah,
mmg cun view tp lg cun klu Bromo tak menyorok. hehehe pjg ke travelog aku? nak wat camne..aku travel 10 hari..pasni baru masuk cerita psl Jogja. aku saje taip ikut hari sbb aku nak simpan kenangan trip ni dlm blog, nanti bebila bleh baca balik.

aku ingt pasni nak buat bideo byk2 tiap kali travel sbb sometimes gmbr kaku, tp klu bideo lebih hidup :)

MasZuber May 11, 2011 at 1:56 PM  

best best,

aku suka la gamba ko..agak nostalgia effectnya..

en_me May 11, 2011 at 2:05 PM  

very interesting travelog.. sumernyer rare kanns.. ehehe, keep it up..

fatt May 11, 2011 at 3:08 PM  

MasZuber,
terima kasih. aku rasa nak buat photoblog la pulak...hahaha..ngade je. yg ni pun terhegeh2 nak update ada hati nak buat photoblog :P



en_me,
hai! rasa mcm penah come across nama ni, katne ye..i dah visit u punye blog, ur photos are amazing. tp syg takleh comment. izit semua dari nikon? amazing..i tot canon! haha. anyway, i belum lg beli dslr, but looking forward to. thanks! :)

Ninie Hanis May 11, 2011 at 4:48 PM  

Nice and very informative.Aku paham maksud ko yg sukakan tempat yg tenang camni.Aku rasa kalau ko dtg sini macam nak ajak ko gi Interlaken,Swiss.Tempat tu memang sesuai dgn konsep Bromo,cuma dia takde gunung berapi la.Tapi diganti dengan gunung2 dan tasik bewarna biru swimming pool,amacam? :)

p/s ko sedekah tak kat pakcik tu?budak tu memang mintak penampor.

en_me May 11, 2011 at 5:10 PM  

cik fatt, yep all my photos in my blog are using nikon now ~ nape x pecaye ke? ekeke.. tp ade beberape yg me pakey henfon cap ayam..

macam penah dengar nama-me? uhuhu, bahaye nih..

salam n thanx u laike my blog.. walopon la ni blog me tgh menderemmm.. hummmmm ;-)

gadisBunga May 11, 2011 at 5:43 PM  

aku nak gi sana tapi taknak mendaki. boleh? ngeee~

btw, aku tgk jalan lereng gunung tu rasa gile adventurous! aku suka tempat2 cenggitu.

btw, aku perasan ko ada buat blog baru ehhh.....aku folo naa...

iina May 11, 2011 at 6:10 PM  

Fatt

Sama jek kalau p europe pun 2 x 5.. bukan bangsa mesia jelah.. kwn aku thai pun jumpa org thai kat london pun sombong. aku rasa penyakit sama jelah.. cuma kalau ko jumpa tuh bukan duduk situ cam aku jmpa org mesia yg bkn duduk london mmg ramah jek tegur.. lagi satu kadang2 aku buat juga muka ketat nie sebab kdg2 dah fedup senyum meleret tapi diorg buat dek hahaha..

Selamat berjalan lagik ehh.. aku suka suara ko yg macho2 garau itu hehehehe... to be continue eh ;)

tasyha3 May 11, 2011 at 7:28 PM  

aku rase kan..kawan ko tu bukan x fit.. cume die x lart nk bawak camera yang berat cam gajah tu.. hahhaa.. ni semua speed light n spare lanse punye psal..

p/s: aku nk pegi kot nnti.. time aku x de keje la aku nk g merayau puas2.. yehhhaa

fatt May 11, 2011 at 9:31 PM  

ninie,
makasih. nanti aku belanja ko biskut meri. haha. ko nk tau, aku tergamam sampai lupa nak sedekah. huhu..feel bad about it. btw, aku mmg berhajat nak ke Interlaken, byk dah org sebut2 tmpt ni cantik. ada yg kata sebijik sebijun NZ. takpe...soon i will. insya Allah.



