The Overland : Hadyai -> Bangkok

June 28, 2011

Aku kena masuk gear 5 dah ni. Asik gear 1, 2...1, 2...sampai hujung tahun pun belum tentu boleh abis. Hahaha. Nanti aku cuba selang selikan travelog ni dengan travelog umrah dan trans Java yang dah berkarat tu.

Sambungan dari episod sebelumnya.


Day 4 - 16 May 2011

Harini kami akan berpecah dengan misi yang berbeza. Aku akan meneruskan baki perjalanan secara solo ke utara Thailand dan Cambodia manakala kengkawan lain akan pulang ke Kolumpo. Walaupun ini bukan kali pertama aku travel secara solo tapi perasaan risau tetap ada. Aku tak risau tentang Bangkok sebab penah ke sana pada tahun 2009, so roughly aku ada idea tempat tu macam mana tapi tidak untuk Cambodia.

Berbalik pada cerita...kami bangun agak lewat pada haritu sebab takde apa yang nak dikejarkan. Malam tadi takde apa yang berlaku (yelah dah takde sape yang bukak mulut), cuma ada lebam kat betis. Aku tak fikir bebukan waktu tu, mungkin sebab darah tersumbat sebab banyak sangat berjalan semalam. Setelah bersiap kami pun check-out dan tinggalkan semua barang di guesthouse memandangkan keretapi lewat petang. Setelah sepakat kami menuju ke gerai nasi minyak yang terletak di Thanon Suphasarnrangsan memandangkan sudah masuk waktu untuk makan tengahari.

pasni akak kena bagi saya makan free, kalau tak saya padam muka akak tanda protes!
kombinasi yang tepat, apa lagi kalau bukan dengan cha yen!

Sedang elok dapat tempat duduk hujan pun turun. Mujur kami tiba di sini sebelum hujan turun, kalau tak... Kat sini harga makanan bergantung pada saiz ayam. Nasi minyak di sini memang sedap, pandai orang ni masak, dahla murah (sepinggan nasi tak termasuk ayam cuma THB10). Kami semua tapau sorang satu, aku lagi la kena tapau sebab atas keretapi nanti confirm takde makanan yang halal. Sepanjang di Hadyai nafsu makan aku tak menahan tahan, boleh dikatakan aku berselera sungguh masa di sini. Sebenarnya aku terpaksa buat begitu sebab kat sini nak cari yang halal takde masalah. Tapi bila dah travel ke bahagian utara Thailand, pastu masuk pulak Cambodia..itulah waktu aku kena ikat perut dan memilih, tak boleh sebat sebarang.

Lepas makan kami ada lebih kurang 2 jam lagi sebelum keretapi ke Kolumpo bertolak. Dari Hadyai ke Kolumpo keretapi bergerak jam 4.30pm (waktu Thailand) dan keretapi aku, Hadyai - Bangkok bergerak jam 6.10pm. So maknanya kengkawan aku balik dulu tinggalkan aku...sob sob sob.

ko paham ke tulisan pusing-pusing ni?
Entah macam mana tiba-tiba kawan aku nampak kedai baiki gigi. Pastu ape lagi sibukla anak beranak tu nak merepair gigi. Kos untuk memutihkan gigi murah gila kat sini...tak silap aku lebih kurang RM200. Tapi pastu kena buat follow up le. Lepas nego timing dan payment, aku tinggalkan dorang kat situ dan pegi ke cyber cafe yang terletak beberapa deret dari klinik gigi. Sempat aku print out booking hostel di Bangkok (aku pilih untuk tinggal di WE Bangkok sebab murah). Sambil tu aku check website Couch Surfing sebab nak jumpa sorang couch surfer masa kat Bangkok nanti. Lepas print apa yang patut dan salin nombor telefon dia, aku pegi semula ke klinik gigi.

