Lambaian Kaabah

June 27, 2011


Assalamualaikum

Alhamdulillah aku dah selamat sampai pagi tadi setelah menempuh perjalanan selama 8jam 50 minit dari Jeddah ke Kuala Lumpur. Aku sihat, alhamdulillah, cuma suara tak berapa nak ada. Masuk je dalam perut kapal tobang terus suara aku hilang.

Terasa tempoh kunjungan selama 2 minggu ke Tanah Suci begitu cepat sedang hati masih belum berasa puas berulang-alik ke Masjidil Haram. Aku rindu melihat Kaabah, bersolat jemaah di Masjidil Haram, baca Al-Quran di situ sementara menunggu masuknya waktu solat, melakukan tawaf dan saie. Ah! terlalu banyak yang aku rindukan tapi semuanya terpaksa ditangguhkan hingga aku dijemput kembali.

Ada satu perasaan yang timbul setiap kali aku melihat Kaabah, bukan untuk kali pertama, tapi untuk setiap kali aku melihatnya. Dan setiap kali itulah air mata aku akan mengalir. Sayu.

Hati siapa saja akan luluh sewaktu melihat Kaabah. Pasti akan terasa malu dan hinanya diri bila mengenangkan betapa masih belum cukup amalan untuk dibuat bekalan ke akhirat sedangkan diri begitu banyak melakukan dosa. Namun Allah masih sayang dan menjemput aku untuk menjadi tetamunya. Terasa kerdilnya diri saat sujud di depan pintu rumah-Nya. Subhanallah.




Mereka yang menjejakkan kaki ke tanah suci Makkah adalah insan-insan yang telah dipilih oleh Allah SWT untuk menjadi tetamu-Nya. Kita pernah ditanya sewaktu di alam roh dulu (sebelum lahir) akan panggilan ke tanah suci. Jika kita menjawab panggilan itu, maka kita akan menjadi tetamu Allah. Jika kita menjawab untuk 1x, maka kita akan menjadi tetamu Allah untuk 1x dan begitulah untuk yang seterusnya.


Bagi yang masih lagi belum sampai ke tanah suci Makkah janganlah berputus asa. Tanamkan niat untuk ke sana dan selalulah berdoa semoga dipilih untuk menjadi tetamu-Nya. Walaupun bumi Makkah ini tandus, panas dan kering kontang tapi ia tak boleh aku bandingkan dengan mana-mana tempat yang pernah aku pegi sebelum ni kerana tempat ini terlalu istimewa.

Dan Insya Allah bila terluang sikit pasni aku akan sambung update travelog yang lama dan baru sebab dah banyak yang pending. 

26 comments:

bdk2 June 28, 2011 at 12:18 AM  

Alhamdulillah fatt...selamat pulang! Moga2 apa yg ko doakn dimakbulkan oleh-Nya

iina June 28, 2011 at 3:00 AM  

Alhamdullilah.. yang penting selamat kembali dan semoga mendapat keberkatan ilahi hendaknya

kemang~ June 28, 2011 at 3:49 AM  

alhamdulillah fatt :) btw aku nak pegi hatyai nextweek, ak cedok ilmu dlm travelog hatyai ko tu .. hihi.. mekaseh fatt, byk info aku dpt..

Zilla June 28, 2011 at 7:26 AM  

aku tgk pic tu pun rasa sayu, apatah lagi kalo berada di sanakan fatt? I'Allah aku sedang berusaha utk ke sana, mudah2an adalah rezeki aku...

hanie June 28, 2011 at 8:53 AM  

alhamdulillah..selamat semuanya. =) yup..peluang menjadi tetamu Allah tu org buleh kata..peluang keemasan. sb tak semua org dpt rasa.

jgn kata tengok..bila dengar cerita pasal kat sana pun..hati dah rasa sayu..rasa teruja.

bee June 28, 2011 at 9:11 AM  

selamt pulag fatt..smoga sgala ibdah yg dkerjakn mndapt gnjarannye. wish aku plk lps ni smp insylh..:)

Leez M. Saaid June 28, 2011 at 9:41 AM  

selamat pulang ke tanahair.
Diri aku ni meronta2 mahu ke sana lagi. Rindu nak solat depan kaabah. Sangat2 rindu. Tak sabar nak baca entry dari mu ttg tempat suci ini.

salsabila June 28, 2011 at 10:34 AM  

sudah pulang sahabatku...

begitu merindui backpackers busuk....

