The Overland : Bangkok (Part 1)

June 30, 2011

Kita sambung lagi ye, dah kata masuk gear 5 enjin turbo. Dan sila jangan konpius sebab ini bukan sambungan travelog Umrah. Kang ada yang pikir pehal tadi aku tomakninah, tawadduk, intifada, rabbani, nowseeheart tapi pastu tiba-tiba bertukar menjadi ranggi.

Sambungan dari entry sebelum ni.


Day 5 : 17 May 2011

Aku terjaga bila terasa satu cahaya yang panas hinggap ke muka. Apekah?? Oh dah siang rupanya. Tapi aku masih lagi dalam perut keretapi menghitung jam untuk sampai ke Bangkok. Dah berakar rasanya bontot ni duduk atas kerusi dari petang semalam. Haih!

Sedang keretapi bergerak menghampiri kota Bangkok, makin ramai manusia yang turun termasuklah orang yang duduk di sebelah dan di depan aku. Aku masih tercangak-cangak dalam keadaan confuse kenapa tak sampai lagi sedangkan jam sudah menunjukkan pukul 11.40am. Ingatkan dalam entry lepas aku cakap ETA jam 10.10am, so kira la berapa jam aku dah delay? Biasala..nama pun naik keretapi biasa, bukannya bullet train.


slum area di kiri dan kanan landasan keretapi sewaktu menghampiri stesen keretapi Bangkok
lengang sikit sebab ramai penumpang yang dah turun

Akhirnya destinasi yang ditunggu-tunggu telah pun muncul. Aku tersenyum lega sebab perjalanan yang memakan masa hampir separuh hari ini telah pun tamat. Bangkok Hualompong Train Station, satu tempat yang tidak asing lagi bagi aku sebab pada tahun 2009 aku pernah ke sini menaiki keretapi ke Surat Thani untuk ke Koh Samui. Masih sama keadaan di luar dan di dalam stesen keretapi, takde apa yang berubah. Sesekali terflashback balik kenangan pada waktu tu, tapi waktu tu aku travel in group, cuma kali ni aku sorang.

Stesen Keretapi Hualompong
Perkara pertama yang aku buat ialah tanya return tiket ke Butterworth sebab taknak kejadian yang sama di Hadyai berulang. Tak sanggup rasanya naik keretapi seat biasa balik ke Msia, boleh mati kejung pastu. Untuk pengetahuan sume, dari Bangkok hanya ada keretapi ke Butterworth je dan tidak ke Kolumpo. So kalau nak balik direct dari Bangkok ke Kolumpo kena pikirkan alternatif yang lain.

Kat sini ada 2 jenis kaunter tiket : advance sehingga 60 hari dan perjalanan untuk hari ini. Since aku nak beli advance ticket, so aku kena pegi kaunter advance. Setelah mendapatkan info availability dan harga dari petugas di kaunter (dorang boleh cakap English, tapi sangat basic), aku ke tepi sekejap. Belum boleh decide lagi nak balik bila sebab aku masih confuse dengan trip ni. Yelah kan aku penah cakap yang trip ni tak properly dirancang dan aku pun guna konsep redah. Lama pastu aku tepon mak sebab nak confirmkan bila tarikh yang beliau nak aku berada di rumah. 

Berbekalkan sisa topup dari nombor siam yang dibeli di Hadyai tempoh hari, aku dial henpon mak. Toot! Toot! Suara mak aku kedengaran lain macam, macam baru lepas menangis. Eh kenapa ni? Aku dah risau. Kemudian barulah aku dapat berita yang makcik aku meninggal dunia. Aku tergamam dan pening tak boleh buat keputusan. Waktu tu rasa nak beli tiket balik tapi lepas aku amik masa untuk bertenang dan fikir masak-masak tentang trip ni aku pun pilih untuk proceed. No point jugak kalau aku balik sebab harini jenazah akan dikebumikan, still tak sempat. Perasaan sebak dalam hati memang ada sebab aku masih lagi teringat pertemuan terakhir dengan arwah sebulan yang lepas waktu di hari pengkebumian pakcikku. Tak sangka Allah menjemputnya pulak lepas tu. Innalillah.