Adik tersenyum girang sambil menayangkan barisan gigi yang baru diputihkan. Doktor cakap pasni dia kena pantang minuman kopi dan berkarbonat pelbagai. Aku rasa takde maknanya sume tu sebab aku kompem 200% dia sebat jugak kalau dah teringin. Kalau tak dapat setin, seteguk pun jadilah ye...tak gitu Adik? Hehe.

Kami bergegas balik semula ke guesthouse sebab keretapi dorang bertiga akan bertolak kurang sejam dari sekarang. Setibanya di stesen keretapi, kami confirmkan platform mana dan lepas tu sesi memuahh sayonara selamat jalan. Aku hanya melihat dari jauh waktu gerabak keretapi dorang meninggalkan stesen keretapi koboi Hadyai. At first aku rasa macam hoi ape ko buat ni? Rasa nak lari kejar keretapi tu dan balik Msia tapi pastu aku tune balik niat aku, matlamat aku untuk jangka masa lebih kurang 11 hari secara solo, maka aku pun kembali tenang. Fokus! Fokus!

bukan manusia je ramai, anjing pun banyak yang berkeliaran
Sementara menunggu keretapi ke Bangkok yang akan tiba lagi sejam, aku amik keputusan untuk meletakkan beg di tempat menyimpan barang (rasanya 1 beg dia caj THB50, dah lupe!) dan tawaf pekan Hadyai untuk round penghabisan (alasan sebenarnya walhal bosan melangut kat situ).

Setelah 45 minit aku kembali semula ke stesen keretapi, amik beg dan terus ke platform yang telah ditentukan. Keretapi tiba agak lewat sedikit (delay dalam 15 minit) dan aku sempat layan lagu patriotik Thailand yang berkumandang tepat jam 6pm. Pada mulanya aku tak pasti itu lagu apa tapi memandangkan semua orang berdiri tegak jadi aku pun ikut sama. Bukan menjadi pak turut, tapi sekadar menghormati lagu kebangsaan mereka. Apa rasanya kalau orang tak hormat lagu kebangsaan kita? So lebih kurang jela sebenarnya.

3rd class hanya THB339/RM33.90. memang murah tapi hazab. walaupun hazab tapi best. camne tu?

Aku sempat berborak-borak dengan seorang petugas stesen keretapi di situ. Orangnya masih muda, mungkin dalam umur awal 20-an. Oleh sebab semua announcement kat sini dalam bahasa Thai, jadi beliaulah penyelamat aku untuk translate semua announcement tadi ke Bahasa Melayu. Pada mulanya dia macam tak percaya aku travel solo. Hey brader don't underestimate me! Walaupun aku ni nampak kecik tapi jiwa aku besau le! Kata orang, orang yang kecik ni semangat kuat dan tak reti takut. Tu orang la kata...bukan aku yang kata!

Akhirnya keretapi yang ditunggu pun datang. Terus dia signal dan tunjukkan gerabak mana yang perlu aku masuk. Fuhyoo! Itulah first impression aku. Bukan apa, sebab pepaham jelah keretapi 3rd class ni camne. Orang duduk suka hati tak ikut nombor. Pastu gaya dorang macam nak berumah terus dalam tu (sebab banyak gile barang). Aku tercari-cari nombor tempat duduk dan random tunjuk tiket pada seorang penumpang yang aku rasakan berhati mulia. Kemudian dia pungpang cakap Thailand dengan aku sambil suruh sorang budak lelaki bangun dari tidur. Ah barangkali itu tempat aku, bisik aku dalam hati. Dia bantai lagi cakap Thailand dengan aku, pastu aku pun balas "I don't speak Thai". Dan secara lancar keluarlah bahasa Melayu/Thai versi Kelantan, "Boh kita kecek Melayu la denge dia" (maafla grammar Kelantan aku ke laut sikit so kalau salah ejaan ke tatabahasa ke aku mohon pengecualian). "Ore mano?". "Malaysia". "Jale sore-sore jah?". "Ha'ah. Sorang je". "Tubik mano?". "Bangkok, lepas tu Cambodia".

sebelah seat kiri ni 2 seater, sebelah kanan 3 seater
kalau sume comel lotey takpe, kalau tetiba ada gajah di tengah camne?

