The Overland : Hadyai (Part 2)

June 09, 2011

Sambungan dari episod sebelumnya.



Day 2 - 14 Mac 2011

Selepas makan di Restoran Hamid kami ke Hadyai Walking Street yang terletak cuma 100 meter dari restoran. Kat sini kalau siang takde apa yang menarik, kena tunggu waktu malam baru happening sikit sebab ada banyak warung makan tepi jalan yang akan dibuka dan tarikan utama di sini apa lagi kalau bukan pulut mangga! Sepanjang pemerhatian aku, di sekitar kawasan ni ada 3 peniaga pulut mangga (1 meniaga dari petang, 2 lagi meniaga waktu malam). Harga standard untuk setiap serving adalah THB50 (RM5). Agak mahal tapi rugi kalau tak cuba. Selain dari mangga, boleh try durian sebagai alternatif (tapi aku tak sure berapa harga). Selain tarikan pulut mangga, ada udang besau gajah dan pelbagai seafood goreng lain yang dijual. Siyes sampai ke hari ni aku masih terbayang-bayang rupa udang galah tu sebab besau gila. Cuma harga dia tak berapa nak sedap, sekor lebih kurang THB300-400. Boleh tahan kan?

udang ni memang besar, bukan sebab gambar ni dekat
makcik ni jual pulut mangga dari siang membawak ke malam
lokasi : lorong kecik sebelah mall berhadap Lee Gardens Plaza
akak ninja ni ada waktu malam je. lokasi sama dengan makcik di atas
akak ni lokasi kat depan Lee Gardens Plaza. malam je ada, siang tade

Kami masuk ke dalam Lee Gardens Plaza sebab nak cari simkad. Mall ni adjoin dengan hotel dan suasana dalam ni lebih kurang macam kat Sg. Wang Plaza tapi takla besar mana sebab besar lagi Sg. Wang Plaza tu. Aku amik simkad Happy selepas direkomen oleh tokey kedai, katanya murah skit kalau tepon obersi (kena masukkan certain kod number untuk special rate). Starter pack cuma 49B dan aku tambah kredit 50B. Aku rasa dah banyak gila kot simkad overseas yang aku beli setakat ni, almost semua negara aku ada. Aku tak prefer roaming sebab caj mahal so that's the reason aku beli local simkad, kadang-kadang tu aku beli calling card sebab jauh lebih murah.
berjenis jenama telekomunikasi di Thailand
Keluar dari Lee Gardens Plaza kami ke seberang pulak sebab opposite tu ada mall yang besar. Tapi tak besar mana pun sebab ni pekan koboi je. Tapi kalau takat masuk nak sejukkan ketiak tu boleh la. Hehe. Dari mall kedua kami pun berjalan menyusuri lorong-lorong kecil yang menjual kekacang, buah-buahan, cd cetak rompak, buah berangan, t-shirt souvenir dan macam-macam lagi. Ada banyak street market dan indoor market di pekan Hadyai cuma perlu ada map untuk tau lokasinya. Overall barangan yang dijual lebih kurang sama tapi biasalah orang perempuan kan suka shopping masuk keluar kedai. Aktiviti di sini agak limited dan lebih berkisar pada merayau tanpa tujuan.

suasana di pekan Hadyai
kain batik Indonesia. memang cantik cuma duit aku yang tak berapa nak cantik
Kami merayau hingga ke senja meremang dan kebetulan lalu kat 1 kawasan orang menjual buah-buahan dan bunga segar (sebelah Kimyong Market). Kat situ ada 1 warung tepi jalan yang menjual ayam goreng berempah dan nasi minyak. Aku tengok peniaga kat situ memakai tudung so confirmlah halal. Walaupun perut dah kenyang tapi kami tetap lepak dan pekena ayam goreng dan teh ais (dalam bahasa Thai dipanggil "Cha Yen", lebih kurang gini la spelling dia). Sewaktu kami di sini minuman yang paling kerap dioder ialah Cha Yen, memang sedap aku tak tipu, itupun si Adik yang mulakan dan lepas tu semua orang berjangkit. Specialnya Cha Yen ni sebab rasa teh yang pekat dan susu cairnya. Jangan lupa cuba Cha Yen bila ke Thailand, murah je THB20. Cuba banyak warung pastu leh compare sape buat paling sedap!

mai sini jangan lupa pekena sepinggan, memang sedap!
lokasi : Thanon Suphasarnrangsan (nama jalan)
inilah rupa cha yen yang dimaksudkan