Aku masih berkira-kira tarikh yang tepat untuk balik ke Msia dan waktu tu aku keluarkan buku belacan yang digunakan untuk mencatat semua nota travel dan mencari itinerary yang separuh siap. Separuh siap? A'ah, betul...separuh siap sebab aku tak bebetul plan nak buat apa but mostly nak roaming freely ikut suka hati. Setelah mengcalculate bajet akhirnya aku pilih untuk balik pada 25hb. So roughly aku ada lagi 9 hari termasuk hari ni untuk travel. Ikutkan hati nak lajak terus sampai tarikh 29hb tapi oleh kerana ada komitmen lain pada waktu tu jadi terpaksa aku kuburkan hasrat.

Aku kembali semula ke kaunter advance ticket dan beli tiket perjalanan sehala Bangkok-Butterworth, upper sleeper cuma THB1120 (lebih kurang RM112). Lower sleeper lebih mahal dari upper sleeper so aku pilih yang murah sebab setakat nak tido beberapa jam je aku tak berkira sangat. Kalau tiba-tiba rasa nak retime tiket ni boleh aje, paling last minit ialah sejam sebelum keretapi bertolak dengan bayaran tambahan sebanyak THB50, but subject to availability of space.

kaunter advanced ticket
kaunter tiket untuk perjalanan hari yang sama
Dah selesai hal tiket aku pun terus naik MRT (underground train) yang terletak di luar Hualompong Train Station untuk ke hostel yang terletak di area Silom. Hostel yang aku tuju tu namanya WE Bangkok. Aku tau pasal hostel ni masa search dalam Hostelworld dan HostelBookers sebab hostel ni takde official website sebab ia masih baru. Faktor yang menyebabkan aku memilih hostel ini ialah :

1. Harga (ada promotion waktu tu, cuma THB200 semalam, mixed dorm)
2. Lokasi (hampir dengan public transport iaitu BTS Skytrain)
3. Review dari travellers (ini point yang paling penting sebab review inilah yang akan bagi kita clearer picture tentang hostel yang selalunya indah di dalam website tapi realitinya macam rumah hantu)
4. Additional extras yang patut dikonsider seperti free internet/wifi, free lockers, free itu ini dan sebagainya.

Kebetulan pada waktu tu HostelBookers tengah buat special promotion (fee waiver untuk booking) so aku pun book melalui website ni instead of Hostelworld. Cuma bayar 10% deposit untuk penginapan semalam (sebab aku book 1 malam) and the rest bayar masa check-in. 

WE Bangkok ini terletak di area stesen BTS Chong Nonsi dan dari situ kena jalan kaki lebih kurang 5 minit untuk sampai ke hostel. So dari MRT Hualompong aku tukar BTS di stesen Silom dan turun di Chong Nonsi. Tambang semua lebih kurang THB50. Kalau siapa penah pegi Singapore dan Bangkok mesti akan kata sistem MRT dan BTS dorang menggunakan coach yang sama (or is it cuma aku sorang je yang perasan? entah!). Honestly speaking, sistem light train kat Bangkok memang bagus dan jauh lebih baik dari yang ada di Msia. Aku harap kerakyatan aku tak kena lucut sebab memuji negara orang. Apsal ye orang Msia selalu sentap kalau orang bagi pendapat negatif pasal negara sendiri? Kata tak patriotik la, tak 1Malaysia la.. I mean, try see it from the positive side tak boleh ke? Aku rasa sebenarnya negara kita mampu je beli model light train yang bagus, gerabak yang lebih luas dan panjang sebab Msia bukanlah negara yang miskin. Tapi aku tak taule kenapa dorang bodoh sangat pegi beli model light train yang sempit dengan gerabak yang pendek sedangkan kapasiti penggunanya tinggi. Get the picture? It's time to move on people, look at the countries next to us. Upgrade the public transpot...barulah orang rasa selesa sikit nak pakai. Dan automatically orang pun lebih suka naik public transport dari bawak kereta. Less car less pollution. Ok? Peh...dah macam bagi syarahan pulak.