Lebih kurang gitu la kami sembang. Lelain tu aku dah lupa. Tapi communication breakdown sikit sebab aku tak berapa nak paham bahasa budu. Tapi dalam pada tak paham tu aku taula sikit-sikit yang dorang tu asal dari sebelah border Kelantan-Thailand, so no wonder dorang boleh berbahasa Melayu slang Kelantan.

Berbalik pada cerita tadi, rupanya dorang ni main duduk je tak kira tempat. Sebelum aku naik ada sorang budak lelaki duduk kat tempat aku. Nasib baik dia bangun, kalau dia buat kepala angin takmo bangun, alamatnya aku duduk kat pintu. Seat keretapi kelas ketiga ni memang basic, tegak 90 darjah, solid kayu dengan sedikit sepan yang nipis kat penyandar. Port aku memang cun, tepi tingkap. So kadar tujahan angin ke muka memang padu sampai tak boleh nak beliakkan bijik mata.

Malam dalam keretapi aku rasakan panjang. Celik mata masih dalam keretapi, celik lagi masih dalam keretapi. Mana taknya...jauh perjalanan dari Hadyai ke Bangkok makan masa hampir 16jam dan keretapi dijangka tiba di Bangkok esok pagi jam 10.10am. 16jam! Betul aku tak kelentong. Bayangkan duduk keretapi kelas ketiga, seat tegak 90 darjah selama 16jam. Nasib baik aku takde masalah tulang belakang, kalau tak confirm takleh jalan tegak pastu. Mungkin ada yang pikir kenapa aku buat kerja gila camni? Kenapa aku tak naik flight? Apsal aku tak amik sleepers train? Jawapannya, bukan aku tak mahukan keselesaan tapi semua tiket sleepers sold out untuk 5 hari berturut, so i don't see point of waiting. Aku boleh naik bas tapi tu bukan option yang aku nak cuba sebab experience naik bas tu bebila aku boleh rasa kat Msia. Naik flight pun bukan option terbaik sebab domestic flight mahal dan aku takde budget untuk tu, not worth it.

To kill time bak kata omputih, aku pun pegi buang masa kat kantin keretapi dengan bekal nasi minyak yang aku bungkus siang tadi. Sebenarnya takleh bawak makanan luar masuk dalam kantin ni tapi ada aku kesah? Sebenarnya takde sape pun yang menegur cuma aku dah prepare siap-siap skrip tu. Hehehe. Demi mengambil hati tokey kantin, aku beli Milo panas, kira fair la tu kan?

Suasana dalam kantin ini agak sederhana jika dibandingkan dengan kantin KTMB yang berekon dan jauh lebih selesa. Sekeliling aku semua orang sedang bercakap bahasa alien yang aku langsung tak faham sepatah haram. Lama jugak aku lepak kat situ, hampir 2 jam sambil melayan angin malam bertemankan Milo panas yang makin lama makin sejuk. Bahagianya hidup kalau depan aku sekarang ada manusia yang boleh diajak berbual bahasa yang masing-masing boleh faham. Tapi apa yang ada di depan aku hanyalah bangku kosong. Ye ke kosong? Ntah-ntah ada momok dok tercongok hadap muka aku.

Aku biarkan masa berlalu dengan membaca sebuah buku bertajuk "Who Moved My Cheese?" pemberian Zilla semasa kami berada di Hadyai haritu. Buku ni adalah sebuah buku motivasi, memang sesuai untuk aku yang tengah tak bermotivasi pada waktu tu. Bila baca buku ni aku rasa kembali bersemangat walau dalam hati hanya Allah yang tau. Sesekali teringat kisah yang berlaku pada awal tahun ini sewaktu aku pulang dari berkelana di bumi asing. Terbayang wajah seorang insan yang pernah aku sayang dan kisah duka sebuah harapan yang dibalas dengan pengkhianatan. Aku memandang jauh ke luar tingkap dalam kepekatan malam yang dingin. Kosong. Dan tanpa dipaksa air mata aku mengalir.