❀aRaBeLLa❀ June 28, 2011 at 10:49 AM  

fatt, tersentuh hati baca petikan dari alam roh tu..first time aku baca.

fatt June 28, 2011 at 11:40 AM  

bdk2,
tq! aku pun hrp begitu. insya allah



iina,
rasa nak pegi lagi sbb seronok. aku pun hrp bgtu jgk..insya allah



kemang,
orait no problem. semoga plan ko smooth, klu terjumpa tu anggapla pglmn baru..haha. btw thanks coz menjadikan blog ini sbg rujukan :)



zilla,
takde perasaan yg boleh aku gmbrkan ms kat sini..bila ko tgk Kaabah, makam Rasulullah, dan segala objek yg penah diceritakan dalam al-Quran dan hadis, ko akan rasa suatu perasaan yg tiada apa lagi boleh menafikan ttg kebenaran setiap perkara yg telah Allah tentukan & ciptakan. seeing is believing. subhanallah.



hanie,
insya allah hanie, ko berdoalah moga dipilih menjadi tetamu-Nya. aku pasti takde tmpt lain yg ko akan rasa paling terbaik ko penah pegi dulu dan akan dtg nanti. paling sayu bila ziarah makam Rasulullah..hurm, nti aku akan ceritakan



bee,
tq! insya allah bee. panjatkan doa pd-Nya ya. mana tahu pasni giliran awk pula



leez,
terima kasih. betul kan leez, waktu tawaf wada (tawaf selamat tinggal), mmg lagi sgt sebak sbb itulah tawaf terakhir yg entah mgkin kali terakhir utk selamanya. aku menangis masa tu sbb sedih sgt. insya allah leez, doalah semoga dipilih lagi ke sini



salsabila,
tq sal! ko ni ada2 je le..haha..but thanks :)



ciela,
benda tu aku dgr masa ceramah pengisian jiwa waktu di Makkah, aku tak reka ayat tu. masa aku dgr pun aku menangis sbb aku sedih. yelah mana kita tau ttg alam roh, aku pun tak sangka ini sbnrnya. apapun, berdoalah..moga dipilih menjadi tetamu-Nya

cik gold June 28, 2011 at 2:28 PM  

alhamdulillah dah selamat kembali..
best ye kat sini
tingin lak nak pi ni

MasZuber June 28, 2011 at 2:37 PM  

alhamdulillah,

aku baca entry ko nie pun terasa sayu jea fatt. aku harap rezki aku untuk ke sana sampai la satu hari nanti..

en_me June 28, 2011 at 3:58 PM  

alhamdulillah selamat kanns..

gadisBunga June 28, 2011 at 4:12 PM  

nice pic.

tapi aku rasa sayu pulak bile dgr org dok pi sana. bila la turn aku agaknya?

fatt June 28, 2011 at 5:26 PM  

cik gold,
alhamdulillah..tmpt ni mmg terlalu istimewa. mesti pegi ya kalau berkesempatan. insya allah



mas,
kalau aku ulang tayang footage aku buat masa tawaf lagi aku rasa sebak. nanti aku haplod utk korang tgk. ada peluang pegi ye mas..pglmn yg terungkap dgn kata2 :)



en_me,
awk nak pegi haji ye? bila berangkat tu? selamat semuanya. ameen~



gb,
tq gb. susah jgk nak dpt close up photo ni tp mujurlah kamera tak jatuh. hehe. berdoa byk2 gb..insya allah, allah maha pengasih..mana tau tiba2 diberi jalan dimudahkan laluan utk ko ke sana nanti. wallahualam :)