en_me,
im canon worshiper..haha. sbb tgk gambar dr canon lebih hidup dr nikon, esp gambar orang. i blum korek lagi ur photoblog, tp nmpk byk gmbr view, gmbr org ada amik tak?

oh baru teringt, u pnh post komen dulu..tp lama dah tak ingt post mana. no wonder mcm penah nmpk username ni. haha..blog bergambar je pun kene mandrem ke? ayoyo~



gb,
boleh, ko naik kuda. tp kene ready Rp50k la. tp camne pun ko kene daki gak sikit. kat tngga tu..hehe. ni pun aku tak dpt naik tangga kat Bromo, situ tangga dia lagi dasat dr Bt Caves, dats y aku nak ripit balik trip ni.

err..ko laju je kan tau aku tgh buat blog baru. haha..dah publish. saja2 buat, rajin sekejap je tu, dtg malas aku mmg bersawang la jwbnya :P



iina,
sama gak ek? aku ingt tak sama. huhu..tp betul le once jadi local lain peelnya dgn tourist. sbb dia pk dia byk duit kan so sbb tu eksen, walhal....

err, suara aku macho tang mana?? penat aku buat suara merdu tak menjadi jgk..ishhh~ hahaha :)



tasya,
ha, usung lg berat2 tu sape suruh. nasib baik tak patah tengkok. oi sblm ko merayau tu sila pegi kelas berenang cpt, kata nak wat lesen diving. apecer???

en_me May 12, 2011 at 7:15 AM  

cik fatt yg jelitt,
dulu 3 tahun me pakey canon eos 40d oke, me tukar nikon jer baru this year..

gambo dlm blog mmg byk landscape bcoz that's ai laike.. gambo portrait ader gak if you browse previous weeks punye entries.. especially gambo dari bali 2 weeks ago..

mebi u baru kenal blog me, tp GB (fidd yg vogue tewww) dah lamer kenal oke.. ekeke

salammmm..

anne May 12, 2011 at 9:59 AM  

hihi... ada gak jumpa. sampai jatuhlah rahang i duk senyum, alih2 dijelingnya kita. padahal sama2 naik tambang murah je pun, adesss... nasiblah cenggitu

fatt May 12, 2011 at 10:55 AM  

en_me,
nmpk gaya kene dig photoblog u satgi..ekekek..but somehow i dpt inspirasi nak buat photoblog after seeing yours and another photoblogger yg recently parking komen kat blog i. hahaha...bukan sng nak bagi org inspirasi ok..so u guys shud be proud.

ler geng2 gb gak ke ni...gb tu misteri la...ramai peminat. ai pun suka gmbr2 yg dia amik. sempoi :)



anne,
kelakar la..smpai jatuh2 rahang. takpela anne...esok lusa nti dia mesti rsa gak apa kita rasa..huhu

Al May 20, 2011 at 3:21 PM  

sgt menarik..tp ak blom mampu

Janggel August 23, 2011 at 4:30 PM  

Fatt:

Aku terkorek kesah bromo ko ni...first skali aku memang admire giler dengan gambo ko yang memula tu (gambo kuda tu) cantik!

Kedua aku tergelak tengok lelaki yg tido atas riba kat gambo last skali tu, memang rare hahahaha!

Ko kata ada bunyik2 guruh kan, sebenarnya mmg slalu ada bunyi2 ke kat situ? tu bunyi gunung berapi eh?

fatt August 23, 2011 at 9:08 PM  

Al,
aku punye bajet ciput je..aku rasa travel kat indon la yg paling muah setakat ni




janggel,
gigih ko korek...takyah..click je kat sebelah kanan ni aku dah list kat ctu. hehehe

uit makasih...random shot yg kebetulan menjadi je tu..haha. klu ko naik ketapi cni mmg mcm2 ko bleh tgk...kdg2 aku rasa cam best jgk kalau ada laki sendiri bleh aku manja2 gitu...jeles kot tgk camtu, ko tak jeles? haaaa...