Aku balik semula ke coach dan duduk di kerusi. Kelihatan semua orang sedang nyenyak tido sedangkan aku masih lagi terkebil-kebil mencari mood yang sama. Entah macam mana tanpa sedar aku sendiri pun hanyut.

Dengan ini tamatlah travelog Hadyai.


bersambung.... BANGKOK!
.

28 comments:

hanie June 29, 2011 at 1:34 AM  

peh..tang ujung2 tu bunyik novel daaa... hahahahaha

bdk2 June 29, 2011 at 2:15 AM  

fatt! Ambo ore kelate...ghano demo pehe kecek kelate nih? ganah2!

kemang~ June 29, 2011 at 2:21 AM  

wahh fatt. kental sunggoh jiwaa ko ni :D

Syahiddmilikku June 29, 2011 at 3:24 AM  

assalamualaikum wth.
err..camne nak cakap ha?
saya suka baca blog ini.
ketagih pula membacanya.
boleh ke camtu?
sorry la, org baru mesti bersopan santun kan? keskeskes..

fatt June 29, 2011 at 3:48 AM  

hanie,
aku sedang mengupgrade penggunaan tatabahasa aku yang lintang pukang. hahaha :))



bdk2,
le demo ore kelate ke, ambo ingt demo ore kl. hahaha...aku boleh paham sikit2 tp nak royak tu tak reti, lidah terbelit. dulu aku penah le kawan dgn org kelantan, tp sume tu cerita dulu la..dah simpan masuk muzium



kemang,
kental ye? dalam hati ada taman kot. bwahahaha..tp skrg ada singa. camne? hahaha :))



syahid,
wasalam...terima kasih baca blog merepek ni..takyah la sopan santun, selamba je sudah macam org2 lain kat dalam ni. anyway i like ur writing sbb ada unsur humor dan selamba. keep up ur good work and keep in touch! :)

Niza June 29, 2011 at 10:15 AM  

Salam Fatt,

Nice story, again! hmm jgn lupa update pasal 'that guy' yeah... hehe sibuk je I kan? Tak sabar nak baca pasal Cambodia, I'll be going there next year insya Allah! Btw, I dah add your link to my blog :).

fatt June 29, 2011 at 11:20 AM  

niza,
wsalam...

thanks krn enjoy bebelan merapu aku hahaha. owh psl "dat guy", once aku masuk cerita pasal Cambodia watak dia akan muncul..hehehe. im sure you'll enjoy Cambodia, beli Angkor pass for 4-days or u'll regret ok! aku akan cuba speed up entry psl trip overland ni..insya allah. thanks for linking, i've linked urs too..write more about travelogue ok! take care :)

Traveller's Anatomy June 29, 2011 at 11:59 AM  

oh, naik train mmg bg feeling yg berbeza kan. I suke! Tapi bila sorang2 mcm2 feeling pulak yg datang kan. Neway, will try India's train next year, if u care to join it'll be great.

Anonymous,  June 29, 2011 at 12:33 PM  

Salam.Jawab kat sini udeh ler...

Mungkin perkataan "guilty" tuh not a good word tapi lepas balik Umrah,rasa mcm "bersalah",rasa mcm tak best, rasa macam padam keseronokan nak ke tempat2 lain. Antara sebab2:

1. Hadis ker apa tapi ada satu tuh kata something like "tiada tempat yg lebih baik utk dilawati kecuali MajidilHaram,Madinah dan AlAqsa".