Ninie Hanis June 28, 2011 at 8:42 PM  

selamat pulang beb.alhamdulillah,gembira aku dgr ko dah berjaya tunaikan ibadah di sana.hilang suara tu biasalah mungkin cuaca kan.mak aku dulu pun batuk je katanya.

nilah first time aku tau psl alam roh tu.aku harap satu hari aku pun dapat jd tetamu Allah jugak satu hari nanti.nanti update lagi ye.gambar2 ko kat sana pasti buat aku sau jugak.rumah Allah kan?hati sapa tak terusik..

aiyeen,  June 28, 2011 at 9:31 PM  

alhamdulillah dah selamat kembali...moga lepas ni rezeki sy plak akan sampai utk wat haji/umrah..amin.

anyway...moga ibadat umrah awak mendapat keberkatan dariNYA untuk mengharungi kehidupan di dunia n akhirat...

Anonymous,  June 28, 2011 at 9:42 PM  

Salam,

saya anonymous yg kat post di bawah tuh ituhari.

Selamat kembali :-)

Nak tanya sikit nih, pasal u memang suka travel.

Balik dari Mekah, ada tak rasa macam malas dah pergi ke tempat2 lain?

Saya dulu cam tuh, dalam masa 3 tahun lepas first Umrah, saya tak kemana2 (sebab rasa mcm guilty gitu) so every year saya cari duit untuk buat Umrah.

Tapi lepas 3 kali pergi, baru saya rasa yg it's ok kalau pergi tempat2 lain balik semula,itu yg merantau ke South America sama US sampai bertahun2 tuh.

fatt June 28, 2011 at 10:14 PM  

ninie,
terima kasih. aku rasa syukur semuanya berjalan dgn lancar although demam pada permulaannya. but seriously aku tade suara ni..dah 3 org gelak kat aku..smpai ati dorg..huhu..tp ok ape, takyah aku nak cakap byk..diam je.

aah beb, psl alam roh tu aku pun tau masa ustaz tu kasik tau. tp mmg hati aku sebak sgt pastu, rasa cam ya allah nape Kau pilih aku sedangkan aku ni dahla lintang pukang serba serbi..rasa malu sgt kat Allah. hurm tak taula aku nak gmbrkan camne..nanti ada masa aku haplod cerita psl umrah ni cepat2. aku doakan utk ko dgn zaid..insya allah my dear..aku doa sgt ko cpt dpt baby. insya allah :)



aiyeen,
terima kasih. insya allah pasni mgkin giliran awk. siapa yg tahu..hanya DIA yg lebih mengetahui. apapun teruskan berdoa. bila nk turun cni lagi..ada kurma dgn air zam zam klu awk dtg :)



anon 9.42pm,
hi saudara/saudari..

terima kasih. syukur awk murah rezeki ke sana smpai 3x..sy pun hrp dpt peluang sebanyak tu lepas ni..

utk pgtahuan saudara/i, sy takleh nak cakap apa sbb baru smpai smlm. tp dlm hati ada jgk rasa mcm dah terpadam niat excited nak tgk tmpt lain. bulan depan sy akan ke nz lagi utk kali terakhir..dah masuk 4x sy ke sana..kalau dulu nz tu dah mcm kampung sbb slalu pegi dan sy rasa nz tu la paling cantik dan tenang di hati sy. tp lepas sy lihat Kaabah, ziarah makam Rasulullah, ke Raudhah dan Masjid Nabawi..semua tu berubah. nz bukan lagi dlm hati sy. mmg nz cantik, tp ketenangan yg sy peroleh semasa berada di tanah haram berbeza sgt. bila2 sy boleh melangkah kaki ke Masjidil Haram...terasa dekat dgn pencipta. masa tu nak menangis depan org pun dah tak rasa malu. susah sy nak gambarkan..hanya org yg penah sampai saja yg mgkin faham.

klu ikutkan jadual, sy masih ada lagi 3 tmpt utk tahun ni. sy hrp dapat habiskan kesemuanya. tahun depan sy mgkin rilek sikit..fikir utk benda lain pulak..perhaps a long waited trip to europe. sy akan terus mengembara selagi mampu sbb sy dah pasang impian melihat sebanyak tmpt yg boleh selagi hayat di kandung badan. regardless sendiri atau dgn kawan2. insya allah

erm, tp boleh sy tau kenapa awk rasa guilty?