Selesai makan ayam goreng kami ke area Lee Gardens Plaza semula sebab nak tengok apa yang happening kat situ. Lebih kurang jam 9pm barulah crowd mula ramai dan lebih banyak warung tepi jalan dah setup bisness masing-masing. Kami tertarik dengan 1 warung yang menjual tomyam sebabnya dia buat on-site tomyam tu (depan mata). Memang menyelerakan. Apa lagi terus cari meja dan oder walaupun hakikatnya perut masih kenyang. Aku personally puas hati sebab tomyam dia jauh lebih sedap dan lebih murah dari yang dijual kat Restoran Hamid tu. Harga per serving tak silap aku dalam THB50-60 tapi percayalah cakap aku, memang sedap! Tak susah nak cari warung ni sebab it's "the only" warung yang jual tomyam. Gambar tomyam takde sebab terlupa nak snap bila nampak makanan terhidang depan mata.

kawasan depan Lee Gardens Plaza yang happening pada waktu malam
sotong kering yang boleh dimakan, bukan sotong kering yang lagi satu tu. kahkahkah

Sesetengah orang mungkin memilih bila masuk bab makan terutama bila bercakap tentang lokasi sesuatu perniagaan makanan tu. Contoh paling mudah orang pompuan, banyak yang bajet high-maintenance tak boleh makan warung tepi jalan atau warung-warung cokia. Pada aku kalau cara penyediaan dia senonoh, harga pun reasonable, pastu sedap..aku on je, takde masalah. Tak kisah la orang nak kata aku cheapskate ke apa, ko yang bayau aku punye makanan ke? Hahaha

Bukan apa, kadang-kadang environment makan kat tempat sebegitu lebih feel lelagi kalau makan dengan kengkawan kamceng. Sambil makan leh cuci mata dan anyam ketupat. Memang terbaik!

Kami beransur bila tengok ramai orang berdiri menunggu tempat kosong. Boleh tahan ramai jugak manusia kat pekan Hadyai malam tu. Aku rasa ni semua orang luar sebab tengok tak semua tau cakap Thai. Honestly takde apa kat sini sebab tempat ni tak ubah macam pekan-pekan kecil yang ada di Msia. Setengah orang mungkin kata sini syurga makanan, ada golongan lain pulak kata sini syurga "ayam". Ayam ape tu pepaham sendiri la, jenis yang reti pakai mekap tu!

Sampai di bilik kami menyinggah dulu kat funfair sebelah Robinson. Ada warung kedai kiri kanan dan orang buat performance atas stage. Jangan tanya aku dia nyanyi lagu apa sebab siyes aku tak paham. Leh tahan kaki karaoke jugak ek orang Thailand ni. Kami beli meatball dari 1 warung halal dan pilih meja yang menghadap stage sambil layan performance tu. Nasib baik kami sume pompuan, kalau ada lelaki dalam group kami rasanya gugur kot iman dia bila tengok penari-penari yang tak cukup kain tu.

konsert AF versi Thai. layan~

Dah boring tak tau nak watpe kami pun balik ke bilik. Sampai aje di bilik orang sebelah terkejut sebab kipas dalam bilik dia terpasang. Walhal petang tadi sebelum keluar benda tu tutup sebab aku ada di tempat kejadian. Memang pelik. Member dah tak sedap ati so malam tu kami angkut tilam berat dari bilik dia masuk ke bilik aku. Malam tu kami berempat share 1 bilik, biarlah tido berhimpit dari kena himpit.


bersambung....
.

25 comments:

salsabila June 9, 2011 at 2:10 PM  

fatttttttttt...

dh la aku pose...tgk makanan2 dlm blog ko ni, mmg buat aku meleleh la...haha...terasa nak p hatyai jugak skrg....

xsbr nak masak nasi pilaf n ayam kurma nnt.....

Anonymous,  June 9, 2011 at 4:30 PM  

kak,

kalo THB50 = RM5
maknenye kalo cha yen THB2 = RM0.20?
wahlahhhhh

ketagihan blog akak dh skang
hari2 tggu entry baru..hihi
berjaya jugah menghasut kwn utk singgah blog neh tgk2

gmbr2 adalah sgt mengujakan
lapar lah pulak~

-ala-

fatt June 9, 2011 at 4:47 PM  

salsabila,
nasi pilaf tu mende? keh keh keh..aku ni makan je reti..masak tu separa boleh la..boleh la nak alas perut sendiri.

selamat berbuka! :)



ala,
hahaha..makasih dik..akak mamai masa menaip..sbnrnya THB20..kalau THB2 bengkrap makcik yg meniaga air tu..ekeke..

terima kasih singgah. jgn rasa lapar cam org kat atas ni sudeh..hihihi :D

salsabila June 9, 2011 at 5:05 PM  

fatt...

nasi pilaf tu mcm beriani gak...uhuk....coz aku mmg hantu beriani...tp asyik membeli jer...terase gak nak memasak sendiri...klu dh pandai masak....xpyh la aku beli lg dh....

org kt atas ni mmg lapar...tmbh2 tgk gmbr2 ko yg boleh gugurkan iman aku nih....