2. Bila dah gi umrah dan kita ke tempat2 lain, dah rasa tak ada kick nya dah. Panjat Eifel Tower, panjat Statue Of Liberty NY, pun tak rasa "thrilled" nya dah psl kita tahu yg semua tuh is nothing compared to experience kat Mekah. Tapi, sebelum gi Mekah dulu,tak ada perasaan cam tu, selalu fikir, waaa,hebat aku...

3. Kalau gi Mekah,kita rasa nak pergi lagi,dan lagi,dan lagi. Ke satu tempat tu jer lah kan? Tapi kalau pergi tempat lain, kita akan nak ke tempat2 lain lagi.

Contoh:Dulu saya nak ke mexico city aje sekejap, tapi once sampai sana, jadi "best pulak", last2 merayau sampai Argentina (sampai kerja tenusu kat situ setahun), then sanggup tu kerja kat ladang kopi di Brazil 2 tahun. Pendek kata, semua tempat kita nak pergi.

3. Tah, mungkin sebab saya dah tua kot, itu yg ada rasa cam tu tuh. Masa muda2 dulu asyik nak round dunia aje,bila dah tua nih baru terperasan yg hartabenda tak ada, bini tak ada.

Sorry terpanjang lak nih :-)

gadisBunga June 29, 2011 at 1:34 PM  

ceh. hujung-hujung tu sedih la pulak aku rasa. tu yg aku malas nak dok sorang2 tu...

MasZuber June 29, 2011 at 1:42 PM  

ayat last ko men-reflect juge apa yang penah aku rase la fattt..

fatt June 29, 2011 at 2:58 PM  

byya,
yup..i suka naik train sbb dpt mingle around with locals dan sbnrnya i like to travel like locals sbb cheaper! hahaha. yup most of the times bila sorg2 especially kalau terflashback benda2 yg tak patut tu mmg emo la jgk. well actually i sengaja pegi jgk trip ni sbb i nak fight perasaan tu and find my own strength. alhamdulillah i did :)

india seems interesting. if projek europe i postpone maybe i can tag along. insya allah :)



gb,
mmg sedih pun gb. kesat air mata cecepat sbb takmo org perasan. trip solo ni aku buat last minute sbb trip sebenar ke cambodia & vietnam tu kansel so i made another way there. dats y takde sape yg boleh folo sbb aku tak really plan apa nak buat



mas,
we're the same sister? pity us! T__T
but mmg sakit sgt rasanya bila balik2 je ko tau dia buat perangai. on the day aku touchdown klia aku tau, gila kan? tak welcoming sungguh. dan pastu makin byk aku tau smpai takleh nak handle. i thought he could be the one, but he was just a nightmare on elm street.

fatt June 29, 2011 at 3:16 PM  

anon 12.33pm,

wsalam.

sebelum tu..boleh bg nama gelaran or nickname tak? rasa dah 3-4 entry kita berbalas komen tp sy tak tau nama anon ni. rasa tak kena pulak.

1. so now i understood why awk kata ada perasaan guilty lepas pertama kali ke tanah haram. skrg pun kdg2 sy rasa basah jgk air mata ni sbb rindukan Kaabah. bukan sy nak ckp cam poyo tp perasaan hati ni sentiasa sayu. sy hrp perasaan ni takkan pergi sbb ia satu2nya perasaan yg boleh buat sy selalu sedar sy ni adalah seorg hamba yg akan dihitung amalan bila di akhirat kelak.

2.pernah jugk terasa perasaan cam gitu tp sekejap aje. sy pernah selit2kan dalam blog ni yg sy rasa nak gantung beg, takde mood nak travel..itu semua sy penah rasa sblm sy ke Makkah. waktu tu ada jgk yg mcm peleceh sy..tp betul, kdg2 sy mmg rasa cam tak semangat je nak prepare sume itinerary, sbb tu sy suka redah je. i used to feel excited to travel and counting the days, but this feeling has gone long way earlier this year when part of me is gone, i feel weak and until i pegi ke tanah haram..