Solihin Zubir June 28, 2011 at 10:52 PM  

Ya Allah.. lama jugak aku x ziarah blog ko fatt..
x sempat aku nk suruh kau berdoa kt aku n smpaikan salam kt Rasulullah..
apa2 pun, Alhamdulillah dan tahniah sbb impian ko nk ke sana tercapai.. =)

fatt June 29, 2011 at 1:46 AM  

solihin,
ape kbr? lama sudah tak bertanya kabar. memasing bz..aku pun jrg2 dpt peluang nak ke blog ko dan tinggalkan jejak. takpe kalau tak sempat kirimkan salah pd Rasulullah, ko boleh kirim dari sini (menurut ustaz yg handle group aku)...memadai sekadar ko menyebut "Assalamualaika Ya Rasulullah". dari mana pun kita berada insya Allah doa kita akan sampai. wallahualam :)

aiyeen,  June 29, 2011 at 7:58 AM  

fatt...
kawan sy ckp...nak travelling jauh2 pasni moleklah sebab awak dh sampai rumah Allah...sy pulak kena gigih berdoa pasni..sebelum ni tk pernah terfikir nak berdoa agar terpilih jadik tetamu Allah...haru wehh...

insya Allah bulan Sept nt sy mai KL..air zam zam takde tarikh luput bah kan? :)

Traveller's Anatomy June 29, 2011 at 11:54 AM  

Syukur Fatt dah selamat semuanya. Semoga pengalaman di sana byk membantu memperbaiki diri, itu pon yang kita harapkan kan. Harap2 impian I pegi umrah jugak terkabul dlm waktu terdekat ni, mintak dipermudahkan. Xsabar nak dengar cerita u kat sana, walaupun dah byk kali dengar pengalaman from parents n friends yang dah pegi. Setiap satu pasti ada keistimewaan tersendiri kan. Eh, terpanjang pulak komen kali ni. Take care there!

fatt June 29, 2011 at 4:06 PM  

aiyeen,
lps balik dr sana mcm ada 1 perasaan yg tak semua tmpt lain tu sebest di tanah haram. sbb kita dah tau keistimewaan tmpt ni jd takde tmpt lain dah yg lagi istimewa drpd ni. awk bykkan la berdoa moga dijemput menjadi tetamunya. even kita pernah ditanya sms alam roh dulu tp kita tak tau apa kita jwb..alam roh kan rahsia Allah. so sebaiknya berdoa dan terus berdoa semoga dipilih. air zam2 takde tarikh luput, insya allah sy simpankan :)


byya,
alhamdulillah, itulah yg diharap2 kan. bila nak pegi umrah tu? syukran kalau niat ke sini sedang dlm perancangan. pglmn sms kat sini mmg byk...dan semua pglmn tu telah membuka mata aku. insya allah aku akan tulis dlm masa terdekat ni..tgh kumpul source.

bila nak habiskan travelog jogja u tu? hehe :)

Ninie Hanis June 29, 2011 at 7:30 PM  

fatt,thanks doakan kami.Hanya Allah je mampu membalasnya.Aku pun doakan kebahagiaan ko jugak,insyallah.Ameen.

fatt June 29, 2011 at 11:33 PM  

ninie,
aku hrp termakbul doa tu, ameen~
thanks my fren :)

Post a Comment

Terima kasih!!

  © Copyright Since 2010 | Backpacker Busuk

Back to TOP