BTS skytrain
mesin tiket BTS
jadual yang menunjukkan harga tiket mengikut zon
tiket BTS
mesin tiket MRT
stesen-stesen yang terdapat di laluan MRT
MRT yang menggunakan sistem token
click map to enlarge [source]

Akhirnya aku pun sampai kat stesen BTS Chong Nonsi dan berpandukan map yang aku tengok dalam internet, aku cuba cari landmark yang dinyatakan sampai sesat. Aah..aku sesat. Entah macam mana tetiba aku nampak sorang minah saleh di tepi jalan dan bertanyakan arah. Alhamdulillah akhirnya aku pun jumpa jugak hostel ni walaupun kedudukan ia agak tersorok dan terceruk di hujung jalan. Ada laluan pintas sebenarnya untuk ke sini tapi nanti aku ceritakan.

myself @ WE Bangkok

Tiba di kaunter ada 2 orang receptionist menyambut aku. Selesai membayar balance penginapan dan deposit sebanyak THB100 aku pun dibawa naik ke dorm oleh salah sorang staff hostel. Sepatutnya aku duduk di mixed dorm sebab promosi yang aku dapat tu entitle untuk mixed dorm, tapi entah camne aku sembang-sembang mintak mixed dorm yang lebih ramai female dari male, reception tu tetiba bagi aku female dorm without extra charge (harga female dorm ni jauh lebih mahal dari mixed dorm sebenarnya). I guess I'm lucky, maybe!

Sebenarnya aku takde hal pun duduk mixed dorm sebab bukannya 24 jam aku duduk dalam tu. Ada kat bilik pun time nak tido je, most of the time dorm tu kosong (yelah kalau ko duduk je dalam bilik baik ko takyah pegi jalan, kan?). Tak penah timbul masalah segan tak tentu pasal sebab hal salin baju dan personal sume disetelkan dalam toilet (toilet pun seperate bukan mix). Sexual harassment? Alhamdulillah so far takde lagi aku dengar kes camtu sebab kalau orang tu bebetul seorang traveller, dalam diri dia dah tersemat 1 rule untuk respek semua traveller lain regardless colour, race & gender. Aku suka duduk dorm sebab boleh berkenalan dengan traveller lain. Memang kadang-kadang tu ada 1-2 kutu yang perangai pemalas dan pengotor tapi janganla join jadi pengotor jugak. Susah sangat lodge je kompelin kat reception, nanti pepandaila dorang setelkan.

So reception tadi tunjukkan mana 1 katil aku dan serahkan access card. Kat sini aku rasa agak pelik sebab selalunya tak penah pulak reception tunjukkan mana 1 katil yang aku kena duduk sebab kalau dorm tu kosong gasakla nak tido memana katil pun. Tapi 1 katil jela boleh pilih, tak boleh le esok katil ni, lusa katil lain...memang mintak penampo le namanya. Aku suka amik katil bawah sebab senang, but this time nasib baik dia bagi aku katil bawah tepi tingkap. Female dorm ni luas, ada 4 bijik katil double deckers kesemuanya yang menjadikan total bunks dalam tu sebanyak 8 buah. Hostel ni sangat bersih, tilam dan bantal pun empuk, memang konpem boleh tido nyenyak. Waktu aku check-in tu hanya ada 2 orang penghuni termasuk aku dan itu jam aku belum jumpa lagi roomate aku. Could be she's the one yang tunjukkan aku arah untuk ke sini tadi? We'll see. Apapun harapnya roomate aku ni frenly, tu jelah.