3. sy menangis waktu meninggalkan kota mekah. waktu buat tawaf wada tu sy asik ulang Ya Allah Kau jemputlah aku ke rumah-Mu lagi..asik ulang ayat tu dalam keadaan menangis sbb rasa sebak betul. bila cium kelambu Kaabah rasa ya Allah wanginya..apakah aku layak masuk ke syurga-Mu. sedih sangat

4. sbnrnya makin lama kita sharing cerita makin interesting sy rasa pglmn yg penah awk lalui. jika tak keberatan, sy nak tau camne awk dapatkan visa utk kerja kat sume tmpt2 tu sbb sy rasa nak buat. kalau tak keberatan boleh email sy dan kita ckp panjang di situ.

5. takde bini takpe, jgn risau sbb jodoh kita semua dah ditentukan Allah. someone penah ckp pd sy dulu, kenapa manusia terlalu risau ttg jodoh sdgkan mati itu juga janji Allah. malah mati itu adalah pasti. bila sy dgr ayat tu hati sy tenang..bila difikirkan balik betapa banyaknya masa yg terbuang bila kita "buang masa" kalau terberkenalan dgn org yg membuang masa kita. pendek kata biar jelah sume go with the flow..kalau suka org yg dtg tu terima, tak suka jadi je kawan. until 1 point of time, sy rasa kenal org baru utk cari pasangan ni mcm buang masa, sy rasa tak bernafsu jgk kdg2 tu. nafsu tu lebih pada tgk tmpt org..sbb ia pasti takkan buat sy kecewa. hahaha..merapik je tulis camni but somehow i bet someone will agree :)

till then!

Ninie Hanis June 29, 2011 at 7:24 PM  

ko ada gaya tulis novel la.hikhik..part last tu tangkap syahdu siot.aku rasa aku paham cemana ko rasa,sbb pernah rasa been left alone,sunyi,rindu to somebody (even kita taktau sapa) but we're hoping that someone could be with us masa tu.kan?kita harap ada prince charming datang..hmm...but he appeared during your cambodia trip kan?ehem... ;)

iina June 29, 2011 at 7:50 PM  

Tgk video depan bangku kosong syahdu jek... mmg kalau sorg2 takde kawan mmg bosan sangat.. tapi kalau tak lalui semua tuh mana kita nak dapat pengalaman..

bagus2 kira ko rajinlah mengupdate.. aku nie 2 3 mggu baru nak update.. bukan tak nak rajinkan diri tapi komitmen lain lebih penting.. kenalah tolak tepi menulis2 yg perlukan kajian dan penelitian nie..

Kali nie aku miss betul gbr ko ambik org tido hehehe... ;)

Anonymous,  June 29, 2011 at 8:28 PM  

Salam.
Laaa,kan ker nama saya Anon? :-)

I bet bila you pergi NZ nanti, atau lain2 tempat, tentu you akan terfikir
yg lebih baik kalau pergi Mekah (walaupun you dah pernah pergi) - that's the "guilty feeling" I was talking about. Then you akan fikir, all this kecantikan/kehebatan is nothing compared to experience kat mekah (akan ada guilt feeling gak kat situ)

Dont get me wrong, Im not trying to discourage you from going seeing all those places, cuma nak kongsi perasaan, pre and post Umrah. It took me 3 years (or rather 3 kali umrahs)baru perasaan tuh ilang. Not saying that Im a religious person, not at all.