Mak Qis June 9, 2011 at 7:20 PM  

mangga sedap...derian pn sedap..

hukkss...tomyam siam? lagiii sedap...telan2 ayaq lioq bc entry neh

Mimie.Candy Cane June 9, 2011 at 7:26 PM  

perghhhhh..gemok2nye udang fatt..menjejer air liur aku ni..aku syak hantu nang nak nak bergurau tu..

iina June 9, 2011 at 7:35 PM  

Makcik ninja?? wakakakah suka hati ko jek.. tau makcik tuh sure dia kecik hati hehehee ;)

wah macam best jek kan udang tuh.. harga boleh tahan gak.. tapi klu dh smpi rm30.. ambik bau jelah.. idak pun ambik gbr pun dah kenyang hehehe..

Pakwe aku cukup suka betul kalau pergi gerai2 camnie.. dia mmg xsuka sgt makan kat tempat2 kelas2 restaurant ke cafe ke.. gerai2 tepi jln camnielah dia pling suka singgah.. sebab kat tempat camnielah boleh rasa citarasa tempatan yang sebenar..

Kawan aku thai ada mention pasal cha yen nie.. cuma bezanya aku pulak mention ngan dia pasal teh tarik hehehe..

Bab pakai baju tak cukup kain nie.. harus juga aku p ngan pakwe aku hahahaha.... alah kat sini pun ramai gak pompuan pakai baju xcukup kain gak.. lagik2 musim panas nie.. jgnkan kain.. baju pun takde hehehe ;)

Wah kipas pasang sendiri.. dia panas kot fatt.. ;)

bdk2 June 9, 2011 at 8:06 PM  

perghhh...gugur air liur aku tgk entry ko kali ni fatt. mcm nk pi laa ni jgk hadyai cari ayam. opps!!! nasik ayam berempah. ngegenge.

tapi perenggan ko yg last tu bwt aku meremang bulu ketiak dan semua bulu yg ado je. huhuu...cuakk seyy! mybe makcik cleaner kot, bersangka baik.

fatt June 9, 2011 at 8:51 PM  

salsabila,
aku pun suke mkn beriani..tp buatnya tak reti..miahaha~


mak qis,
masa kitaorg kat sini kerjanya asik menyumbat je smpai sendat perut. hahaha..mmg irresistible :P~


mimie,
aku pun lapo terus tgk gmbr udang tu. dahla beso..geram je aku tgk. antu tu mmg jenis hidup zmn teknologi..suka sgt main kipas..hampes!


iina,
aku tgk akak ni cam dah al-arqam pun ada..takut gak aku memula. yelah aku ni kan bukan betul sgt. huhu..tp tula, syok pi hadyai ni sbb byk gila makanan leh terai..aku rasa heaven tul masa kat sini, tp bila aku dah grak ke bangkok, cambodia...bermula lah saat mengikat perut sbb takleh sebat sebarang.

aku tak taula nape, lately tiap kali travel je mesti ada antu interprem..rasa pelik jgk..layankan aje~


bdk2,
aku sengaja tayang gmbr mknan ni sume sbb aku tgh lapo..haha. ko tunggu entry pasni lagi byk gmbr mknan. ko terai la p sini..saja2 jalan..tp mmg takde ape pun kat hadyai sbb pekan dia kecik..attraction pun tak brp nak ada. ko nak merasa selangkah ke alam misteri ko terai la duduk kat guesthouse yg aku duduk ni..miahaha~ :P

DrNotts June 9, 2011 at 9:31 PM  

bab yang akhir tu agak seram sikit. ok tak malam tu?

bdk2 June 9, 2011 at 9:51 PM  

insyaALLAH kalo ade masa dan duit. kekeke. mcm best je kalo naik train pegi sana over the weekend + amek cuti 2 hri. lepak2 + mkn2 + pusing2. no rushing rushing.

zany June 9, 2011 at 10:56 PM  

tengok pulut durian, makanan tu semua, berbunga2 hati nak pi, tapi ending yang menakutkan, cuak pulak. orang malaysia ramai bershopping kat sanakan.