alhamdulillah selesa sangat

Selesai letak beg aku pegi mandi memandangkan bau aku pun dah bermacam-macam, bukan lagi satu macam. Toilet kat sini letaknya di luar bilik, it's a communal toilet but seperate by gender. Dah selesai yang patut dan wajib aku pun sms couch surfer yang aku salin nombor teponnya semalam masa di Hadyai. Honestly ni first time aku jumpa budak CS (couch surfing) so debor tu memang ada sebab dorang ni selalunya orang yang dah selalu travel dan banyak experience. Kalau nak tau couch surfer dan Couch Surfing tu ape, pegi google sendiri sebab aku malas nak suap. Cepat gak dia reply sms dan aku terus gerak ke area shopping mall di Silom memandangkan dia berada di sekitar kawasan tu. Waktu ni jam menunjukkan pukul 3pm dan waktu di Thailand adalah 1 jam lewat dari waktu di Msia.

Kali ni aku menggunakan laluan pintas dari hostel untuk ke BTS Chong Nonsi dan rupanya takla jauh sangat walaupun hakikatnya jauh la jugak (but better dari jalan yang aku sesat tadi). Nak ke Silom dari sini aku hanya perlu naik BTS hingga ke stesen Sala Daeng. Kat sini tambang setiap stesen ditentukan menggunakan sistem zon jadi tak perlu pening kepala sebab ada timetable harga untuk setiap zon (smart kan? tak macam LRT atau STAR yang memeningkan kepala. seposen dua pun nak berkira).

Untuk pengetahuan sume, Silom ni terkenal sebagai centre untuk segala mega shopping malls seperti MBK Center, Siam Paragon dan segala jenis shopping mopping centre yang aku tak amik port untuk tau sebab aku bukanlah seorang kaki shopping. Btw kat sini jugak terletaknya HRC Bangkok, Madame Tussauds dan kawasan yang terkenal pada waktu malam iaitu Patpong.

HRC Bangkok
shopping mall untuk orang berada sebab dalam ni semua barang yang eksklusif
shopping mall yang saling tak tumpang macam Sg Wang Plaza
Sebenarnya aku tak excited pun nak menyinggah sume shopping mall tu sebab takde apa yang nak dicari so aku terus sms couch surfer tadi dan tanya kat mana nak jumpa. After few arrangements akhirnya kami sepakat untuk berjumpa di food court di dalam MBK Center. Katanya ada few other Cs'ers yang akan join small gathering ni. Whoa aku bet mesti interesting, sure banyak info dan tips berguna yang boleh dikongsi.

There you go, lepas pusing-pusing mencari food court yang dimaksudkan aku pun bertemu Dyas, seorang CS dari Jakarta. Dia dah travel selama hampir setengah bulan crossing dari Singapore, Malaysia dan Thailand. Kemudian muncul Mita, juga seorang CS dari Jakarta yang pada aku lagi hardcore sebab travel seorang diri dari Vietnam ke Cambodia dan kemudian Thailand. Waktu kami jumpa tu dia cakap lusa nak pegi diving di Koh Tao. Peh ganas! Terasa kecik macam kuman pulak aku waktu tu kalau nak dibandingkan dengan dorang berdua. Anyway Mita dan Dyas ni tak related to each other, kenal pun masa di Bangkok. Along with Mita, ada 2 orang CS'ers lelaki dari Hong Kong yang dia kenal waktu di Siem Reap. Aku dah lupa nama dorang ape, too bad nampaknya aku telah dilanda masalah nyanyuk di usia muda. Ceh!