Kat Mekah kita beribadat (therotically & pratically( 24/7 tapi kalau masa kita travel tempat lain, semayang koboi jer, banyak cacat cela nya. There comes guilt feeling lagi kan? :-)

I agree, I do think we have lots in common, travel-wise.
Oklah, banyak dah saya merepek kat sini, tiba2 pulak tuh. nampak sangat macam orang tua yg ketandusan kasih sayang :-)

Salam

p.s I'm not good at emailing so tak yah email2 lah

Anonymous,  June 29, 2011 at 8:34 PM  

alah, lupa lak nak tulis....

saya kenal at least 2 Malays (perempuan) yg pergi US, kerja cara haram, last2 kawin dengan mat salleh.

saya dulu ada gak offer ajak kawin tapi saya tak nak gadai ugama (not to say 2 org tu gadai ugama tapi....faham2 aje lah)

kalau nak tau camana nak dapat visa nak gi South America atau US (susah tapi ada jalan senang), let me know, saya boleh kasi guide.

Yeah,saya rasa banyak experience, contohnya, pernah kena masuk penjara kat Bolivia pasal overstaying. Banyak lagi lah.

Salam

fatt June 29, 2011 at 8:51 PM  

ninie,
bakat terkepam katanya...haha. thanks for understanding me and being a virtual shoulder to cry on masa aku tgh haywire aritu. alhamdulillah aku dah move on :)
erm, about that guy, aku tak sure nak cakap ape, could be cinta monyet masa travel. after aku balik dr Makkah rasa mcm dah lost interest. why eh? wonder jgk..hurm...


iina,
byk melalut dr menghapdet sbnrnya iina..sbb tu pjg berjela2 travelog ni..but i enjoy sharing it, tak taula kalau ada yg muntah baca tulisan aku..kah kah kah.

yup, dat nite aku mcm emo sikit sbb sebelum tu ada member huha huha..tetiba dorg balik rasa sunyi sgt. haih...

kali ni aku takde gmbr org tido sbb aku solo..ekeke..tp aritu ms gi tanah haram ada gak aku tngkap gmbr org tido..sekadar hiburan katanya..sbb lucu :P

fatt June 29, 2011 at 9:14 PM  

Pakcik John Doe (last time known as Anon),

Okay, after reading both of your comments here suddenly i terfikir 1 nama yg sesuai utk u..how about "Pakcik John Doe", since your experience terkandas dlm penjara Bolivia tu sounds catchy and interesting. agree eh? hehe :)

im just wondering how old ure after considering years that u took to travel to all the places dan mcm2 input lain. ah nvm, who cares anyway. i bet masa dulu maybe laws tak ketat sgt so dats y u dpt opportunity utk pegi berkerja kat sume tmpt2 tu..mcm skrg nak buat whv kat nz pun 6mths, the max u can go is 9mths. if ure lucky enuff ada majikan akan bagi permit kerja 1-2thn. IF ure lucky.

so i tak sure about condition nak dptkan visa kerja kat US dgn South America tu. ada age restriction ke? as of whv kat nz & oz, max 30yo. im hitting my 3 series soooooooooon(alamak kantoi) so i dont know samada i qualify ke tak...so that is my major concern.

other than that i tak tau apa lagi requirement yg diperlukan.

i tak tau knp Malay girls suke lelaki omputih, maybe sbb dorg gentlemen kot. haha. i dont really hv experience but i enjoyed their companies, close as fren yg boleh cakap ttg apa saja. i mean, kalau la berjodoh pun kita doakan semoga lelaki itu dibuka hatinya utk kenali islam, cintai islam dulu sblm cintai pompuan tu. if not siapa yg nak lead sape, rite?

i rasa maybe its time for u to consider going back to Makkah. i dont know, maybe there's something that lacking in your life that make u feel incomplete. im just saying, but u know urself best.

its true sometimes kita akan rasa mcm hollow, skit2 loser pun ada sbb masih dok tercongok camni sedangkan org lain dah move on with families and kids. sometimes sedih jgk but im just being normal, Allah is taking care of me then i feel better. i hope i'll find my half while travelling, bunyik cam hek eleh piirah wei tapi biaq pi la kan lain org lain strateginya. hahaha. i mean if i found him, i hope we can share this interest together. thats all :)

Anonymous,  June 29, 2011 at 9:43 PM  

PakCiK????????????? That's an insult hahahahha I'm in my 40's.