Ninie Hanis June 9, 2011 at 11:55 PM  

warghhh rindu nak makan gerai camtuh.teringat last time balik msia aku pi langkawi tu,terasa heaven je jalan kat pasar malam.tp kalau camnih lg best sbb tempat org,byk halal plak tu,pehh.


p/s ehem,kisah mistik bakal menyusul.heeheeehee (gelak pontianak)

fatt June 10, 2011 at 12:10 AM  

drnotts,
malam tu ok sbb dorg pindah masuk bilik sy. benda tu ada kat bilik dorg. tp keesokan harinya benda tu pindah bilik kami..*pening* T___T



bdk2,
ok je weh..pegi wiken. tp ko jgn tukar duit kat sini sbb rugi. ko tukar kat sana lagi untung. bukan untung sikit2, tp byk jgkla



zany,
haha..tulah..org mesia ramai p sini. tp tulah, pakej aku berjalan ni termasuk dgn pakej kena sakat antu..dah tak larat dah kena sakat sbnrnya. huhu~



ninie,
ko suke benor ye klu cerita psl depa ni. hahaha :D

sbnrnya aku dah lama tak pi pasar malam even aku dok kat mesia. bkn ape, aku malas...tp kalau sekali sekala pekena pasar malam syiok jgk..

Leez M. Saaid June 10, 2011 at 12:34 AM  

kat hadyai mmg food heaven kalau pandai cari yg best. Rest hamid tu mmg x sedap pun....tak mcm dolu-dolu.

❀aRaBeLLa❀ June 10, 2011 at 6:52 AM  

harga pulut mangga convert rm5?ala macam harga kat mesia je..aku ingat harga murah kalo beli kat Siam..aku ni suke makanan diorang..huhu

en_me June 10, 2011 at 7:46 AM  

besar giler udang tewww.. uhuhu

MasZuber June 10, 2011 at 8:20 AM  

memang terangkat mangga makan dengan pulut....

hani June 10, 2011 at 8:45 AM  

hahahaha...sotong yg hat nu tu..bukan untuk di makan..yang tu untuk membungkus...hahahahah..

gilo..

zany June 10, 2011 at 3:59 PM  

nak tanya lagi, kalau kat NZ kena sakat hantu dak? aku macam pernah terbaca ada org tulis kat blog kena himpit kat Te Anau. Serammmm......

fatt June 10, 2011 at 6:50 PM  

leez,
betoi2..syorga makanan. yeke hamid dulu best mesti tukang masak dia cabot ni



arabella,
duit dia kan besau cikit dari duit kita. mmg takde apa yg beza pun. lain la kalau pegi indonesia..mmg ketara murahnya



en_me,
belanja le!



hanie,
ko mmg tangkas! hahaha :))



zany,
kat nz takde la pule..aku kan mana la bleh nampak. klu rasa tak sedap ati tu biasala lelagi bila kat hostel yg skeri..mcm yg penah aku rasa kat wellington & mt ruapehu (both kat north island). aku rasa tak sedap ati betul masa kat 2 tmpt ni. sbb bangunan tu usang skit agaknya..suram je

Traveller's Anatomy June 11, 2011 at 11:16 AM  

well, I like street food when travelling but of course kenela bersih n meyakinkan nak makan kan. Even kat Msia pon bukan kite g makan kt resto2 yg mahal2 pon kan. Nasi lemak pakcik tepi jalan jugak yg sedap :D

Mmg betula Hatyai ni org g utk makan. Nothing much sgt kot selain tu. Teringat pulak my trip to Sungai Golok with emergency passport dulu2, keje nye makan je hehe...

fatt June 11, 2011 at 8:03 PM  

byya,
emergency passport tu camne? is it sama mcm passport biasa?

Lavanduleae November 14, 2012 at 1:57 PM  

aku da rasa tomyam tuh....
haiyo... nan-hado rasanya masa aku pergi... lokasi sama seperti yg ko mentioned. atau mungkin masa hari itu, org lain yg masak...

tp harga memang betol.

Ren April 10, 2013 at 11:09 PM  

Hatyai tk brp best sbb terlalu byk pelancong dr malaysia... ade sesetgh peniaga tu blh berbhs cina dan melayu... so tk brp feel thai-ness of the place la... nk kene g tmpt yg btol2 blh feel... naik atas sket dr bangkok... hehehe...

Post a Comment

Terima kasih!!

  © Copyright Since 2010 | Backpacker Busuk

Back to TOP