ok, ke-3...iye tu bunyi gng berapi. klu ko play video aku tu ko bleh dgr. aku rasa klu normal takde, tp time aku pegi aritu dia baru je meletus..tp psl ada bunyik keras (guruh) skit. tp aku rasa skrg dia dah ok...elok la tu klu ko nak pegi skrg...nti dia meletup hape pun ko tak nampak..cam time aku pegi ni...sob sob sob :(

Janggel August 23, 2011 at 10:50 PM  

tu la aku try korek2 pasal trans java tu dan jumpa plak bromo dulu. mmg ada plan nak pg tapi bukan skg la. sebab aku plan nak abiskan satu asean dulu, indo dah pi so aku akan cuba pi ke negara2 yg aku blom pi dulu macam vietnam, cambodia, filipina pastu baru leh rotate ke indo semula; tapi sebenarnya bertravel kat indo lagi best kan, sebb murah hehehe.

Maybe lepas ni aku plan nak pg hatnyai, bangkok sebelom ke siem reap tapi kene buat satu2 la sebb aku ni susah nak cuti panjang la. Cuti bertimbun2 tapi asyik kene sekat je. sedih tau.

Yang aku plan g Perth taun depan ni, tataula macamana gayanya, nekad je beli tiket flight dulu pastu pepandai la cari jalan nak cuti hehee.

hahahah dah teringin nak belaki yer? jeng3x....mungkinkah ????? hahahahhaa.

Sriusly aku baru tau bunyi gunung berapi macam tu! selama ni aku ingat bnyi meletop2 macam bom tu. kagum la.

fatt August 24, 2011 at 12:19 AM  

janggel,
aku pun personally suka indonesia sbb org2 kat sana buat aku jatuh hati. eh tak..mksd aku dorg tu lemah lembut :)

ko ni, sekeras2 aku ni pun ada part jgk yg lembut..ekekeke...tp tunggulah dulu...biarlah Allah yg tentukan. aku hrp jumpa jodoh time jalan2..barulah bleh geng! hahaha

aku ni ada jgk rasa nak pusing asean kasik habis, ikutkan byk lagi tmpt aku tak p mcm india, filipine, sri lanka, belah2 tibet, nepal..iskk...tah ada nyawa ke tak nak pegi sume tmpt2 tu..

ha, ko dah dgr kan bideo tu...keruh jek bunyik dia..mcm dlm citer LOTR pun ada..hehehe.

ko try la masuk contest si biqque, dia nak kasik free tiket tu..harap2 tiket p india la kan...aku teringin gile nak p india

Janggel August 24, 2011 at 4:11 PM  

takpe fatt, insyaAllah ada la rezeki ko nak pusing sampai pitam tu. Aku pon tengah mencari2 rezeki ni, dah gian nak travel hehhe.

Tu la pasal bunyik gunung berapi tu, macam dalam citer LOTR tu, kalau gelap tempat tu mesti sama dah.

aku dah tengok kontest si bibique tu, fuh hanya orang yang betul2 gigih je dapat masuk kalo macam tu, takpe aku nak berazam nak masuk kontest dia...di saat2 akhir aku nak post! heheh.

Anonymous,  November 25, 2011 at 6:59 PM  

fatt

disebabkan ramai org pompuan malaysia bermuka ketat di negara orang, baru-baru ni akak memang buat-buat tak nampaklah bila nampak muka melayu kat negara orang, bukan sombong tapi tak nak sakitkan hati sendiri. Tapi Alhamduliilah dalam ramai2 yg terjumpa tu mereka tegur dan siap boleh makan-makan sekali.

jogja ni kalau nak relax sambil jalan ok tak? ingat tahun depan nak jalan indon pula.

zany

Post a Comment

Terima kasih!!

  © Copyright Since 2010 | Backpacker Busuk

Back to TOP