No, put me anywhere in the world with a laptop and an internet access, saya boleh buat duit.

Senang jer, most places I went to, I overstayed. Too bad kat Bolivia aje yg tak lepas, kat negara2 lain,Alhamdulillah I managed to sneak out of the country :-)

Sorry but I have to be a lil discreet, kang ada org kenal lak kang :-)

anne June 29, 2011 at 10:34 PM  

hai fatt,
alhamdulillah, u dah selamat balik and continue ur travelog.

kalau travel solo memang selalu feeling2 tak best, kan? btw, masa kat bangkok hari tu u singgah tak kat maeklong market, the train market tu?

:)

fatt June 29, 2011 at 10:43 PM  

im sorry i tak maksud nak insult u but since u dont have name so i give u one. and bcoz u introduce yourself as "orang tua" so dats why i panggil u pakcik..okayla i tukar panggil u uncle. uncle tak nampak tua sgt, kot? hahaha

i bet u must be someone yg penah park komen dlm blog ni dulu2 but want to be discreet, takpelah its ok im fine. sepanjang sy "menulis" dalam blog ni dah bermacam2 jenis orang sy kenal, ada yang pelik pun ada tapi kdg2 kenal org yg tak wujud depan mata ni menarik jgk sebab boleh bersembang mcm dah kenal bertahun2. tp apa yg penting ialah honesty.

feel free to share ur experience as i write about my journey ok! thanks! :)

Anonymous,  June 29, 2011 at 10:48 PM  

no,you are wrong.saya baru jumpa blog ni last week. saya suka baca sebab it (or rather you) reminds me of saya masa zaman2 youth hostel dulu.

saya kata discrete tuh psl i do have mu own blog yg sekarang ni dah tak tulis sejak saya balik msia,simply sebab tak ada cerita mwnarik dah.

oklah,this will be my last for tonight,i feel like im stalking you.not at all my intention.

fatt June 29, 2011 at 11:14 PM  

anne,
thanks anne. banyak nak catch up ni, im tgh typing 2 entries tonite. hope dpt publish tgh malam ni. huhu. i tak pegi maeklong market tu, nvr heard of b4. seriously travel sorg mmg byk cabaran especially yg melibatkan mental dan emosi. tp bagus jgk sbb time ni la kita boleh tau sejauh mana kita mampu handle situasi



uncle john doe,
im wrong ye this time? hoho..tot u penah park komen kat sini dulu. thanks sbb baca blog ni, i know sometimes i banyak tulis melalut but that the way i simpan sume kenangan masa i travel. i try to write as honest as possible dan almost semua perkara yg berlaku just to really share my thoughts dan segala feeling yang involve waktu i travel. not a normal travelog i guess, maybe?

thanks for saying it honestly that ure stalking me, hahaha..thanks for keeping me company tonite as i write my travelog, harap2 boleh publish malam ni at least satu.

dont feel guilty about stalking me, coz not only u, i know my ex and my enemies are stalking me too. but hey, im good, im happy sbb dorg concern about me. but dont get me wrong coz i tak point that sentence to you.

at least tonite someone make me smile ^__^

azim~ June 12, 2012 at 7:59 AM  

ak x faham cane ko leh kental camtu je eh redah..huuu..
thumbs up..

fatt June 12, 2012 at 8:26 AM  

sktt,
TQ!



azim,
entahle, susah nak cakap. tp kdg2 bila kita dapat buat sesuatu yg mulanya dirasakan mustahil, dari situ akan timbul keyakinan yg kita sebenarnya mampu.

Ren April 11, 2013 at 4:18 AM  

Putih kn gigi tu brp??? 200myr gk ke??? Hr tu kat udonthani aku buat dlm 500thb jerr kot...

Post a Comment

Terima kasih!!

  © Copyright Since 2010 | Backpacker Busuk

Back to TOP