Apa lagi, bila 5 orang strangers yang gila travel berkumpul maka semua mulut pun becok bercerita pengalaman memasing. Aku lebih banyak mendengar dari bercakap sebab sibuk menghaplod segala maklumat dalam kepala especially tips di Cambodia. Banyak info berguna yang aku dapat melalui Mita. Dia tak kedekut nak share segala ilmu dan tips berguna dengan aku. Benda yang paling aku concern waktu tu ialah safety memandangkan aku takleh nak imagine camne suasana di Cambodia untuk solo female traveller. Tapi setelah melihat betapa bersemangat wajanya Mita meyakinkan aku yang Siem Reap tu 100% selamat so aku pun kembali lega. Kalau nak dicomparekan diri aku dengan Mita ni rasanya dia lagi berani sebab orangnya tersangatlah high-spirited dan optimis walaupun saiznya jauh lebih kecik dari aku. Ingat tak aku penah cakap dalam entry sebelum ni yang orang kecik ni semangat dia besau dan tak reti takut? Haaa....dat's exactly what I'm talking about!


bersambung....
.

21 comments:

❀aRaBeLLa❀ June 30, 2011 at 4:06 PM  

tak tau pulak Thailand ada Madame Tussaude..banyak ke wax dlm tu?

fatt June 30, 2011 at 5:11 PM  

ciela,
baru lagi bukak. tp aku tak masuk pun, buat perabih duit jah!

aiyeen,  June 30, 2011 at 5:49 PM  

sy berbadan kecik gak...tapi masalahnya semangat pun kecik jugok..uwaaaa....camno tuh?

fatt June 30, 2011 at 7:27 PM  

aiyeen,
kena la buat perubahan, tu je cara dia. but everything u do, u must do it responsibly. gudluck!

kemang~ June 30, 2011 at 7:43 PM  

wah fatt, detail gilaa explanation mase travel... btw a good travelogue here , ak ade probs lupa sikit, kena tulis dlm buku baru ingt semua blik..hihi.. neway a nice trip u had...

fatt June 30, 2011 at 9:03 PM  

kemang,
alhamdulillah aku ada memori yg kuat utk ingt byk benda. selain dari tu tips aku nak ingat balik apa yg aku buat masa travel ialah amik byk gmbr. boleh dikatakan sume benda aku amik gambar mcm bangunan, jalan, signboard dan apa-apa saja yg aku rasakan releven untuk dijadikan rujukan masa buat travelog. so no wonder aku ada 3 memori kad 4G dan 2 bijik bateri kamera tersedia tiap kali aku travel. sume ni untuk aku capture imej dan video to keep my memory fresh. other than that aku tulis dalam buku nota belacan. rite now aku terfikir nak rekod je verbally setiap hari aktiviti aku mcm saintis buat tu sbb nak mengelakkan masalah lupa.

sesapa berminat nak tiru tips aku ni silakan. insya allah mujarab!

kemang~ July 1, 2011 at 8:20 AM  

hihi good tips :) btw next trip ko gi mane?

Syahiddmilikku July 1, 2011 at 8:51 AM  

cik fatt,
boleh ke awak kongsi camne u manage duit, bajet sebelum travel. (makaaiihh, macam interview aljazeera dah nih)..ahaha..sorry, semangat inkiuri tinggi sket la baca entry nih...

fatt July 1, 2011 at 1:30 PM  

kemang,
ko tgk list kembara 2011 aku. kat ctu ada tulis :)



syahid,
aljazeera? haha. pecah perut.

ok, slalunya lps i select tmpt yg nak dipegi tu i akan buat rough bajet dan benda2 yg compulsory dulu i akan calculate cth accommodation, transportation, foods dan entrance fee (if involve). lepas tu barulah i masukkan elemen2 lain mcm contiqnecy (emergency cash) & souvenir. selain dari tu i akan standby atm kad & duit plastik.

so itu jelah tips i manage utk trip. oh lupe, utk transportation i akan cari alternatif termurah (cth travel like local : naik bas, basikal, lrt, etc). kalau ada free transport lagi i suka. cth mcm masa i kat melbourne dulu i don't pay for transport (kecuali airport shuttle) sbb i guna free tourist bas dan free tram besides exploring the town with foots.

im just a budget backpacker, dats only i can afford. the minimum i spend, the happier i am :)

kemang~ July 1, 2011 at 4:46 PM  

ohhh nz pulakkk? nk krim fridge magnet laaaa, boleh? :D

xplorer July 1, 2011 at 9:46 PM  

tringat masa zaman muda2 dulu . naik tren from penang to bangkok mmg best , dah pernah naik 4 kali nearly 10 years back . dulu tambang cuma 75 ringgit saja, best best

shah_rule July 6, 2011 at 10:20 AM  

woo~ best nyer trip sensorunk ni, next time nk try~ hehe im so proud of u fatt,

fatt July 6, 2011 at 1:01 PM  

kemang,
insya allah :)



xplorer,
rm75 saja??? dats supercheappp!! no wonder boleh pegi selalu..



shah_rule,
best. tp byk jgk dugaannya. try la..as self-searching and building your self-confident :)

Ely Hasrul August 23, 2011 at 6:15 PM  

sori la ye aku kan tertinggal tren. skang baru nk komen. aku kalu suka satu blog tu baru la aku baca previous entry haha..

satu aje la aku nk ckp psl sistem tren mesia nih. KL sentral pi KLIA smpai 35hengget dlm masa kurg stgh jam perjalanan

Tren Bangkok airport ke city kurang rm10 utk yg stop2 and rm10 kot utk express. aku pk sungguh bertuah cleaner2 yg keje kt airport xpayah spend byk utk transportation walhal kat KL dh le kena naik bas utk murah. bas dr Kl sentral aje tuh.. kalu dak kena pindah sepang kalu nk keje kt airport

tp aku xdek le byk experience sbb aku tourist bukan traveller :P

fatt August 24, 2011 at 12:50 AM  

ely hasrul,
takpe...aku buat moderate comment so aku akan tau klu ada komen baru :)

betul la tu apa yg ko ckp...public transportation kat msia ni masih byk yg kena improve. aku malu tau naik lrt yg bunyik kung kang kung kang mcm nak reput tu. klu ko penah gi spore mesti ko akan ckp bangkok punye MRT sama cam kat spore...kan? klu ikutkan negara kita ni kaya, mampu je beli gerabak yg senonoh & turunkan harga utk encourage org guna lrt..tp tulah...menteri pengangkutan kita bodoh...inilah pasalnya..aku rasa in 10yrs time pun kita takkan improve..iskk

FaMY August 24, 2011 at 9:27 PM  

baru aku tahu ko ni pompuan. ya, aku memang slow. travelogue lu superb beb. InsyaAllah akan timbul kerajinan waja to make one.

all the best to you beb.
aku bukak link ko dari kemang (:

Salam.

fatt August 26, 2011 at 12:49 AM  

Famy,
hai famy! thank you!
erk nape ingt aku lelaki? hehehe...aku pompuan le..mgkin pompuan ganas kot.

yup, please write about ur journey..aku nak baca :)

jarimanis January 24, 2013 at 7:43 PM  

ahahahaha semua org ingat ko lelaki fatt termasuk jgk aku memula baca entry first ko tp lepas tu rupanya aku tersilap. U r my idol traveller :-) n aku really enjoy reading your blog dan lg satu aku statement nko pasal train kt msia ni

Ren April 11, 2013 at 4:34 AM  

Mmg public transport kt thailand dan singapore jauh lebih baik dr malaysia pun... jauh lebih professional... org2 yg guna pn lebih educated... tkde la nk potong2 line... ini kali lah!!!! Hahaha!!!

MuhD NoR AzyM May 28, 2013 at 12:27 AM  

Tgh cari2 info ke Thailand, jumpa blog ni. Hehe. Nice trip. Terima kasih bg info. :)

MuhD NoR AzyM May 28, 2013 at 12:28 AM  

Tgh cari2 info ke Thailand, jumpa blog ni. Hehe. Nice trip. Terima kasih bg info. :)

Post a Comment

Terima kasih!!

  © Copyright Since 2010 | Backpacker Busuk

Back to TOP